Peraduan Balas Pantun Mahsuri


Anda pandai membalas pantun? Sertai Peraduan Balas Pantun Mahsuri untuk berpeluang memenangi hadiah dari Kicap Mahsuri. Hadiah apa yang ditawarkan tidak pasti sebab tidak dinyatakan. Penyertaan adalah PERCUMA.

Untuk Balas Pantun tersebut, dalam pantun anda mestilah ada SATU JUADAH dan SATU PRODUK MAHSURI (Kicap Manis Mahsuri, Sos Tiram Mahsuri, atau Kicap Manis Pedas Mahsuri) dalam pantun anda tersebut.

Untuk melengkapkan penyertaan anda dalam peraduan ini, anda juga dikhendaki untuk LIKE laman Facebook Mahsuri dan TAG 2 rakan anda dalam ruangan komen di post Rasmi Peraduan dan hashtag #BalasPantunMahsuri.

20 pemenang akan dipilih berdasarkan kriteria seperti pantun yang menarik dan kreatif. Pantun mesti mempunyai elemen: satu [1] juadah dan satu [1] produk Mahsuri.

Senarai nama pemenang akan diumumkan di laman Facebook Mahsuri dalam masa 1 minggu selepas tamat tempoh setiap pusingan peraduan.

Peraduan ini tamat pada 31 Disember 2017 (11.59pm).

Cara

Untuk menyertai Peraduan ini, peserta dikehendaki:-

i. Log masuk ke laman Facebook Mahsuri dan “Like” laman Facebook Mahsuri di https://www.facebook.com/MYMahsuri/
ii. Terdapat satu [1] post Peraduan yang disediakan di laman Facebook Mahsuri pada 18 Disember 2017.
iii. Untuk penghantaran penyertaan, Peserta dikehendaki mengikuti langkah-langkah di bawah:

  • Langkah 1: Peserta mesti mencari post Peraduan yang disediakan pada 18 Disember 2017 di laman Facebook Mahsuri.
  • Langkah 2: Peserta dikehendaki berkongsi pengalaman dan ‘tag’ 2 rakan dalam ruang komen di post Peraduan dan hashtag #BalasPantunMahsuri.

[Peraduan Balas Pantun Mahsuri]

Kalau saudari orang yang hebat,
Sila kirimkan pantun 4 kerat,
Mari berseronok balas pantun kami,
Untuk memenangi produk Mahsuri.

P.S. Balas pantun di atas dan pastikan ada SATU JUADAH dan SATU PRODUK MAHSURI (Kicap Manis Mahsuri, Sos Tiram Mahsuri, atau Kicap Manis Pedas Mahsuri) dalam pantun anda tau!

Hantarkan Pantun Anda DISINI

v. Peserta dibenarkan menghantar seberapa banyak penyertaan. Namun, seorang peserta hanya layak memenangi 1 hadiah saja.

Peraduan ini tamat pada 31 Disember 2017 (11.59pm).

sumber

Nasihat dari eMenang: Berdasarkan kebiasaannya apabila anda LIKE sesuatu Facebook Page, anda akan menerima update dari Facebook Page tersebut. Disini eMenang ingin menasihatkan, jika anda menerima update dari Facebook Mahsuri dan update tersebut mengandungi gambar atau visual yang mendedahkan aurat, sila skip dan jangan tengok gambar tersebut.

Hadiah

  • Seramai dua puluh [20] pemenang akan dipilih berdasarkan kriteria seperti pantun yang menarik dan kreatif.
  • Hadiah yang ditawarkan: Tidak dinyatakan

Terma & Syarat

1. Peraduan ‘#BalasPantunMahsuri’ ini dianjurkan oleh Mahsuri dan Peraduan ini dibuka kepada semua penduduk Malaysia yang mempunyai MyKad yang sah dan alamat kediaman di Malaysia, dan berumur antara 21 dan ke atas.

