Peraduan “Nestlé Corn Flakes Chinese New Year Masterchef 2018”


Anda pandai memasak? Sertai Peraduan “Nestlé Corn Flakes Chinese New Year Masterchef 2018” untuk berpeluang memeangi hadiah baucar beli belah bernilai RM100.

Dalam peraduan ini terdapat 100 pemenang kesemuanya. Pemenang dalam peraduan ini dipilih berdasarkan penyertaan paling kreatif.

Untuk menyertaai peraduan ini, anda perlu memuat naik video atau gambar makanan (meal) Tahun Baru Cina yang anda sediakan.

Setiap gambar atau video makanan tersebut boleh upload diruangan komen Posting Rasmi Peraduan. Setakat ini sudah ada beberapa resepi yang anda boleh hantarkan mengikut tema yang dinyatakan.

Resepi 1

Hantarkan gambar atau Video makanana yang anda sediakan tersebut di ruangan Komen rasmi Peraduan DISINI

 

Resepi 2

Tempoh Peraduan: 18 Januari 2018 hingga 25 Februari 2018.

Cara

Cara Penyertaan

  1. Peserta perlu perlu memuatnaik video atau gambar makanan Tahun Baru Cina di ruangan komen.
  2. Semua penyertaan akan digunakan sebagai user-generated-content (UGC) sepanjang kempen ini.

Tarikh Tutup : Semua penyertaan perlu diterima penganjur pada/sebelum 11:59pm pada 25 Februari 2018.

Hadiah

Hadiah
100 x Baucer beli belah bernilai RM100

Kriteria Penilaian

  1. 100 penyertaan paling kreatif akan diberi hadiah.
  2. Pengumuman pemenang akan dibuat di halaman Facebook Nestle Breakfast Cereals Malaysia pada 28 Februari 2018.

 

TERMA DAN SYARAT

A: Syarat Kelayakan

Penganjur : Cereal Partners Malaysia Sdn Bhd (581276-X) Kempen : Kempen Nestlé Corn Flakes Chinese New Year Masterchef 2018

Tempoh : Bermula dari hari Isnin, 18 Januari dan berakhir pada jam 11:59pm hari Ahad, 25 Februari 2018.

Kelayakan : Terbuka buat semua warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas sewaktu permulaan Tempoh Kempen.

Cara Penyertaan
1. Peserta perlu perlu memuatnaik video atau gambar makan Tahun Baru Cina di ruangan komen.
2. Semua penyertaan akan digunakan sebagai user-generated-content (UGC) sepanjang kempen ini.

Tarikh Tutup : Semua penyertaan perlu diterima penganjur pada/sebelum 11:59pm pada 25 Februari 2018.

Kriteria Penilaian
1. 100 penyertaan paling kreatif akan diberi hadiah.
2. Pengumuman pemenang akan dibuat di halaman Facebook Nestle Breakfast Cereals Malaysia pada 28 Februari 2018.

Hadiah
100 x Baucer membeli belah bernilai RM100

Tuntutan hadiah/tarikh penghantaran Pemenang perlu menghubungi penganjur dalam tempoh 2 minggu setelah pengumuman dibuat iaitu 2 minggu selepas 28 Feb 2018. Hadiah akan diberi setelah semua maklumat diperlukan telah diberikan kepada penganjur.

Syarat kelayakan ini perlu dibaca sekali dengan Terma dan Syarat Peraduan, dan kedua-duanya tertakluk kepada semua peserta (dan ibu bapa/penjaga jika peserta di bawah umur) yang menyertai kempen ini (dan dirujuk dalam dokumen ini sebagai peserta, anda).

B: Syarat Kemasukan
1. Pengenalan
1.1 Syarat Kemasukan ini hendaklah dibaca bersama dengan Jadual Kemasukan. Jika ada ketidakselarasan antara Syarat Kemasukan dan Jadual Kemasukan, maka Jadual Kemasukan akan diguna pakai. Syarat Kemasukan dan Jadual Kemasukan secara kolektif dirujuk sebagai “Terma dan Syarat”. Setiap istilah yang tidak dinyatakan sebaliknya di sini hendaklah mempunyai maksud seperti yang dinyatakan dalam Jadual Kemasukan. Istilah yang ditetapkan akan digunakan secara tunggal atau majmuk seperti mana yang berkenaan.

