London Choco Roll ‘Win & Fly’ Contest


Peraduan ini sesuai disertai oleh pengemar kek gulung London Choco Roll. Dengan pembelian 1 kotak London Choco Roll  yang mengambil bahagian (lihat kat kotak tu ada cetakkan peraduan) anda layak untuk hantarkan penyertaan dalam peraduan ini.

1 kotak kek gulung London Choco Roll (24 pcs) tu kalau tak silap eMenang lebih kurang RM 8 lebih.

Untuk hantarkan penyertaan, anda dikehendaki untuk submit Kod Peraduan yang di cetak dalam kotak London Choco Roll yang anda beli tu di Di Facebook London Choco Roll .

Lengkapkan butiran peribadi anda pada ruangan yang disediakan bersama-sama dengan Kod Peraduan tersebut di borang online disana.

Lepas dah hantar Kod Peraduan tu, kotak kek gulung London Choco Roll tu simpan elok-elok, mana tau kut-kut anda terpilih sebagai pemenang dan penganjur nak bukti pembelian anda kena tunjuklah kotak yang ada Kod tersebut.

Pemenang dalam peraduan ini dipilih secara rawak, kiranya macam lucky draw lah.

Dalam peraduan ini terdapat hadiah bulanan. Untuk lihat hadiah yang ditawarkan lihat pada carta dibawah.

Berkenaan dengan Hadiah Utama tu, eMenang kurang pasti sama ada Hadiah baucar Percutian tu diperuntukkan setiap bulan atau Hadiah tu untuk keseluruhan peraduan. Untuk pertanyaan berkenaan dengan ini boleh tanya di Facebook London Choco Roll

Tempoh Peraduan: 1 November 2017 hingga 31 Disember 2017

Nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk join peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa selain membazir duit. Beli jika anda nak makan sahaja atau ada keperluan untuk beli

Cara

Boleh Submit Kod Peraduan Di Facebook London Choco Roll 

Hadiah

 

Terms & Conditions

Sila membaca terma dan syarat ini dengan teliti sebelum anda menyertai pertandingan “London Choco Roll Win & Fly”. Sekiranya anda menyertai pertandingan ini, anda dianggap telah menerima terma dan syarat, dan bahawa anda telah bersetuju dengannya. Jikalau anda tidak bersetuju dengan terma dan syarat ini, sila mengecualikan diri dari pertandingan ini. Penganjur mempunyai hak untuk menukar terma dan syarat pada bila- bila masa tanpa notis sebelumnya.

INFORMASI PERTANDINGAN
Pertandingan ini dianjurkan oleh “London Biscuits Berhad” (Malaysia) (072057- H). Pertandingan ini akan bermula pada 1 November 2017 dan akan berakhir pada 31 Disember 2017. Penyerahan yang diterima selepas jangka masa pertandingan akan dianggap sebagai tidak layak untuk pertandingan.

Pengajur memiliki hak untuk mengubahi, memanjangkan, menangguhkan atau menamatkan pertandingan ini mengikut budi bicara sendiri. Situasi ini juga boleh berlaku jika pertandingan ini tidak terima jumlah penyertaan yang mencukupi, ataupun pertandingan ini tidak dapat diteruskan akibat apa- apa sebab. Penamatan atau penangguhan tidak akan memampukan sebarang tuntutan dari penyerta. Jikalau ada konflik atau kandungan terma yang tidak konisten, terma dan syarat versi Bahasa Inggeris akan dipakai.

KELAYAKAN PENYERTA
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia di Malaysia, berumur 18 keatas dan mempunyai kad pengenalan diri Malaysia yang sah. Jikalau penyerta belum berumur 18 pada tarikh penyertaan, penyerta tersebut perlu menyediakan kebenaran bertulis dari ibu/ bapa/ penjaga kalua diminta.

2. Pekerja- perkerja, pegawai- pegawai, pengarah, agen, pengedar, dan wakil penganjur yang berkaitan dengan “London Biscuits Berhad” (LBB) tidak dibenar menyertai pertandingan ini.
3. Pengajur mempunyai hak untuk membatalkan kelayakan mana-mana penyerta yang tidak mematuhi terma dan syarat pertandingan ini, atau penganjur berpendapat bahawa penyerta tersebut gagal mencapai kriteria pertandingan. Pemilihan pememang adalah muktamad.

PERATURAN PERTANDINGAN
4. Pertandingan ini dibahagi kepada dua Bulan, November dan Disember, hadiah akan diedarkan dalam tempoh ini. Sila rujuk kepada nombor 8 untuk jadual waktu peruntukan hadiah.

5. Pertandingan ini memerlukan penyerta menyediakan kemasukan pertandingan (kod unik) melalui Facebook. Kemasukan lain akan dianggap tidak layak. Penyerta perlu mencipta dan mengesahkan profil Facebook.

6. Penyerta yang layak boleh memasukkan beberapa kod yang berbeza. Penyerta yang memasukkan kod sama beberapa kali akan dibatalkan kelayakan.

7. Penganjur mempunyai hak untuk menamatkan, mematalkan, menangguhkan, atau mengantikan pertandingan ini (atau sebahagian) dengan memberi atau tidak memberi notis sebelumnya. Penganjur tidak akan dipertanggungjawabkan sebarang tuntutan atau pampasan jika berlakunya penamatan, pembatakan, penangguhan atau pergantian.

PEMENANG PERTANDINGAN, HADIAH & PENEBUSAN
8. Pengajur memilih pemenang berdasarkan pemilihan rawak akibat peraturan pertandingan tidak memerlukan jawapan betul. Pengajur mempunyai hak untuk menolak sebarang kemasukan yang tidak lengkap, tidak dapat dibaca, dihantarkan selepas tarikh akhir, tanpa bukti pembelian yang sah atau sebab- sebab sah ain berdasarkan pengajur.

