Peraduan Sunquick Variarasa 2018


Sertai Peraduan Sunquick Variarasa 2018 untuk berpeluang memenangi hadiah 1 Buku resipi khas oleh Chef Wan yang bertandatangan Chef Wan dan 12 botol Sunquick 840ml semua perisa bersama 24 x125ml pek sedia diminum.

Dalam peraduan ini terdapat 13 pemenang kesemuanya (keseluruhan) dimana seorang pemenang akan dipilih untuk setiap minggu peraduan.

Peraduan ini berlangsung selama 13 Minggu. Setiap Minggu, anda boleh hantarkan gambar hindangan masakan atau minuman mengikut Tema yang ditetapkan.

Gambar hidangan masakan atau minuman berinspirasikan Sunquick berdasarkan tema perisa Sunquick mingguan yang telah ditetapkan.

Produk Sunquick mestilah jelas dipaparkan di dalam gambar yang dikongsikan tersebut.

Untuk Mingggu 1: Submit Penyertaan anda DISINI (Tempoh penghantaran 2 April hingga 8 April 2018)

Jika anda terlepas untuk hantarkan penyertaan Minggu 1, anda bolehlah sertai untuk minggu yang seterusnya.

Dalam peraduan ini pemenang dipilih berdasarkan gambar yang paling kreatif dengan jumlah LIKE terbanyak. Pemenang dengan foto yang terpilih mestilah memberikan resipi jika tidak disertakan semasa penghantaran penyertaan.

Satu (1) Pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu (selama tiga belas (13) minggu berturut-turut) berdasarkan 50% kreativiti hidangan dan 50% jumlah LIKE terbanyak.

Semua Pemenang Peraduan ini akan diumumkan di laman Facebook Penganjur dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh akhir mingguan.

Tempoh Peraduan: 2 April 2018, 12.01am hingga 1 Julai 2018, 11.59pm

Cara

Bagaimana untuk sertai:

a. Ambil foto hidangan masakan atau minuman berinspirasikan Sunquick berdasarkan tema perisa Sunquick mingguan yang telah ditetapkan.

b. Produk Sunquick mestilah jelas dipaparkan di dalam foto tersebut.

c. Senarai tema dan tempoh mingguan adalah seperti berikut:

d. Muat naik foto penyertaan anda di ruangan komen Facebook rasmi Sunquick Malaysia pada kiriman berpin mingguan yang ditetapkan.

  • Untuk Mingggu 1: Submit Penyertaan anda DISINI (Tempoh penghantaran 2 April hingga 8 April 2018)

e. Foto penyertaan yang kreatif akan dinobatkan sebagai Pemenang:

  • i. Satu (1) Pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu (selama tiga belas (13) minggu berturut-turut) berdasarkan 50% kreativiti hidangan dan 50% jumlah LIKE terbanyak.

f. Apabila peserta memuat naik gambar ke peraduan, peserta telah mengakui;

  • i. Gambar hidangan adalah milik mereka.
  • ii. Tiada sebarang perlanggaran hak cipta dan sepertinya.
  • iii. Peserta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gambar dan resipi yang dimuat naik.

Hadiah

13x Pemenang : Setiap minggu satu (1) Pemenang terpilih akan menerima:

  • i) Buku resipi khas oleh Chef Wan yang bertandatangan Chef Wan.
  • ii) Dua belas (12) botol Sunquick 840ml semua perisa bersama 24 x125ml pek sedia diminum bagi setiap satu (1) perisa untuk semua empat (4) jenis perisa.

Terma & Syarat

Sila baca terma dan syarat ini (“Terma dan Syarat”) dengan teliti kerana ia merupakan perjanjian yang diikat dari sudut undang-undang di antara orang yang menggunakan Laman (“Pengguna-Pengguna” termasuk anda sebagai “Pengguna”) dan Barkath CO-RO Manufacturing Sdn. Bhd. (“Kumpulan Barkath”, terma yang merangkumi setiap ahli kumpulan syarikat yang Barkath CO-RO Manufacturing Sdn. Bhd. adalah syarikat induk, subsidiari atau syarikat gabungan termasuklah Sunquick Malaysia). Di dalam Terma dan Syarat, “kami” dan “kita” merujuk kepada Barkath (Malaysia). Jika anda meneruskan akses laman web ini (“Laman”), anda telah bersetuju terhadap semua Terma dan Syarat, termasuk Kod Perilaku yang Wajar (seperti yang dinyatakan di bawah) dan polisi peribadi yang merupakan sebahagian Terma dan Syarat ini. Sekiranya, anda tidak bersetuju untuk diikat oleh Terma dan Syarat ini, anda tidak boleh mengakses atau melihat Laman ini.

