Peraduan Lam Soon – Raya Fiesta Berganda


Anda pengguna produk Lam Soon? Sertai Peraduan Lam Soon – Raya Fiesta Berganda untuk berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM10,000.

Dengan pembelian mana-mana produk Lam Soon Edible Oils yang tersenarai bernilai sekurang-kurangnya RM20 dalam satu resit bercetak (“Bukti Pembelian”). Satu (1) resit melayakkan peserta kepada satu (1) penyertaan Peraduan.

Antara Produk Lam Soon Edible Oils yang terlibat adalah seperti berikut:

 

 

Pemilihan pemenang

Setiap penyertaan layak akan diberi satu nombor siri peraduan. Pemilihan janaan komputer akan dijalankan untuk memilih 10 pemenang Hadiah Utama, 20 pemenang Hadiah Istimewa dan 390 pemenang Hadiah Mingguan.

20 pemenang Hadiah Istimewa akan dipilih dari semua Peserta layak yang membeli dua (2) jenama produk tersenarai.

390 pemenang Hadiah Mingguan akan dipilih berdasarkan tempoh mingguan yang tertera dalam jadual berikut:

Hadiah Mingguan x 13 minggu x 30 pemenang setiap minggu (sejumlah 390 Hadiah Mingguan)

Tempoh Peraduan: 2 April 2018 sehingga 2 Julai 2018

Cara

Hadiah

  • 5 main prizes of RM10,000
  • 21 special prizes of RM1,000
  • 30 weekly prizes of RM100 each week (for 13 weeks)

Terma & Syarat

1. Peraduan Lam Soon – Raya Fiesta Berganda adalah dianjurkan oleh Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd (“Pihak Penganjur”).

2. Jenama produk yang terlibat dalam peraduan ini adalah:- Antabax, Labour, Zip, Fruitale, May, Orchid, Bio-Home dan Syaza.

3. Peraduan berlangsung daripada 2hb April 2018 sehingga 2hb Julai 2018 (“Tempoh Peraduan”). Semua penyertaan mesti diterima oleh Pihak Penganjur dalam Tempoh Peraduan. Pihak Penganjur berhak untuk meminda tempoh peraduan serta mekanisme peraduan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

4. Peraduan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 2hb April 2018, kecuali kakitangan Pihak Penganjur termasuk ahli keluarga terdekat mereka, syarikat-syarikat sekutunya, pembekal/pengedar, agensi promosi/ pengiklanan/ perhubungan awam dan pihak lain yang terlibat dalam Peraduan ini.

5. Hadiah Peraduan (“Hadiah”):-

  1. Hadiah Utama – Wang Tunai bernilai RM10,000 x 5 pemenang
  2. Hadiah Istimewa – Wang Tunai bernilai RM1,000 x 21 pemenang
  3. Hadiah Mingguan – Wang Tunai bernilai RM100 x 30 pemenang/minggu x 13 minggu (sejumlah 390 pemenang)

6. Cara-cara penyertaan:

Langkah 1:
Beli mana-mana produk Lam Soon Edible Oils yang tersenarai bernilai sekurang-kurangnya RM20 dalam satu resit bercetak (“Bukti Pembelian”). Satu (1) resit melayakkan peserta kepada satu (1) penyertaan Peraduan.

Langkah 2:
Senaraikan mana-mana 3 jenama produk yang tersenarai dalam Peraduan ini.

Langkah 3:
Hantar penyertaan melalui WhatsApp ke +6012-526 3391

  1. Taipkan butiran peribadi dan jawapan anda seperti berikut:
    <Nama, No. IC dan Jawapan>
    Contoh: Ahmed Ibrahim Bin Hassan, 920301170751, Antabax/ Labour/ Zip
  2.  Sertakan gambar resit Simpan Bukti Pembelian asal untuk tujuan pengesahan

7. Peserta dibenarkan mengemukakan seberapa banyak penyertaan yang diingini tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan Bukti Pembelian yang dikehendaki.

8. Bukti Pembelian yang asal mesti disimpan untuk tujuan pengesahan sekiranya Peserta dipilih sebagai pemenang, jika tidak kelayakan penyertaan peraduan tersebut akan dibatalkan. Resit tulisan tangan, rosak, ciri-ciri produk yang tidak jelas dan/atau resit fotokopi adalah tidak dibenarkan.

9. Semua penyertaan mesti diterima oleh Pihak Penganjur dalam Tempoh Peraduan. Bukti penghantaran

10.WhatsApp bukan bukti penerimaan. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap penyertaan yang lewat, hilang dan/atau salah hantar.

