Peraduan Mencipta Label Air Mineral Semulajadi Cactus


Anda pandai mereka design menggunakan Adobe Photoshop atau Adobe Illustrator? Sertai Peraduan Mencipta Label Air Mineral Semulajadi Cactus untuk berpeluang memenangi hadiah menarik.

Dalam peraduan ini cuma  ada 3 pemenang sahaja. Iaitu pemenang Hadiah Utama (pengalaman seni dalam lawatan ke Jepun, bernilai RM12,000, ) , Hadiah Pertama (MacBook Pro 13-inci bernilai RM5,999 ) dan Hadiah Kedua ( Wacom Cintiq Pro 13 bernilai RM4,399).

Jika anda berminat untuk sertai boleh daftar sekarang di Website Cactus https://h5.cactus.my/bm/about.php (Boleh baca dalam terma & syarat untuk detail kretria)

Jika anda ada sebarang pertanya berkenaan dengan peraduan ini, anda boleh tanya di Facebook Cactus atau boleh juga telefon no ni. 1800-88-3111

Tempoh Penyerahan: 9 Februari 2018 hingga 28 Februari 2018.

Cara

\

Anda Boleh Daftar DISINI

Hadiah

Terma & Syarat

Peraduan Mencipta Label Air Mineral Semulajadi Cactus (“Peraduan”) dianjurkan oleh Chuan Sin Sdn. Bhd. (“Penganjur”) dan tertakluk kepada terma dan syarat dan mana-mana maklumat peraduan (jika ada) seperti diberikan oleh Penganjur (selepas ini dirujuk sebagai “Terma”).

Peraduan ini terbuka kepada pelajar universiti dan kolej di Malaysia (“Peserta”).
Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta mengakui dan setuju bahawa mereka telah membaca dan memahami dengan teliti dan bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat.

Terma dan Syarat mungkin diubahsuai oleh Pihak Penganjur, dan keputusan Pihak Pengajur adalah muktamad.
Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan daripada Peserta tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.

Sebarang surat-menyurat berkaitan keputusan Pihak Penganjur tidak akan dilayan.

1. Tempoh Serahan
Peraduan ini bermula daripada 9 Februari 2018 hingga 28 Februari 2018 (“Tempoh Peraduan”). Pihak Penganjur berhak untuk meminda Tempoh Peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

2. Syarat Penyertaan   

a. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Peserta yang berumur bawah 18 tahun mesti melengkapkan borang persetujuan ibu bapa dan perlu menghantar sewaktu pendaftaran secara dalam talian.
b. Kumpulan berikut adalah tidak layak untuk menyertai Peraduan ini : kakitangan Penganjur (termasuk syarikat-syarikat gabungan dan berkaitan) dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka (anak-anak, ibu bapa, adik beradik, termasuk suami atau isteri).
c. Wakil-wakil, pekerja-pekerja, pembantu-pembantu, dan/atau agensi-agensi pengiklanan dan/atau promosi Pihak Penganjur ( termasuk syarikat-syarikat gabungan dan berkaitan, dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka (anak-anak, ibu bapa, adik beradik, termasuk suami atau isteri).   

3. Hantar Penyertaan

a. Para peserta dikehendaki menghantar maksimum 3 rekaan dalam bentuk JPEG atau PNG. Setiap fail haruslah tidak melebihi 10MB.
b. Penyertaan mesti dimuat naik melalui laman web rasmi (“Laman Web”): www.cactus.my (“Laman Web”). Cara-cara untuk memuat naik penyertaan adalah seperti yang tertera dalam di Laman Web.
c. Pihak Penganjur berhak pada sebarang masa untuk memastikan penyertaan sesuai dengan Terma. Penyertaan yang tidak lengkap, tidak dapat dibaca, menyalahi undang-undang atau tidak tepat atau mana-mana penyertaan yang melanggar Terma akan dibatalkan secara automatik.  