1.2 Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya, tanpa notis terlebih dahulu, dan tanpa apa-apa tanggungan kepada mana-mana orang, pada bila-bila masa untuk mengubah Terma dan Syarat termasuk mengubah Tempoh Kempen, membuat penggantian Hadiah, membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen dalam keseluruhannya atau sebahagiannya. Sekiranya terdapat perubahan pada Terma dan Syarat, Peserta bersetuju bahawa penyertaan mereka yang berterusan dalam Kempen ini akan menjadi penerimaan mereka terhadap Terma dan Syarat (seperti yang telah diubah).

1.3 Keputusan Penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Kempen termasuk penghakiman dan pemilihan pemenang adalah muktamad dan tiada surat-menyurat atau rayuan akan dilayan selepas itu.

2. Syarat-syarat penyertaan

2.1 Dengan mengemukakan penyertaan untuk Kempen, Peserta disifatkan telah memahami dan bersetuju dengan

Terma dan Syarat.
2.2 Semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung dan/atau timbul daripada penyertaan dalam Kempen, termasuk tanpa batasan, telekomunikasi, rangkaian, Perkhidmatan Pesanan Ringkas, pos dan semua caj lain dan belanja luar yang mungkin ditanggung oleh Peserta semasa atau berkaitan dengan Kempen akan ditanggung oleh Peserta sepenuhnya.
2.3 Bukti penyerahan bukanlah bukti penerimaan dan Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kelewatan, hilang, rosak dan/atau tidak menerima penyerahan.

3. Kelayakan
Penganjur boleh meminta Peserta untuk memberikan bukti kelayakan untuk menyertai Kempen termasuk tanpa had, dokumen pengenalan, dan persetujuan bertulis ibu bapa/penjaga sah dalam kes Peserta di bawah umur lapan belas (18) tahun.
4. Tidak Layak

Kumpulan berikut tidak layak menyertai kempen:
(a) Kakitangan Penganjur dan kumpulan syarikat dan ahli keluarga terdekat mereka (pasangan, anak, ibu bapa, adik-beradik, dan pasangan mereka); dan
(b) Pekerja agensi Penganjur yang berkaitan dengan Kempen dan keluarga terdekat mereka (pasangan, anak, ibu bapa, adik-beradik, dan pasangan mereka).

5. Hilang kelayakan
5.1 Penyertaan berikut akan hilang kelayakan:
(a) penyertaan tidak jelas, tidak lengkap, salinan tidak dapat dibaca atau tidak betul; dan/atau
(b) penyertaan yang melanggar Terma dan Syarat, mana-mana undang-undang dan/atau peraturan yang berkenaan.

5.2 Di samping itu, Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peserta yang:
(a) telah atau cuba untuk melemahkan operasi Kempen melalui penipuan dan/atau
(b) tidak layak atau tidak dapat memberikan bukti kelayakan untuk menyertai Kempen untuk pengesahan oleh Penganjur apabila diminta.
5.3 Sekiranya berlaku kehilangan kelayakan selepas Hadiah telah dianugerahkan, pihak Penganjur berhak untuk menuntut pemulangan Hadiah atau pembayaran nilai yang sama dgn nilai hadiah daripada Peserta yang tidak layak.

6. Hadiah
6.1 Penganjur, ejen, penaja dan wakilnya tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana Peserta yang gagal menerima Hadiah mengikut Tarikh Tuntutan / Penyerahan Hadiah dalam apa jua keadaan. Penganjur berhak untuk memutuskan berkenaan Hadiah yang tidak ditebus.

6.2 Hadiah tidak boleh dipindahkan, ditukarkan atau ditebus oleh Peserta dalam apa-apa bentuk atau cara lain selain yang dinyatakan oleh Penganjur.

6.3 Sebarang kos tambahan yang tidak dinyatakan secara khusus dalam Jadual Syarat Kemasukan berhubung dengan Hadiah adalah menjadi tanggungjawab Peserta.

6.4 Semua Hadiah perlu diambil mengikut terma dan syarat Penganjur, ejen, penaja atau pihak ketiga yang menyediakan Hadiah.

6.5 Hadiah diberikan berdasarkan “sebagaimana ia”. Hadiah itu akan digunakan/diambil sepenuhnya pada risiko Peserta dan Penganjur mengecualikan sebarang waranti dan liabiliti yang berkaitan dengan Hadiah sehingga setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.