2. Golongan individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:-
a. Kakitangan Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri]; dan/atau
b. Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri].

3. Peraduan ini akan bermula dari 18 Disember 2017 sehingga 31 Disember 2017.

4. Pihak Penganjur berhak untuk meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan.

5. Pemenang-pemenang akan dipilih dan diumumkan di laman Facebook Mahsuri selepas 31 Disember 2017.

6. Peserta dinasihatkan supaya membaca dan memahami Dasar Privasi serta terma dan syarat yang berkaitan sebelum membuat keputusan untuk menyertai Peraduan ini.

7. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta dikehendaki:-

i. Log masuk ke laman Facebook Mahsuri dan “Like” laman Facebook Mahsuri di https://www.facebook.com/MYMahsuri/
ii. Terdapat satu [1] post Peraduan yang disediakan di laman Facebook Mahsuri pada 18 Disember 2017.
iii. Untuk penghantaran penyertaan, Peserta dikehendaki mengikuti langkah-langkah di bawah:

  • · Langkah 1: Peserta mesti mencari post Peraduan yang disediakan pada 18 Disember 2017 di laman Facebook Mahsuri.
  • · Langkah 2: Peserta dikehendaki berkongsi pengalaman dan ‘tag’ 2 rakan dalam ruang komen di post Peraduan dan hashtag #BalasPantunMahsuri.

v. Peserta dibenarkan menghantar seberapa banyak penyertaan. Namun, seorang peserta hanya layak memenangi 1 hadiah saja.
vi. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan penyertaan mana-mana Peserta dalam Peraduan ini tanpa sebarang notis pemberitahuan jikalau Peserta disyaki mengganggu penyertaan mereka atau melanggar terma dan syarat Peraduan dan/atau dianggap tidak sesuai oleh Pihak Penganjur (bahasa kesat, lucah, tidak sensitif terhadap agama, dan yang bermotifkan politik).

8. Selepas penilaian oleh Pihak Penganjur, semua penyertaan yang dikemukakan untuk Peraduan ini akan dipaparkan dalam album gambar laman Facebook Mahsuri jika dikehendaki oleh pihak Mahsuri.

9. Setiap penyertaan yang diterima dalam Tempoh Peraduan akan disirikan mengikut waktu penerimaan (tt/bb/hh/jj/mm/ss).

10. Untuk menyertai Peraduan ini, setiap penyertaan yang dikemukakan mesti lengkap untuk semua langkah dalam Peraduan ini. Mana-mana penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan secara automatik. Hanya pemenang akan dimaklum melalui laman Facebook Mahsuri atau e-mel.

11. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kesilapan, kelewatan atau kekurangan dalam pemberitahuan/pengumuman pemenang melalui laman Facebook Mahsuri atau e-mel.

12. Sejumlah dua puluh [20] peserta akan dipilih sebagai pemenang-pemenang selepas Tempoh Peraduan.

13. Pemilihan Pemenang

  • i. Seramai dua puluh [20] pemenang akan dipilih berdasarkan kriteria seperti pantun yang menarik dan kreatif. Pantun mesti mempunyai elemen: satu [1] juadah dan satu [1] produk Mahsuri.
  • ii. Senarai nama pemenang akan diumumkan di laman Facebook Mahsuri dalam masa 1 minggu selepas tamat tempoh setiap pusingan peraduan.
  • iii.Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat menyurat dan/atau rayuan tidak akan dilayan.

14. Semua hadiah/wang tunai tidak dibenarkan untuk dipindah milik dan/atau ditukar.

15. Pemenang-pemenang yang terpilih akan diumumkan melalui catatan dinding (wallpost) di laman Facebook Mahsuri. Pemenang-pemenang juga akan menerima sama ada mesej peribadi, e-mel atau ditag dalam komen di laman Facebook Mahsuri oleh Pihak Penganjur. Pemenang-pemenang yang terpilih dikehendaki memberi jawapan kepada Pihak Penganjur berdasarkan arahan yang diberikan dalam masa lima [5] hari dari tarikh pemberitahuan. Jika gagal memberikan jawapan, penyertaan terbaik seterusnya akan dipilih sebagai pemenang.

