Peraduan RM888,888 Yeo’s


Peraduan ini sesuai disertai oleh pengguna produk Yeo’s dan Cintan. Dengan pembelian produk Yeo’s atau/dan Cintan bernilai minima RM18 dalam satu resit tunggal, anda boleh hantarkan penyertaan dalam peraduan ini.

Contoh Produk Yeo’s dan Cintan – sumber

Penyertaan dalam peraduan ini hanya boleh dihantar menggunakan aplikasi Whatsapp sahaja. Setiap penyertaan Whatsapp yang layak diterima akan menerima mesej notifikasi dari dari pihak penganjur dalam masa 1 hari – 3 hari bekerja sebagai pengesahan penyertaan anda diterima.

Pastikan resit Rasmi Pembelian anda tidak dilipat. Ini kerana resit yang dilipat tidak akan diterima.

Setiap pembelian bernilai RM 18.00 di dalam satu Resit Rasmi adalah bersamaan dengan satu penyertaan (contohnya, RM 36.00 = 2 penyertaan peraduan)

Dalam peraduan ini terdapat Hadiah Mingguan dan Hadiah Utama. Pemilihan Pemenang dalam peraduan ini dipilih menerusi kaedah sistem rawak komputer. Kiranya macam lucky draw lah.

Pemenang peraduan akan diumumkan di Facebook pihak penganjur seperti di Facebook Yeo’s Malaysia.

Jadi kalau anda ada beli produk Yeo’s atau Cintan seperti Air kotak Yeo’s, Mee Segere Cinta, Kacang panggang Cintan atau air tin Justea bernilai minima RM18 dalam tempoh peraduan bolehlah join peraduan ini.

Tempoh Peraduan: 1 Januari 2018 hingga 25 Februari 2018

Nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk join peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa selain membazir duit. Beli jika anda ada keperluan untuk beli sahaja.

Cara

Cara Menyertai

1. Untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ini, Peserta Layak hendaklah mematuhi setiap satu yang berikut:-

Langkah 1:
Beli mana-mana makanan (makanan dalam tin, sos, mi) dan/atau minuman Yeo’s, dan/atau Cintan (Produk Yeo’s) dan/atau Justea ( Product Yeo’s) bernilai RM 18.00 di dalam satu Resit Rasmi.
Resit Rasmi kedai mesti dicetak dengan jelas jenama Produk Yeo’s bersama nilai pembelian yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan.

Langkah 2:
Buka aplikasi WhatsApp anda, muat naik gambar Resit Rasmi pembelian dan taip (Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan & Nombor Resit Rasmi). Lampiran foto hendaklah memenuhi kriteria yang berikut:-

  • Gambar hendaklah menunjukkan dengan jelas nama kedai, tarikh, nombor Resit Rasmi, kuantiti dan nilai pembelian Produk Yeo’s. Resit Rasmi yang berlipat tidak akan diterima.
  • Gambar-gambar hendaklah memenuhi standard kualiti visual yang minima. Kejelasan imej yang terjejas oleh pencampuran warna, kekasaran, kekaburan, pendedahan berlebihan, artifak mampatan atau lain-lain degradasi yang jelas kelihatan tidak akan diterima dan akan dibatalkan.

Langkah 3:
Hantar penyertaan melalui aplikasi WhatsApp ke nombor telefon 012-2124873.
Peserta Layak akan menerima satu notifikasi rasmi melalui aplikasi WhatsApp dari Penganjur dalam 1 hingga 3 hari bekerja bagi setiap penyertaan yang diterima.

Langkah 4:
Simpan Resit Rasmi pembelian untuk tujuan pengesahan.

  • Peserta Layak boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang mereka mahu. Jumlah penyertaan yang diterima akan bergantung kepada jumlah pembelian Produk Yeo’s yang tercatat pada setiap resit. Setiap pembelian bernilai RM 18.00 di dalam satu Resit Rasmi adalah bersamaan dengan satu penyertaan (contohnya, RM 36.00 = 2 penyertaan peraduan)

Hadiah

Terma & Syarat

Untuk baca Terma & Syarat, anda boleh baca di Halaman Rasmi Peraduan DISINI

sumber © Copyright 2016 YEO HIAP SENG (MALAYSIA) BERHAD (Co. No. 3405-X). All Rights Reserved.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan Peraduan Yeo’s ini, Boleh tanya di Facebook Page Yeo’s


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?