Peraduan Glo #Miss Nothing Moment (Instagram)


Dengan Glo, tiada kotoran terlepas jadi anda ada lebih masa bersama keluarga!

Kongsikan gambar anda menikmati saat-saat bermakna bersama yang tersayang di Instagram, hashtag #MissNothingMoment dan tag @GloDishwash untuk memenangi baucar Toys R’ Us bernilai sehingga RM7,500!
#MissNothingMoment #GloDishwash #StayAtHome

*Tertakluk pada terma dan syarat. Tiada pembelian diperlukan untuk menyertai peraduan ini.

Contest Link: https://www.facebook.com/glodishwashingliquid/photos/a.1082257685155129/2948712225176323/?type=3&theater

Terma & Syarat
Penganjur, Tempoh & Kelayakan
  1. Peraduan Glo Miss Nothing Moment dianjurkan oleh Colgate-Palmolive Marketing Sdn. Bhd. (198701006476(165147-W)) [“Penganjur”] dan bermula pada 15 April 2020 dan berakhir pada 15 Jun 2020 [“Tempoh Peraduan”]. Penganjur berhak untuk meminda terma, syarat atau Tempoh Peraduan pada bila-bila masa. Semua penyertaan mesti sampai kepada Penganjur pada atau sebelum 15 Jun 2020.
  2. Peraduan ini terbuka kepada semua penduduk Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas [“Peserta”], kecuali kakitangan Penganjur dan agensi pengiklan, promosi, acara dan perhubungan awam mereka, serta anggota keluarga terdekat masing-masing.
  3. Sertai Peraduan ini dengan langkah-langkah berikut:
    1. Ambil gambar anda menikmati masa terluang bersama yang tersayang (Miss Nothing Moment)
    2. Muat naik gambar tersebut di Instagram dan sertakan hashtag #MissNothingMoment dan tag @GloDishwash
    3. Pastikan profil Instagram anda dalam mod ‘Public’
  4. Peserta boleh menyertai lebih daripada satu [1] kali. Satu [1] gambar untuk satu [1] penyertaan sahaja.
  5. Penyertaan yang tidak lengkap, lewat, tanpa hashtag #MissNothingMoment dan tag @GloDishwash Liquid tidak akan diterima.
  6. Penyertaan hanya akan diterima jika profil Instagram peserta berada dalam mod ‘Public’.
  7. Tiada pembelian diperlukan untuk menyertai peraduan ini.
Hadiah-hadiah
  1. Tiga [3] Peserta akan memenangi Hadiah Utama iaitu satu [1] baucar Toys R Us bernilai RM1000. Wang untuk sebarang perbelanjaan tambahan, makanan, cukai, pengangkutan pergi & balik dan semua kos sampingan lain adalah tanggungjawab Pemenang dan tidak akan ditanggung oleh Penganjur.
  2. Lima [5] Peserta akan memenangi Hadiah Saguhati iaitu satu [1] baucar Toys R Us bernilai RM500 dan Sepuluh [10] Peserta akan memenangi baucar “Toys R Us” bernilai RM200 untuk setiap satu pemenang. Wang untuk sebarang perbelanjaan tambahan, makanan, cukai, pengangkutan pergi & balik dan semua kos sampingan lain adalah tanggungjawab Pemenang dan tidak akan ditanggung oleh Penganjur.
Pemilihan Pemenang
  1. Pemenang akan dipilih berdasarkan budi bicara mutlak Penganjur. Pihak Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menyingkirkan mana-mana peserta yang disyaki bersalah menipu, menggodam atau mengacau proses penyertaan Peraduan atau operasi Peraduan.
  2. Setiap Peserta hanya boleh memenangi 1 [satu] hadiah sahaja sepanjang Tempoh Peraduan. Hadiah tidak boleh ditukar hak milik dan tidak boleh ditukar dengan tunai.
  3. Pemenang akan dihubungi dalam tempoh 3 – 6 minggu dari tarikh tamat Tempoh Peraduan melalui Direct Message di Instagram. Sekiranya terdapat sesiapa peserta yang tidak dapat dihubungi selepas 3 [tiga] percubaan kelayakannya akan dibatalkan.
  4. Peserta akan bertanggungjawab sepenuhnya jika berlakunya sebarang kecederaan, kerosakan, kerugian atau perbelanjaan tambahan akibat daripada mengambil bahagian dalam Peraduan ini, atau semasa menebus dan/atau menggunakan hadiah mereka. Pemenang mesti mematuhi terma & syarat hadiah (akan didedahkan hanya kepada pemenang) yang dikenakan oleh Penganjur.
Tanggungjawab & Hak Penganjur
  1. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta tertakluk kepada budi bicara mutlak Penganjur dan bersetuju untuk terikat dengan terma & syarat Peraduan ini. Keputusan Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat, rayuan atau bantahan tidak akan dilayan. Peserta mengaku janji tidak akan menuntut atau mengambil apa-apa tindakan terhadap Penganjur mengenai Peraduan ini.
