Peraduan “Momen O-some”Cream-O


Peraduan “Momen O-some”Cream-O ini sesuai disertai oleh pengemar biskut Cream-O dan Cream-O Tart.

Dengan pembelian mana-mana produk Cream-O atau Cream-O Tart bernilai sekurang-kurangnya RM2.00, anda boleh hantarkan penyertaan dalam peraduan ini.

Anda perlu Kongsikan bersama Cream-O Malaysia bagaimana Cream-O memberi inspirasi kepada anda untuk mengubah hari yang bosan kepada hari yang O-some. Cerita O-some anda mestilah sekurang-kurangnya 50 patah perkataan, sama ada dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu atau Bahasa Cina.

Penyertaan dalam peraduan ini hanya boleh dihantar menggunakan PM ke  Facebook Cream-O Malaysia. Selepas hantar penyertaan sila simpan resit pembelian tersebut.

Kelayakan Pemenang
3.1 Peserta dengan cerita yang paling kreatif, berkaitan, asli dan unik tentang bagaimana Cream-O memberi inspirasi kepada anda untuk mengubah hari yang bosan kepada hari yang O-some akan berpeluang untuk menjadi salah seorang dari pemenang Peraduan (“Pemenang”). Penyertaan hendaklah mempunyai sekurang- kurangnya 50 patah perkataan.

3.2 Senarai pemenang- pemenang akan diumumkan di laman Facebook Cream-O Malaysia dalam tempoh 30 hari dari tarikh tamat Peraduan. – sumber

Jadi kalau anda ada beli biskut Cream-O atau Cream-O Tart bernilai RM 2 atau keatas dalam 1 resit, bolehlah hantarkan penyertaan dalam peraduan ini.

Tempoh Peraduan: 1 Mac 2018 hingga  15 April 2018 pada jam 11:59PM (+8 GMT)

Nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk sertai peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa selain membazir duit. Beli jika anda nak makan atau ada keperluan untuk beli sahaja.

Cara

1. Beli mana-mana produk Cream-O dan/atau Cream-O Tart bernilai sekurang-kurangnya RM2.00. Resit pembelian perlu disimpan.

2. Kongsikan bersama kami bagaimana Cream-O memberi inspirasi kepada anda untuk mengubah hari yang bosan kepada hari yang O-some. Cerita O-some anda mestilah sekurang-kurangnya 50 patah perkataan, sama ada dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu atau Bahasa Cina.

3. Mesej secara peribadi (PM) kepada laman Facebook Cream-O Malaysia cerita O-some anda berserta dengan gambar resit pembelian produk Cream-O dan/atau Cream-O Tart. Hantar penyertaan sebelum 11:59PM pada 15 April 2018.

Facebook Cream-O Malaysia

Hadiah

32 Pemenang akan dipilih selepas Tempoh Peraduan tamat.

  • Hadiah Utama: Percutian ke Korea (4 Hari, 3 Malam) x 1 Pemenang (Baucar Pakej Percutian untuk 2 orang). Pemenang dinasihatkan bahawa ketersediaan tiket penerbangan dan tempoh percutian tertakluk kepada masa tempahan yang dipilih oleh pemenang.
  • Hadiah Pertama : Dinner in the Sky (Malaysia) x 3 Pemenang (makan malam untuk 2 orang untuk setiap Pemenang)
  • Hadiah Kedua : Pengalaman Go Kart x 3 Pemenang (2 orang untuk setiap pemenang)
  • Hadiah Ketiga : Tiket masuk Escape Room x 5 Pemenang (2 orang untuk setiap pemenang)
  • Hadiah Saguhati : RM50 tunai x 20 Pemenang

Pemenang akan dimaklumkan melalui Mesej Peribadi Facebook (PM) tentang butir penuntutan Hadiah.

Terma & Syarat

Peraduan “Momen O-some” Cream-O (“Peraduan”) dianjurkan oleh URC Snack Foods (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Penganjur”) dan Peraduan ini akan berlangsung dari 1 Mac 2018 pada jam 10:00AM (+8 GMT) dan tamat pada 15 April 2018 pada jam 11:59PM (+8 GMT) (“Tempoh Peraduan”). Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dianggap bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Terma dan Syarat yang dilampirkan serta keputusan pihak Penganjur.

