Cactus Label Voting Contest


Peraduan Cactus Label Voting Contest ini sesuai disertai oleh peminum Air Mineral Semulajadi Cactus

Jika anda ada event jamuan makan-makan, Larian Merentas Desa, Jungle Tracking atau majlis-majlis anda bolehlah beli air Air Mineral Semulajadi Cactus ini. Kod QR dibawah penutup Mineral Water Cactus tu, anda bolehlah scan untuk sertai peraduan ini. (Lepas tu jangan lupa kutip penutup botol)

Lagi satu jika anda bercadang nak beli secara borong Mineral Water Cactus untuk majlis  anda atau sebagainya, anda beli sebotol dulu.

Bukak minum sebotol dulu, lepas tu tengok dibawah penutup botol tu ada Kod QR ke tak. Kalau Tak ada, anda pergi beli dekat tempat lain.. Ha Ha.

Sebab kalau ada Kod QR dibawah penutup Mineral Water Cactus tu, dalam masa yang sama anda boleh sertai peraduan ini. Sebab eMenang ada baca di Facebook Cactus, anda orang yang beli 5 botol tetatpi Kod QR tak ada dibawah penutup, mungkin Stok Lama Kut.

 

OK berbalik dengan cara penyertaan Peraduan.

Dengan pembelian satu (1) botol daripada produk berikut; sama ada botol Air Mineral Semulajadi Cactus 300ml, 500ml atau 1500ml anda boleh sertai peraduan ini.

Imbas kod QR di bawah penutup botol. Pengimbas WeChat disyorkan. Setiap kod QR adalah unik dan sah untuk satu undi.

Pengguna kali pertama perlu mendaftar dengan butiran peribadi mereka.

Anda boleh memilih untuk mengundi daripada 16 Design yang disenaraikan. Undian Boleh di Buat di laman Rasmi Peraduan Cactus Label Voting Contest (Hanya Boleh di acces menggunakan SmartPhone)

 

Dalam peraduan ini terdapat 3 Hadiah Utama dan 13 Hadiah Istimewa.

Tiga (3) Peserta yang menghantar undi paling banyak dalam kedua-dua peringkat pemilihan akan menangi setiap seorang Hadiah Utama berupa iPhone X bernilai RM5,149 dan 1 tahun bekalan Air Mineral Semulajadi Cactus (31 karton Air Mineral Semulajadi Cactus 150ml).

Untuk pemilihan 13 hadiah Istimewa pula, pemenang dipilih seperti berikut:

Hadiah perlu dituntut sendiri di pejabat pihak penganjur.

Tuntutan Hadiah
Semua hadiah mesti dituntut di alamat Pihak Penganjur seperti di bawah, semasa hari bekerja (Isnin-Jumaat) antara 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 6 petang.

Chuan Sin Sdn. Bhd.
No. 1, Jalan Sitar 33/6, Seksyen 33
40400, Shah Alam, Selangor Malaysia

Jadi Kalau anda ada beli Air Mineral Semulajadi Cactus dalam tempoh peraduan ini, anda bolehlah sertai peraduan ini.

Jika ada sebarang pertanyaan atau ada masalah ketika anda ingin menyertai peraduan ini, anda boleh tanya di Facebook Cactus Malaysia.

Tempoh Undian: 5 Mac 2018 hingga 30 April 2018

Nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk sertai peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa selain membazir duit. Beli jika anda nak minum atau  kalau ada keperluan untuk beli sahaja.

Cara

Mekanisma Peraduan dan Hadiah-Hadiah

a. Beli satu (1) botol daripada produk berikut; sama ada botol Air Mineral Semulajadi Cactus 300ml, 500ml atau 1500ml.

b. Imbas kod QR di bawah penutup botol. Pengimbas WeChat disyorkan. Setiap kod QR adalah unik dan sah untuk satu undi.

c. Pengguna kali pertama perlu mendaftar dengan butiran peribadi mereka.

d. Peserta perlu mengundi untuk layak memenangi tiga (3) Hadiah Utama dan/atau tiga belas (13) Hadiah Istimewa.

e. Tiga (3) Peserta yang menghantar undi paling banyak dalam kedua-dua peringkat pemilihan akan menangi setiap seorang Hadiah Utama berupa iPhone X bernilai RM5,149 dan 1 tahun bekalan Air Mineral Semulajadi Cactus (31 karton Air Mineral Semulajadi Cactus 150ml).

