Peraduan Daisuki Nutrigen


Dengan pembelian minimum RM10 atau keatas mana-mana Produk Nutrigen dalam 1 resit tunggal, anda boleh sertai Peraduan Daisuki Nutrigen ini.

Dalam peraduan ini penyertaan peraduan hanya boleh dihantar menggunakan aplikasi WhatsApp.

Terdapat 3 Hadiah Utama (Pakej pelancongan ke Disneyland Tokyo Jepun) dan 50 Hadiah saguhati ( Creator Lego Set) yang ditawarkan .

Bukti pembelian sah (“Resit Asli”) yang memaparkan setiap pembelian bernilai RM10 dan ke atas mana-mana (“Produk Nutrigen”) dalam satu resit akan diberi satu peluang penyertaan.

Selepas membaca terma & syarat, eMenang berpendapat peraduan ini sesuai disertai peminum tegar minuman Nutrigen ini.

Ini kerana pemenang dalam peraduan ini dipilih berdasarkan Peserta yang telah menjawab soalan dengan tepat dan JUMLAH penyertaan paling banyak berdasarkan jumlah resit.

Dalam terma & Syarat tulis macam ini.

Contoh Produk NutriGen – sumber Facebook Nutrigen Malaysia

Kalau anda bercadang untuk belanja kanak-kanak tadika, pelajar sekolah, atau anak-anak yatim minum minuman Nutrigen ini, anda juga sesuai sertai peraduan ini.

Anda boleh beli banyak-banyak untuk di disedekah kepada mereka. Masa anda nak beli tu, anda cakap la dekat cashier tu, bayar asing-asing. Maksudnya setiap pembelian produk Nurigen bernilai RM10, anda bayarlah asing-asing. 

Jadi anda boleh hantar banyak penyertaan. (In case kalau anda nak belajar kanak-kanak minum NutriGen.)

Produk Nutrigen ini bukan sahaja ada minuman untuk kanak-kanak. Ada juga produk Nutrigen Yogurt dan Nutrigen minuman Yogurt.

Contoh Produk minuman Susu Yogurt dan Yogurt Nutrigen

Kalau anda ada beli produk Nutrigen bernilai RM10 atau ke atas dalam 1 resit semasa tempoh peraduan, bolehlah hantarkan penyertaan dalam peraduan ini.

Tempoh Peraduan: 1 April 2018 hingga 15 Mei 2018

Nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk join peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa selain membazir duit. Beli jika anda memang nak minum atau ada keperluan untuk beli sahaja.

Cara

Cara penyertaan adalah melalui Whatsapp (“Penyertaan Peraduan”):

a) Beli mana-mana Produk Nutrigen RM10 keatas = Satu (1) Penyertaan

b) Jawab soalan ni: “Hadiah Utama bagi Peraduan Daisuki Nutrigen adalah Pakej ke Disneyland Tokyo Jepun. Betul atau Salah?”

c) Hantar Gambar Resit Asal, jawapan yang betul bersama-sama Nama Penuh dan Nombor MyKad Peserta melalui Whatsapp ke +6 018-9898290

d) Setiap Peserta harus menyimpan Resit Asal untuk tujuan pengesahan / semakan sebagai bukti pembelian sekiranya Peserta terpilih sebagai salah satu pemenang dalam Peraduan ini.

Hadiah

Hadiah Utama
– Hadiah Utama akan diberikan kepada tiga (3) pemenang.
– Pakej pelancongan ke Disneyland Tokyo Jepun selama empat (4) hari tiga (3) malam untuk dua (2) orang termasuk:

  • i. Tiket penerbangan Air Asia pergi balik (Kuala Lumpur – Tokyo Jepun) termasuk cukai;
  • ii. Tempat penginapan selama empat (4) hari tiga (3) malam; dan
  • iii. Dua (2) tiket masuk ke Disneyland Tokyo.

 

Hadiah Saguhati

  • Lima puluh (50) buah Creator Lego Set.
  • Setiap satu akan diberikan kepada lima puluh (50) pemenang.
  • Hadiah Saguhati hendaklah dituntut oleh pemenang dalam masa satu (1) bulan dari tarikh tamat Tempoh Peraduan.

Terma & Syarat

Dengan menyertai Peraduan Daisuki Nutrigen (“Peraduan”), (“Peserta”) mengakui telah membaca dan bersetuju untuk menerima Terma dan Syarat yang disenaraikan seperti berikut (“Terma DAN Syarat”):

1. Peraduan ini dianjurkan oleh DYDO MAMEE DISTRIBUTION SDN BHD (“Pihak Penganjur”) dan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan tidak terbuka kepada kakitangan Pihak Penganjur termasuk ahli keluarga terdekat mereka, syarikat-syarikat sekutu Pihak Penganjur, pembekal / pengedar Pihak Penganjur, agensi promosi / pengiklanan / perhubungan awam Pihak Penganjur dan pihak-pihak lain yang telibat dalam Peraduan ini.

