Peraduan Shampu CLEAR Eksklusif di Mydin


Peraduan Shampu CLEAR ini hanya berlangsung Eksklusif di pasaraya Mydin. Peraduan ini sesuai disertai oleh pengguna shampu CLEAR.

Dengan pembelian produk CLEAR bernilai RM15.00 atau lebih semasa Tempoh Peraduan dalam satu resit daripada mana-mana gedung MYDIN yang turut serta di Malaysia, dan menyimpan resit asal (“Bukti Pembelian”) anda layak untuk hantarkan penyertaan dalam peraduan ini.

Penghataran penyertaan boleh dihantar menggunakan aplikasi WhatApps.

Dalam peraduan ini terdapat 13 pemenang kesemuanya. Pemenang dalam peraduan ini dipilih menerusi kaedah no. bersiri yang dibahagi. Kiranya lebih kurang macam lucky draw lah jugak.

Dalam Terma & syarat tulis macam ni.

Tempoh Peraduan: 1 Mac 2018 hingga 15 April 2018, 11:59 malam

Cara

KAEDAH MENYERTAI PERADUAN

1. Untuk menyertai Peraduan ini dan berpeluang menang, semua Peserta mesti membeli produk CLEAR bernilai RM15.00 atau lebih semasa Tempoh Peraduan dalam satu resit daripada mana-mana gedung MYDIN yang turut serta di Malaysia, dan menyimpan resit asal (“Bukti Pembelian”).

2. Setiap Bukti Pembelian boleh digunakan untuk menyertai HANYA SATU (1) Peraduan CLEAR di dalam tempoh 01.02.2018 – 15.04.2018.

3. Jawab satu (1) soalan mudah – Adakah Ice Cool Menthol salah satu varian CLEAR? Tulis dengan jelas jawapan yang betul, YA atau TIDAK di atas Bukti Pembelian.

4. Ambil satu (1) gambar Bukti Pembelian yang jelas dan lengkap dan hantarkan gambar tersebut menerusi WhatsApp ke 017-3360728 dalam satu (1) mesej, yang jelas menunjukkan tarikh dan masa pembelian, nombor resit, produk CLEAR yang dibeli dan jumlah yang dibelanjakan bagi produk CLEAR serta satu (1) jawapan yang betul.

5. Bukti Pembelian anda dianggap sebagai penyertaan layak sekiranya tarikh dan masa pembelian pada Bukti Pembelian dan penyertaan WhatsApp berada dalam Tempoh Peraduan. (“Penyertaan Layak”).

6. Satu (1) Bukti Pembelian dalam Tempoh Peraduan hanya memberikan satu (1) Penyertaan Layak untuk Peraduan.

7. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu (1) Penyertaan Layak tetapi setiap Penyertaan Layak mesti disertakan dengan satu Bukti Pembelian yang belum pernah dikemukakan.

8. Talian telefon khas telah disediakan oleh Penganjur untuk menerima Penyertaan yang dikemukakan oleh Peserta untuk Peraduan ini sahaja.

9. Jika penyertaan anda terpilih, anda akan menerima Pesanan WhatsApp/Teks daripada Penganjur untuk meminta butiran peribadi anda (tertakluk kepada keperluan PDPA.

10. Penganjur boleh meminta Peserta menunjukkan Bukti Pembelian untuk penebusan hadiah sekiranya Peserta terpilih sebagai Pemenang.

sumber

Hadiah

HADIAH & PENEBUSAN

  • Tiga (3) Hadiah Utama iaitu: Satu (1) Skuter VESPA S125 bernilai RM13,196 setiap satu.
  • Dua (2) Hadiah Kedua iaitu: Satu (1) TV LED 32” bernilai RM849 setiap satu.
  • Lapan (8) Hadiah Sagu Hati iaitu: Satu (1) baucar PAKEJ SPA bernilai RM400 setiap satu.

Terma & Syarat

TERMA DAN SYARAT
Sila baca Terma dan Syarat ini dengan teliti sebelum anda menyertai Peraduan ini. Dengan mengambil bahagian, anda dianggap telah menerima Terma dan Syarat ini dan anda bersetuju untuk mematuhinya. Jika anda tidak bersetuju dengan terma dan syarat ini, anda hendaklah tidak menyertai Peraduan ini. Penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu.

