Peraduan”Berus & Menang Darlie” 2017


Peraduan ini sesuai disertai oleh pengguna ubat gigi Darlie. Dalam peraduan ini terdapat hadiah serta-merta yang boleh ditebus.

Jika anda beli pek berkembar promosi ubat gigi Darlie berikut dalam tempoh peraduan, lihat dalam kotak tersebut dan gores pada rungan hadiah untuk melihat sama ada memenangi hadiah atau tidak.

Pek berkembar promosi ubat gigi Darlie

  • Darlie Double Action 225g x 2
  • Darlie Double Action Enamel Protect – Strong 200g x 2
  • Darlie Double Action Enamel Protect – Mild 200g x 2
  • Darlie Double Action Multicare 180g x 2

Jika pek berkembar ubat gigi darlie yang anda beli tersebut ada menunjukkan anda menang hadiah (sama ada anda menang Samsung Galaxy S8 atau wang tunai RM200),  sila jawab soalan dalam tu kemudian poskan atau Whatsap Pek tersebut kepada pihak penganjur sebagai bukti.

Anda boleh Pos pek yang tertera anda menang hadiah tersebut secara Pos biasa sahaja atau jika anda mahu, anda boleh Whatsapp/MMS pek tersebut. Tetapi anda perlu simpanlah pek tersebut dan anda perlu menunjukkannya semasa menuntut hadiah. kalau anda Whatsap.

Boleh baca detail seperti berikut:

Untuk Hadiah Utama pulak, Kelayakannya adalah seperti berikut. Hanya seorang pemenang sahaja akan memenangi hadiah Utama.

Seperti biasa, eMenang ingin memeberi AMARAN kepada semua, JANGAN beli semata-mata untuk join peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa selain membazir duit.

Jika ubat gigi anda dah habis dan anda bercadang untuk beli ubat gigi baru, Bolehlah try beli pek berkembar promosi ubat gigi Darlie yang disebutkan kat atas tu, mana tau kut2 anda temenang hadiah yang ditawarkan.

Tempoh Peraduan: 1 November 2017 hingga 31 Disember 2017

Cara

Untuk alamat dan maklumat penuh peraduan klik di sini.

Hadiah

Hadiah-Hadiah Peraduan
Hadiah Serta-merta (jumlah 510 hadiah)

  • I. Telefon Pintar Samsung Galaxy S8 x 10 pemenang keseluruhan dan
  • II. Hadiah Wang Tunai RM200 x 500 pemenang keseluruhan

Hadiah Utama Peraduan “Berus Dan Menang” DARLIE (1 UNIT)

  • I. SATU (1) buah kereta Honda BR-V 1.5 LE

Terma & Syarat

Penganjur& Kelayakan
1. Peraduan “Berus Dan Menang” DARLIE 2017 [“Peraduan”] ini dianjurkan oleh Hawley & Hazel
Marketing (Malaysia) Sdn Bhd, Malaysia (Co. No. 105656-T)[“Pihak Penganjur”] dan terbuka kepada
semua warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad sah pada 01 November 2017 [“Peserta”].

2. Sekiranya Peserta berumur kurang daripada 18 tahun pada tarikh penyertaan, Peserta dikehendaki
untuk mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa/penjaga mereka sebelum menyertai Peraduan ini
dan dikehendaki untuk mengemukakan surat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga mereka
apabila diminta oleh Penganjur.

3. Individu dari golongan berikut tidak layak menyertai Peraduan ini:
• Kakitangan pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] serta ahli
keluarga mereka yang terdekat [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri];
dan/atau
• Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi
pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya], dan ahli keluarga mereka
yang terdekat [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri].
• Individu-individu yang mempunyai hubung kait secara langsung dengan kakitangan pihak
Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya]
Tempoh

4. Peraduan ini akan berlangsung mulai 1 November 2017 “00:00:01” hingga 31 Disember 2017
“23:59:59” [“Tempoh Peraduan”]. Pihak Penganjur berhak meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila
masa sahaja tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh
Peraduan tidak akan dilayani.
Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan
5. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta perlu membeli sebarang pek promosi produk “Berus Dan
Menang” (sila lihat “Jadual Pembelian”).
Jadual Pembelian
• Darlie Double Action 225g x 2
• Darlie Double Action Enamel Protect – Strong 200g x 2
• Darlie Double Action Enamel Protect – Mild 200g x 2
• Darlie Double Action MultiCare 180g x 2

