Peraduan Unilever ‘Rambut Cantik Mempersona’ 2018


Peraduan ini sesuai disertai oleh pengguna produk penjagaan rambut keluaran Unilever seperti  Clear, Dove, Sunsilk dan Lux Luminique.

Peserta dikehendaki membeli mana-mana produk penjagaan rambut Unilever – Clear/Dove/Sunsilk/Lux Luminique berjumlah RM18.00 dan ke atas semasa Tempoh Peraduan di dalam satu resit, di kedai yang turut serta, anda boleh hantarkan penyertaan dalam peraduan ini.

Peraduan terbuka untuk kedai runcit, kedai serbaneka, pasaraya, pasaraya besar dan gedung yang mengambil bahagian sahaja.

Macam mana anda nak tahu kedai-kedai atau pasaraya yang turut serta? Anda tengok dekat kedai tu ada borang peraduan Peraduan Unilever ‘Rambut Cantik Mempersona’ ni ke tak. Kalau ada, tu makanya kedai atau pasaraya tu turut serta dalam peraduan ini.

Penyertaan dalam peraduan ini boleh dihantar menggunakan POs Biasa atau anda juga boleh hantar menggunakan aplikasi Whatsappp.

Dalam peraduan ini hadiah terbahagi kepada 3 iaitu Hadiah Pertama, Hadiah kedua dan Hadiah Mingguan. Pemenang dalam peraduan ini dipilih berdasarkan slogan kreatif.

klik pada gambar untuk besarkan

sumber

Tempoh Peraduan: 1 Januari 2018 hingga 15 Februari 2018 (Borang penyertaan mesti tiba selewatnya 23 Februari 2018)

Nasihat dari eMenang: Jangan Beli semata-mata untuk sertai peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa selain membazir duit. Beli jika anda naka guna atau -ada keperluan untuk beli sahaja.

Cara

klik pada gambar untuk besarkan.

Borang fotostat juga diterima. Borang Peraduan boleh didapati di semua kedai runcit, kedai serbaneka, pasaraya, pasaraya besar dan gedung yang mengambil bahagian dan juga boleh dimuat turun melalui laman sesawang http://TotalHair.ULMcontest.com/.

 

Hadiah

Terma & Syarat

Terma & Syarat
Sila baca Terma-terma dan Syarat-syarat ini dengan teliti sebelum anda menyertai Peraduan ini. Dengan menyertai Peraduan ini, anda dianggap telah menerima Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan bahawa anda bersetuju mematuhinya. Jika anda tidak menyetujui terma-terma dan syarat-syarat ini, anda tidak harus menyertai Peraduan ini. Penganjur berhak meminda Terma-terma dan Syarat-syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu.

MAKLUMAT PERADUAN

Peraduan UNILEVER “RAMBUT CANTIK MEMPERSONA” ini dianjurkan oleh Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd (No. Syarikat 1532-V) (“Penganjur”). Peraduan bermula pada 01 Januari 2018, 12.00am dan berakhir pada 15 Februari 2018, 11.59pm (“Tempoh Peraduan”). Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan tidak layak menyertai Peraduan.

Penganjur berhak mengubah, melanjutkan, menggantung atau menamatkan Peraduan menurut budi bicara tunggalnya atau jika Penganjur tidak menerima bilangan penyertaan layak yang cukup atau jika Peraduan tidak dapat diteruskan atas apa jua sebab. Penamatan atau penggantungan tersebut tidak akan membangkitkan apa-apa tuntutan oleh Peserta. Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten atau percanggahan, terma & syarat yang tertera di laman sesawang http://TotalHair.ULMcontest.com/ akan diguna pakai.

KELAYAKAN
1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas (pada tarikh penyertaan dalam peraduan ini) dengan Kad Pengenalan Malaysia yang sah. Sekiranya Peserta berumur di bawah 18 tahun pada tarikh penyertaan, Peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaganya sebelum menyertai Peraduan ini dan apabila diminta oleh Penganjur, hendaklah mengemukakan kebenaran tersebut. Pekerja, pemegang saham, pegawai, pengarah, agen, pengedar dan wakil Penganjur dan setiap daripada syarikat induk, ahli gabungan, bahagian, anak syarikat, agen, wakil dan agensi pengiklanan mereka masing-masing, bersama-sama dengan ahli keluarga terdekat (tidak kira di mana mereka tinggal) dan mereka yang tinggal di kediaman yang sama dengan orang tersebut (sama ada mempunyai kaitan persaudaraan atau tidak), tidak layak menyertai Peraduan.