** Untuk Cara Pemilihan pemenang Hadiah Istimewa . Sila baca terma & syarat

Undian Boleh di Buat di laman Rasmi Peraduan Cactus Label Voting Contest (Hanya Boleh Undi Guna SmartPhone Sahaja. Kalau Guna Komputer Tak Boleh)

Hadiah

3x Pemenang Hadiah Utama: 3 Peserta yang menghantar undi paling banyak dalam kedua-dua peringkat pemilihan akan menangi setiap seorang Hadiah Utama berupa iPhone X bernilai RM5,149 dan 1 tahun bekalan Air Mineral Semulajadi Cactus (31 karton Air Mineral Semulajadi Cactus 150ml).

Jika dua (2) atau lebih Peserta menghantar undi dalam jumlah yang sama, Peserta yang menerima undi terlebih dahulu akan dianugerahkan satu (1) Hadiah Utama.

13x Hadiah Istimewa: 13 Hadiah Istimewa adalah seperti berikut:

  • i. Penginapan 2 hari 1 malam untuk dua orang di Hard Rock Hotel Penang bernilai RM504 setiap malam, untuk 4 Pemenang.
  • ii. Minum petang untuk dua orang di THIRTY8 bernilai RM150 setiap orang, untuk 5 Pemenang.
  • iii. Makan malam untuk dua orang di Marini’s on 57 bernilai RM428 setiap orang, untuk 2 Pemenang.
  • iv. Penginapan dua hari satu malam untuk dua orang di The Danna Langkawi bernilai RM2,260 setiap malam, untuk 2 Pemenang.

Terma & Syarat

eMenang Rasa bukan PILIH sepatutnya Undi (Mungkin penterjemah salah Translate.)

To read Terms & Conditions in English, Read HERE

Peraduan Pilih dan Menang (“Peraduan”) Label Air Mineral Semulajadi Cactus dianjurkan oleh Chuan Sin Sdn. Bhd. (“Penganjur”) dan tertakluk kepada terma dan syarat dan mana-mana maklumat peraduan (jika ada) seperti diberikan oleh Penganjur (selepas ini dirujuk sebagai (“Terma”).

Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta mengakui dan setuju bahawa mereka telah membaca dan memahami dengan teliti dan bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat.

Terma dan Syarat mungkin diubahsuai oleh Pihak Penganjur, keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan daripada Peserta tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Sebarang surat menyurat berkaitan keputusan Pihak Penganjur tidak akan dilayan.

1. Tempoh Pemilihan
a. Tempoh pemilihan bermula daripada 5 Mac 2018 hingga 30 April 2018 (“Tempoh Pemilihan”).

b. Pihak Penganjur berhak untuk meminda Tempoh Pemilihan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua undian yang diterima di luar Tempoh Pemilihan akan dibatalkan.

c. Enam Belas (16) penyertaan dengan skor tertinggi yang disenarai pendek oleh panel Pihak Penganjur daripada Tempoh Serahan akan dipilih untuk mara ke peringkat Tempoh Pemilihan Peringkat 1.

d. Terdapat (2) peringkat pemilihan (“Peringkat Pemilihan”):

i. Peringkat 1 (5 – 27 Mac 2018): Lapan (8) rekaan terbaik akan dipilih berdasarkan pilihan tertinggi orang awam (60% keputusan akhir) dan panel Pihak Penganjur (40% keputusan akhir) akan mara ke peringkat seterusnya.

ii. Peringkat 2 (2 – 30 April 2018) : Tiga (3) rekaan terbaik akan dipilih berdasarkan pilihan tertinggi orang awam (60% keputusan akhir) dan panel Pihak Penganjur (40% keputusan akhir) untuk menjadi penerima (“Pemenang”) hadiah Peraduan (Hadiah-Hadiah).