Hadiah-Hadiah Peraduan
6. Hadiah Serta-merta (jumlah 510 hadiah)
I. Telefon Pintar Samsung Galaxy S8 x 10 pemenang keseluruhan dan
II. Hadiah Wang Tunai RM200 x 500 pemenang keseluruhan
7. Hadiah Utama Peraduan “Berus Dan Menang” DARLIE (1 UNIT)
I. SATU (1) buah kereta Honda BR-V 1.5 LE

a). Pemenang Hadiah Serta-Merta (jumlah 510 hadiah) akan layak secara automatik ke Pusingan Kedua
sebelum dipilih oleh para juri ke Acara Akhir peraduan. Setiap pemenang Hadiah Serta-Merta
akan dijemput ke Pusingan Ke-dua melalui panggilan telefon atau melalui WhatsApp. Pusingan Kedua
adalah di dalam bentuk soal dan jawab melalui laman sesawang peraduan.
b). Hanya Satu Ratus (100) Finalis (ke Acara Akhir) daripada Lima Ratus Sepuluh (510) pemenang
Hadiah Serta-Merta peraduan akan dipilih oleh para juri peraduan ini.

c). Finalis yang mempunyai jawapan yang betul dan ungkupan yang paling kreatif (di dalam Pusingan
Ke-dua) akan dipilih [“Finalis Terpilih”] ke acara akhir peraduan Darlie “Berus & Menang”.

d). Setiap Finalis hanya boleh menjawab Borang (borang Pusingan Ke-dua) SATU (1) kali sahaja.

e). Pihak Penganjur akan menghubungi Finalis melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau melalui
Panggilan Telefon sebanyak tiga (3) percubaan (di dalam tempoh 3 hari bekerja).
f).Sekiranya mana-mana Finalis tidak dapat dihubungi, Pihak Penganjur berhak untuk mengganti Finalis
Terpilih tersebut dengan nama yang tersenarai berikutnya.

g). Finalis perlu menghadiri Cabaran Terakhir yang akan berlangsung di Lembah Klang untuk
penentuan hadiah Utama peraduan iaitu sebuah Honda BR-V 1.5 LE.

h). Segala perbelanjaan untuk menghadiri Cabaran Terakhir adalah ditanggung oleh Finalis sendiri.

i). Hanya SATU (1) pemenang akan memenangi Hadiah Utama tersebut. Terma dan syarat acara akhir
akan diumumkan pada hari acara akhir tersebut.

8. Hadiah-hadiah ini diberikan atas dasar “seperti adanya” dan pihak Penganjur berhak menukar
spesifikasi dan warna yang akan diberikan. Spesifikasi hadiah-hadiah dan warna sebenar mungkin
berbeza daripada visual dan imej yang terpapar pada borang peraduan dan bahan-bahan cetakan
yang lain.

9. Risiko penebusan hadiah adalah di bawah tanggungan pemenang sendiri. Segala kos dan
perbelanjaan yang berkaitan untuk menebus hadiah dan bagi waranti produk hadiah-hadiah
daripada pengilang/pembekal adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemenang sendiri.

10. Sekiranya pihak Penganjur mengadakan upacara penyampaian hadiah, pemenang berusia 18
tahun ke bawah perlu hadir dan ditemani oleh ibu bapa / penjaga.

11. Cara Penebusan Hadiah
• Cara 1 – Penghantaran melalui Pos

12. Untuk penebusan melalui pos, para peserta perlu melengkapkan maklumat yang tertera di dalam
pek promosi ubat gigi Darlie. Maklumat yang tidak lengkap akan dibatalkan.
12.1 Peserta mesti menjawab SOALAN (di Langkah 2) yang tertera di dalam pek promosi ubat
gigi Darlie.

12.2 Peserta dikehendaki melampirkan pek promosi tersebut (sebagai bukti pembelian) di
dalam sampul surat dan kirimkan kepada pihak penganjur.

13. Sampul surat peraduan ini mesti dihantar melalui POS BIASA SAHAJA ke alamat berikut:
Peraduan “Berus Dan Menang” DARLIE, Peti Surat 8866, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46799 Petaling Jaya,
Selangor.

