Peraduan CalciYum “Pokemon Gores dan Menang 3D Puzzle”


Peraduan CalciYum “Pokemon Gores dan Menang 3D Puzzle” hanya terbuka untuk rakyat Malaysia berumur 3 tahun ke atas hingga 14 tahun (kanak-kanak) sahaja.

Setiap pembelian pek minuman susu kultur Fernleaf CalciYum 5x110ml mengandungi satu keping kad gores 3d puzzle. Kad gores yang mengandungi gambar hadiah boleh ditebus untuk memperoleh hadiah berdasarkan gambar yang tertera pada Kad 3D puzzle tersebut.

Maksudnya bukan semua pek minuman susu kultur Fernleaf CalciYum 5x110ml ada gambar hadiah yang disenaraikan.

Kalau ada gambar hadiah pada kad gores Puzzle 3D tersebut, anda bolehlah dapatkan Hadiah seperti yang dinyatakan pada gambar tersebut.

Untuk mendapatkan hadiah tersebut, Kad gores yang mengandungi gambar hadiah dan resit asal pembelian Fernleaf CalciYum harus dikirimkan bersama borang penyertaan Peraduan untuk kelayakkan memenangi hadiah. Kiriman hanya boleh dipos menggunakan Pos Biasa Sahaja. sumber

Untuk maklumat lanjut, anda baca sendiri kat bawah. Macam biasa, Nasihat dari eMenang, jangan beli semata-mata untuk join peraduan sebab nanti kalau tak ada Kad 3D puzzle ada gambar hadiah mesti kecewa  selain membazir duit.

Tempoh Peraduan:  1hb Mac 2018 hingga 13hb Mei 2018

Cara

PENYERTAAN & KRITERIA KELAYAKAN

1. Setiap pembelian pek minuman susu kultur Fernleaf CalciYum 5x110ml mengandungi satu keping kad gores 3d puzzle. Kad gores yang mengandungi gambar hadiah dan resit asal pembelian Fernleaf CalciYum harus dikirimkan bersama borang penyertaan Peraduan untuk kelayakkan memenangi hadiah.

2. Peserta Peraduan diwajib menjawab semua soalan di dalam borang serta mengisikan butiran dengan lengkap dan mudah dibaca.

3. Salinan fotostat borang penyertaan Peraduan tidak dibenarkan.

4. Peserta perlu isikan borang peraduan dan kirimkan bersama dengan kad gores yang mengandungi gambar hadiah dan resit asal ke alamat berikut:

SOZO PRODUCT DEVELOPMENT SDN. BHD.
10B, 2nd Floor, Jalan SS26/6, Taman Mayang Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.

Sebelum 13hb Mei 2018

5. Semua borang penyertaan harus diisi dengan butiran lengkap peserta. Hanya borang penyertaan Peraduan yang lengkap serta memenuhi kesemua Syarat-syarat dan Peraturan-peraturan Peraduan yang ditetapkan di sini dilayak untuk mengambil bahagian dan memenangi hadiah dalam Peraduan ini (“Penyertaan Layak”).

6. Hanya Penyertaan Layak yang diterima dalam Tempoh Peraduan akan diproses.

7. Sebarang borang penyertaan Peraduan yang diterima di luar Tempoh Peraduan tidak akan dilayan dan akan dibatalkan oleh Penganjur.

8. Borang penyertaan yang diserahkan terus, melalui courier, surat pendaftaran atau Pos Laju akan dibatalkan kelayakannya. Bukti kiriman tidak dikira sebagai bukti penerimaan borang penyertaan.

Hadiah

HADIAH-HADIAH
1. Terdapat sepuluh (10) hadiah “Ipad” (atau nilai yang sama), seratus lima puluh (150) hadiah “Skuter Elektrik” (atau nilai yang sama) dan seratus lima puluh (150) hadiah “Instax Kamera” (atau nilai yang sama) untuk dimenangi di peraduan ini.

2. Kad Gores yang mengandungi gambar hadiah harus dikirim bersama resit asal untuk melayakkan diri memenangi hadiah-hadiah berdasarkan peraturan Peraduan ini.