MAKLUMAT PERADUAN
Peraduan Beli, WhatsApp dan Menang dengan Clear eksklusif di Mydin ini (“Peraduan”) dianjurkan oleh Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd (No. Syarikat 1532-V) (“Penganjur”). Peraduan bermula pada 01.03.2018, 12:00 tengah malam dan berakhir pada 15.04.2018, 11:59 malam (“Tempoh Peraduan”). Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan.

Penganjur berhak untuk mengubah, melanjutkan, menggantung atau menamatkan Peraduan atas budi bicara mutlaknya atau jika ia tidak menerima bilangan penyertaan layak yang mencukupi atau jika Peraduan tidak dapat diteruskan atas apa jua sebab. Penamatan atau penggantungan sedemikian tidak akan menimbulkan sebarang tuntutan oleh Peserta. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau pertikaian, versi Terma dan Syarat Peraduan dalam Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

KELAYAKAN

1. Peraduan ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang menetap di Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas (pada tarikh penyertaan dalam Peraduan ini) dengan Kad Pengenalan Pendaftaran Negara Malaysia yang sah. Kakitangan, pemegang saham, pegawai, pengarah, ejen, pengedar dan wakil Penganjur dan setiap syarikat induk, syarikat bersekutu, bahagian, anak syarikat, ejen, wakil dan agensi pengiklanan masing-masing, bersama dengan ahli keluarga terdekat (tidak kira di mana mereka tinggal) dan orang yang tinggal serumah dengan mereka (sama ada mereka bersaudara atau tidak), tidak layak untuk menyertai Peraduan.

2.Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peserta yang tidak mematuhi mana-mana Terma dan Syarat Peraduan ini atau jika Penganjur berpendapat bahawa Peserta gagal memenuhi mana-mana kriteria penyertaan yang ditetapkan oleh Penganjur.

KAEDAH MENYERTAI PERADUAN
1. Untuk menyertai Peraduan ini dan berpeluang menang, semua Peserta mesti membeli produk CLEAR bernilai RM15.00 atau lebih semasa Tempoh Peraduan dalam satu resit daripada mana-mana gedung MYDIN yang turut serta di Malaysia, dan menyimpan resit asal (“Bukti Pembelian”).

2. Setiap Bukti Pembelian boleh digunakan untuk menyertai HANYA SATU (1) Peraduan CLEAR di dalam tempoh 01.02.2018 – 15.04.2018, yang termasuk:

b. Peraduan Beli, WhatsApp dan Menang dengan Clear eksklusif di Mydin – 01.03.2018 hingga 15.04.2018.

3. Jawab satu (1) soalan mudah – Adakah Ice Cool Menthol salah satu varian CLEAR? Tulis dengan jelas jawapan yang betul, YA atau TIDAK di atas Bukti Pembelian.

4. Ambil satu (1) gambar Bukti Pembelian yang jelas dan lengkap dan hantarkan gambar tersebut menerusi WhatsApp ke 017-3360728 dalam satu (1) mesej, yang jelas menunjukkan tarikh dan masa pembelian, nombor resit, produk CLEAR yang dibeli dan jumlah yang dibelanjakan bagi produk CLEAR serta satu (1) jawapan yang betul.

5. Bukti Pembelian anda dianggap sebagai penyertaan layak sekiranya tarikh dan masa pembelian pada Bukti Pembelian dan penyertaan WhatsApp berada dalam Tempoh Peraduan. (“Penyertaan Layak”).

6. Satu (1) Bukti Pembelian dalam Tempoh Peraduan hanya memberikan satu (1) Penyertaan Layak untuk Peraduan.

7. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu (1) Penyertaan Layak tetapi setiap Penyertaan Layak mesti disertakan dengan satu Bukti Pembelian yang belum pernah dikemukakan.

8. Talian telefon khas telah disediakan oleh Penganjur untuk menerima Penyertaan yang dikemukakan oleh Peserta untuk Peraduan ini sahaja.

9. Jika penyertaan anda terpilih, anda akan menerima Pesanan WhatsApp/Teks daripada Penganjur untuk meminta butiran peribadi anda (tertakluk kepada keperluan PDPA.

10. Penganjur boleh meminta Peserta menunjukkan Bukti Pembelian untuk penebusan hadiah sekiranya Peserta terpilih sebagai Pemenang.

