Peraduan Sunquick Kongsi Keriangan


Sertai Peraduan Sunquick Kongsi Keriangan untuk berpeluang memenangi hadiah Perkakas memasak bernilai RM1,000 dan Hadiah sesi makan istimewa bersama Chef Wan.

Penyertaan adalah PERCUMA.

Dalam peraduan ini ada 4 pemenang kesemuanya. Peraduan ini berlangsung selama 4 minggu. Untuk Setiap minggu seorang pemenang akan dipilih untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.

Peraduan ini berlangsung selama 4 minggu dan minggu ini adalah minggu ke 3 peraduan ini berlangsung. Jika anda terlepas minggu sebelum ini, anda masih boleh hantarkan penyertaan untuk minggu ini.

Penyertaan boleh dihantar pada ruangan Posting Rasmi Peraduan di Pin Posting Facebook Sunquick Malaysia

Tempoh Peraduan: Berlangsung dari 3 Januari 2018, 12.01am hingga 30 Januari 2018, 11.59pm iaitu selama empat (4) minggu

Cara

Bagaimana untuk sertai:

  1. Ambil foto hidangan masakan atau minuman berinspirasikan Sunquick sebarang perisa.
  2. Muat naik foto penyertaan anda berserta #SUNQUICKKONGSIKERIANGAN di laman Facebook rasmi Sunquick Malaysia di kiriman berpin mingguan yang ditetapkan.
  3. Foto penyertaan yang kreatif akan dinobatkan sebagai Pemenang:

Penyertaan Boleh dihantar DISINI

i. Satu (1) Pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu (selama empat (4) minggu berturut-turut) berdasarkan kreativiti hidangan.

ii. Hash Tag  #SUNQUICKKONGSIKERIANGAN adalah wajib bagi setiap penyertaan. Penyertaan yang dihantar tanpa tanda pagar tidak layak menjadi pemenang.

Apabila peserta memuat naik gambar ke peraduan, peserta telah mengakui;

  • i. Gambar hidangan adalah milik mereka.
  • ii. Tiada sebarang perlanggaran hak cipta dan sepertinya.
  • iii. Peserta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gambar dan resipi yang dimuat naik.

Penyertaan Boleh dihantar DISINI

Hadiah

4x Pemenang: Setiap minggu  seorang Pemenang terpilih akan menerima Hadiah:

  • i) Perkakas memasak bernilai RM1,000 dan;
  • ii) Hadiah sesi makan istimewa bersama Chef Wan.

Terma & Syarat

Sila baca terma dan syarat ini (“Terma dan Syarat”) dengan teliti kerana ia merupakan perjanjian yang diikat dari sudut undang-undang di antara orang yang menggunakan Laman (“Pengguna-Pengguna” termasuk anda sebagai “Pengguna”) dan Barkath CO-RO Manufacturing Sdn. Bhd. (“Kumpulan Barkath”, terma yang merangkumi setiap ahli kumpulan syarikat yang Barkath CO-RO Manufacturing Sdn. Bhd. adalah syarikat induk, subsidiari atau syarikat gabungan termasuklah Sunquick Malaysia).

Di dalam Terma dan Syarat, “kami” dan “kita” merujuk kepada Barkath (Malaysia). Jika anda meneruskan akses laman web ini (“Laman”), anda telah bersetuju terhadap semua Terma dan Syarat, termasuk Kod Perilaku yang Wajar (seperti yang dinyatakan dibawah) dan polisi peribadi yang merupakan sebahagian Terma dan Syarat ini. Sekiranya, anda tidak bersetuju untuk diikat oleh Terma dan Syarat ini, anda tidak boleh mengakses atau melihat Laman ini.