9. Hadiah:

10. Pemberitahuan pemenang: Pemenang akan diumumkan dan diterbitkan oleh penganjur secara bulanan dalam tempoh pertandingan, melalui laman Facebook rasmi penganjur. (https://www.facebook.com/londonchocoroll.malaysia/). Hadiah utama akan diumumkan dalam 3 minggu selepas pertandingan.

11. Pemenang akan diberitahu memalui emel/ panggilan telefon dari agensi wakil (Singnan Communications Sdn Bhd).

12. Setiap penyerta berhak untuk menang (jika terpilih), hadiah utama sama ada hadiah kedua, ketiga atau saguhati. Jika seseorang penyerta dipilih sebagai pemenang hadiah kedua, ketiga atau saguhati, penyerta tersebut masih juga berhak untuk menang hadiah utama. Tetapi, setiap penyerta hanya berhak untuk memenangi satu hadiah kedua, ketiga atau saguhati. Kemenangan hadiah kedua, ketiga atau saguhati yang seterusnya tidak akan dikira jika terpilih.

13. Ketuntutan hadiah Utama, kedua dan ketiga perlu diuruskan oleh pemenang di agensi wakil penganjur (Singnan Communications Sdn Bhd). Sebaliknya, hadiah saguhati akan dihantar melalui mel. Ketuntutan hadiah perlu disiapkan dalam 3 bulan selepas pengumuman pemenang. Kalau pemenang gagal untuk tuntut hadiah atau menghantar butiran dalam tempoh ketuntutan, pemenang tersebut akan idiskualifikasikan oleh pengajur pertandingan. Jika berlakunya keadaan ini, pengajur tidak mempunyai liabiliti terhadap pemenang dan hadiah yang tidak dituntut akan diuruskan berdasarkan keputusan penganjur.

14. Penganjur mempunyai hak untuk memilih pemenang baru yang akan mengantikan pemenang lama yang didapati taidak layak atau didiskualifikasi atas sebab lain dalam tempoh pertandingan.

15. Pemenang yang memerlukan wakil untuk tuntut hadiahnya harus memastikan bahawa wakil membawa surat persetujuan yang ditandatangani oleh pemenang, Salinan bukti identiti pemenang, dan juga bukti identiti wakil.

16. Hadiah pertandingan ini tidak boleh dikembalikan, tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai, kredit atau barang lain.

17. Penganjur tidak menjamin ketersediaan hadiah dan pengajur menpunyai hak untuk mengantikan hadiah tersebut dengan hadiah lain yang menpunyai nilai sama. Penggantian ini boleh diputuskan oleh penganjur, ejen atau penaja.
18. Semua hadiah akan dianugerahkan dari pengajur atau penaja seperti yang ditunjukkan dan akan diterima oleh pemenang tanpa sebarang warranti atau jaminan, tidak kira dinyatakan atau tersirat. Jika diperlukan oleh penganjur, pemenang perlu mengakui surat ikatan perlepasan dan pampasan dalam bentuk yang ditetapkan oleh pengajur.

19. Seperti yang dibenarkan berdasarkan undang- undang, penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan atau kerosakan (termasuki secara tidak langsung atau kerugian berbangkit) atau kecederaan yang diterima apabila menerima hadiah.

20. Pemenang tidak berhak untuk memperolehi sebarang pampasan wang tunai, manfaat atau penggantian dalam tempoh pertandingan.

21. Penganjur tidak akan bertanggungjawab jika berlakunya pengaduan, pertikaian, atau kerosakan yang berkenaan dengan dengan sebarang hadiah.

HAK- HAK PENGANJUR
Dengan menyertai pertandingan ini, penyerta yang layak bersetuju dengan jelas bahawa penyerta:
I. Terikat kepada terma dan syarat dan juga keputusan pengajur mengenai pertandingan ini;

II. Keizinan kepada penganjur, “London Biscuits Berhad”, dan syarikat periklanan atau media yang berkaitan semua persetujuan dan pengecualian untuk nama penyerta yang layak, butir- butir yang digunakan untuk publisiti, tujuan pemasaran dan periklanan diseluruh negara, tidak terhad dan tidak dipampas, di seluruh negara seperti yang diputuskan oleh penganjur;

III. Mengizinkan “London Biscuits Berhad” untuk mendedahkan butiran peribadi penyerta layak untuk semua tujuan yang mengenai dengan pertandingan ini dan juga akitivit perniagaan yang berkenaan;

IV. “London Biscuit Berhad” tidak akan menanggung rugi untuk sebarang kehilangan atau kerosakan semasa penghantaran hadiah.

TERMA DAN SYARAT BAUCAR BERCUTI
22. Untuk pemenang baucar bercuti, baucar tersebut boleh digunakan untuk menebus sebarang pajek pelancongan dan perjalanan, tiket pernerbangan dan penginapan hotel yang dianjurkan oleh agensi pelancongan terlantik. Jika jumlah penebusan lebih daripada nilai baucar bercuti, bayaran tambahan akan dikenakan. Kalau jumlah penebusan kurang daripada nilai baucar bercuti, pembayaran balik tidak akan dikenakan.

23. Baucar bercuti ini berkesan untuk setahun (12 bulan) bermula dari tarikh penebusan.

24. Baucar bercuti tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditebus tunai, dan tempohnya tidak boleh dipanjangkan.

25. Baucar bercuti ini tidak boleh ditukar untuk pembayaran cukai lapangan terbang, cukai YQ syarikat penerbangan, surcaj bahan api, bayaran Visa, Tip, Insurans pelancongan dan lain-lain.

Baca terma & syarat penuh DISINI

sumber

Boleh Submit Kod Peraduan Di Facebook London Choco Roll 


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?