2. Kriteria Peraduan
a. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Kad pengenalan yang sah adalah diperlukan.

b. Kumpulan berikut adalah tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:

i. Kakitangan Pihak Penganjur (termasuk syarikat-syarikat gabungan dan berkaitan) dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka (anak-anak, ibu bapa, adik beradik, termasuk suami atau isteri).

ii. Wakil-wakil, pekerja-pekerja, pembantu-pembantu, dan/atau agensi-agensi pengiklanan dan/atau promosi Pihak Penganjur (termasuk syarikat-syarikat gabungan dan berkaitan, dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka (anak-anak, ibu bapa, adik beradik, termasuk suami atau isteri).

3. Mekanik Peraduan dan Hadiah-Hadiah
a. Beli satu (1) botol daripada produk berikut; sama ada botol Air Mineral Semulajadi Cactus 300ml, 500ml atau 1500ml.

b. Imbas kod QR di bawah penutup botol. Pengimbas WeChat disyorkan. Setiap kod QR adalah unik dan sah untuk satu undi.

c. Pengguna kali pertama perlu mendaftar dengan butiran peribadi mereka.

d. Peserta perlu mengundi untuk layak memenangi tiga (3) Hadiah Utama dan/atau tiga belas (13) Hadiah Istimewa.

e. Tiga (3) Peserta yang mengahantar undi paling banyak dalam kedua-dua peringkat pemilihan akan menangi setiap seorang Hadiah Utama berupa iPhone X bernilai RM5,149 dan 1 tahun bekalan Air Mineral Semulajadi Cactus (31 karton Air Mineral Semulajadi Cactus 150ml).

f. Jika dua (2) atau lebih Peserta menghantar undi dalam jumlah yang sama, Peserta yang menerima undi terlebih dahulu akan dianugerahkan satu (1) Hadiah Utama.

g. Tiga belas (13) Hadiah Istimewa adalah seperti berikut:

  • i. Penginapan 2 hari 1 malam untuk dua orang di Hard Rock Hotel Penang bernilai RM504 setiap malam, untuk 4 Pemenang.
  • ii. Minum petang untuk dua orang di THIRTY8 bernilai RM150 setiap orang, untuk 5 Pemenang.
  • iii. Makan malam untuk dua orang di Marini’s on 57 bernilai RM428 setiap orang, untuk 2 Pemenang.
  • iv. Penginapan dua hari satu malam untuk dua orang di The Danna Langkawi bernilai RM2,260 setiap malam, untuk 2 Pemenang.

h. Untuk menentukan tiga belas (13) Pemenang Hadiah Istimewa, Pihak Penganjur akan memperuntukkan nombor siri bagi setiap penyertaan diterima dan disahkan oleh Pihak Penganjur untuk menjadi penyertaan berjaya sepanjang Tempoh Peraduan (setiap “Penyertaan Yang Layak”). Satu set nombor siri akan diperuntukkan pada Penyertaan Yang Layak bermula dengan nombor siri “1”.

Pada akhir Tempoh Pemilihan, nombor siri diperuntukkan pada setiap Penyertaan Yang Layak mengikut aturan jumlah nombor Penyertaan Yang Layak ( “Jumlah Penyertaan Yang Layak”).

Contohnya, andaian Jumlah Penyertaan Layak untuk seminggu adalah 500, Pihak Penganjur akan mengira dan memilih Peserta sebagai finalis (“Finalis”) untuk memenangi hadiah-hadiah berdasarkan sebab berikut:

Pemilihan tiga belas (13) Pemenang Hadiah Istimewa: 500 ÷ 13 = 38.4. Oleh kerana, apabila 500 bahagi 13 akan mengeluarkan keputusan dengan nilai titik perpuluhan, nombor 38.4 akan dibundarkan menjadi 38.