Peraduan #SUNQUICKKONGSIKERIANGAN

1. Peraduan #SUNQUICKKONGSIKERIANGAN (“Peraduan”) akan berlangsung dari 3 Januari 2018, 12.01am hingga 30 Januari 2018, 11.59pm iaitu selama empat (4) minggu (“Tempoh Peraduan”). Barkath CO-RO Manufacturing Sdn. Bhd. dan Sunquick Malaysia (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

2. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas (semasa 3 Januari 2018) kecuali kakitangan serta ahli keluarga terdekat Penganjur, termasuk syarikat, pengedar, agensi pengiklanan dan promosi bersekutu dan/atau berkaitan.

3. Bukti pembelian bagi tujuan penyertaan adalah tidak diperlukan.

4. Bagaimana untuk sertai:

Ambil foto hidangan masakan atau minuman berinspirasikan Sunquick sebarang perisa.
Muat naik foto penyertaan anda berserta #SUNQUICKKONGSIKERIANGAN di laman Facebook rasmi Sunquick Malaysia di kiriman berpin mingguan yang ditetapkan.
Foto penyertaan yang kreatif akan dinobatkan sebagai Pemenang:

i. Satu (1) Pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu (selama empat (4) minggu berturut-turut) berdasarkan kreativiti hidangan.
ii. Tanda pagar #SUNQUICKKONGSIKERIANGAN adalah wajib bagi setiap penyertaan. Penyertaan yang dihantar tanpa tanda pagar tidak layak menjadi pemenang.

d. Apabila peserta memuat naik gambar ke peraduan, peserta telah mengakui;

i. Gambar hidangan adalah milik mereka.
ii. Tiada sebarang perlanggaran hak cipta dan sepertinya.
iii. Peserta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gambar dan resipi yang dimuat naik.

Hadiah/Pemilihan Pemenang:
a. Empat (4) Pemenang akan dipilih oleh Penganjur berdasarkan gambar yang paling kreatif. Pemenang dengan foto yang terpilih mestilah memberikan resipi jika tidak disertakan semasa penghantaran penyertaan.

b. Semua Pemenang Peraduan ini akan diumumkan di laman Facebook Penganjur dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh akhir Peraduan (30 Januari 2018) iaitu pada 14 Februari 2018. Penganjur berhak untuk menggunakan sebarang kaedah atau medium lain yang sesuai atas budi bicaranya sendiri bagi tujuan mengumumkan Pemenang Peraduan ini.

c. Setiap minggu satu (1) Pemenang terpilih akan menerima:

i) Perkakas memasak bernilai RM1,000 dan;

ii) Hadiah sesi makan istimewa bersama Chef Wan.

d. Satu (1) foto setiap minggu selama empat (4) minggu iaitu gambar hidangan makanan atau minuman berinspirasikan Sunquick sebarang perisa dengan kreativiti akan dipilih Penganjur.

e. Hidangan mestilah berinspirasikan Sunquick (sebarang perisa).
f. Penuntutan hadiah:

i. Penganjur akan menghubungi Pemenang melalui akaun Facebook penyertaan bagi tujuan makluman, pengesahan dan butiran peribadi.

ii. Pemenang perlu faks atau emel kad pengenalan kepada Penganjur bagi tujuan pengesahan apabila dihubungi oleh Penganjur.

iii. Hadiah akan dikirim ke alamat yang diberikan oleh Pemenang atau;

iv. Hadiah juga boleh dituntut di ibu pejabat Penganjur atas permintaan Pemenang (Alamat Penganjur):
Barkath Co-Ro Manufacturing Sdn Bhd
Alamat: Mk 16, Kawasan Perusahaan Sungai Lokan, 1140, Lorong Perusahaan Sungai Lokan 5, 13800 Butterworth, Pulau Pinang, Malaysia.

v. Hadiah hanya boleh ditebus dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tarikh pemberitahuan Pemenang tertakluk pada budi bicara Penganjur dan masa Pemenang. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya hadiah tidak dapat ditebus dalam tempoh yang tidak dinyatakan.

vi. Jika Pemenang tidak dapat hadir untuk menuntut, wakil penerima hendaklah membawa salinan kad pengenalan Pemenang sebagai pengesahan.

