Peraduan PEPSI “Menangi Motor Futuristik” di Shell Select


Peraduan “Menangi Motor Futuristik” ini hanya berlangsung Eksklusif di Kedai serbaneka Shell Select.

Dengan pembelian 2 Botol Pepsi Black PET 400ml dalam 1 resit dari mana-mana kedai Shell Select di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang turut serta semasa Tempoh Peraduan, anda boleh hantarkan penyertaan dalam peraduan ini.

Setiap 1 resit melayakkan peserta untuk 1 penyertaan. Penyertaan dalam peraduan ini hanya boleh dihantar menggunakan aplikasi WhatsApps.

Dalam peraduan ini terdapat Hadiah Utama x 2: Motosikal ‘Airwheel’ setiap satu, Hadiah Pertama x 5: Macbook Air 128GB setiap satu, Hadiah Kedua x 5: iPhone 8 64GB setiap satu dan Hadiah Sagu Hati x 100: Wang tunai RM100.00 setiap satu.

Pemenang dalam peraduan ini dipilih menerusi kaedah no. bersiri yang dibahagi, kiranya lebih kurang macam lucky draw lah. Untuk detail cara pemilihan pemenang, anda boleh baca dalam terma & Syarat.

Jadi kalau anda ada beli 2 Botol Pepsi Black PET 400ml dalam 1 resit dari mana-mana kedai Shell Select di seluruh Malaysia dalam tempoh peraduan, anda bolehlah hantarkan penyertaan dalam peraduan ini.

Tempoh Peraduan: 1 April 2018 hingga 30 April 2018

Nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk sertai peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa selain membazir duit. Beli jika anda memang nak minum atau ada keperluan untuk beli sahaja.

Cara

a. Dengan Pembelian DUA (2) botol Pepsi Black PET 400ml (“Produk”) dari mana-mana kedai Shell Select di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang turut serta semasa Tempoh Peraduan, anda boleh hantarkan penyertaan dalam peraduan ini.

Setiap resit melayakkan peserta untuk menghantar HANYA satu (1) penyertaan WhatsApp.

b. Jawab soalan: Produk Pepsi baru mempunyai rasa hebat dan tanpa kalori.

  • Betul atau Salah.

c. Hantar ”Butiran” berikut melalui WhatsApp ke 012-6718310, iaitu talian telefon khas yang disediakan oleh Penganjur untuk menerima penyertaan yang dihantar oleh peserta:

  • i. Gambar jelas seluruh resit bercetak tunggal asal;
  • ii. Jawapan kepada soalan;
  • iii. Nombor Kad Pengenalan;
  • iv. Nama penuh seperti Kad Pengenalan.

d. Simpan resit bercetak yang asal bertarikh dalam Tempoh Peraduan yang sepadan dengan penyertaan WhatsApp sebagai bukti pembelian. Resit bercetak tersebut mesti menunjukkan Produk yang dibeli, jumlah
pembelian, nama kedai, nombor resit dan tarikh pembelian dinyatakan dengan jelas pada resit tersebut.

e. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan WhatsApp tetapi setiap penyertaan mestilah disertakan dengan butiran lengkap yang ditetapkan dan resit pembelian yang berlainan.

f. Peserta tidak dibenarkan mengemukakan/menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan WhatsApp dengan resit yang sama kepada Penganjur.

sumber

Hadiah

Hadiah-hadiah Peraduan:

  • a. Hadiah Utama x 2: Motosikal ‘Airwheel’ setiap satu.
  • b. Hadiah Pertama x 5: Macbook Air 128GB setiap satu.
  • c. Hadiah Kedua x 5: iPhone 8 64GB setiap satu.
  • d. Hadiah Sagu Hati x 100: Wang tunai RM100.00 setiap satu.
  • e. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah sepanjang

Terma & Syarat

Peraduan “Menangi Motor Futuristik” (“Peraduan”) dianjurkan oleh Etika Sdn. Bhd. (17296-P) (“Penganjur”) dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali golongan individu berikut :

a. Rakyat Malaysia yang berumur di bawah 18 tahun (pada 1 April 2018). Penganjur berhak untuk meminta dokumen pengenalan sebagai bukti dan untuk tujuan mengesahkan identiti peserta; atau

b. Kakitangan Penganjur (termasuk syarikat yang bersekutu dan berkaitan dengannya) dan ahli keluarga terdekat mereka (anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik, termasuk pasangan); atau

c. Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pengiklanan dan/atau penyedia khidmat promosi Penganjur (termasuk syarikat yang bersekutu dan berkaitan dengannya) dan ahli keluarga terdekat mereka (anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik, termasuk pasangan).