Peraduan Sunquick Variarasa

1. Peraduan Sunquick Variarasa (“Peraduan”) akan berlangsung dari 2 April 2018, 12.01am hingga 1 Julai 2018, 11.59pm iaitu selama tiga belas (13) minggu (“Tempoh Peraduan”). Barkath CO-RO Manufacturing Sdn. Bhd. dan Sunquick Malaysia (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

2.Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas (semasa 2 April 2018) kecuali kakitangan serta ahli keluarga terdekat Penganjur, termasuk syarikat, pengedar, agensi pengiklanan dan promosi bersekutu dan/atau berkaitan.

3.Bukti pembelian bagi tujuan penyertaan adalah tidak diperlukan.

4.Bagaimana untuk sertai:

  • a. Ambil foto hidangan masakan atau minuman berinspirasikan Sunquick berdasarkan tema perisa Sunquick mingguan yang telah ditetapkan.
  • b. Produk Sunquick mestilah jelas dipaparkan di dalam foto tersebut.
  • c. Senarai tema dan tempoh mingguan adalah seperti berikut:

d. Muat naik foto penyertaan anda di ruangan komen Facebook rasmi Sunquick Malaysia pada kiriman berpin mingguan yang ditetapkan.

e. Foto penyertaan yang kreatif akan dinobatkan sebagai Pemenang:
i. Satu (1) Pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu (selama tiga belas (13) minggu berturut-turut) berdasarkan 50% kreativiti hidangan dan 50% jumlah LIKE terbanyak.

c. Apabila peserta memuat naik gambar ke peraduan, peserta telah mengakui;

  • i. Gambar hidangan adalah milik mereka.
  • ii. Tiada sebarang perlanggaran hak cipta dan sepertinya.
  • iii. Peserta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gambar dan resipi yang dimuat naik.

5. Hadiah/pemilihan Pemenang:
a. Tiga belas (13) Pemenang akan dipilih oleh Penganjur berdasarkan gambar yang paling kreatif dengan jumlah LIKE terbanyak. Pemenang dengan foto yang terpilih mestilah memberikan resipi jika tidak disertakan semasa penghantaran penyertaan.

b. Semua Pemenang Peraduan ini akan diumumkan di laman Facebook Penganjur dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh akhir mingguan. Sila rujuk jadual senarai tempoh Peraduan. Penganjur berhak untuk menggunakan sebarang kaedah atau medium lain yang sesuai atas budi bicaranya sendiri bagi tujuan mengumumkan Pemenang Peraduan ini.

c. Setiap minggu satu (1) Pemenang terpilih akan menerima:

  • i) Buku resipi khas oleh Chef Wan yang bertandatangan Chef Wan.
  • ii) Dua belas (12) botol Sunquick 840ml semua perisa bersama 24 x125ml pek sedia diminum bagi setiap satu (1) perisa untuk semua empat (4) jenis perisa.

d. Satu (1) foto setiap minggu selama tiga belas (13) minggu iaitu gambar hidangan makanan atau minuman berinspirasikan Sunquick mengikut tema mingguan yang ditetapkan dengan 50% jumlah LIKE tertinggi dan 50% kreativiti akan dipilih Penganjur.

e. Penuntutan hadiah:

i. Penganjur akan menghubungi Pemenang melalui akaun Facebook penyertaan bagi tujuan makluman, pengesahan dan butiran peribadi.

ii. Hadiah mesti dituntut di ibu pejabat Penganjur.

iii. Jika Pemenang tidak boleh menuntut hadiah di ibu pejabat Penganjur atas sebab-sebab tertentu, hadiah akan dikirim ke alamat yang diberikan oleh Pemenang.

iv. Pemenang perlu faks atau emel kad pengenalan kepada Penganjur bagi tujuan pengesahan apabila dihubungi oleh Penganjur.