16. Pihak Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi atas apa jua sebab selepas sekurang-kurang tiga [3] percubaan oleh Pihak Penganjur atau wakilnya untuk menghubungi pemenang. Semua hadiah mesti dituntut dalam tempoh tiga [3] bulan dari tarikh pemberitahuan. Semua hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya pemberitahuan melalui e-mel kepada pemenang tidak diterima atau lewat diterima.

17. Pemenang yang terpilih dikehendaki melengkapkan proses pengesahan dengan menghantar e-mel kepada fbsupport@mediacliq.com untuk memberikan nombor MyKad/Kad Identiti mereka, Alamat E-mel, Nombor Telefon Bimbit, Alamat Kediaman, dan bersetuju dengan Syarat & Peraturan Peraduan, dan memberi kebenaran menurut Notis Perlindungan Data Peribadi.

18. Setelah menerima pemberitahuan, Pemenang MESTI mengemukakan satu salinan fotostat MyKad dalam masa lima [5] hari bekerja, melalui e-mel ke fbsupport@mediacliq.com bagi tujuan pengesahan untuk menuntut Hadiah mereka. Kegagalan untuk memberikan salinan fotostat MyKad/Kad Identiti akan mengakibatkan pembatalan Hadiah. Bukti pos bukan bukti penerimaan dan tidak akan diterima oleh Pihak Penganjur. Sebarang penghantaran melalui pos tidak akan dilayan.

19. Setiap pemenang mesti mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur.

20. Pemenang hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) kerana mengambil bahagian dalam Peraduan ini, menuntut dan/atau menggunakan hadiah Peraduan ini.

21. Semua kos rakaman, pengangkutan, penginapan, peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain untuk menyertai Peraduan ini dan menuntut Hadiah sepenuhnya menjadi tanggungjawab pemenang.

22. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemadaman, kerosakan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tidak izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau kepincangan teknikal mana-mana rangkaian atau talian telefon, sistem dalam talian komputer, pelayan atau pembekal, peralatan komputer, sistem, perkakas, perisian, kegagalan e-mel atau pemain akibat masalah teknikal atau kesesakan sambungan Internet dan/atau laman Facebook.

23. Laman Peminat Facebook Mahsuri disediakan dalam keadaan “sedia ada” dan melainkan dilarang di bawah undang-undang yang berkuat kuasa, Pihak Penganjur secara khusus menolak sebarang bentuk waranti, termasuk tetapi tidak terhad kepada waranti kebolehniagaan, kesesuaian untuk tujuan tertentu dan jaminan ketiadaan pelanggaran hak. Pihak Penganjur tidak boleh menjamin dan tidak menjanjikan apa-apa keputusan khusus daripada penggunaan Laman Peminat Facebook Mahsuri. Tiada nasihat atau maklumat, sama ada secara lisan dan bertulis, yang anda perolehi daripada kami, atau daripada atau menerusi Laman Peminat Facebook Mahsuri akan mewujudkan sebarang waranti yang tidak dinyatakan secara khusus di dalam.

24. Dengan mengemukakan penyertaan anda untuk Peraduan ini, semua Peserta bersetuju dan mengakui bahawa semua hak harta intelektual adalah kepunyaan Pihak Penganjur. Pihak Penganjur mempunyai hak eksklusif untuk menggunakan, menyunting, mengubah dan menerbitkan penyertaan yang dikemukakan oleh semua Peserta, menerbitkan nama Peserta dalam apa jua cara yang dianggap sesuai untuk sebarang tujuan pengiklanan, perdagangan, promosi dan sebab-sebab lain, tanpa sebarang notis kepada Peserta dan Peserta tidak boleh menuntut hak milik atau sebarang bayaran atau pampasan bagi bahan tersebut. Untuk mengelakkan keraguan, bahan yang dikemukakan tidak akan disunting untuk tujuan pengadilan. Pihak Penganjur akan menggunakan gambar yang dikemukakan oleh Peserta untuk paparan di laman Facebook Mahsuri.