g. Sekiranya percubaan pertama untuk menghubungi Pemenang gagal, contohnya tiada maklum balas selepas tiga (3) lagi percubaan dilakukan. Sekiranya percubaan ini juga gagal, Penganjur berhak untuk memilih Peserta seterusnya yang layak sebagai Pemenang Hadiah. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya Pemenang yang layak tidak boleh dihubungi atas sebarang sebab.

h. Semua Pemenang Peraduan akan diumumkan pada laman Facebook Sunquick Malaysia. Penganjur berhak untuk menggunakan sebarang kaedah atau medium lain yang sesuai atas budi bicaranya sendiri bagi tujuan mengumumkan Pemenang Peraduan.

i. Hadiah sama ada barangan, baucar, tiket dan sebagainya tidak boleh ditebus sebagai wang tunai.
j. Setiap Peserta hanya boleh memenangi satu hadiah sahaja.

6. Penganjur dan syarikat yang terlibat dalam Peraduan tidak akan bertanggungjawab dari sebarang segi untuk kelewatan, gangguan atau ketidaksampaian penyertaan dan sebarang kesilapan, peninggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan dalam penghantaran, kegagalan rangkaian komunikasi, kelengkapan komputer, perisian, atau kegagalan disebabkan masalah teknikal atau kesesakan trafik Internet tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang penggunaan akaun pengguna/pelanggan yang tidak diizinkan bagi Peraduan ini.

7. Penganjur mempunyai hak automatik, dalam budi bicaranya sendiri untuk menghapuskan, membatalkan sebarang penyertaan yang tidak lengkap dalam budi bicara Penganjur, tidak sesuai, fitnah, melibatkan plagiarisme, melanggar (atau mungkin melanggar) sebarang hak cipta, tanda dagangan, atau apa-apa hak harta intelektual atau hak proprietari mana-mana entiti, bagi yang masih hidup atau sudah mati (termasuk hak-hak privasi atau publisiti atau gambaran yang palsu).

8. Peserta tidak boleh menggunakan sebarang bahasa yang sensitif yang boleh menyinggung atau kandungan yang berkaitan keganasan dan/atau pengambilan alkohol, elemen untuk merendahkan darjat sesiapa atau sebarang ahli mana-mana kumpulan berdasarkan bangsa, agama, latar belakang etnik, orientasi seksual atau status minoriti lain, menyatakan jenama-jenama lain, fitnah atau yang boleh memberikan gambaran buruk terhadap Penganjur dan seumpamanya.

9. Penganjur berhak membatalkan dan menyingkirkan gambar penyertaan yang dimuat naik oleh peserta yang mengandungi sebarang bahasa yang sensitif yang boleh menyinggung atau kandungan yang berkaitan keganasan dan/atau pengambilan alkohol, elemen untuk merendahkan darjat sesiapa atau sebarang ahli mana-mana kumpulan berdasarkan bangsa, agama, latar belakang etnik, orientasi seksual atau status minoriti lain, menyatakan jenama-jenama lain, fitnah atau yang boleh memberikan gambaran buruk terhadap Penganjur dan seumpamanya.

10. Penganjur berhak, dengan budi bicaranya sendiri, untuk menukar sebarang hadiah dengan hadiah yang sama nilainya tanpa notis terlebih dahulu. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, dibayar balik atau ditukar kepada sebarang bentuk atas sebarang sebab. Nilai hadiah adalah tepat pada masa cetakan. Semua hadiah diberikan dalam keadaan sedia ada. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, sebarang dan semua representasi dan waranti termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan kualiti, dagangan atau kesesuaian atau kelayakan berkenaan dengan hadiah-hadiah adalah dengan ini dikecualikan.

11. Peserta akan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti dalam sebarang kerugian, kemalangan, kecederaan, kerosakan dan tuntutan yang timbul akibat penyertaan dalam Peraduan ini.