3. Pemenang-pemenang hadiah akan ditentukan berdasarkan gambar hadiah di dalam kad gores yang diterima dan soalan-soalan dijawab dengan betul.

5. Isikan borang peraduan dan kirimkan bersama dengan kad gores dan resit asal.

6. Pihak penganjur berhak menggantikan hadiah yang mengandungi nilai yang sama atau lebih tinggi nilainya daripada hadiah asal tanpa sebarang notis awal.

Terma & Syarat

Terma & Syarat Peraduan:

KELAYAKAN
1. “Pokemon Gores dan Menang 3D Puzzle” (“Peraduan”) ini tertakluk kepada Syarat-syarat dan Peraturan-peraturan di sini (secara kolektif “Syarat-syarat dan Peraturan-peraturan Peraduan”).
2. Penganjur Peraduan adalah Fonterra Brands (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Penganjur”) yang mempunyai alamat berdaftar di No. 23, Jalan Delima 1/1, Subang Hi Tech Industrial Park, Batu Tiga, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

3. Peraduan ini dibuka kepada rakyat Malaysia berumur 3 tahun ke atas hingga 14 tahun (kanak-kanak) kecuali kakitangan Fonterra Brands (Malaysia) Sdn. Bhd. dan ahli keluarga terdekat mereka, dan/atau syarikat gabungan, pengedar dan agensi-agensi pengiklanan Fonterra Brands (Malaysia) Sdn. Bhd..

TEMPOH PERADUAN
1. Peraduan ini akan berlangsung dari 1hb Mac 2018 hingga 13hb Mei 2018 (“Tempoh Peraduan”). Penganjur mempunyai hak tunggal secara mutlak untuk mengubah atau meminda Tempoh Peraduan tersebut pada bila-bila masa.

PENYERTAAN & KRITERIA KELAYAKAN

1. Setiap pembelian pek minuman susu kultur Fernleaf CalciYum 5x110ml mengandungi satu keping kad gores 3d puzzle. Kad gores yang mengandungi gambar hadiah dan resit asal pembelian Fernleaf CalciYum harus dikirimkan bersama borang penyertaan Peraduan untuk kelayakkan memenangi hadiah.

2. Peserta Peraduan diwajib menjawab semua soalan di dalam borang serta mengisikan butiran dengan lengkap dan mudah dibaca.

3. Salinan fotostat borang penyertaan Peraduan tidak dibenarkan.

4. Peserta perlu isikan borang peraduan dan kirimkan bersama dengan kad gores yang mengandungi gambar hadiah dan resit asal ke alamat berikut:

SOZO PRODUCT DEVELOPMENT SDN. BHD.
10B, 2nd Floor, Jalan SS26/6, Taman Mayang Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.

Sebelum 13hb Mei 2018

5. Semua borang penyertaan harus diisi dengan butiran lengkap peserta. Hanya borang penyertaan Peraduan yang lengkap serta memenuhi kesemua Syarat-syarat dan Peraturan-peraturan Peraduan yang ditetapkan di sini dilayak untuk mengambil bahagian dan memenangi hadiah dalam Peraduan ini (“Penyertaan Layak”).

6. Hanya Penyertaan Layak yang diterima dalam Tempoh Peraduan akan diproses.

7. Sebarang borang penyertaan Peraduan yang diterima di luar Tempoh Peraduan tidak akan dilayan dan akan dibatalkan oleh Penganjur.

8. Borang penyertaan yang diserahkan terus, melalui courier, surat pendaftaran atau Pos Laju akan dibatalkan kelayakannya. Bukti kiriman tidak dikira sebagai bukti penerimaan borang penyertaan.

HADIAH-HADIAH
1. Terdapat sepuluh (10) hadiah “Ipad” (atau nilai yang sama), seratus lima puluh (150) hadiah “Skuter Elektrik” (atau nilai yang sama) dan seratus lima puluh (150) hadiah “Instax Kamera” (atau nilai yang sama) untuk dimenangi di peraduan ini.

2. Kad Gores yang mengandungi gambar hadiah harus dikirim bersama resit asal untuk melayakkan diri memenangi hadiah-hadiah berdasarkan peraturan Peraduan ini.