1. Kelayakan Peraduan
1.1. Peraduan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur sekurang-kurangnya ENAM BELAS (16) tahun dan ke atas pada tarikh penyertaan (“Peserta”), kecuali yang berikut:
1.1.1. Kakitangan atau pekerja tetap dan/atau sementara Penganjur dan ahli keluarga terdekat, dan
1.1.2. Wakil dan/atau ejen (termasuk pengiklanan & promosi) Penganjur.

2. Cara penyertaan dan Peraturan Peraduan
2.1. Peraturan Peraduan adalah seperti berikut (“Peraturan Peraduan”):
2.1.1. Beli mana-mana produk Cream-O dan/atau Cream-O Tart bernilai sekurang-kurangnya RM2.00. Resit pembelian perlu disimpan.

2.1.2. Kongsikan bersama kami bagaimana Cream-O memberi inspirasi kepada anda untuk mengubah hari yang bosan kepada hari yang O-some. Cerita O-some anda mestilah sekurang-kurangnya 50 patah perkataan, sama ada dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu atau Bahasa Cina.

2.1.3. Mesej secara peribadi (PM) kepada laman Facebook Cream-O Malaysia cerita O-some anda berserta dengan gambar resit pembelian produk Cream-O dan/atau Cream-O Tart. Hantar penyertaan sebelum 11:59PM pada 15 April 2018.

2.2 Peserta berhak / layak menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan tetapi setiap penyertaan mesti disertai dengan satu (1) resit pembelian rasmi yang lengkap. Peserta hanya boleh menang berdasarkan SATU (1) penyertaan sahaja. Peserta boleh memenangi maksimum 1 hadiah sahaja sepanjang Tempoh Peraduan.
2.3 Pihak Penganjur berhak di atas budi bicara mutlaknya, menentukan kelayakan penyertaan.
2.4 Hanya Peserta yang mematuhi setiap Peraturan Peraduan yang dinyatakan dibawah Fasal 3.1 layak untuk memenangi Hadiah. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan Peserta tanpa sebarang notis sekiranya penyertaan Peserta tidak lengkap dan/atau gagal untuk mematuhi Terma & Syarat Peraduan.

3. Kelayakan Pemenang
3.1 Peserta dengan cerita yang paling kreatif, berkaitan, asli dan unik tentang bagaimana Cream-O memberi inspirasi kepada anda untuk mengubah hari yang bosan kepada hari yang O-some akan berpeluang untuk menjadi salah seorang dari pemenang Peraduan (“Pemenang”). Penyertaan hendaklah mempunyai sekurang- kurangnya 50 patah perkataan.

3.2 Senarai pemenang- pemenang akan diumumkan di laman Facebook Cream-O Malaysia dalam tempoh 30 hari dari tarikh tamat Peraduan.

3.3 Pemenang – pemenang perlu berkongsi butir peribadi mereka dengan Penganjur dalam tempoh TIGA (3) hari bekerja selepas senarai pemenang-pemenang diumumkan di laman Facebook Cream-O Malaysia; Penganjur akan berkongsi maklumat tentang penuntutan Hadiah kemudiannya.

3.4 Sekiranya Pemenang tidak dapat dihubungi selepas TIGA (3) hari bekerja, Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan Pemenang dan Peserta seterusnya yang layak akan dipilih sebagai Pemenang. Mana-mana Peserta/Pemenang yang tidak layak tidak akan mempunyai sebarang tuntutan lanjut terhadap Penganjur, ejen atau sesiapa yang terlibat dalam Peraduan ini.

3.5 Peserta yang pernah menyertai apa-apa promosi atau peraduan berkaitan dengan Penganjur dalam tempoh ENAM (6) bulan sebelum ini tidak akan dipertimbangkan untuk peraduan ini.