2. Peserta dikehendaki membeli mana-mana produk penjagaan rambut Unilever – Clear/Dove/Sunsilk/Lux Luminique berjumlah RM18.00 dan ke atas semasa Tempoh Peraduan di dalam satu resit dan mengkepilkan resit asal (“Bukti Pembelian”) kepada borang penyertaan agar berpeluang untuk memenangi Peraduan.

3. Peraduan terbuka untuk kedai runcit, kedai serbaneka, pasaraya, pasaraya besar dan gedung yang mengambil bahagian sahaja.

4. Penganjur berhak untuk menyingkirkan Peserta yang tidak mematuhi Terma dan Syarat Peraduan ini atau jika Penganjur berpendapat bahawa Peserta gagal memenuhi apa-apa kriteria penyertaan Penganjur.

5. Peserta dikehendaki menyimpan resit asal (“Bukti Pembelian”) (bagi penyertaan melalui aplikasi WhatsApp/ perkhidmatan pesanan multimedia (“MMS”) agar berpeluang memenangi Peraduan ini. Penganjur boleh meminta Peserta mengemukakan Bukti Pembelian untuk penebusan hadiah sekiranya Peserta dipilih sebagai Pemenang.

6. Resit asal (“Bukti Pembelian”) mesti mengandungi maklumat pembelian (yang dicetak) seperti nama pasaraya, tarikh pembelian, produk Unilever yang mengambil bahagian dan jumlah pembelian yang tertera dengan jelas. Resit yang ditulis/pudar/atau tidak boleh dibaca akan disingkirkan dan Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan resit atau penyertaan yang tidak tulen atau disyaki tidak tulen.

7. Tarikh penyertaan berdasarkan tarikh resit pembelian.

MEKANISME PERADUAN
8. Untuk menyertai Peraduan ini dan agar berpeluang memenanginya, semua Peserta hendaklah mengikuti langkah-langkah berikut.
Cara 1: Melalui Borang Peraduan

Langkah 1.
Beli mana-mana produk penjagaan rambut Clear/Dove/Sunsilk/ Lux Luminique berjumlah RM18.00 dan ke atas semasa Tempoh Peraduan di dalam satu resit. Penyertaan dengan setiap resit (asal) hanya layak untuk menyertai Peraduan ini.

Langkah 2.
Isikan slogan kreatif anda (tidak melebihi dari 30 buah perkataan) di ruangan yang disediakan pada borang penyertaan.

Langkah 3.
Isikan butiran peribadi anda dengan lengkap dan hantar borang melalui pos ke alamat yang diberikan. Ambil maklum bahawa setiap borang penyertaan mesti dikepilkan bersama resit pembelian asal di mana pembelian tersebut telah dibuat.

Borang fotostat juga diterima. Borang Peraduan boleh didapati di semua kedai runcit, kedai serbaneka, pasaraya, pasaraya besar dan gedung yang mengambil bahagian dan juga boleh dimuat turun melalui laman sesawang http://TotalHair.ULMcontest.com/.

Borang Peraduan mesti dihantar melalui POS BIASA SAHAJA ke alamat yang tertera pada borang peraduan.

Peraduan Unilever ‘Rambut Cantik Mempersona’,
Peti Surat 8866, Pejabat Pos Kelana Jaya,
46799 Petaling Jaya,
Selangor.

Borang penyertaan yang diterima melalui sebarang kaedah penghantaran yang lain akan dibatalkan.
Pengiriman borang peraduan sah diterima sehingga 23 Februari 2018 (7 hari selepas tamat tempoh peraduan) tetapi pembelian produk penjagaan rambut Clear / Dove / Sunsilk / LuxLuminique mesti dibuat semasa Tempoh Peraduan
Bukti pengiriman pos tidak menandakan bukti penerimaan oleh pihak Penganjur.

Cara 2: Melalui aplikasi WhatsApp/MMS
Untuk penyerahan penyertaan melalui aplikasi WhatsApp / MMS, para Peserta mestilah menghantar penyertaan seperti berikut di dalam satu mesej, lampirkan A) Gambar penuh resit pembelian menunjukkan produk Unilever yang mengambil bahagian B) Slogan Kreatif anda (tidak melebihi dari 30 buah perkataan).
Hantar penyertaan anda melalui telefon pintar menggunakan aplikasi WhatsApp / MMS ke nombor 018 328 2823
Peserta akan mendapat balasan mesej (Notis Privasi) melalui aplikasi WhatsApp / perkhidmatan pesanan multimedia (“MMS”) dalam tempoh 72 jam (hari bekerja).