25. Pihak Penganjur berhak untuk mengubahsuai, menggantung atau membatalkan Peraduan ini sekiranya ia tidak dapat dianjurkan seperti yang dirancang, atau sekiranya terdapat gangguan atau kerosakan teknikal, termasuk tetapi tidak terhad kepada jangkitan virus komputer, pepijat, penggodaman, campur tangan tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal atau apa jua sebab di luar kawalan Pihak Penganjur, walaupun selepas usaha terbaik oleh Pihak Penganjur.

26. Pihak Penganjur, berhak atas budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan penyertaan mana-mana Peserta yang didapati atau disyaki menyalahgunakan proses penghantaran Peraduan, pengendalian Peraduan ini atau melanggar Syarat Capaian Laman Peminat Facebook Mahsuri. Pihak Penganjur berhak untuk menamatkan akaun ahli Laman Peminat Facebook Mahsuri dan penyertaan Peraduan jika mana-mana orang yang disyaki secara munasabah telah melanggar atau mencabuli mana-mana terma dan syarat ini dan Pihak Penganjur berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayai telah menjalankan kegiatan penipuan atau kegiatan lain yang mendatangkan keburukan kepada Peraduan, proses penghantaran Peraduan dan/atau Laman Peminat Facebook Mahsuri.

27. Pihak Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk mengubahsuai Syarat & Peraturan ini tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu, jika perlu, untuk memastikan kelancaran penganjuran Peraduan.

28. Syarat dan Peraturan disediakan dalam Bahasa Malaysia sahaja.

29. Keputusan Pengadil adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

30. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk mematuhi Syarat dan Peraturan ini, serta keputusan Pihak Penganjur.

31. Pemenang hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) kerana mengambil bahagian dalam Peraduan ini, menuntut dan/atau menggunakan Hadiah Peraduan ini. Pihak Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan atau tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penyertaan yang lewat dan/atau tidak diterima disebabkan kegagalan syarikat Pemberi Perkhidmatan Internet [ISP] dan/atau rangkaian telekomunikasi yang berkenaan untuk menyediakan perkhidmatan internet dan/atau perkhidmatan komunikasi yang cekap dan/atau tepat masanya.

32. Di bawah adalah sebahagian daripada senarai kandungan yang menyalahi undang-undang atau dilarang daripada dipaparkan di Laman Peminat Facebook Mahsuri. Keahlian Peserta boleh ditamatkan dan penyertaannya dibatalkan atas budi bicara mutlak Pihak Penganjur sekiranya memaparkan kandungan tersebut. Di samping itu, Pihak Penganjur berhak untuk menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya, atas budi bicara mutlaknya, terhadap sesiapa yang melanggar peruntukan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada mengeluarkan bahan komunikasi yang melanggar peruntukan tersebut daripada Laman Peminat Facebook Mahsuri dan melaporkan pesalah kepada pihak berkuasa yang berkenaan. Kandungan terlarang adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada:-