Untuk 13 Peserta seterusnya dengan Penyertaan Yang Layak pada minggu berikutnya mengikut nombor siri seterusnya akan dipilih sebagai Finalis :38*, 76*, 114*, 152*, 190* dan seterusnya. (*Contoh pengiraan: 38, 38+38=76, 76+38=114).

i. Seorang peserta hanya boleh menang satu (1) Hadiah Istimewa dan/atau satu (1) Hadiah Utama. Semua pemenang akan diberitahu melalui telefon dan Pihak Penganjur akan menghubungi nombor yang diberikan maksimum sebanyak tiga (3) kali percubaan untuk pengesahan lanjut. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, Pihak Penganjur berhak untuk memilih pemenang yang lain.

j. Senarai penuh Pemenang akan diumumkan pada Laman Web, atau dalam medium lain yang bersesuian mengikut budi bicara Pihak Penganjur.

4. Tuntutan Hadiah
a. Semua hadiah mesti dituntut di alamat Pihak Penganjur seperti di bawah, semasa hari bekerja (Isnin-Jumaat) antara 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 6 petang.

Chuan Sin Sdn. Bhd.
No. 1, Jalan Sitar 33/6, Seksyen 33
40400, Shah Alam, Selangor Malaysia

b. Semua hadiah akan diberikan dalam keadaan “sedia ada” dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai, kredit, barangan lain atau baucar sama ada sebahagian atau sepenuhnya.

c. Risiko pada hadiah akan ditanggung oleh Pemenang semasa proses pengambilan hadiah. Pemenang bertanggungjawab berkaitan pengambilan, untuk sebarang kos dan perbelanjaan, waranti keperluan yang relevan berkaitan dengan Hadiah-Hadiah sepenuhnya daripada pengeluar/pengedar.

d. Hadiah sebenar mungkin berbeza daripada visual yang ditunjukkan dalam material Peraduan.

e. Sebagai syarat menerima hadiah-hadiah, Para Pemenang mungkin dikehendaki menandatangani dokumen undang-undang seperti yang dikehendaki Pihak Penganjur dan/atau pembekal-pembekal mengikut budi bicara mereka, termasuk tetapi tidak terhad kepada siaran undang-undang dan borang perlindungan kerugian.

f. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi cactusnmw@gmail.com. Semua pertanyaan akan dijawab dalam masa 24 jam pada hari bekerja.

5. Lain-lain
a. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadi. Setiap Peserta juga bersetuju untuk mematuhi polisi peribadi Pihak Penganjur. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi Peserta untuk tujuan pentadbiran Peraduan, pemberihatuan, dan pengumuman Peserta yang berjaya. Pihak Penganjur mungkin mendedahkan maklumat peribadi Peserta kepada pihak lain termasuk mereka yang terlibat dalam pentadbiran Peraduan, pemberihatuan, dan pengumuman Peserta yang berjaya , dan agensi pengiklanan dan PR. Sekiranya Peserta tidak memberikan maklumat peribadi yang ditetapkan kepada Pihak Penganjur, Peserta tidak boleh menyertai Peraduan.

b. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan peserta. Maklumat ini disimpan oleh Pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan peserta. Dengan mengemukakan maklumat peribadi peserta, Pihak Penganjur menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada Pihak Penganjur dan/atau agen-agen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini untuk tujuan pemasaran dan promosi yang kini dan di masa hadapan serta untuk menambahbaikan produk-produk dan perkhidmatannya. Sekiranya peserta memaklumkan Pihak Penganjur melalui talian pelanggannya di 1800-88-3111 bahawa maklumat tersebut tidak patut digunakan sebagai asas untuk hubungan seterusnya, Pihak Penganjur akan menghormati permintaan peserta. Maklumat peserta tidak akan diberi atau dikongsi dengan syarikat-syarikat/rakan-rakan lain untuk kegunaan bebas mereka.

c. Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat berkaitan dengan keputusan Pihak Penganjur tidak akan dilayan.

d. Pihak Penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat tanpa memberi sebarang notis atau alasan terlebih dahulu.

e. Terma dan Syarat Peraduan disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat percanggahan di antara versi-versi tersebut, Terma dan Syarat versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

sumber

Undian Boleh di Buat di laman Rasmi Peraduan Cactus Label Voting Contest (Hanya Boleh Undi Guna SmartPhone Sahaja. Kalau Guna Komputer Tak Boleh)


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?