Vinda Malaysia – Peraduan “LAP & MENANG”


Kalau dah LOVE, kenalah LAP dengan Vinda Deluxe. Dan berpeluang untuk menang pelbagai hadiah hebat!

Cara-cara untuk menang:
1. BELI:Produk Vinda Deluxe bernilai RM15 dalam satu resit di kedai yang mengambil bahagian
2. AMBIL FOTO: Ambil gambar penuh RESIT PEMBELIAN anda.
3. WHATSAPP: Hantar gambar resit dengan Nama Penuh, No. Mykad dan alamat emel melalui WhatsApp ke 019 284 8964 dan jawab 1 soalan mudah.

*Termasuk pembelian minima 1 unit Vinda Deluxe Dry/Wet Kitchen Towel. Hanya di 99 Speedmart, termasuk pembelian minima 2 unit Vinda Deluxe Dry/Wet Kitchen Towel

Tertakluk pada terma dan syarat, sila rujuk pada pautan di bawah untuk terma dan syarat.
https://bit.ly/335NF5C

TERMA & SYARAT PERADUAN
1. Peraduan “LAP & MENANG” (“Peraduan”) dianjurkan oleh VINDA Malaysia Sdn Bhd. [320704-U] (“Pihak Penganjur”)
2. Peraduan ini berlangsung dari 1 Ogos 2020 – 30 September 2020 (“Tempoh Peraduan”). Pihak Penganjur berhak untuk mengubah tempoh peraduan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua penyertaan yang diterima selepas tamat Tempoh Peraduan akan dibatalkan.
3. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang mempunyai MyKad sah pada 1 Januari 2020 (“Peserta“). Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju bahawa syarat-syarat di dalam Terma & Syarat telah dipenuhi.
4. Golongan berikut tidak layak untuk mengambil bahagian di dalam peraduan ini:
a. Kakitangan Pihak Penganjur termasuk anak-anak syarikat ataupun syarikat-syarikat yang berkaitan dan ahli keluarga terdekat;
b. Wakil, kakitangan, penjawat dan/atau agen pemasaran pengiklanan dan/atau pembekal perkhidmatan promosi Pihak Penganjur termasuk syarikat gabungannya dan perkhidmatan berkaitan, dan ahli keluarga terdekat.
5. Peserta mesti membeli produk tisu VINDA DELUXE (bersertakan 1 unit VINDA DELUXE Dry/Wet Kitchen Towel) bernilai RM15 dan ke atas dalam satu resit (“Bukti Pembelian”) disepanjang Tempoh Peraduan dari peruncit-peruncit berikut (sila rujuk Lampiran 1 untuk senarai produk Vinda Deluxe yang terlibat dalam Peraduan ini):
a. BILLION
b. ECONSAVE
c. MYDIN
d. TF VALUE
e. 99 SPEEDMART*
(Harap maklum: *Untuk pembelian di 99 SPEEDMART, peserta dikehendaki membeli dua (2) produk Vinda Deluxe Kitchen Towel dalam 1 resit, sila rujuk Lampiran 2 untuk senarai produk Vinda Deluxe di 99 SPEEDMART yang terlibat dalam Peraduan ini).
6. Peserta boleh menghantar lebih dari SATU (1) penyertaan. Setiap SATU (1) resit pembelian (dengan pembelian RM15 dan ke atas) layak untuk SATU (1) penyertaan dan hanya boleh digunakan sekali sahaja. Penyertaan Peraduan akan dibatalkan jika resit pembelian yang sama digunakan lebih dari SATU (1) kali.
7. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan yang tidak memenuhi Terma & Syarat peraduan. dan Pihak Penganjur tidak tertakluk untuk memberi sebarang penjelasan mengenai pembatalan tersebut. Pembatalan juga akan dilakukan jika penyertaan yang mempunyai maklumat yang tidak sah, tidak betul atau maklumat yang tidak dapat disahkan. Bukti Pembelian yang tidak boleh dibaca/telah pudar/rosak adalah tidak sah, tidak layak dan akan dibatalkan untuk Peraduan ini.