3.6 Pemenang akan dipilih mengikut budi bicara mutlak Penganjur

4. Hadiah-hadiah
4.1 TIGA PULUH DUA (32) Pemenang akan dipilih selepas Tempoh Peraduan tamat.

4.2 Pemenang akan menerima hadiah berikut (“Hadiah”):

4.2.1 Hadiah Utama: Percutian ke Korea (4 Hari, 3 Malam) x 1 Pemenang (Baucar Pakej Percutian untuk 2 orang). Pemenang dinasihatkan bahawa ketersediaan tiket penerbangan dan tempoh percutian tertakluk kepada masa tempahan yang dipilih oleh pemenang.
4.2.2 Hadiah Pertama : Dinner in the Sky (Malaysia) x 3 Pemenang (makan malam untuk 2 orang untuk setiap Pemenang)

4.2.3 Hadiah Kedua : Pengalaman Go Kart x 3 Pemenang (2 orang untuk setiap pemenang)

4.2.4 Hadiah Ketiga : Tiket masuk Escape Room x 5 Pemenang (2 orang untuk setiap pemenang)

4.2.5 Hadiah Saguhati : RM50 tunai x 20 Pemenang

4.3 Pemenang akan dimaklumkan melalui Mesej Peribadi Facebook (PM) tentang butir penuntutan Hadiah.

4.4 Hadiah tidak boleh ditukarganti dengan wang tunai atau apa-apa bentuk lain.

4.5 Kegagalan untuk menuntut Hadiah seperti yang dinasihatkan oleh Penganjur pada masa yang ditetapkan akan dianggap ditolak oleh Pemenang dan Penganjur berhak untuk memilih Pemenang lain dan menganugerahkan Hadiah kepada Pemenang tersebut.

4.6 Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana Pemenang yang gagal menuntutkan Hadiah dalam apa keadaan sekalipun. Tiada bayaran balik atau gantian bagi hadiah yang tidak dituntut.

4.7 Hadiah tidak boleh dipindah dan diserah hak milik.

4.8 Dengan menyertai Peraduan ini, pihak Penganjur memerlukan bukti identiti Pemenang tetapi ini tidak sewajibnya Penganjur boleh bertanya, menentu atau menyiasat identiti mana-mana individu.

4.9 Hadiah hendaklah diguna dan diambil atas risiko Peserta sepenuhnya dan Pihak Penganjur tidak memberi sebarang jaminan mahupun menanggung sebarang liabiliti berhubung dengan Hadiah setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang.

5. Hak-hak Penganjur
5.1 Penganjur berhak di atas budi bicara mutlaknya untuk membatalkan, tidak mengambil kira atau menolak sebarang penyertaan yang dianggap tidak sesuai atau menyinggung perasaan dalam apa jua aspek sekalipun.

5.2 Penganjur berhak untuk menggantikan Hadiah, membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan tanpa memberi notis terlebih dahulu dan/atau sebab- sebab tertentu. Peserta tidak layak untuk menuntut atau meminta pampasan dari Penganjur untuk sebarang dan semua kehilangan atau kerosakan dialami atau disebabkan oleh kesan tindakan langsung atau tidak langsung pembatalan, penamatan atau penggantungan Peraduan ini.

5.3 Penganjur berhak menyiarkan atau memaparkan bahan atau maklumat, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama semua Peserta atau cerita yang dihantar dalam penyertaan untuk tujuan pemasaran, pengiklanan dan publisiti dalam sebarang cara yang dianggap sesuai oleh Penganjur. Penganjur berhak untuk menggunakan sebarang maklumat peribadi Peserta untuk sebarang tujuan yang dianggap sesuai oleh Penganjur dan Peserta / Pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.

5.4 Penganjur berhak untuk menukar dan membetulkan sebarang Terma dan syarat dan/atau mengganti atau mengubah Hadiah dari masa ke semasa tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

5.5 Penganjur berhak di atas budi bicara mutlaknya, membetulkan terma dan syarat Peraduan ini tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Semua keputusan berkaitan dengan Peraduan ini adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.

5.6 Penganjur atau ejen berkaitannya tidak bertanggungjawab ke atas(i) kehilangan, kelewatan, atau penyertaan yang tidak lengkap, yang mana kelayakan penyertaan akan dibatalkan; atau (ii) untuk sebarang kegagalan teknikal, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerosakan elektronik mana-mana rangkaian, alatan atau perisian; atau (iii) untuk sebarang kesilapan manusia, teknikal atau sebaliknya.