2. Peraduan ini akan berlangsung dari 1 April 2018 hingga 30 April 2018 (“Tempoh Peraduan”). Pihak Penganjur berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik. Pihak Penganjur berhak untuk membatal, mengubah atau menangguh Peraduan ini pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.

3. Untuk menyertai Peraduan ini:

a. Beli DUA (2) botol Pepsi Black PET 400ml (“Produk”) dari mana-mana kedai Shell Select di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang turut serta semasa Tempoh Peraduan. Setiap resit melayakkan peserta untuk menghantar HANYA satu (1) penyertaan WhatsApp.

b. Jawab soalan: Produk Pepsi baru mempunyai rasa hebat dan tanpa kalori.

Betul atau Salah.

c. Hantar ”Butiran” berikut melalui WhatsApp ke 012-6718310, iaitu talian telefon khas yang disediakan oleh Penganjur untuk menerima penyertaan yang dihantar oleh peserta:

  • i. Gambar jelas seluruh resit bercetak tunggal asal;
  • ii. Jawapan kepada soalan;
  • iii. Nombor Kad Pengenalan;
  • iv. Nama penuh seperti Kad Pengenalan.

d. Simpan resit bercetak yang asal bertarikh dalam Tempoh Peraduan yang sepadan dengan penyertaan WhatsApp sebagai bukti pembelian. Resit bercetak tersebut mesti menunjukkan Produk yang dibeli, jumlah
pembelian, nama kedai, nombor resit dan tarikh pembelian dinyatakan dengan jelas pada resit tersebut.

e. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan WhatsApp tetapi setiap penyertaan mestilah disertakan dengan butiran lengkap yang ditetapkan dan resit pembelian yang berlainan.

f. Peserta tidak dibenarkan mengemukakan/menghantar lebih daripada satu
(1) penyertaan WhatsApp dengan resit yang sama kepada Penganjur.

g. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan dan/atau menolak penyertaan WhatsApp sekiranya:

i. Resit yang dikemukakan adalah salinan, sukar dibaca, tidak jelas,
diubah, koyak atau rosak; dan/atau

ii. Butir-butir yang dikehendaki tidak diberikan, tidak lengkap, tidak boleh dibaca, tidak jelas dan/atau tidak tepat.

h. Setiap hari Peraduan sepanjang Tempoh Peraduan, Peraduan akan bermula pada pukul 12:00 pagi dan berakhir pada pukul 11:59 malam.

i. Para peserta hanya boleh menyertai Peraduan ini melalui telefon bimbit sahaja.

j. Memandangkan talian 012-6718310 adalah talian khas yang disediakan oleh Penganjur, TIADA perakuan penerimaan akan dihantar oleh Penganjur berkaitan semua Penyertaan yang dikemukakan/dihantar oleh peserta kepada Penganjur melalui WhatsApp. Sebarang pertanyaan/panggilan melalui talian ini tidak akan dilayan.

k. Penganjur dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam Peraduan ini tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan, kegagalan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telefon, laman web, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem, peranti, perisian, kegagalan e-mel atau penerimaan penyertaan disebabkan oleh masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di internet atau perkhidmatan telekomunikasi.

4. Cara pemilihan pemenang:

a. Hadiah Utama x 2:

i. Pemenang Hadiah Utama yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dibahagikan dengan 2.5, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 5,002 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 2.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 2,000. Maka penyertaan layak ke-2,000 dan ke-4,000 akan disenarai pendekkan dan berpeluang memenangi Hadiah Utama setiap satu. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan layak seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang gantian, sebagai contoh, pemenang gantian untuk penyertaan layak ke-2,000 adalah penyertaan layak ke-1,999.

b. Hadiah Pertama x 5 dan Hadiah Kedua x 5:
i. Pemenang Hadiah Pertama dan Hadiah Kedua yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dibahagikan dengan 10.5, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 5,002 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 10.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 476. Maka penyertaan layak ke-476, ke-952, ke-1,428 dan seterusnya akan disenarai pendekkan.

