Peraduan Ramadhan Dengan Lifebuoy


Terdapat 2 kategori hadiah di dalam Peraduan ini, “Kategori Hadiah Mingguan (Minggu 1 – Minggu 8)” dan “Kategori Hadiah Utama”.

Pemenang akan dipilih melalui cara-cara berikut:
Hanya penyertaan yang lengkap dengan jawapan yang tepat dianggap sebagai penyertaan yang sah.
Nombor Siri akan diberikan kepada setiap penyertaan yang sah oleh pihak penganjur
Jumlah Penyertaan yang sah bagi setiap kategori akan dibahagikan dengan jumlah hadiah (mingguan dan bulanan) yang disediakan untuk Kategori Hadiah Mingguan dan Kategori Hadiah Utama.

Sebagai contoh untuk Kategori Hadiah Mingguan Peraduan (Minggu 1, 1 Mei – 12 Mei), jumlah Hadiah Mingguan (pada setiap minggu) ialah satu ratus dua puluh lima (125); maka 125 dibahagikan dengan jumlah penyertaan yang sah pada minggu tersebut untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan. Contoh: Pada Minggu 1, jumlah penyertaan yang sah ialah 2000, jumlah ini akan dibahagikan dengan 125 dan jumlah yang diperolehi adalah bersamaan dengan 16. Maka setiap penyertaan dengan nombor siri bergandaan 16 akan menjadi pemenang Hadiah Mingguan tersebut, contohnya, penyertaan bernombor siri 16, 32, 48, 64 dan berikutnya.

Sebagai contoh untuk Kategori Hadiah Utama Peraduan (01 Mei – 30 Jun) jumlah Hadiah Utama ialah sepuluh (10); maka 10 dibahagikan dengan jumlah penyertaan yang sah pada keseluruhan Tempoh Peraduan tersebut untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan. Contoh: Jumlah penyertaan yang sah ialah 8000, jumlah ini akan dibahagikan dengan 10 dan jumlah yang diperolehi adalah bersamaan dengan 800. Maka setiap penyertaan dengan nombor siri bergandaan 800 akan menjadi pemenang Hadiah Utama tersebut, contohnya, penyertaan bernombor siri 800, 1600, 2400, 3200 dan berikutnya.

Jika terdapat nombor perpuluhan, nombor bulat (yang lebih rendah) akan dipilih sebagai pemenang Hadiah (Mingguan/Utama) Peraduan.

Sebagai contoh: Jika jumlah penyertaan yang sah pada Minggu 1 ialah 2570, nombor 2570 akan dibahagikan dengan 125 dan jumlah yand diperolehi adalah bersamaan dengan 20.56, angka ini akan dibulatkan ke 20. Maka setiap gandaan 20 akan menjadi pemenang Hadiah Mingguan tersebut, contohnya, penyertaan bernombor siri 20, 40, 60, 80 dan berikutnya.Untuk memenangi hadiah, Peserta terpilih mesti menjawab soalan yang ditanyakan oleh Penganjur dengan betul. Sekiranya Peserta terpilih gagal untuk menjawab soalan dengan betul dan/atau jelas, Peserta ini akan disingkirkan oleh Penganjur dan Pemenang sandaran akan dipilih seterusnya.

HADIAH MINGGUAN & PENEBUSAN
Hadiah Utama Peraduan (Keseluruhan tempoh peraduan)
Baucer tunai Habib RM1000 x 10 pemenang

Hadiah Mingguan Peraduan (8 minggu keseluruhan di dalam tempoh peraduan)
Baucer tunai Habib RM100 x 1000 pemenang (125 pemenang setiap minggu x 8 minggu)

Hadiah Mingguan Peraduan (8 minggu keseluruhan di dalam tempoh peraduan)

»» Minggu 1: 01 Mei – 12 Mei 2018
»» Minggu 2: 13 Mei – 19 Mei 2018
»» Minggu 3: 20 Mei – 26 Mei 2018
»» Minggu 4: 27 Mei – 02 Jun 2018
»» Minggu 5: 03 Jun – 09 Jun 2018
»» Minggu 6: 10 Jun – 16 Jun 2018
»» Minggu 7: 17 Jun – 23 Jun 2018
»» Minggu 8: 24 Jun – 30 Jun 2018

Perhatian: Setiap Pemenang yang terpilih hanya berhak memenangi SATU (1) Hadiah Utama dan SATU (1) Hadiah Mingguan sahaja di keseluruhan Tempoh Peraduan ini.

Semua hadiah diberikan atas dasar “seadanya” dan sama sekali tidak boleh dipindahkan, tidak boleh ditukar dan tidak boleh ditunaikan. – sumber

 Tempoh Peraduan: 1 Mei 2018 hingga 30 Jun 2018

Cara

MEKANISME PERADUAN

Langkah 1.
Beli produk Unilever – Lifebuoy bernilai minima RM20 di dalam setiap satu resit (asal). Tarikh resit tersebut mestilah berada di dalam lingkungan Tempoh Peraduan sahaja.

Langkah 2.
Ambil gambar resit asal yang jelas dan mengandungi butiran-butiran seperti produk pembelian, nilai pembelian, tarikh pembelian dan nama pasaraya di mana pembelian tersebut. Perhatian: Resit asal mestilah disimpan dengan baik sebagai Bukti Pembelian dan diberikan kepada Penganjur semasa tuntutan Hadiah. Salinan fotostat resit tidak akan diterima.

Langkah 3.
Hantarkan gambar resit (dengan maklumat yang diperlukan; Rujuk Langkah 2) melalui aplikasi WhatsApp ke nombor 011 2629 2160.

Langkah 4.
Sila:

  • 1) Jawab kepada Soalan yang dikemukakan dan
  • 2) jawab YA/TIDAK kepada mesej Notis Privasi yang akan diberikan oleh pihak Penganjur; dan
  • 3) sertakan butiran-butiran peribadi seperti Nama Penuh, No. Kad Pengenalan dan Alamat Penuh (Terkini).

Hadiah

Terma & Syarat

Baca terma & Syarat Penuh Di Sini


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?