6.6 Hadiah mesti dituntut secara sendiri kecuali Penganjur menetapkan mod tuntutan lain.

7. Publisiti
Penganjur boleh menggunakan penyertaan Peserta termasuk tanpa batasan, foto, lukisan, teks, dan apa-apa kandungan atau maklumat lain yang dikemukakan untuk tujuan Kempen (secara kolektif “Bahan”), dan nama Peserta, dan/atau yang sama, untuk pengiklanan, publisiti dan promosi apa-apa barangan atau perkhidmatan Penganjur, untuk masa yang tidak terhad di seluruh dunia tanpa pampasan, dan dalam mana-mana media. Peserta hendaklah melakukan semua perkara yang perlu untuk memberi kesan kepada perkara ini jika diminta oleh Penganjur.

8. Hak Harta Intelek
Peserta bersetuju bahawa semua hak harta intelek dalam apa-apa kandungan dan/atau bahan-bahan yang dikemukakan, dibuat atau diwujudkan oleh Peserta berkaitan dengan Kempen dan apa-apa karya derivatif yang timbul daripadanya akan secara kekal dan tanpa syarat terletak hak, ditugaskan dan dimiliki oleh Penganjur. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menggunakan dan mengubahsuai bahan atau kerja sedemikian dengan cara yang difikirkannya sesuai tanpa pampasan kepada Peserta dan Peserta mengetepikan semua hak yang terhadap bahan atau kerja tersebut.

9. Pampasan
Setiap Peserta bersetuju untuk menanggung rugi, melepaskan dan memelihara Penganjur, syarikat induk, anak syarikat atau syarikat berkaitan yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 2016 (“Kumpulan Nestlé Malaysia”), pengarah, pegawai, pekerja, ejen, penaja dan/atau wakil terhadap mana-mana dan semua kerugian, hak, tuntutan, tindakan dan ganti rugi (termasuk ganti rugi khas, tidak langsung dan berbangkit) yang timbul daripada atau berlaku akibat penyertaan Peserta dalam Kempen, penerimaan sebarang Hadiah, dan/atau penggunaan Peserta kemasukan dan/atau kesamaan berkaitan dengan Kempen atau pelanggaran Terma dan Syarat.

10. Batasan Liabiliti
10.1 Penyertaan Peserta dalam Kempen adalah diatas risiko Peserta sendiri.

10.2 Penganjur, Kumpulan Nestlé Malaysia, para pengarah, pegawai, pekerja, agen, penaja dan/atau wakilnya tidak bertanggungjawab terhadap Peserta untuk kehilangan atau kerosakan yang dialami, termasuk tetapi tidak terhad kepada ganti rugi tidak langsung atau berbangkit, atau kecederaan individu yang ditanggung atau dialami oleh Peserta berikutan penglibatan Peserta dalam Kempen, termasuk penebusan dan/atau penggunaan Hadiah yang dimenangi.

11. Umum

11.1 Penganjur, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak bertanggungjawab untuk melakukan apa-apa kewajipan berkenaan dengan Kempen dan Terma dan Syarat di mana mereka tidak dapat berbuat demikian akibat keadaan di luar kawalan dan tidak akan bertanggungjawab untuk memberi ganti rugi kepada Peserta dalam apa jua cara sekalipun dalam keadaan sedemikian.

11.2 Mana-mana nama, tanda dagangan atau logo yang digunakan dan atau diterbitkan semula dalam apa-apa bahan (termasuk bahan pemasaran dan promosi) berkaitan dengan Kempen ini, khususnya yang berkaitan dengan Hadiah, adalah hak milik pemilik masing-masing. Kempen dan Penganjur adalah tidak mempunyai afiliasi, sokongan atau tajaan, dengan mana-mana pemilik, kecuali sekiranya dimaklumkan, dan pemilik-pemilik bukan sebahagian daripada kumpulan syarikat Penganjur.

11.3 Peserta tidak berhak menyerahkan mana-mana hak atau sub-kontrak mana-mana kewajipan yang terkandung di sini. Pihak Penganjur berhak untuk menyerahkan atau melesenkan keseluruhan atau mana-mana bahagian haknya di bawah ini kepada mana-mana pihak ketiga sebagaimana yang ditentukan oleh Penganjur.
11.4 Ketidaksahihan, ketidaksahan atau kegagalan kuatkuasa apa-apa istilah di bawah ini tidak akan menjejaskan keseluruhan Terma dan Syarat Kempen.
11.5 Terma dan Syarat untuk Kempen ini turut disediakan dalam Bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat ketidakseragaman antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
11.6 Terma dan Syarat Peraduan hendaklah ditafsirkan, ditadbir dan diterjemahkan mengikut undang-undang Malaysia.