PERUNTUKAN NOMBOR BERSIRI
1. Penyertaan dengan Bukti Pembelian yang memenuhi kriteria yang disebutkan dalam bahagian “Kaedah Peraduan” akan diluluskan oleh Penganjur sebagai Penyertaan Layak.

2. Setiap Penyertaan Layak akan diperuntukkan satu (1) Nombor Bersiri (penyertaan) bagi setiap pembelian RM15 produk CLEAR dan maksimum enam (6) nombor bersiri berturutan.

3. Penganjur akan mengecap satu nombor bersiri pada Penyertaan Layak yang diterima bermula dengan nombor “1” (“Nombor Bersiri”) mengikut tarikh dan masa Penyertaan Layak diterima.

4. Peruntukan nombor bersiri adalah seperti berikut:

HADIAH & PENEBUSAN

  • Tiga (3) Hadiah Utama iaitu: Satu (1) Skuter VESPA S125 bernilai RM13,196 setiap satu.
  • Dua (2) Hadiah Kedua iaitu: Satu (1) TV LED 32” bernilai RM849 setiap satu.
  • Lapan (8) Hadiah Sagu Hati iaitu: Satu (1) baucar PAKEJ SPA bernilai RM400 setiap satu.

PROSES PEMILIHAN PEMENANG PERADUAN
1. Nombor bersiri yang diperuntukkan kepada semua Penyertaan Layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan akan disusun kira untuk mendapatkan jumlah besar yang kemudian akan dibahagi dengan:

a. Tiga (3) untuk mendapatkan tiga (3)nombor bersiri untuk Peserta terpilih memenangi Hadiah Utama.

b. Dua (2) untuk mendapatkan dua (2)nombor bersiri untuk Peserta terpilih memenangi Hadiah Kedua.

c. Lapan (8) untuk mendapatkan lapan (8) nombor bersiri untuk Peserta terpilih memenangi Hadiah Sagu Hati.

d. Sekiranya pembahagian menghasilkan nombor dengan nilai perpuluhan, nombor bersiri akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat. Sebagai contoh, jika terdapat 8888 Penyertaan Layak dicatatkan sepanjang Peraduan:

Hadiah Utama: angka 8888 akan dibahagi dengan tiga (3) yang bersamaan dengan 2962.6 dan angka ini dibundarkan ke bawah kepada 2962. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 2962. Tiga (3) Peserta yang diperuntukkan Nombor Bersiri dengan gandaan 2962 (iaitu 2962, 5924 dan 8886) akan dipilih sebagai Peserta terpilih untuk memenangi Hadiah Utama.

Hadiah Kedua: angka 8888 akan dibahagi dengan dua (2) yang bersamaan dengan 4444.0 dan angka ini dibundarkan ke bawah kepada 4444. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 4444. Dua (2) Peserta yang diperuntukkan Nombor Bersiri dengan gandaan 4444 (iaitu 4444 dan 8888) akan terpilih untuk memenangi Hadiah Kedua.

Hadiah Sagu Hati: angka 8888 akan dibahagi dengan lapan (8) yang bersamaan dengan 1111.0 dan angka ini dibundarkan ke bawah kepada 1111. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 1111. Lapan (8) Peserta yang diperuntukkan Nombor Bersiri dengan gandaan 1111 (iaitu 1111, 2222, 3333, 4444 dan seterusnya) akan dipilih sebagai Peserta terpilih untuk memenangi lapan (8) Hadiah Sagu Hati.

2. Semua Peserta digalakkan mengekalkan nombor hubungan mereka dalam keadaan aktif. Setiap Peserta yang terpilih akan menerima Pesanan WhatsApp/Teks meminta Peserta terpilih memberikan butir-butir peribadi (tertakluk kepada keperluan PDPA) dan satu (1) soalan. Semua peserta terpilih mesti menjawab soalan dengan betul untuk memenangi hadiah.

3. Sekiranya Peserta terpilih memilih untuk tidak menjawab soalan, gagal menjawab soalan dengan betul dan/atau jelas, Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan Peserta dan membatalkan hadiah, dan Peserta layak seterusnya boleh dipilih menurut budi bicara Penganjur. Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan jika Peserta terpilih tidak dapat dihubungi atas apa jua sebab.