Pemilihan pemenang

  1. Setiap penyertaan layak akan diberi satu nombor siri peraduan.
  2. Pemilihan janaan komputer akan dijalankan untuk memilih 10 pemenang Hadiah Utama, 20 pemenang Hadiah Istimewa dan 390 pemenang Hadiah Mingguan (“Peserta Terpilih”).
  3. 20 pemenang Hadiah Istimewa akan dipilih dari semua Peserta layak yang membeli dua (2) jenama produk tersenarai.
  4. 390 pemenang Hadiah Mingguan akan dipilih berdasarkan tempoh mingguan yang tertera dalam jadual berikut:

Hadiah Mingguan x 13 minggu x 30 pemenang setiap minggu (sejumlah 390 Hadiah Mingguan)

e. Peserta Terpilih akan dihubungi atas dasar usaha terbaik sebanyak tiga (3) percubaan. Sekiranya mana-mana Peserta Terpilih tidak dapat dihubungi, Pihak Penganjur berhak untuk mengganti Peserta Terpilih tersebut dengan Peserta/nama yang seterusya dalam senarai.

f. Peserta Terpilih yang berjaya dihubungi perlu menghantar Bukti Pembelian asal dan IC fotostat melalui perkhidmatan kurier ataupun Pos Laju ke “Peraduan Lam Soon – Raya Fiesta Berganda, No. 15, Block B, Lot 756, Jalan Subang 3, 47610 Subang Jaya, Selangor” untuk tujuan pengesahan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh pemberitahuan.

11. Penghantaran Hadiah:

  1. Hadiah akan dihantar ke alamat yang diberikan oleh Peserta melalui WhatsApp. Peserta bertanggungjawab untuk memberi alamat yang betul dan sah.
  2. Hadiah akan disampaikan kepada pemenang dalam bentuk cek berpalang. Semua cek mesti didepositkan dalam masa 6 bulan daripada tarikh cek dikeluarkan, jika tidak, cek tersebut akan menjadi tidak sah.
  3. Semua Hadiah yang dikembalikan dan/atau tidak dituntut akan dibatalkan dan segala rayuan tidak akan dilayani.

12. Pihak Penganjur berhak menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis. Hadiah tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar dan hanya akan diberikan kepada pemenang yang memenuhi semua syarat yang tertera dalam Terma dan Syarat ini.

13. Peserta hanya boleh memenangi satu (1) Hadiah Utama atau satu (1) Hadiah Istimewa dan satu (1) Hadiah Mingguan sepanjang Tempoh Peraduan.

14.Semua Hadiah wang tunai adalah dikecualikan sepenuhnya daripada cukai barang dan perkhidmatan di bawah peruntukan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

15. Senarai penuh pemenang akan dipaparkan 12 minggu selepas Tempoh Peraduan tamat di www.rayafiesta.com.

16. Pihak Penganjur dan kesemua pihak-pihak lain yang terlibat dalam Peraduan ini, termasuk pengarah, pegawai dan ejen mereka tidak bertanggungjawab dalam apa-apa cara sekalipun terhadap yang berikut: (a) campur tangan oleh pihak-pihak yang tidak berkenaan semasa Peraduan ini; (b) sebarang bentuk gangguan teknikal dan kesilapan elektronik atau manusia dalam pengurusan Peraduan dan pemprosesan penyertaan; (c) sebarang penyertaan yang hilang, rosak, salah dihantar atau tidak diterima; dan (d) semua liabiliti (termasuk kematian) sama ada disebabkan secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh penyertaan peserta dalam Peraduan ini.

17. Penganjur atas budi bicara mutlak berhak untuk menolak dan membatalkan kelayakan mana-mana penyertaan tanpa sebarang notis. Semua penyertaan yang tidak lengkap, tidak jelas, lambat, Bukti Pembelian yang salah atau tidak mencukupi akan dibatalkan kelayakan secara automatik.

18. Semua Bukti Pembelian yang dihantar untuk Peraduan ini adalah hakmilik Pihak Penganjur.

19. Sila klik pada pautan untuk melihat Notis Privasi Data Peribadi kami yang mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”).

20.. Segala perbelanjaan untuk menyertai Peraduan ini, menuntut hadiah dan/atau menghadiri majlis penyampaian hadiah adalah tanggungan Peserta.

Terma dan syarat Peraduan ini terdapat dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat percanggahan antara mana-mana versi, Bahasa Inggeris akan dijadikan rujukan.

Untuk pertanyaan lanjut tentang Peraduan ini, sila telefon 03-5635 1391, Isnin – Jumaat, 10 pagi – 5 petang kecuali cuti umum.

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?