8. Pihak Penganjur juga berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk mengesahkan dan memastikan kesahihan penyertaan dan membatalkan mana-mana peserta yang didapati atau disyaki mengubah suai proses pendaftaran peraduan, operasi peraduan ataupun melanggar syarat yang tertera di laman Facebook Vinda Tissue Malaysia
CARA PENYERTAAN
Cara 1: Penyertaan melalui aplikasi WhatsApp
1. Untuk menyertai Peraduan “LAP & MENANG”, peserta dikehendaki untuk:
Langkah 1: Beli sebarang produk tisu VINDA DELUXE bernilai RM15 dan ke atas (Rujuk: Klausa 5 seperti di atas).
Langkah 2 : Ambil gambar penuh RESIT PEMBELIAN (pastikan gambar yang dihantar adalah jelas).
Langkah 3 : Hantar gambar melalui WHATSAPP ke + 6019-284 8964 dan jawab 1 soalan mudah. Soalan: Apakah teknologi yang menjadikan produk tisu Vinda Deluxe lebih kuat dan lebih lembut berbanding jenama tisu lain?
ATAU
Cara 2: Penyertaan melalui Whoop app (melalui telefon pintar anda)
Alternatif: Muat turun aplikasi Whoop app di Play Store (Android) atau App Store (IOS). Daftar (untuk kali pertama sahaja), log masuk peraduan “LAP & MENANG” dan lampirkan gambar resit.
2. Perhatian: Setiap pembelian bernilai RM15 dan ke atas yang sah (di dalam satu resit pembelian) akan diberikan SATU (1)penyertaan. (Perhatian: setiap pembelian dengan gandaan RM15 = I penyertaan, RM30 = 2 penyertaan, RM45 = 3 penyertaan dan seterusnya)
3. Pada akhir Tempoh Kempen, pemenang akan dipilih secara rawak oleh sistem pemilihan automatik berkomputer berdasarkan bilangan penyertaan sah yang diterima.
HADIAH HADIAH
HADIAH UTAMA X 20:
Penghawa Dingin 1HP bernilai sehingga RM1,400 setiap satu. (Sehingga Dua Puluh (20) Pemenang sahaja)
HADIAH KEDUA X20:
Pembersih Udara bernilai sehingga RM959 setiap satu. (Sehingga Dua Puluh (20) Pemenang sahaja)
HADIAH KETIGA X15:
Periuk Tekanan 6L bernilai sehingga RM753 setiap satu. (Sehingga Lima Belas (15) Pemenang sahaja)
HADIAH SAGU HATI X200:
Kredit eWallet Touch ’n GO bernilai RM200 setiap satu (Sehingga Dua Ratus (200) Pemenang sahaja)
4. Setiap peserta dibenarkan untuk memenangi SATU (1) hadiah peraduan sahaja, sama ada Hadiah Utama, Hadiah Kedua, Hadiah Ketiga ataupun Hadiah Saguhati.
5. Ganjaran atau Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah yang diiklankan dengan hadiah yang sama nilai tanpa pemberitahuan terlebih dahulu atas budi bicara tunggal dan mutlaknya. Pihak Penganjur, agensi, afiliasi, penaja dan wakilnya tidak bertanggungjawab terhadap hadiah yang rosak atau penyalahgunaan mana-mana hadiah, atau tuntutan, liabiliti, kerugian atau kerosakan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Peraduan ini.
6. Keputusan oleh Pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang perhubungan surat-menyurat tidak akan dilayan.
7. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan sebarang penyertaan mengikut budi bicara mutlaknya tanpa perlu memberikan sebarang alasan.
8. Pihak Penganjur mengekalkan semua hak milik ke atas kandungan dalam perisian aplikasi dan mempunyai hak cipta untuk semua kandungan di dalamnya untuk tujuan pemasaran/pengiklanan.
9. Pemenang akan dihubungi dalam jangka masa 45 – 60 hari selepas tamat peraduan.
10. Pemenang dijangka menerima hadiah dalam tempoh 6 minggu setelah notis pemenang diumumkan.


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2020 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?