4. Syarat-syarat Rekaan   

a. Rekaan label (“rekaan”) mestilah dihantar menggunakan templat yang disediakan dalam Laman Web.
b. Rekaan yang dihantar mestilah rekaan asli dan tidak menyalahi undang-undang atau melanggar hak cipta, tanda dagangan, hak privasi, publisiti atau harta intelektual atau hak-hak orang lain atau entiti. Jika rekaan mengandungi elemen yang menyentuh hak orang/pihak ketiga, Peserta bertanggungjawab untuk mendapatkan kebenaran dan menyerahkan semua siaran berkaitan. Pihak Penganjur berhak untuk meminta bukti kebenaran.
c. Rekaan mestilah sepenuhnya mengikut templat, tema, kod warna dan garis panduan jenama seperti yang disediakan dalam Laman Web.
d. Tema untuk Peraduan ini ialah “Cipta Rekaan Ideal Malaysia Anda”.
e. Rekaan haruslah tertakluk pada perkara yang Dibenarkan dan Tidak Dibenarkan seperti senarai di bawah:

Dibenarkan

Menggunakan templat label yang disediakan oleh Pihak Penganjur.
Aturan item mandatori dalam templat boleh diubahsuai.
Aturan dan saiz logo Cactus boleh diubahsuai.
Menggunakan kod warna biru Pantone 072 sebagai warna primer dalam rekaan.
Maksimum 8 warna (termasuk Biru Pantone 072) adalah dibenarkan.

Tidak Dibenarkan

Mengubah warna logo.
Mengubah maklumat dalam item mandatori.
Rekaan haruslah tidak mempunyai elemen yang tidak elok atau tidak selaras dengan konsep dan semangat Peraduan ini, menyinggung perasaan seperti mempromosi perkauman, politik, agama, keganasan, bahasa tidak elok, ketaksuban, seks, aktiviti menyalahi undang-undang atau menanam kebencian kepada mana-mana kumpulan atau individu.

5. Kriteria Pemilihan
a. Para peserta akan dinilai berdasarkan kriteria berikut:

  • Relevan dengan tema (15%)
  • Kreativiti dan keaslian (20%)
  • Visual dan daya estetika (15%)
  • Rekaan yang kohesif (15%)
  • Menepati Jenama (20%)
  • Sesuai dengan rekaan label botol (15%)

b. Selepas Tempoh Serahan, enam belas (16) penyertaan dengan markah tertinggi akan disenarai pendek oleh panel yang dilantik oleh Pihak Penganjur.

c. Peserta yang telah disenarai pendek dikehendaki memuat naik fail kerja Adobe Illustrator termasuk pautan fail dan fon ke cactusnmw@gmail.com

d. Semua penyertaan yang berjaya disenarai pendek akan diumumkan pada Laman Web kami untuk diundi oleh orang awam.

e. Terdapat dua (2) peringkat pemilihan :

Peringkat 1 ( Minggu 1-4): Lapan (8) rekaan terbaik akan dipilih berdasarkan 60% undian tertinggi orang awam dan 40% pilihan panel akan mara ke peringkat seterusnya.

Peringkat 2 (Minggu 5-8): Tiga (3) rekaan terbaik akan dipilih berdasarkan 60 % undian tertinggi orang awam dan 40% pilihan panel akan tentukan penerima (“Pemenang”) hadiah Peraduan (Hadiah-Hadiah).

f. Pihak Penganjur berhak pada sebarang masa, untuk mengesahkan kesahihan pilihan dan pemilih (termasuk identiti pemilih, umur dan tempat tinggal) dan untuk membatalkan pemilih yang membuat pilihan tetapi tidak menepati Terma atau cuba memberi rasuah atau mempengaruhi proses pemilihan.

g. Penggunaan sebarang perisian pemilihan secara automatik atau mesin atau elektronik bermaksud membenarkan individual untuk memilih secara automatik berulang kali adalah dilarang dan akan menyebabkan semua pilihan yang dihantar oleh individu terbabit terbatal.