4. Setiap Pemenang terpilih layak untuk memenangi hanya satu (1) Hadiah dengan nilai paling tinggi sepanjang Tempoh Peraduan. Jika seseorang Pemenang memenangi dua [2] atau lebih Hadiah yang berlainan nilai, maka Peserta akan memenangi Hadiah bernilai lebih tinggi dan Hadiah bernilai lebih rendah akan dimenangi oleh Nombor Bersiri selepas Nombor Bersiri Pemenang terpilih yang berulang itu.

5. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menyemak dan menukar Hadiah dan proses pemilihan Pemenang yang terkandung di dalam ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Keputusan pengadil adalah muktamad dan surat-menyurat tidak akan dilayani. Penganjur berhak untuk membuat pilihan Pemenang secara muktamad dan surat-menyurat berkaitan pemilihan Pemenang Peraduan tidak akan dilayani.

6. Peserta/Pemenang dikehendaki menunjukkan Bukti Pengenalan semasa atau sebelum penebusan hadiah untuk pengesahan. Bukti Pengenalan yang diterima oleh Penganjur adalah: Kad Pengenalan Diri Malaysia/Pasport/Lesen Memandu yang sah. Kegagalan untuk menunjukkan sebarang Bukti Pengenalan memberikan hak kepada Penganjur membatalkan Peserta/Pemenang.

7. Pemenang yang mengehendaki wakil mereka menuntut Hadiah bagi pihak mereka hendaklah memastikan wakil mereka menunjukkan surat kebenaran yang ditandatangani oleh Pemenang, bersama satu salinan Bukti Pengenalan Pemenang, dan Bukti Pengenalan wakil mereka.

8. Semua Pemenang/wakil mesti menuntut Hadiah pada tarikh, masa dan lokasi seperti yang dimaklumkan oleh Penganjur. Sekiranya Pemenang gagal menuntut Hadiah mereka pada pada tarikh, masa dan lokasi yang ditetapkan, Penganjur berhak untuk menarik balik Hadiah atau menyampaikan Hadiah kepada Peserta/Pemenang lain.

9. Pemenang mesti mematuhi terma dan syarat pihak yang mengatur dan/atau menyediakan semua Hadiah dan terma dan syarat yang dikenakan ke atas semua Hadiah, jika ada.

10. Pemenang bertanggungjawab terhadap sebarang cukai berkaitan dan perbelanjaan yang tidak dinyatakan dalam butir-butir Hadiah. Penganjur tidak menjamin ketersediaan Hadiah dan Penganjur berhak menggunakan budi bicara penuh dan mutlaknya untuk menggantikan dan/atau menukar Hadiah yang dimenangi dengan Hadiah lain yang sama nilainya seperti yang ditentukan oleh Penganjur, ejen atau penajanya.

11. Semua Hadiah diberikan oleh Penganjur dan/atau penaja dalam “keadaan seadanya” dan diterima oleh Peserta tanpa waranti atau jaminan dalam apa bentuk sekalipun, sama ada tersurat atau tersirat. Jika diminta oleh Penganjur, Peserta hendaklah menandatangani surat pelepasan dan indemniti dalam bentuk yang ditetapkan oleh Penganjur.

HAK PENGANJUR
1. Peserta bersetuju bahawa semua bahan yang dikemukakan oleh Peserta untuk Peraduan ini menjadi hak milik Penganjur. Di mana berkenaan, hak cipta dan semua hak harta intelektual (termasuk hak moral) bagi semua bahan termasuk tetapi tidak terhad kepada digital atau bukan digital (contoh video dan gambar) hendaklah, apabila dikemukakan, menjadi milik Penganjur.

2. Penganjur berhak untuk menerbitkan dan menggunakan nama, gambar, imej, rakaman audio dan/atau video yang dikemukakan oleh Peserta/Pemenang untuk pengiklanan, pemasaran, publisiti dan/atau apa-apa tujuan lain, tanpa notis terlebih dahulu atau pampasan kepada Peserta/Pemenang. Pemenang tidak berhak untuk menuntut hak milik atau bentuk pampasan lain ke atas bahan tersebut.