9. Slogan kreatif untuk peraduan ini bertajuk seperti berikut: Gunakan nama produk Unilever (Clear / Dove / Sunsilk / Lux Luminique) dalam ungkapan slogan perayaan kreatif anda (tidak melebihi 30 patah perkataan).

JADUAL PENYERTAAN DAN PEMILIHAN PEMENANG
JADUAL PENYERTAAN MINGGUAN (HADIAH MINGGUAN)

  • MINGGU 1: 01 Jan – 07 Jan 2018
  • MINGGU 2: 08 Jan – 14 Jan 2018
  • MINGGU 3: 15 Jan – 21 Jan 2018
  • MINGGU 4: 22 Jan – 28 Jan 2018
  • MINGGU 5: 29 Jan – 04 Feb 2018
  • MINGGU 6: 05 Feb – 15 Feb 2018

Pemilihan Pemenang (hadiah mingguan): Dua puluh (20) penyertaan sah dengan slogan yang paling kreatif akan dipilih sebagai Pemenang setiap minggu (terhad kepada 20 pemenang setiap minggu x 6 minggu). Penyertaan mingguan akan diambil kira dari tarikh resit penyertaan, sebagai contoh; tarikh resit 10 Januari 2018 akan diambi lkira sebagai penyertaan Minggu 2.

JADUAL PENYERTAAN KESELURUHAN (HADIAH UTAMA DAN HADIAH KEDUA)
TEMPOH PENYERTAAN: 01 Jan – 15 Feb 2018

Pemilihan emenang (hadiah utama): Tiga (3) penyertaan dengan slogan paling kreatif akan dipilih sebagai Pemenang (hadiah utama)

Pemilihan pemenang (hadiah kedua): Tiga puluh (30) penyertaan (selepas pemilihan pemenang hadiah utama) dengan slogan paling kreatif akan dipilih sebagai Pemenang (hadiah kedua)

HADIAH & PENEBUSAN

  • Hadiah Utama: Samsung Galaxy Note8 (64GB) x 3 pemenang (jumlah keseluruhan)
  • Hadiah Kedua: Kipas Dyson 12″ x 30 pemenang (jumlah keseluruhan)
  • Hadiah Mingguan: Jongkong emas 1g x 20 pemenang setiap minggu (6 minggu dengan 120 pemenang keseluruhan)

Setiap Pemenang yang terpilih hanya berhak memenangi satu (1) hadiah utama/kedua dan satu (1) hadiah mingguan.

10. Semua hadiah diberikan atas dasar”sedia ada” dan sama sekali tidak boleh dipindahkan, tidak boleh ditukar dan tidak boleh ditunaikan.

11. Semua keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat, rayuan atau soalan tidak akan dilayan.

12. Peserta dikehendaki mengemukakan Bukti Identiti semasa atau sebelum penebusan hadiah bagi tujuan penentusahan. Bukti Identiti yang diterima oleh Penganjur adalah dalam bentuk berikut sahaja: Kad Pengenalan/Pasport yang sah. Kegagalan untuk mengemukakan apa-apa Bukti Identiti memberikan hak kepada Penganjur untuk menyingkirkan Peserta/Pemenang.

13. Penganjur akan menghubungi Pemenang melalui butir-butir hubungan atau alamat e-mel yang diberikan semasa proses penghantaran penyertaan. Peserta digalakkan supaya memastikan nombor hubungan mereka adalah aktif, dan untuk sering menyemak akaun e-mel mereka.

14. Sekiranya Peserta tidak dapat dihubungi selepas tiga (3) percubaan selama tiga (3) hari berturut-turut, atau jika berjaya dihubungi, memilih untuk tidak menerima hadiah, Penganjur berhak membatalkan kelayakan Peserta dan menarik balik hadiah, atau Peserta seterusnya yang layak boleh dipilih menurut budi bicara Penganjur.

15. Semua Pemenang hendaklah menuntut hadiah mereka dalam masa tiga puluh (30) hari selepas dimaklumkan oleh Penganjur. Sekiranya Pemenang gagal menuntut hadiah mereka atau gagal mencalonkan wakil dalam tempoh masa yang diperuntukkan, Penganjur berhak menarik balik hadiah atau memberikan hadiah kepada Peserta/Pemenang lain.

16. Pemenang yang memerlukan wakil untuk menuntut hadiah mereka bagi pihak mereka hendaklah memastikan bahawa wakil mengemukakan surat kebenaran yang ditandatangani oleh Pemenang, sesalinan Bukti Identiti Pemenang, dan Bukti Identiti wakil.