6. Hadiah-Hadiah

a. Untuk Pemenang Hadiah Utama, rekaan akan digunakan oleh Pihak Penganjur sebagai inspirasi dalam label botol Air Mineral Semulajadi Cactus. Pemenang akan ditawarkan mengikuti pengalaman seni dalam lawatan ke Jepun, bernilai RM12,000, termasuk tiket kapal terbang dan penginapan disediakan.

b. Pemenang Hadiah Pertama akan menerima MacBook Pro 13-inci bernilai RM5,999 dan Pemenang Hadiah Kedua akan menerima Wacom Cintiq Pro 13 bernilai RM4,399.

c. Seorang peserta hanya boleh memenangi (1) Hadiah. Semua pemenang akan diberitahu melalui telefon dan Pihak Penganjur akan menghubungi nombor diberikan maksimum sebanyak (3) tiga kali cubaan untuk pengesahan lanjut. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, pihak Penganjur berhak untuk memilih pemenang yang lain.

d. Senarai penuh Pemenang akan diumumkan pada Laman Web, atau dalam medium lain yang bersesuian mengikut budi bicara Pihak Penganjur.

e. Pihak Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai atau apa-apa format atas sebarang sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan. Semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’.

7. Tuntutan Hadiah
a. Semua hadiah mesti dituntut di alamat Pihak Penganjur seperti di bawah, semasa hari bekerja (Isnin-Jumaat) antara 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 6 petang di

Chuan Sin Sdn. Bhd.
No. 1, Jalan Sitar 33/6, Seksyen 33
40400, Shah Alam, Selangor
Malaysia

b. Risiko pada Hadiah akan ditanggung oleh Pemenang semasa proses pengambilan hadiah. Pemenang bertanggungjawab berkaitan pengambilan, untuk sebarang kos dan perbelanjaan, waranti keperluan yang relevan berkaitan dengan Hadiah-Hadiah sepenuhnya daripada pengeluar/pengedar.

c. Hadiah sebenar mungkin berbeza daripada visual yang ditunjukkan dalam material Peraduan.

d. Sebagai syarat menerima hadiah-hadiah, Para Pemenang mungkin dikehendaki menandatangani dokumen undang-undang seperti dikehendaki oleh Pihak Penganjur dan/atau pembekal-pembekal mengikut budi bicara mereka, termasuk tetapi tidak terhad kepada siaran undang-undang dan borang perlindungan kerugian.

e. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi cactusnmw@gmail.com. Semua pertanyaan akan dijawab dalam masa 24 jam pada hari bekerja

8. Lain-Lain

a. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadi. Pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh Pihak Penganjur.

b. Semua penyertaan adalah hak Chuan Sin Sdn. Bhd. Dengan menyertai Peraduan, setiap peserta bersetuju dengan dasar peribadi Pihak Penganjur yang terdapat dalam laman web. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi setiap peserta untuk tujuan pentadbiran Peraduan, memaklumkan dan mengumumkan peserta yang berjaya. Pihak Penganjur berhak mengemukakan maklumat peribadi peserta kepada parti lain termasuk mereka yang terlibat dalam pentadbiran Peraduan, memaklumkan dan mengumumkan peserta yang berjaya, dan agensi-agensi pengiklanan dan PR. Sekiranya peserta tidak memberikan maklumat peribadi yang ditetapkan kepada Pihak Penganjur, peserta tidak boleh menyertai Peraduan

c. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan peserta. Maklumat ini disimpan oleh Pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan peserta. Dengan mengemukakan maklumat peribadi peserta, Pihak Penganjur menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada Pihak Penganjur dan/atau agen-agen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini untuk tujuan pemasaran dan promosi yang kini dan di masa hadapan serta untuk menambahbaikan produk-produk dan perkhidmatannya. Sekiranya peserta memaklumkan Pihak Penganjur melalui talian pelanggannya di 1800-88-3111 bahawa maklumat tersebut tidak patut digunakan sebagai asas untuk hubungan seterusnya, Pihak Penganjur akan menghormati permintaan peserta. Maklumat peserta tidak akan diberi atau dikongsi dengan syarikat-syarikat/rakan-rakan lain untuk kegunaan bebas mereka.

d. Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat berkaitan dengan keputusan Pihak Penganjur tidak akan dilayan.

e. Pihak Penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat tanpa memberi sebarang notis atau alasan terlebih dahulu.

f. Terma dan Syarat Peraduan disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat percanggahan di antara versi-versi tersebut, Terma dan Syarat versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

sumber

Jika anda ada sebarang pertanya berkenaan dengan peraduan ini, anda boleh tanya di Facebook Cactus atau boleh juga telefon no ni. 1800-88-3111


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?