3. Oleh sebab Penganjur menawarkan peluang kepada Peserta untuk menyertai Pertandingan, dengan ini Peserta memberi persetujuan dan kebenaran tanpa syarat dan tidak boleh ditarik balik yang berikut:
a. Penganjur dibenarkan untuk menggunakan nama, gambar, suara Peserta dan/atau imejnya untuk tujuan editorial, pengiklanan, promosi, pemasaran dan/atau tujuan lain tanpa notis selanjutnya atau pampasan.

b. Jika dikehendaki oleh Penganjur, Peserta hendaklah menghadirkan diri secara sukarela untuk penerbitan, rakaman dan publisiti Peraduan bagi tempoh seperti yang dimaklumkan oleh Penganjur (termasuk tetapi tidak terhad kepada temu ramah yang dirakam atau tidak dirakamkan, pengambilan gambar, rakaman audio dan/atau visual untuk kegunaan promosi dan publisiti (secara kolektif “Rakaman”). Semua kos untuk kehadiran dan penyertaan Peserta hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Peserta dan Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk membayar balik sebarang kos, perbelanjaan, gaji atau pampasan kepada Peserta.

c. Penganjur akan mempunyai hak mutlak dan boleh menggunakan budi bicaranya untuk mengiklankan dan/atau menyiarkan dan/atau mencetak Rakaman dan/atau menggunakan slogan, nama atau nama panggilan dalam mana-mana program/salurannya atau dalam mana-mana media dan sebagainya, secara keseluruhan atau sebahagian, atas budi biacara Penganjur. Segala hak cipta dalam rakaman secara mutlak menjadi milik Penganjur.

d. Penganjur berhak, atas budi bicara penuh dan mutlaknya, untuk menggunakan dan memanfaatkan Harta Intelektual melalui sebarang cara atau media dan dalam apa-apa bentuk dan pada bila-bila masa yang dianggap sesuai tanpa mendapatkan sebarang kebenaran terlebih dahulu atau tanpa membuat sebarang bayaran kepada Peserta dan/atau Pemenang Peraduan dan/atau wakilnya.

4. Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan mana-mana Peserta yang mengganggu kaedah penyertaan Peraduan, sistem, perisian atau mana-mana proses lain yang berkaitan dengan Peraduan ini.

5. Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya, untuk menyingkirkan dan/atau membatalkan kelayakan mana-mana Peserta dan/atau penyertaan yang didapati (mengikut budi bicara Penganjur) sumbang atau tidak sesuai untuk penggunaan umum, atau didapati atau disyaki menipu/menggodam/mengganggu proses penyertaan Peraduan, pengendalian Peraduan atau melanggar mana-mana Terma dan Syarat Peraduan. Penganjur berhak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana individu yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penipuan atau aktiviti lain yang boleh menjejaskan Peraduan, Penganjur atau proses penyertaan Peraduan.

TERMA DAN SYARAT TAMBAHAN
1. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dianggap telah membaca,memahami, bersetuju dan menerima tanpa syarat Terma dan Syarat dan Notis Privasi yang dinyatakan di bawah.

2. Peserta boleh menghantar berbilang penyertaan sepanjang Tempoh Peraduan. Peserta memberi jaminan, berjanji dan bersetuju bahawa Penyertaan yang dikemukakan (termasuk sebarang foto, lukisan, gambar, slogan, apa-apa bahan atau hasil kerja kreatif lain, termasuk rakaman suara atau video) ialah hasil kerja originalnya dan tidak melanggar sebarang hak mana-mana pihak ketiga dan/atau melanggar mana-mana hak cipta, paten, nama perdagangan, hak proprietari, peribadi, privasi atau moral mana-mana pihak ketiga.

3. Peserta memberi jaminan, berjanji dan bersetuju bahawa dia dengan ini mengenepikan atau telah mendapatkan kebenaran untuk mengenepikan semua hak (termasuk hak moral) daripada semua pihak yang telah menyumbang kepada penerbitan Penyertaan dan karya asas (secara bersama “Penyumbang”), yang mana Penyumbang dan/atau Peserta, mungkin layak mendapat hak tersebut di mana-mana tempat di dunia, pada masa kini atau pada masa hadapan.

4. Peserta memberi jaminan, berjanji dan bersetuju bahawa penyertaan yang dikemukakan oleh Peserta tidak mengandungi unsur kelucahan, imej pornografi atau tema seksual, keganasan grafik, kenyataan berunsur fitnah atau menghina atau bahan yang dianggap haram/menyinggung perasaan atau boleh menyalahi undang-undang Malaysia atau bahan yang boleh merosakkan imej Penganjur atau menjejaskan reputasi Penganjur. Sebarang tindakan yang melanggar fasal ini membolehkan Penganjur menggunakan budi bicara mutlaknya untuk membatalkan dan menolak dan/atau menyingkirkan mana-mana penyertaan atau paparan dengan serta-merta tanpa notis terlebih dahulu.