12. Notis Privasi
12.1 Dengan menyertai Kempen, anda telah bersetuju Nestlé Products Sdn. Bhd. dan mana-mana syarikat pegangan, subsidiari atau berkaitannya sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965 (“Kumpulan Nestlé Malaysia”) dan pembekal-pembekal perkhidmatan, ejen-ejen dan kontraktor-kontraktor yang memberi sokongan pentadbiran dan perniagaan kepada kami dan bertindak bagi pihak kami (“Pihak-pihak Ketiga Lantikan”) (secara kolektif “Penganjur” atau “Kami”) untuk memproses maklumat peribadi anda yang dikemukakan dalam borang penyertaan bagi tujuan Penebusan. Ini termasuk mendedahkan nama anda kepada masyarakat umum apabila anda menjadi pemenang dalam sesuatu pertandingan atau menyertai acara kami dengan menerbitkan nama, gambar-gambar dan lain-lain maklumat peribadi anda tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.

12.2 Penganjur juga boleh mengambil maklumat peribadi anda bagi tujuan menghubungi dan menghantar maklumat atau bahan-bahan pemasaran dan Penebusan mengenai produk kami, perkhidmatan, apa-apa Penebusan, acara atau pertandingan yang dianjurkan oleh Penganjur. Sila nyatakan pilihan anda pada borang sekirannya anda bersetuju kepada penggunaan maklumat peribadi anda bagi tujuan ini.

12.3 Sekiranya anda bersetuju untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadi seseorang yang anda berhasrat untuk merujuk kepada Penganjur, anda mengakui bahawa anda telah mendapatkan persetujuan daripada individu tersebut untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadinya kepada kami dan untuk dihubungi oleh kami.

12.4 Berkenaan dengan golongan bawah umur atau individu-individu yang tidak layak di bawah undang-undang untuk memberi kebenaran, anda mengesahkan bahawa mereka telah melantik anda untuk bertindak bagi pihak mereka dan untuk bersetuju bagi pihak mereka kepada pemprosesan maklumat peribadi mereka selaras dengan Notis Privasi ini.

12.5 Pada masa tertentu Penganjur mungkin melantik Pihak-Pihak Ketiga Lantikan untuk memproses maklumat peribadi anda. Semua Pihak-Pihak Ketiga Lantikan adalah terikat secara kontrak untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk penyimpan maklumat dengan selamat dan tidak menggunakan maklumat peribadi anda dalam apa jua cara selain daripada yang dinyatakan di sini dan dalam Polisi Privasi kami di http://www.nestle.com.my/info/privacy_policy.

12.6 Pihak Penganjur adalah sebuah syarikat global dan maklumat peribadi anda mungkin akan dipindahkan merentasi sempadan. Penganjur akan memastikan bahawa data anda hanya akan dipindahkan ke negara yang mempunyai tahap undang-undang perlindungan data yang sama atau setara, seperti yang dinyatakan dalam Polisi Privasi kami di http://www.nestle.com.my/info/priva….

12.7 Setakat mana undang-undang terpakai membenarkan, anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada, meminta salinan, meminta untuk mengemaskini atau membetulkan, data peribadi anda yang disimpan oleh kami. Semua permintaan atau pertanyaan bertulis anda hendaklah dialamatkan kepada: Nestlé Products Sdn. Bhd.,
22-1, Tingkat 22, Menara Surian, No. 1, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor. Atau borang web: https://www.nestle.com.my/contactus. Atau hubungi kami: 1-800-88-3433.

12.8 Sila ambil perhatian bahawa Penganjur memerlukan maklumat peribadi anda untuk memproses penyertaan anda dalam Penebusan, dan tanpa maklumat yang diperlukan, kami tidak akan dapat memproses permohonan anda.

12.9 Untuk penerangan terperinci mengenai amalan privasi kami, sila rujuk kepada Polisi Privasi ini atau Polisi Privasi kami dari semasa ke semasa.

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?