2. Peraduan berlangsung 01hb April 2018 – 15hb Mei 2018 (“Tempoh Peraduan”).

3. Bukti pembelian sah (“Resit Asli”) yang memaparkan setiap pembelian bernilai RM10 dan ke atas mana-mana (“Produk Nutrigen”) dalam satu resit akan diberi satu peluang penyertaan.

4. Cara penyertaan adalah melalui Whatsapp (“Penyertaan Peraduan”): a) Beli mana-mana Produk Nutrigen RM10 keatas = Satu (1) Penyertaan b) Jawab soalan ni: “Hadiah Utama bagi Peraduan Daisuki Nutrigen adalah Pakej ke Disneyland Tokyo Jepun. Betul atau Salah?” c) Hantar gambar Resit Asli, jawapan yang betul bersama-sama nama penuh dan nombor MyKad Peserta melalui Whatsapp ke +6 018-9898290 d) Setiap Peserta harus menyimpan Resit Asli untuk tujuan pengesahan / semakan sebagai bukti pembelian sekiranya Peserta terpilih sebagai salah satu pemenang dalam Peraduan ini.

5. Hanya nombor telefon yang berdaftar dengan pengendali perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia dibenarkan untuk menyertai Peraduan ini.

6. Bukti pembelian atau Resit Asli perlu dihantar kepada agensi terlantik melalui perkhidmatan pos kurier untuk pengesahan sekiranya Peserta terpilih sebagai pemenang.

7. Peserta yang telah menjawab soalan dengan tepat dengan jumlah Penyertaan Peraduan yang paling banyak mengikut jumlah Resit Asli yang dihantar melalui aplikasi whatsapp kepada pihak Penganjur akan berpeluang memenangi Hadiah Utama. Manakala Peserta yang telah menjawab soalan dengan tepat, tetapi dengan jumlah Penyertaan Peraduan yang kedua terbanyak mengikut jumlah Resit Asli yang dihantar melalui aplikasi whatsapp kepada pihak Penganjur akan berpeluang memenangi Hadiah Saguhati.

8. Senarai Hadiah

Hadiah Utama
Hadiah Utama akan diberikan kepada tiga (3) pemenang.
Pakej pelancongan ke Disneyland Tokyo Jepun selama empat (4) hari tiga (3) malam untuk dua (2) orang termasuk:

  • i. Tiket penerbangan Air Asia pergi balik (Kuala Lumpur – Tokyo Jepun) termasuk cukai;
  • ii. Tempat penginapan selama empat (4) hari tiga (3) malam; dan
  • iii. Dua (2) tiket masuk ke Disneyland Tokyo.

Hadiah Utama hendaklah dituntut oleh pemenang dalam masa satu (1) bulan dari tarikh tamat Tempoh Peraduan.
Para pemenang yang terpilih untuk memenangi Hadiah Utama berpeluang memilih tarikh bagi menebus pakej pelancongan tersebut. Pemilihan tarikh tersebut adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat ini. Para pemenang wajib memaklumkan kepada pihak Penganjur tarikh penebusan yang dipilih dalam masa satu (1) bulan dari tarikh tamat Tempoh Peraduan.

*NOTA: Sila ambil maklum bahawa pakej pelancongan ini disahkan untuk bulan Jun, Julai, Ogos dan September 2018 sahaja dan tidak termasuk cuti sekolah dan mana-mana cuti umum di Malaysia.

Hadiah Saguhati

  • Lima puluh (50) buah Creator Lego Set.
  • Setiap satu akan diberikan kepada lima puluh (50) pemenang.
  • Hadiah Saguhati hendaklah dituntut oleh pemenang dalam masa satu (1) bulan dari tarikh tamat Tempoh Peraduan.

9. Syarat-syarat penerimaan Hadiah:

(a) Nilai Hadiah Utama dan Hadiah Saguhati yang dipaparkan adalah berdasarkan nilai semasa apabila Terma dan Syarat ini disediakan dan tertakluk kepada perubahan nilai pasaran.

(b) Setiap Peserta berpeluang memenangi satu (1) hadiah sepanjang Tempoh Peraduan dan setiap pemenang dikehendaki menunjukkan Resit Asli yang asal dan jelas kepada pihak Penganjur bagi tujuan pengesahan jika dipilih sebagai pemenang.

(c) Penganjur, ejen, egensi terlantik, penaja dan wakilnya tidak bertanggungjawab kepada mana-mana Peserta yang gagal menebus Hadiah menurut ketetapan tuntutan hadiah/tarikh penghantaran menurut Terma dan Syarat ini dalam apa-apa keadaan sekalipun. Penganjur berhak menentukan pengurusan Hadiah yang tidak dituntut.

(d) Jika Peserta yang dipilih sebagai pemenang gagal menuntut Hadiah dalam tempoh masa satu (1) bulan dari tarikh tamat Tempoh Peraduan, pemilihan Peserta tersebut sebagai pemenang akan terbatal.

(e) Hadiah sama sekali tidak boleh dipindah milik, diserah hak, ditukar atau ditebus oleh pemenang dalam apa-apa bentuk lain atau cara lain daripada yang ditetapkan oleh Penganjur.