5. Peserta memberi jaminan, berjanji dan bersetuju bahawa Penganjur berhak secara sepenuhnya untuk menggunakan atau memanfaatkan Penyertaan Peserta atau mana-mana bahagiannya dalam apa-apa dan semua bentuk media dengan apa-apa dan semua cara atau kaedah di seluruh dunia untuk tempoh penuh hak cipta termasuk semua pembaharuan bersama hak untuk membenarkan pihak lain berbuat demikian tanpa perlu membayar sebarang imbuhan atau royalti kepada Peserta. Untuk mengelakkan keraguan, Penganjur tidak mempunyai kewajipan untuk menggunakan atau memanfaatkan mana-mana bahagiannya.

6. Peserta memberi jaminan, berjanji dan bersetuju bahawa dia tidak akan menggunakan Penyertaan atau mana-mana bahagiannya untuk tujuan lain daripada yang ditetapkan dalam Terma dan Syarat. Sekiranya Penyertaan atau mana-mana bahagiannya diterbitkan atau diedarkan atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Penganjur, Penganjur berhak menggunakan budi bicara mutlaknya untuk membatalkan kelayakan Peserta dan/atau menarik balik mana-mana Hadiah yang dimenangi dan Penganjur tidak boleh dipersalahkan atau dipertanggungjawabkan.

7. Semua hak dan keistimewaan di dalam ini yang diberikan kepada Penganjur tidak boleh ditarik balik dan tidak tertakluk kepada pembatalan, sekatan atau injunksi dalam sebarang dan semua keadaan. Dalam apa jua keadaan sekalipun, Peserta tidak berhak untuk mendapatkan pelepasan injunksi atau untuk mengekang atau mengganggu urusan penganjuran Peraduan, penerbitan, pengedaran, pameran dan/atau eksploitasi Peraduan dan/atau Program dan/atau sebarang produk yang menjadi asas Peraduan dan/atau terbit daripada Peraduan dan/atau Program.

8. Penganjur berhak pada bila-bila masa untuk mengubah, meminda, mengguggurkan atau menambah Terma dan Syarat dan syarat dan peraturan lain termasuk mekanisme Peraduan atas budi bicara mutlaknya.

9. Bagi cara penyertaan melalui khidmat pesanan ringkas (“SMS”) dan khidmat pesanan multimedia (“MMS”), setiap Penyertaan Peraduan yang dihantar oleh Peserta adalah tertakluk kepada caj premium sebagaimana ditetapkan (jika ada) iaitu tambahan kepada yuran biasa yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi Peserta.

10. Penghantaran Penyertaan tidak menjamin penyertaan dalam Peraduan. Penganjur boleh menggunakan budi bicara mutlaknya untuk menolak atau enggan menerima Penyertaan dan kiriman Peserta atas sebab-sebab, termasuk (tetapi tidak terhad) Penyertaan tidak lengkap atau mana-mana peruntukan dalam Terma dan Syarat tidak dipatuhi.

11. Penganjur berhak untuk membatalkan dan/atau mengecualikan Peserta dan/atau membatalkan Hadiah (pada mana-mana peringkat Peraduan) jika –

a. Peserta tidak layak atau tidak menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan dalam Terma dan Syarat; atau

b. Peserta melanggar Terma dan Syarat atau syarat dan peraturan lain Peraduan atau melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan yang berkuat kuasa; atau

c. Penganjur, atas ketentuan mutlaknya, percaya bahawa Peserta telah cuba menjejaskan pengendalian Peraduan dengan penipuan, muslihat atau perdayaan.

12. Sekiranya pembatalan berlaku selepas penyampaian Hadiah, Penganjur berhak untuk menuntut pemulangan Hadiah atau bayaran bersamaan nilainya daripada Peserta yang dibatalkan kelayakannya.

13. Sungguhpun Penganjur akan berusaha untuk membuat pengesahan kelayakan Peserta yang sewajarnya, kegagalan untuk membatalkan mana-mana Peserta yang tidak layak tidak boleh dianggap kemungkiran Penganjur.