12. Penganjur tidak akan bertanggungjawab dan tidak menerima sebarang liabiliti yang timbul atau dialami oleh Pemenang, tetamunya atau pihak lain, termasuk kecuaian, berkenaan dengan apa-apa kerugian, kerosakan, kecederaan, kemalangan dan/atau kematian yang timbul daripada dan berhubung dengan Peraduan ini dan/atau penggunaan hadiah-hadiah Peraduan ini. Sebarang pertikaian berkenaan dengan apa-apa terma dan syarat berkenaan dengan penggunaan hadiah-hadiah Peraduan ini mesti diselesaikan secara langsung di antara Pemenang dan pihak masing-masing dan bukan Penganjur. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab untuk menyelesaikan sebarang pertikaian tersebut.

13. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab bagi apa-apa keingkaran atau kerugian yang disebabkan oleh bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok, tindakan industri, wabak, kebakaran, banjir, ribut, kegagalan teknikal atau sebarang kejadian di luar kawalan munasabah pihak Penganjur.

14. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dan Pemenang bersetuju untuk memberikan data peribadi dan Penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama dan/atau foto Pemenang serta penyertaan untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang pampasan atau notis dan setiap Peserta dan Pemenang tidak layak untuk membuat sebarang tuntutan bagi penggunaan penyertaan oleh Penganjur. Kegagalan oleh Peserta untuk berbuat demikian akan menyebabkan penyertaan Peserta dikecualikan.

15. Dengan menyertai Peraduan ini dan mengemukakan data peribadi anda yang boleh dikenalpasti, Peserta memberikan keizinan kepada pihak Penganjur dan/atau ejen yang diberi kuasa untuk menyimpan, menggunakan dan memproses data peribadi anda bagi menyediakan perkhidmatan atau berkomunikasi dengan anda dan tujuan publisiti, pengiklanan, perdagangan dan/atau promosi pemasaran masa kini dan masa depan dan demi meningkatkan taraf produk dan perkhidmatannya. Data peribadi Peserta ini disimpan dalam cara yang sesuai oleh pihak Penganjur dan digunakan untuk memenuhi permintaan anda.
16. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk mematuhi semua Terma dan Syarat Peraduan rasmi serta keputusan Penganjur.

17. Terma dan syarat ini boleh diubah, ditambah atau diubah oleh pihak Penganjur melalui laman Facebook Sunquick Malaysia, atau apa-apa cara lain yang difikirkan sesuai oleh pihak Penganjur. Para Peserta dianggap telah mengakses laman Facebook Sunquick Malaysia dan bersetuju dengan apa-apa perubahan atau permindaan kepada terma dan syarat ini.

18. Pihak Penganjur berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan atau membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan ini dengan notis secara meletakkan di laman Facebook Sunquick Malaysia, atau dalam apa-apa cara lain yang difikirkan sesuai oleh pihak Penganjur. Para Peserta dianggap telah mengakses laman Facebook Sunquick Malaysia tersebut dan bersetuju dengan apa-apa perubahan atau permindaan kepada terma dan syarat ini. Bagi mengelakkan keraguan, sebarang perubahan Tempoh Peraduan atau pembatalan, penamatan atau penggantungan Peraduan ini oleh pihak Penganjur tidak melayakkan Peserta untuk apa-apa pampasan terhadap pihak Penganjur bagi sebarang dan semua kerugian atau kerosakan yang mungkin dialami atau ditanggung oleh mana-mana Peserta secara langsung atau tidak langsung akibat daripada tindakan perubahan Tempoh Peraduan atau pembatalan, penamatan atau penggantungan.

19. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, setiap Peserta dianggap mengenepikan apa-apa hak yang mungkin ada terhadap pihak Penganjur dan pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejen pihak Penganjur (termasuk tetapi tidak terhad kepada pembekal pihak ketiga yang pihak Penganjur mungkin melantik bagi tujuan Peraduan ini), berkenaan dengan apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya, berkaitan dengan Peraduan dan hadiah-hadiah.

20. Keputusan Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat dan rayuan tidak akan dilayan.

sumber

Penyertaan Boleh dihantar DISINI


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?