KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA – Pertandingan MyDebit Je dengan Kad ATM


Sertai Pertandingan MyDebit Je dengan Kad ATM anda setiap kali anda membuat pembayaran di kaunter hospital dan klinik terpilih menggunakan kad ATM MyDebit anda dan berpeluang memenangi hadiah menarik yang ditawarkan termasuk hadiah utama motorsikal jenama Yamaha Y15ZR. Hanya ikuti 3 langkah mudah seperti yang tertera.

Berikut adalah terma dan syarat pertandingan.

1. Tarikh & Masa mula Kempen :
Jam 00:00 (GMT+8) pada 1 Julai 2020;

Tarikh & Masa tamat Kempen:
Jam 23:59 (GMT+8) pada 31 Disember 2020.

2. Kempen ini dianjurkan oleh Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (“PayNet”) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) (yang dirujuk secara kolektif sebagai “Penganjur”).

3. Kempen ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang merupakan Pemegang Kad Mesin Automatik [“ATM”] MyDebit yang dikeluarkan oleh institusi kewangan terlibat yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dan mempunyai dokumen pengenalan yang sah (contoh: kad pengenalan) layak untuk mengambil bahagian dalam kempen ini (dirujuk secara kolektif sebagai “Peserta”).

4. Peserta di Hospital Kerajaan dan Klinik Kesihatan yang mengambil bahagian yang membuat pembayaran melalui transaksi MyDebit layak untuk menyertai kempen ini.

5. Pembayaran boleh dibuat melalui transaksi MyDebit perlulah dibuat di Hospital Kerajaan dan Klinik Kesihatan yang mengambil bahagian untuk layak menyertai dan mestilah mematuhi semua garis panduan yang disenaraikan dalam terma & syarat ini.

6. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, semua penyertaan bagi pemilihan hadiah yang disediakan untuk setiap bulan sepanjang tempoh kempen mestilah dibuat pada bulan yang tersebut, sebagai contoh Hadiah untuk bulan Julai 2020 mestilah dihantar hanya pada bulan Julai 2020. Penyertaan bulan Julai 2020 adalah tidak layak untuk memenangi Hadiah untuk bulan Ogos 2020 dan bulan seterusnya

7. Peserta perlu menghantar penyertaan mereka melalui aplikasi WHATSAPP atau melalui MMS.
Cara Penyertaan (1): Melalui aplikasi WhatsApp;
• Setiap penyertaan yang lengkap dan dikemukakan hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:
(i) Ambil gambar Bukti Pembayaran (Resit Bank menunjukkan pembayaran dengan kad ATM MyDebit);
(ii) SIMPAN: SLIP TRANSAKSI MyDebit sebagai bukti pembayaran.
(iii) Hantar penyertaan anda melalui telefon pintar menggunakan aplikasi WhatsApp ke nombor 016 4968 209
(iv) Peserta akan mendapat balasan mesej (soalan Kempen, notis privasi) melalui aplikasi WhatsApp dalam tempoh 48 jam (pada hari bekerja).

• Dimaklumkan bahawa, setiap pembayaran di kaunter Hospital Kerajaan dan Klinik Kesihatan yang mengambil bahagian akan diberikan SATU (1) nombor siri secara rawak.

Cara Penyertaan (2): Melalui MMS

• Setiap penyertaan yang lengkap dan dikemukakan hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:
(i) Ambil gambar Bukti Pembayaran (Resit Bank menunjukkan pembayaran dengan kad ATM MyDebit);
(ii) SIMPAN: SLIP TRANSAKSI MyDebit sebagai bukti pembayaran.
(iii) Hantar penyertaan anda melalui telefon pintar menggunakan MMS ke nombor 016 4968 209
(iv) Peserta akan mendapat balasan mesej (soalan Kempen, notis privasi) melalui aplikasi WhatsApp dalam tempoh 48 jam (pada hari bekerja).

• Dimaklumkan bahawa, setiap pembayaran di kaunter Hospital Kerajaan dan Klinik Kesihatan yang mengambil bahagian akan diberikan SATU (1) nombor siri secara rawak.

8. Peserta yang layak akan dipilih secara cabutan rawak berkomputer dari data yang dikumpul di sistem komputer semasa Tempoh Kempen. Cabutan akan dijalankan secara rawak berkomputer dari data yang dikumpul mengikut bulan dari mula sehingga akhir Tempoh Peraduan [“Peserta yang Terpilih”]. Cabutan rawak berkomputer akan dijalankan oleh pihak PayNet mengikut budi bicara mutlak PayNet.

9. Peserta yang Terpilih akan dihubungi melalui telefon dan dikehendaki menjawab soalan seperti yang ditentukan oleh PayNet. Peserta yang Terpilih perlu menjawab semua soalan dengan betul untuk memenangi Hadiah. Proses ini akan digunapakai bagi menentukan kesemua pemenang dalam semua kategori.

10. Untuk sebarang isu perlindungan data bersama Penganjur, aktiviti berkenaan hak undang-undang bagi peserta, sila rujuk laman sosial pihak penganjur di https://facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/ atau menghubungi talian khidmat pelanggan di +603 8861 4076 (Isnin – Jumaat, 9 pagi – 5 petang).

Nota: Untuk terma dan syarat penuh sila layari laman web Paynet atau bank.


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2020 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?