14. Peserta tidak boleh mempertikaikan atau membuat apa-apa aduan lisan atau bertulis, pengumuman atau kenyataan awam mengenainya sama ada semasa atau selepas Tempoh Peraduan.
15. Jika mana-mana terma di dalam ini tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuat kuasa, ini tidak akan menjejaskan atau memudaratkan penguatkuasaan Terma-terma dan Syarat-syarat lain Peraduan.

LIABILITI & TANGGUNGJAWAB
1. Melainkan dinyatakan selainnya, semua kos pengangkutan, caj internet, kos peribadi dan/atau apa-apa kos lain, yuran dan/atau apa-apa bentuk perbelanjaan yang ditanggung oleh Peserta berkaitan Peraduan ini (sama ada untuk tujuan menyertai, mengambil bahagian atau menerima apa-apa manfaat atau hadiah daripada Peraduan) atau untuk tujuan penebusan hadiah atau perjalanan yang berkaitan adalah tanggungjawab penuh Pemenang, dan Penganjur, sekutu, ejen sah atau agensinya yang turut serta tidak menerima tanggungjawab untuk membayar kos/caj/yuran/perbelanjaan ini.

2. Penganjur, sekutunya, pihak ketiga yang dibenarkan dan agensi yang turut serta tidak bertanggungjawab terhadap penyertaan yang hilang, rosak, lewat dalam perjalanan pos, atau disebabkan kesilapan komputer, IT atau teknologi. Peserta bertanggungjawab untuk memastikan penyertaannya mematuhi semua peraturan dan terma dan syarat Peraduan, dan penyertaannya sampai kepada Penganjur dalam bentuk yang dikehendaki oleh Penganjur.

3. Dengan menyertai Peraduan ini, semua peserta bersetuju untuk membebaskan, melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur, sekutu dan agensinya, serta kakitangan, pengawai, pengarah dan wakil mereka terhadap sebarang tuntutan, kerugian atau kerosakan yang timbul daripada atau berkaitan dengan penyertaan mereka dalam Peraduan ini (termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang kesilapan dalam penggunaan komputer untuk apa-apa transaksi, sebarang kerosakan atau kepincangan sebarang sistem komputer atau peralatan), sebarang aktiviti berkaitan Peraduan dan penerimaan dan/atau penggunaan, salah guna atau pemilikan sebarang hadiah yang diberikan.

4. Semua kos yang ditanggung oleh Peserta berkenaan dan/atau berkaitan Peraduan dan Hadiah termasuk tetapi tidak terhad kepada caj pos atau caj Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) (jika ada), semua kos pengangkutan, caj komunikasi, penginapan, kos makan dan kos lain berkaitan yang ditanggung oleh Peserta akibat dan/atau disebabkan penyertaannya dalam Peraduan, kutipan hadiah dan kos tambahan berkaitan hadiah iaitu kos insurans, yuran pendaftaran kenderaan, cukai jalan, dan sebagainya hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Peserta. Penganjur tidak bertanggungjawab untuk membayar balik kepada Peserta apa-apa kos dan perbelanjaan sedemikian yang ditanggung oleh Peserta.

5. Peserta mengakui bahawa penyertaannya dalam Peraduan adalah atas risikonya sendiri.

6. Penganjur, ejen, penaja, wakil, sekutunya dan para pengarah, pegawai dan kakitangan, ejen dan petugas mereka tidak akan bertanggungjawab dan/atau tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap mana-mana Peserta berkaitan:

a. sebarang kegagalan untuk memenangi Hadiah dalam Peraduan, Hadiah rosak disebabkan kecuaiannya, perbuatan dan/atau ketinggalan atau salah guna Hadiah atau sebarang kerugian, kerosakan, kos, perbelanjaan, tuntutan, tanggungan, kecederaan, kematian, kemalangan yang dialami oleh Peserta semasa Peraduan atau timbul daripada atau berkaitan dengan Peraduan, penyertaan Peserta dalam Peraduan dan/atau Hadiah yang diberikan.

b. sebarang kelewatan dan/atau kegagalan menerima dan menghantar Penyertaan Peraduan akibat sebarang kesilapan rangkaian, komunikasi, ISP atau sistem, gangguan dan/atau kegagalan yang dialami oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi Penganjur atau Peserta dan/atau akibat penyertaan atau muat turun apa-apa bahan dalam Peraduan.