  2. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta memberi kebenaran kepada Penganjur atau mana-mana pihak ketiga yang dilantik oleh Penganjur [“Agensi”] untuk memproses data peribadi Peserta yang diberikan dalam penyertaan untuk tujuan Peraduan.
  3. Penganjur dan/atau Agensi akan mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk memastikan data peribadi Peserta terlindung dan menetapkan syarat kepada Agensi untuk berbuat demikian.
  4. Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai. Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah yang mempunyai nilai yang sama mengikut budi bicara mutlaknya pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
  5. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta memberi kebenaran kepada pihak Penganjur untuk menggunakan gambar Peserta di media massa untuk tujuan pemasaran, publisiti dan unsur-unsur pengiklanan tanpa sebarang notis dan/atau pampasan.
  6. Peserta bersetuju menyerahkan hakcipta kepada pihak Penganjur. Semua gambar yang dimuatnaik oleh Peserta akan menjadi hak milik pihak Penganjur dan Pihak Penganjur berhak menggunakan gambar Peserta untuk apa jua tujuan yang difikirkan sesuai.
  7. Sebarang maklum balas atau aduan, Peserta boleh menghubungi talian +6012-5739776.
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
Notis Di Bawah Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) kepada pengguna Colgate-Palmolive (M) Sdn Bhd dan Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd.
Pengguna yang dihormati,
Di bawah PDPA, terdapat beberapa syarat yang mengawal pemprosesan data peribadi anda sebagai individu (“Individu”). Ia memaklumkan Individu tentang hak-hak anda di bawah PDPA, termasuk tindakan yang boleh diambil oleh Individu untuk melaksanakan hak-hak tersebut dan akibatnya, dan secara khususnya:-
  1. Bahawa kami [“Penganjur”] mengumpul data peribadi daripada penyertaan anda;
  2. Data peribadi Individu dikumpul untuk Peraduan Glo Miss Nothing Moment [“Peraduan”];
  3. Individu mempunyai hak untuk mengakses dan membetulkan data peribadi anda;
  4. Data peribadi Individu akan dikongsi dengan Agensi yang dilantik untuk tujuan pemprosesan;
  5. Data peribadi Individu akan diguna untuk tujuan Peraduan sahaja;
  6. Data peribadi yang diminta adalah wajib, dan jika maklumat yang diberikan tidak lengkap, penyertaan Individu tidak akan diterima;
  7. Sekiranya Individu telah disahkan sebagai Pemenang, sebarang perubahan kepada data peribadi individu harus dimaklumkan kepada Penganjur; dan
Sekiranya Individu mempunyai pertanyaan atau ingin memberi maklum balas, anda boleh berhubung dengan kami melalui talian +6012-5739776 dari Isnin hingga Jumaat, dari pukul 10.00 pagi sehingga pukul 1.00 petang, dan pukul 2.00 petang sehingga pukul 5.00 petang.
Personal Data Protection Act 2010.
Notice under Section 7 of the Personal Data Protection Act 2010 (“PDPA”) to consumers of Colgate-Palmolive (M) Sdn. Bhd. and Colgate-Palmolive Marketing Sdn. Bhd.
Dear Consumers,
Under the PDPA, there are various requirements that regulate the processing of your personal data as a participant [“Participant”]. It informs the Individuals of their rights under the PDPA, including actions Individuals may take to exercise such rights and its consequences, and in particular:-
  1. That we [“Organizer”] collect Individual’s personal data directly from the contest entry;
  2. Participant’s personal data is collected for the Glo Miss Nothing Moment Contest [“Contest”];
  3. Participant has the right to access and correct your personal data once given;
  4. Participant’s personal data is disclosed to an elected Agency for processing;
  5. The personal data requested from Individual will only be used for the Contest;
  6. The personal data given is obligatory and all incomplete entries will render the participation void;
  7. Participant’s personal data will be validated upon confirming the winners and if there are changes to the personal data, the Individual is required to update the Organizer; and
If Participant wishes to make enquiries or provide feedback, you may contact us via +6012-5739776 on Mondays to Fridays, from 10.00am to 1.00pm, and from 2.00pm to 5.00pm.

0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2020 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?