5.7 Tertakluk kepada terma dan syarat yang terkandung di sini, setiap penyertaan adalah layak untuk dipilih sebagai pemenang dan penyertaan mungkin digunakan untuk tujuan publisiti, pemasaran dan pengiklanan di seluruh dunia tanpa terikat dalam sebarang cara apapun dan di mana sahaja di seluruh dunia yang Penganjur anggap bersesuaian dalam budi bicara mutlaknya

5.8 Peserta yang mengambil bahagian dalam Peraduan ini adalah di atas risiko sendiri. Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kemalangan, kecederaan, atau kerosakan terhadap siapa-siapa atau hak milik apa-apa dan sebarang tuntutan, kerosakan atau kehilangan akibat mengambil bahagian atau tanpa mengambil bahagian dalam Peraduan ini dan/atau penebusan hadiah. Pemenang akan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya ke atas sebarang cukai, yuran, levi atau caj yang perlu dibayar, jika ada, dalam sebarang hadiah yang dianugerahkan kepada mereka. Peserta akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam sebarang kes kemalangan, kecederaan, kerosakan atau kehilangan akibat dari mengambil bahagian dalam Peraduan dan/atau penebusan hadiah.

5.9 Semua keputusan pihak penganjur dalam Peraduan ini adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat, pertanyaan atau rayuan selepasnya tidak akan dilayan. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dianggap telah bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada terma dan syarat yang terkandung di sini terhadap semua perkara berkaitan Peraduan ini. Kegagalan untuk mematuhi terma dan syarat, peraturan, arahan dan/atau kaedah Peraduan akan mengakibatkan pembatalan kelayakan Peserta.

6. Maklumat lanjut
6.1 Semua perbelanjaan lain berkaitan dengan Peraduan dan Hadiah termasuk tetapi tidak terhad kepada pengangkutan atau sebarang kos lain yang bersifat peribadi yang tidak dinyatakan perlu ditanggung sepenuhnya oleh Pemenang. Kepatuhan terhadap sebarang keperluan kesihatan atau kerajaan dan undang-undang adalah tanggungjawab Pemenang sepenuhnya.

6.2 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, kehilangan (termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan langsung, tidak langsung dan kerugian tuntutan), liabiliti, kecederaan atau kekecewaan yang ditanggung atau dialami oleh Pemenang berkaitan dengan Peraduan ini, promosi Peraduan atau penggunaan mana-mana Hadiah.

6.3 Terma dan Syarat ini akan mengatasi sebarang terma, syarat, peruntukan atau perwakilan yang tidak konsisten dalam mana-mana bahan promosi atau pengiklanan lain untuk Peraduan. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, konflik, atau kekaburan antara versi Bahasa Inggeris dengan versi bahasa lain Terma dan Syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai pada setiap masa.

7. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
7.1 Penganjur akan memproses data peribadi yang diberi oleh Peserta seperti nama, nombor kad pengenalan kebangsaan, nombor telefon, alamat dan lain-lain maklumat yang diminta oleh Penganjur dari Peserta untuk Peraduan ini.

7.2 Penganjur akan memproses data peribadi Pemenang, termasuk sebarang maklumat tambahan yang Peserta berikan kepada Penganjur untuk tujuan Peraduan dan menghubungi Peserta (jika perlu).

7.3 Data peribadi yang diberi oleh Peserta kepada Penganjur mungkin didedahkan kepada penyedia perkhidmatan Penganjur untuk tujuan yang disebutkan di atas. Penyedia perkhidmatan termasuk vendor yang dilantik untuk menganjur, mengurus atau mengendalikan Peraduan. Peserta harus bertanggungjawab untuk memastikan data peribadi yang diberi adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan data peribadi tersebut adalah terkini.

7.4 Peserta boleh mengakses dan meminta pembetulan data peribadi mereka dan/atau mengehadkan pemprosesan data peribadi Peserta atau membuat sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi Peserta, dengan menulis kepada Penganjur melalui pos kepada URC Snack Foods (Malaysia) Sdn Bhd, No.1, Jalan Jurunilai U1/20, Seksyen U1, Hicom Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor.

8. Maklumat tambahan
8.1 Terma dan Syarat ini adalah tertakluk kepada dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.
8.2 Peraduan ini tiada kaitan dengan Facebook, ataupun penajanya, menaja atau dianjur oleh Facebook. Penganjur tunggal Peraduan dan penerima semua maklumat yang diberi oleh Peserta berkaitan dengan Peraduan adalah pihak Penganjur. Facebook adalah dilindungi dari sebarang kerugian berkaitan dengan Peraduan.

sumber

Jika ada sebarang pertanyaan boleh tanya di Facebook Cream-O Malaysia


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?