c. sebarang kesilapan (termasuk kesilapan dalam pemberitahuan pemenang Peraduan), ketinggalan, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian, kemusnahan, perubahan, atau akses tanpa kebenaran kepada penyertaan, atau penyertaan yang hilang atau lewat sama ada timbul atau tidak timbul semasa operasi atau transmisi akibat fungsi pelayan, virus, pepijat atau sebab lain di luar kawalan Penganjur

7. Penganjur, ejen, penaja dan wakilnya tidak bertanggungjawab untuk menunaikan sebarang kewajipan berkaitan Peraduan dan Terma dan Syarat ini, syarat dan peraturan berkaitan Peraduan di mana mereka tidak dapat berbuat demikian akibat keadaan di luar kawalan mereka dan dalam keadaan sedemikian tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk membayar pampasan kepada Peserta dalam apa cara sekalipun.

UNDANG-UNDANG YANG BERKUAT KUASA DAN BIDANG KUASA
Peraduan dan Terma dan Syarat ini tertakluk di bawah undang-undang Malaysia, dan setiap Peserta bersetuju untuk mengemukakan sebarang tuntutan, pertikaian atau kontroversi di bawah bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.

NOTIS PRIVASI DAN PERSETUJUAN
Maklumat peribadi anda, termasuk tetapi tidak dihadkan kepada data peribadi yang diperolehi daripada anda secara langsung apabila anda memberikan kami maklumat peribadi, contohnya apabila anda mendaftar untuk pertandingan/peraduan dan/atau pameran bergerak kami, membeli produk atau perkhidmatan dari kami, mendaftar untuk menerima maklumat, menggunakan aplikasi kami, mengisi kaji selidik, atau memberi komen atau membuat siasatan/ atau sebarang kemas kini selanjutnya yang diberikan kepada kami oleh anda berhubung dengan maklumat peribadi anda, gambar, imej, rakaman audio dan/atau video yang diperolehi oleh kami (“Data peribadi”) akan diproses bagi sebarang tujuan pendidikan, pengiklanan, pemasaran, publisiti dan/atau apa-apa tujuan lain berkaitan, penyertaan anda dalam pertandingan/peraduan dan/atau pameran bergerak kami, untuk menyediakan anda dengan produk-produk atau perkhidmatan yang anda meminta daripada kami, untuk menyediakan anda dengan terlebih dahulu notis peristiwa masa depan, untuk bertindak balas kepada pertanyaan, untuk memberikan anda maklumat mengenai produk, perkhidmatan dan/atau siaran baru yang mungkin menarik minat anda , menjemput anda dan langganan anda untuk surat berita kami, dan/atau untuk tujuan pengauditan dalam kes-kes di mana terdapat pertikaian, tujuan analisis data dan pemasaran pengguna (secara kolektif, “Tujuan”).

Kami juga ingin memaklumkan kepada anda bahawa Data Peribadi anda mungkin didedahkan kepada pihak ketiga, seperti kepada ibu pejabat kami, pejabat serantau, anak-anak syarikat, sekutu dan/atau ahli dalam kumpulan Unilever syarikat-syarikat, dan/atau pembekal perkhidmatan kami, yang mungkin yang terletak di luar Malaysia, atas sebab-sebab yang berkaitan dengan Tujuan .
Jika anda ingin mengakses, membetul, menghad atau mengemas kini Data Peribadi anda, atau membuat sebarang pertanyaan atau aduan mengenai pemprosesan maklumat, sila hubungi kami melalui: Pegawai Data Peribadi, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Aras 34 , Menara TM, Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur. Tel: 03-2246 2188

Sila ambil perhatian bahawa ia akan menjadi perlu bagi kita untuk memproses Data Peribadi anda, tanpa mereka kami tidak akan dapat menjalankan Tujuan . Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana kami memproses

Maklumat Peribadi anda, sila layari Polisi Privasi kami di:
http://www.unileverprivacypolicy.com/en_gb/policy.aspx
http://www.unileverprivacypolicy.com/BahasaMalaysia/policy.aspx

☐Saya berumur 18 tahun ke atas dan saya telah membaca dan memahami syarat-syarat Notis Privasi ini dan bersetuju untuk memberi kebenaran saya untuk pemprosesan Data Peribadi saya seperti yang dinyatakan di atas.


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?