  • · menyinggung perasaan masyarakat dalam talian, seperti kandungan berunsur hasutan, agenda politik dan keagamaan, kandungan keagamaan yang mencetus kemarahan, keganasan, bahasa kasar, ketaksuban, kebencian atau sebarang bentuk ancaman fizikal terhadap mana-mana kumpulan atau individu;
  • · termasuk bahan yang menyinggung amalan penganut agama lain dan/atau produk pesaing Mahsuri yang kelihatan dalam gambar tersebut;
  • · mengganggu atau menggalakkan gangguan terhadap orang lain;
  • · melibatkan penghantaran “e-mel remeh”, “surat berantai,” “spam,” atau sebarang pengiriman mel, e-mel atau komunikasi lain yang tidak diingini secara besar-besaran;
  • · termasuk sebarang maklumat yang [1] diketahui oleh Peserta sebagai palsu atau mengelirukan, [2] menggalakkan aktiviti haram atau tindakan penyalahgunaan, atau [3] bersifat ugutan, lucah, memfitnah, atau mengandungi fitnah bertulis;
  • · merupakan atau termasuk sebarang salinan hasil karya orang lain yang tidak sah atau tidak dibenarkan, yang mempunyai hak cipta atau boleh mendapatkan hak cipta, termasuk tetapi tidak terhad kepada, [1] program cetak rompak komputer atau pautan kepadanya, [2] maklumat yang memintas peranti perlindungan salinan yang dipasang oleh pengeluar, [3] bahan cetak rompak atau pautan kepada fail cetak rompak;
  • · memaparkan sebarang bentuk bahan lucah, pornografi atau seksual secara nyata;
  • · meliputi bahan yang mengeksploitasikan manusia secara ganas dan seksual;
  • · menyediakan maklumat berbentuk arahan untuk melakukan aktiviti haram seperti membuat atau membeli senjata haram, mengganggu privasi seseorang, atau membekalkan atau mencipta virus komputer.

33. Mahsuri [“Pihak Penganjur”] ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana mengambil bahagian dalam Peraduan ‘#BalasPantunMahsuri’. Sebelum menyertai peraduan ini, anda dinasihatkan untuk membaca dan bersetuju dengan persetujuan untuk menggunakan data peribadi anda.
Saya, dengan ini secara sukarela memberi persetujuan kepada Pihak Penganjur dan/atau syarikat berkaitannya menggunakan kesemua atau sebahagian data peribadi saya seperti, nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat pos atau e-mel [“Data Peribadi”] sebagaimana yang diberikan kepada Pihak Penganjur, mengikut syarat-syarat berikut:-

  • · Data Peribadi saya boleh digunakan oleh Pihak Penganjur untuk menghantar bahan komunikasi kepada saya, tetapi tidak terhad kepada, surat-menyurat, e-mel, Perkhidmatan Pesanan Ringkas dan/atau panggilan telefon.
  • · Pihak Penganjur boleh menggunakan khidmat pihak ketiga untuk memproseskan Data Peribadi saya. Kesemua pihak ketiga tersebut tidak dibenarkan menggunakan Data Peribadi saya untuk tujuan lain selain daripada apa yang telah dipersetujui di sini.
  • · Pihak Penganjur berhak untuk meminda Dasar tersebut dari semasa ke semasa. Sekiranya ia dipinda, versi terkini akan dipaparkan di laman Facebook di atas. Perubahan tersebut akan berkuatkuasa serta-merta. Penganjur akan mengambil langkah-langkah munasabah untuk memastikan Data Peribadi saya selamat dan seterusnya memastikan pihak ketiga yang terlibat mengambil langkah yang sama.
  • · Peserta mempunyai hak, pada bila-bila masa, untuk: menarik balik kebenaran / beliau untuk menggunakan Data Peribadi; untuk meminta apa-apa pembetulan / mengemaskini Data Peribadi; menimbulkan pertanyaan umum mengenai penggunaan Data Peribadi; dengan menghubungi wakil Pihak Penganjur di e-mel: fbsupport@mediacliq.com
  • · Penganjur hendaklah mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa semua Data Peribadi dimusnahkan atau dipadamkan secara kekal jika tidak lagi diperlukan daripada tujuan asal.
  • · Pihak Penganjur dibenarkan mendedahkan Data Peribadi Ahli, jika dipinta berbuat demikian oleh undang-undang atau arahan kerajaan atau mana-mana badan atau pihak berkuasa. sumber

Hantarkan Pantun Anda DISINI

 


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?