3. Pemenang-pemenang hadiah akan ditentukan berdasarkan gambar hadiah di dalam kad gores yang diterima dan soalan-soalan dijawab dengan betul.

5. Isikan borang peraduan dan kirimkan bersama dengan kad gores dan resit asal.

6. Pihak penganjur berhak menggantikan hadiah yang mengandungi nilai yang sama atau lebih tinggi nilainya daripada hadiah asal tanpa sebarang notis awal.

7. Pihak penganjur mempunyai hak mutlak untuk menukar peraturan dan syarat peraduan ini tanpa sebarang notis awal.

8. Semua pemenang akan dimaklumkan oleh Penganjur melalui pos dan/atau panggilan telefon.

9. Semua hadiah mestilah dituntut oleh Pemenang sebelum 30hb November 2018. Semua hadiah yang gagal dituntut selepas tarikh tersebut akan dilupuskan oleh Penganjur. Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang hadiah yang lewat atau gagal dituntut.

LIABILITI & TANGGUNGJAWAB
1. Para peserta akan menanggung liabiliti sepenuhnya semasa menyertai peraduan, menebus hadiah dan ketika menggunakan hadiah yang dimenangi. Ini termasuk sebarang kerugian, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan atau sebarang kemalangan (termasuk kehilangan nyawa).

2. Semua kos dan/atau perbelanjaan berkaitan yang dialami semasa menyertai peraduan ini dan sewaktu mengambil hadiah merupakan tanggungjawab peserta.

3. Sebarang perbelanjaan untuk menuntut hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya, termasuk sebarang cukai dan kos pendaftaran, insuran, caj penghantaran dan kos sampingan yang berkaitan.

4. Dengan menyertai peraduan ini, para peserta memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur serta agensi-agensinya untuk menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar mereka serta penyertaan untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa memberi sebarang notis dan peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan atau sebarang bentuk pampasan yang lain ke atas bahan-bahan tersebut.

5. Semua hadiah yang dimenangi tidak boleh dipindah milik atau ditukar dengan nilai wang tunai, atau barangan gantian, sama ada sebahagian atau keseluruhan.

Notis Penting
Terima kasih di atas kesudian anda membenarkan anak/kanak-kanak jagaan Tuan/Puan menyertai peraduan ini.

Dengan berkuatkuasanya Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”), kami di Fonterra Brands (Malaysia) Sdn. Bhd., sebagai pengguna data akan memastikan privasi data peribadi anda dan juga data peribadi anak/kanak-kanak jagaan Tuan/Puan diurus, diproses dan digunakan untuk tujuan berkaitan dengan peraduan ini selaras dengan polisi privasi seperti yang dinyatakan dalam laman web kami http://bit.ly/1xgoyHn (“Polisi Privasi”).

Kami percaya anda setuju dengan terma-terma di atas yang berkaitan dengan pemprosesan Data Peribadi anda dan anak/kanak-kanak jagaan anda. Sekiranya anda tidak bersetuju untuk mana-mana data peribadi anda digunakan sepertimana yang dinyatakan di dalam Polisi Privasi kami, sila hubungi kami dalam tempoh 14 hari dari tarikh borang ini di:

Perkhidmatan Pelanggan (Data Perlindungan)
Nombor Telefon : 1800-88-3122
Waktu Operasi : 9 pagi hingga 5 petang (dari Isnin – Jumaat, kecuali cuti umum)

Sekiranya kami tidak menerima sebarang maklum balas daripada anda berhubung dengan penggunaan Data Peribadi anda, anak atau kanak –kanak jagaan anda dalam tempoh 14 hari dari tarikh borang ini, kami andaikan anda tiada bantahan dengan cara kami mengurus, memproses dan meggunakan Data Peribadi tersebut menurut Polisi Privasi kami.

Harap maklumkan sekiranya data penting untuk tujuan peraduan ini tidak dibenarkan diurus, diproses dan digunakan oleh kami dengan cara munasabah, supaya kami tidak memproses penyertaan anda untuk peraduan ini.

sumber

Jika ada apa-apa solan boleh tanya di Facebook CalciYum Malaysia


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?