17. Penganjur tidak menjamin ketersediaan hadiah dan Penganjur mempunyai budi bicara tunggal dan mutlak untuk menggantikan sebarang hadiah dengan apa-apa hadiah lain yang serupa nilainya seperti yang ditentukan oleh Penganjur, agennya atau penajanya.

18. Semua Hadiah yang diberikan oleh Penganjur dan/atau penaja adalah atas dasar “seadanya” dan diterima oleh Peserta tanpa apa-apa jenis waranti atau jaminan, sama ada nyata atau tersirat. Jika diminta oleh Penganjur, Peserta hendaklah menyempurnakan suratikatan pelepasan dan tanggung rugi dalam bentuk yang ditetapkan oleh Penganjur.

HAK PENGANJUR
19. Peserta bersetuju bahawa semua bahan yang diserahkan oleh Peserta untuk Peraduan ini menjadi kepunyaan Penganjur. Jika berkenaan, hakcipta dan semua hak harta intelek (termasuk hak moral) yang wujud dalam semua bahan termasuk tetapi tidak terhad kepada bahan digital atau bukan digital (contohnya: video dan imej), akan menjadi kepunyaan Penganjur setelah diserahkan.

20. Penganjur berhak menerbitkan dan menggunakan nama, gambar, imej, rakaman audio dan/atau video yang diserahkan oleh Peserta/Pemenang atau terhadap Peserta/Pemenang bagi tujuan pengiklanan, pemasaran, publisiti dan/atau apa-apa tujuan lain, tanpa sebarang notis terdahulu atau pampasan kepada Peserta/Pemenang. Pemenang tidak berhak menuntut pemilikan atau bentuk pampasan lain terhadap bahan tersebut.

21. Sebagai balasan bagi Penganjur menawarkan peluang kepada Peserta untuk menyertai Peraduan, Peserta dengan ini secara tak bersyarat dan dengan tak boleh batal menyetujui dan membenarkan perkara berikut:
Penganjur dibenarkan menggunakan nama, imej, suara dan/atau gambaran yang serupa dengan Peserta bagi tujuan penyuntingan, pengiklanan, promosi, pemasaran dan/atau tujuan lain tanpa notis lanjut atau pampasan.

Jika dikehendaki oleh Penganjur, Peserta hendaklah dengan sukarela menghadiri penerbitan, rakaman atau publisiti mengenai Peraduan bagi sebarang tempoh yang akan dimaklumkan oleh Penganjur (termasuk tetapi tidak terhad kepada wawancara yang dirakamkan atau tidak dirakamkan, pengambilan foto pegun, rakaman audio dan/atau visual bagi penggunaan promosi dan publisiti (secara kolektif “Rakaman”). Semua kos kehadiran dan penyertaan Peserta hendaklah ditanggung semata-mata oleh Peserta dan Penganjur tidak bertanggungjawab membayar balik apa-apa kos, perbelanjaan, gaji atau pampasan kepada Peserta.

Penganjur mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk mengiklankan dan/atau menyiarkan dan/atau mencetak Rakaman dan/atau menggunakan slogan, nama atau nama panggilan di mana-mana program/salurannya atau di mana-mana perantara pun jua, secara keseluruhan atau sebahagian, menurut budi bicara Penganjur. Semua hakcipta yang wujud dalam Rakaman adalah kepunyaan mutlak Penganjur.
Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya, untuk menggunakan dan mengeksploitasi Harta Intelek melalui mana-mana kaedah atau perantara dan dalam apa jua cara dan pada bila-bila masa yang dianggapnya wajar tanpa terlebih dahulu mendapatkan apa-apa kebenaran atau membuat apa-apa pembayaran pun jua kepada Peserta dan/atau pemenang Peraduan dan/atau wakil.

22. Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggalnya, menyingkirkan mana-mana Peserta yang mengganggu mekanisme, sistem, perisian Peraduan atau apa-apa proses lain berkaitan dengan Peraduan ini.

23. Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggalnya, menyingkirkan mana-mana Peserta dan/atau penyertaan yang didapati (menurut budi bicara Penganjur) tidak sopan atau tidak sesuai untuk tatapan umum, atau didapati atau disyaki menipu/menggodam/mengusik proses penyerahan Peraduan, pengendalian Peraduan ini atau melanggar apa-apa Terma dan Syarat Peraduan. Penganjur berhak untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayainya terlibat dalam aktiviti penipuan atau aktiviti lain yang memudaratkan Peraduan, Penganjur atau proses penyerahan Peraduan.

Baca Terma & Syarat Penuh DISINI

sumber

Untuk download borang peraduan, boleh download dari SINI


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2020 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?