Penyertaan layak ke-476, ke-1,428, ke-2,380 dan seterusnya akan disenarai pendekkan dan berpeluang memenangi Hadiah Pertama setiap satu semasa penyertaan layak ke-952, ke-1,904, ke-2,856 dan seterusnya akan disenarai pendekkan dan berpeluang memenangi Hadiah Kedua setiap satu. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan layak seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang gantian, sebagai contoh, pemenang gantian untuk penyertaan layak ke-476 adalah penyertaan layak ke-475.

c. Hadiah Sagu Hati x 100:
i. Pemenang Hadiah Sagu Hati yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dibahagikan dengan 100.5, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak
5,002 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 100.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 49. Maka penyertaan layak ke-49, ke-98, ke-147 dan seterusnya akan disenarai pendekkan dan berpeluang memenangi Hadiah Sagu Hati setiap satu. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan layak seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang gantian, sebagai contoh, pemenang gantian untuk penyertaan layak ke-49 adalah penyertaan layak ke-48.

d. Para pemenang yang layak akan dihubungi melalui telefon dan dikehendaki menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang. Sekiranya peserta gagal menjawab soalan dengan betul, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang. Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, dua (2) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh 24 jam yang berikutnya selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, kelayakan peserta akan dibatalkan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.

e. Para pemenang yang layak dikehendaki menghantar melalui Pos Laju/kurier semua resit bercetak asal (dengan butiran resit yang sepadan dengan semua penyertaan WhatsApp) berserta salinan kad pengenalan
dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas tarikh pemberitahuan sebagai pengesahan bukti pembelian.

Sekiranya gagal, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang. Bukti kiriman tidak akan dianggap sebagai bukti penerimaan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas kiriman yang hilang, lewat atau tersilap alamat.

5. Hadiah-hadiah Peraduan:
a. Hadiah Utama x 2: Motosikal ‘Airwheel’ setiap satu.
b. Hadiah Pertama x 5: Macbook Air 128GB setiap satu.
c. Hadiah Kedua x 5: iPhone 8 64GB setiap satu.
d. Hadiah Sagu Hati x 100: Wang tunai RM100.00 setiap satu.
e. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah sepanjang

Tempoh Peraduan.
f. Kesemua hadiah mesti dituntut atas perbelanjaan sendiri dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh pemberitahuan kemenangan hadiah. Hadiah-hadiah yang gagal dituntut enam puluh (60) hari selepas tarikh pemberitahuan kemenangan hadiah akan dilupuskan oleh pihak Penganjur.

g. Peserta dikehendaki untuk mengemukakan bukti pengenalan diri semasa atau sebelum penuntutan hadiah sebagai pengesahan. Bentuk-bentuk bukti pengenalan diri yang diterima oleh pihak Penganjur adalah seperti berikut: Kad Pengenalan Malaysia/Lesen Memandu. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan peserta/pemenang atas kegagalan dalam mengemukakan bukti pengenalan diri.

h. Pihak Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikanmana-mana hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau apa-apa format atas sebarang sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan. Semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’.

6. Peserta/pemenang dan/atau waris pemenang hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) akibat mengambil bahagian dalam Peraduan, menuntut dan/atau menggunakan hadiah dan bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur dan syarikat-syarikat yang terlibat dengan Peraduan ini daripada sebarang liabiliti.

7. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk Peraduan dan untuk menebus hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.

8. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun
pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur.

9. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan peserta. Maklumat ini disimpan oleh Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan peserta.

Dengan mengemukakan maklumat peribadi peserta, pihak Penganjur menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada Penganjur dan/atau agen-agen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini bagi tujuan pemasaran dan promosi yang terkini dan di masa hadapan serta untuk menambahbaikan produk-produk dan
perkhidmatannya. Sekiranya peserta memaklumkan pihak Penganjur melalui talian pelanggannya di 1300 30 1300 bahawa maklumat tersebut tidak patut digunakan sebagai asas untuk hubungan seterusnya, Penganjur akan menghormati permintaan peserta. Maklumat peserta tidak akan diberi atau dikongsi dengan syarikat-syarikat/rakan-rakan lain untuk kegunaan bebas mereka.

10. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta harus bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan pihak Penganjur.

11. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai Terma dan Syarat ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan para peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.

12. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

sumber

Copyright © 2017 Etika Group of Companies


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?