(f) Pihak Penganjur berhak untuk menggantikan mana-mana Hadiah yang ditawarkan dengan hadiah yang lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis.

(g) Sebarang kos tambahan yang tidak dinyatakan secara khusus dalam Terma dan Syarat ini berkaitan Hadiah hendaklah ditanggung oleh Pemenang. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kos tambahan atau kos-kos lain yang berkaitan dengan Hadiah selain daripada yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini.

(h) Bagi Hadiah Utama: (i) Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pembatalan atau penjadualan semula tiket penerbangan atau penerbangan yang boleh menghalang penunaian Hadiah tersebut dalam apa jua cara. Sila ambil maklum bahawa tiket penerbangan yang disediakan oleh pihak Penganjur hanya boleh digunakan pada tarikh yang dinyatakan pada tiket penerbangan tersebut. (ii) Penerbangan dan penginapan tertakluk kepada ketersediaan pada masa tempahan. Hadiah mesti diambil menurut tarikh dan destinasi yang ditetapkan oleh Penganjur, ejennya atau penaja. Wang untuk perbelanjan tambahan, makanan, cukai, pasport yang sah, visa, pengangkutan pergi dan balik dari tempat berlepas dan perjalanan tambahan, insurans dan semua kos sampingan lain yang tidak dinyatakan secara khusus dalam Terma dan Syarat ini adalah tanggungjawab Pemenang. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap kos-kos yang dinyatakan di atas dan apaapa kos tambahan lain yang berkaitan dengan Hadiah Utama.

(i) Bagi kedua-dua Hadiah Utama dan Hadia Saguhati, Hadiah diberikan berasaskan “keadaan sedia ada.” Hadiah hendaklah digunakan/diambil atas risiko Peserta sepenuhnya dan Penganjur sama sekali tidak memberi sebarang jaminan mahupun menanggung sebarang liabiliti berhubung dengan Hadiah setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang.

(j) Pemenang-pemenang dikehendaki menuntut Hadiah sendiri dari pejabat agensi terpilih di [Idea Creative 19-08, Menara K1, Level 19, Lorong 3/137C Off Jalan Klang Lama], Kuala Lumpur.

(k) Pihak Penganjur berhak menentukan cara penebusan atau penghantaran Hadiah.

(l) Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kesulitan, kerosakan and / atau kehilangan Hadiah yang berlaku semasa proses penebusan atau penghantaran Hadiah.

(m) Pihak Penganjur akan berusaha menghubungi Peserta terpilih berdasarkan butiran yang diberikan di dalam Penyertaan Peraduan melalui panggilan telefon sebanyak tiga kali (3) percubaan. Sekiranya Peserta yang terpilih tidak dapat dihubungi, pihak Penganjur berhak untuk memilih pemenang layak yang seterusnya

10. Semua penyertaan dan bukti pembelian yang dikemukakan untuk penyertaan Peraduan ini adalah menjadi hak milik pihak Penganjur.

11. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju dan memberi kebenaran kepada pihak Penganjur untuk menggunakan nama, alamat, gambar, butiran peribadi, dokumen dan sebarang maklumat lain yang dikemukakan oleh Peserta kepada pihak Penganjur dalam sebarang bentuk publisiti yang diadakan oleh pihak Penganjur dan Peserta bersetuju untuk tidak menuntut sebarang bayaran royalti atau sebarang bentuk pampasan lain daripada pihak Penganjur.

12. Pihak Penganjur dan kesemua pihak lain yang terlibat dalam Peraduan ini termasuk pengarah, pegawai dan ejen pihak Penganjur tidak bertanggungjawab dalam apa-apa cara sekalipun, tanpa had, terhadap perkara-perkara berikut:

(a) Campur tangan oleh pihak yang tidak berkenaan semasa Tempoh Peraduan ini.
(b) Sebarang bentuk gangguan teknikal dan kesilapan elektronik atau manusia dalam pengurusan dan pemprosesan penyertaan.

13. Pihak Penganjur berhak meminda Terma dan Syarat atas budi bicaranya tanpa sebarang notis. Segala keputusan oleh pihak Penganjur adalah muktamad dan segala surat-menyurat tidak akan dilayan.

14. Perlindungan Data – Pihak Penganjur mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk menyimpan data peribadi Peserta dengan selamat. Pihak Penganjur memerlukan khidmat pemprosesan data pihak ketiga untuk memproses data yang diterima daripada Peserta dan Peserta bersetuju dan memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur dan kepada pemproses data pihak ketiga yang dipilih oleh Pihak Penganjur untuk memproses data tersebut. Sila ambil perhatian pihak Penganjur boleh mengemukakan data peribadi Peserta jika pihak Penganjur dikehendaki untuk berbuat demikian oleh mana-mana pihak berkuasa menurut undang-undang, atau dengan waran geledah, sepina atau perintah mahkamah. Sila rujuk kepada Notis Privasi pihak Penganjur bagi keterangan lanjut.

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?