v. Hadiah hanya boleh ditebus dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh pemberitahuan Pemenang tertakluk pada budi bicara Penganjur dan masa Pemenang. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya hadiah tidak dapat ditebus dalam tempoh yang tidak dinyatakan.

vi. Jika Pemenang tidak dapat hadir untuk menuntut, wakil penerima hendaklah membawa salinan kad pengenalan Pemenang sebagai pengesahan.

f. Sekiranya percubaan pertama untuk menghubungi Pemenang gagal, contohnya tiada maklum balas selepas tiga (3) lagi percubaan dilakukan. Sekiranya percubaan ini juga gagal, Penganjur berhak untuk memilih Peserta seterusnya yang layak sebagai Pemenang Hadiah. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya Pemenang yang layak tidak boleh dihubungi atas sebarang sebab.

g. Semua Pemenang Peraduan akan diumumkan pada laman Facebook Sunquick Malaysia. Penganjur berhak untuk menggunakan sebarang kaedah atau medium lain yang sesuai atas budi bicaranya sendiri bagi tujuan mengumumkan Pemenang Peraduan.

h. Hadiah sama ada barangan, baucar, tiket dan sebagainya tidak boleh ditebus sebagai wang tunai.

i. Setiap Peserta hanya boleh memenangi satu hadiah sahaja.

6. Penganjur dan syarikat yang terlibat dalam Peraduan tidak akan bertanggungjawab dari sebarang segi untuk kelewatan, gangguan atau ketidaksampaian penyertaan dan sebarang kesilapan, peninggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan dalam penghantaran, kegagalan rangkaian komunikasi, kelengkapan komputer, perisian, atau kegagalan disebabkan masalah teknikal atau kesesakan trafik Internet tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang penggunaan akaun pengguna/pelanggan yang tidak diizinkan bagi Peraduan ini.

7. Penganjur mempunyai hak mutlak, dalam budi bicaranya sendiri untuk menghapuskan, membatalkan sebarang penyertaan yang tidak lengkap dalam budi bicara Penganjur, tidak sesuai, fitnah, melibatkan plagiarisme, melanggar (atau mungkin melanggar) sebarang hak cipta, tanda dagangan, atau apa-apa hak harta intelektual atau hak proprietari mana-mana entiti, bagi yang masih hidup atau sudah mati (termasuk hak-hak privasi atau publisiti atau gambaran yang palsu).

8. Peserta tidak boleh menggunakan sebarang bahasa yang sensitif yang boleh menyinggung atau kandungan yang berkaitan keganasan dan/atau pengambilan alkohol, elemen untuk merendahkan darjat sesiapa atau sebarang ahli mana-mana kumpulan berdasarkan bangsa, agama, latar belakang etnik, orientasi seksual atau status minoriti lain, menyatakan jenama-jenama lain, fitnah atau yang boleh memberikan gambaran buruk terhadap Penganjur dan seumpamanya.

9. Penganjur berhak membatalkan dan menyingkirkan gambar penyertaan yang dimuat naik oleh peserta yang mengandungi sebarang bahasa yang sensitif yang boleh menyinggung atau kandungan yang berkaitan keganasan dan/atau pengambilan alkohol, elemen untuk merendahkan darjat sesiapa atau sebarang ahli mana-mana kumpulan berdasarkan bangsa, agama, latar belakang etnik, orientasi seksual atau status minoriti lain, menyatakan jenama-jenama lain, fitnah atau yang boleh memberikan gambaran buruk terhadap Penganjur dan seumpamanya.

10. Penganjur berhak, dengan budi bicaranya sendiri, untuk menukar sebarang hadiah dengan hadiah yang sama nilainya tanpa notis terlebih dahulu. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, dibayar balik atau ditukar kepada sebarang bentuk atas sebarang sebab. Nilai hadiah adalah tepat pada masa cetakan. Semua hadiah diberikan dalam keadaan sedia ada. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, sebarang dan semua representasi dan waranti termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan kualiti, dagangan atau kesesuaian atau kelayakan berkenaan dengan hadiah-hadiah adalah dengan ini dikecualikan.

11. Peserta akan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti dalam sebarang kerugian, kemalangan, kecederaan, kerosakan dan tuntutan yang timbul akibat penyertaan dalam Peraduan ini.

12. Penganjur tidak akan bertanggungjawab dan tidak menerima sebarang liabiliti yang timbul atau dialami oleh Pemenang, tetamunya atau pihak lain, termasuk kecuaian, berkenaan dengan apa-apa kerugian, kerosakan, kecederaan, kemalangan dan/atau kematian yang timbul daripada dan berhubung dengan Peraduan ini dan/atau penggunaan hadiah-hadiah Peraduan ini. Sebarang pertikaian berkenaan dengan apa-apa terma dan syarat berkenaan dengan penggunaan hadiah-hadiah Peraduan ini mesti diselesaikan secara langsung di antara Pemenang dan pihak masing-masing dan bukan Penganjur. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab untuk menyelesaikan sebarang pertikaian tersebut.

13. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab bagi apa-apa keingkaran atau kerugian yang disebabkan oleh bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok, tindakan industri, wabak, kebakaran, banjir, ribut, kegagalan teknikal atau sebarang kejadian di luar kawalan munasabah pihak Penganjur.

14. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dan Pemenang bersetuju untuk memberikan data peribadi dan Penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama dan/atau foto Pemenang serta penyertaan untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang pampasan atau notis dan setiap Peserta dan Pemenang tidak layak untuk membuat sebarang tuntutan bagi penggunaan penyertaan oleh Penganjur. Kegagalan oleh Peserta untuk berbuat demikian akan menyebabkan penyertaan Peserta dikecualikan.

15. Dengan menyertai Peraduan ini dan mengemukakan data peribadi anda yang boleh dikenalpasti, Peserta memberikan keizinan kepada pihak Penganjur dan/atau ejen yang diberi kuasa untuk menyimpan, menggunakan dan memproses data peribadi anda bagi menyediakan perkhidmatan atau berkomunikasi dengan anda dan tujuan publisiti, pengiklanan, perdagangan dan/atau promosi pemasaran masa kini dan masa depan dan demi meningkatkan taraf produk dan perkhidmatannya. Data peribadi Peserta ini disimpan dalam cara yang sesuai oleh pihak Penganjur dan digunakan untuk memenuhi permintaan anda.

16. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk mematuhi semua Terma dan Syarat Peraduan rasmi serta keputusan Penganjur.

17. Terma dan syarat ini boleh diubah, ditambah atau diubah oleh pihak Penganjur melalui laman Facebook Sunquick Malaysia, atau apa-apa cara lain yang difikirkan sesuai oleh pihak Penganjur. Para Peserta dianggap telah mengakses laman Facebook Sunquick Malaysia dan bersetuju dengan apa-apa perubahan atau permindaan kepada terma dan syarat ini.

18. Pihak Penganjur berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan atau membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan ini dengan notis secara meletakkan di laman Facebook Sunquick Malaysia, atau dalam apa-apa cara lain yang difikirkan sesuai oleh pihak Penganjur. Para Peserta dianggap telah mengakses laman Facebook Sunquick Malaysia tersebut dan bersetuju dengan apa-apa perubahan atau permindaan kepada terma dan syarat ini. Bagi mengelakkan keraguan, sebarang perubahan Tempoh Peraduan atau pembatalan, penamatan atau penggantungan Peraduan ini oleh pihak Penganjur tidak melayakkan Peserta untuk apa-apa pampasan terhadap pihak Penganjur bagi sebarang dan semua kerugian atau kerosakan yang mungkin dialami atau ditanggung oleh mana-mana Peserta secara langsung atau tidak langsung akibat daripada tindakan perubahan Tempoh Peraduan atau pembatalan, penamatan atau penggantungan.

19. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, setiap Peserta dianggap mengenepikan apa-apa hak yang mungkin ada terhadap pihak Penganjur dan pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejen pihak Penganjur (termasuk tetapi tidak terhad kepada pembekal pihak ketiga yang pihak Penganjur mungkin melantik bagi tujuan Peraduan ini), berkenaan dengan apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya, berkaitan dengan Peraduan dan hadiah-hadiah.
20. Keputusan Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat dan rayuan tidak akan dilayan.

Untuk Mingggu 1: Submit Penyertaan anda DISINI (Tempoh penghantaran 2 April hingga 8 April 2018)

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?