14. Bukti pengiriman pos tidak menandakan bukti penerimaan oleh pihak Penganjur.

15. Segala kos yang berkaitan dengan penyertaan peraduan ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh
peserta.

16. Hanya penyertaan yang lengkap sah akan diterima sebagai penyertaan yang layak.
• Cara 2 – Penghantaran melalui aplikasi WhatsApp/MMS

17. Untuk penebusan melalui WhatsApp/MMS, para peserta perlu melengkapkan maklumat yang
diperlukan ikuti langkah yang tertera di dalam pek promosi ubat gigi Darlie.
17.1 Langkah 1: Ambil gambar pek yang dimenangi
17.2 Langkah 2: Jawab SOALAN yang tertera di Langkah 2 dalam pek promosi ubat gigi Darlie
17.3 Langkah 3: Hantar melalui aplikasi WhatsApp/MMS berserta Nama Penuh, Nombor MyKad,
Gambar Hadiah yang dimenangi dan Jawapan (kepada Langkah 2) ke 011 1028 2338

18. Peserta MESTI menyimpan pek promosi yang asal ubat gigi Darlie sebagai bukti pembelian dan
diperlukan sebagai pengesahan semasa tuntutan hadiah. Fotokopi pek promosi yang asal ubat gigi
Darlie tidak akan diterima sebagai bukti pembelian.

19. Setiap peserta layak memenangi lebih dari SATU (1) hadiah di sepanjang Tempoh Peraduan.

20. Sekiranya pihak Penganjur mengadakan upacara penyampaian hadiah, pemenang berusia 18
tahun ke bawah perlu hadir dan ditemani oleh ibu bapa / penjaga.
Kriteria Pengadilan

21. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad, terikat dan tidak berhak dipertikaikan. Sebarang
bantahan dan/atau aduan melalui apa jua medium tidak akan dilayan.
Notis Pemenang

22. Para pemenang akan dimaklumkan melalui Sistem Pesanan Ringkas dan/atau telefon. Kesemua
hadiah mestilah dituntut didalam tempoh 2 bulan dari tempoh notis. Tuntutan hadiah tidak sah dan
akan ditarik balik jika pemenang gagal menuntut hadiah di dalam tempoh yang ditetapkan. Pihak
Penganjur tidak akan melayan sebarang permintaan untuk penangguhan tempoh menebus hadiah.

23. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan pemenang yang gagal menurut prosedur
menuntut hadiah seperti yang ditetapkan oleh pihak Penganjur. Pihak Penganjur tidak akan
bertanggungjawab sekiranya notis pemberitahuan kepada pemenang tidak diterima atau atas
kelewatan penghantaran notis kepada pemenang yang di luar jangkaan pihak Penganjur.

24. Nama-nama pemenang akan diumumkan di laman web atau di mana-mana medium yang lain
yang dianggap sesuai oleh pihak Penganjur pada tempoh 60 hari selepas tarikh peraduan. Jika
berlaku situasi di mana pemenang tidak menerima sebarang notifikasi, notifikasi yang disiarkan di
laman web atau di mana-mana medium yang bersesuaian bagi pihak Penganjur dianggap memadai
dan mencukupi. Sebarang alasan oleh pemenang yang tidak menerima sebarang notifikasi tidak
akan dilayan sama sekali oleh Pihak Penganjur untuk melanjutkan tempoh penebusan hadiah.

25. Pihak Penganjur berhak untuk melantik pihak ketiga untuk mengendalikan proses pengesahan
para pemenang Peraduan serta bagi tujuan penghantaran hadiah-hadiah/barangan.
Hak Pihak Penganjur
26. Bukti kiriman tidak akan dianggap sebagai bukti penerimaan. Pihak Penganjur tidak akan
bertanggungjawab di atas sebarang penyertaan yang hilang, lewat atau tersilap alamat / nombor
telefon.

27. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan para peserta secara automatik bagi sebarang
penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak, lewat atau tidak mempunyai bukti pembelian
(kod unik) yang sah.

28. Dengan menyertai Promosi ini, Peserta memberi kebenaran kepada Penganjur atau mana-mana
pihak ketiga yang dilantik oleh Penganjur [“Agensi”] untuk memproses data peribadi Peserta yang
diberikan dalam borang penyertaan untuk tujuan Promosi.

29. Penganjur dan/atau Agensi akan mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk
memastikan data peribadi Peserta terlindung dan menetapkan syarat kepada Agensi untuk berbuat
demikian.

30. Pihak Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah peraduan dengan hadiah lain yang sama
nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, tidak boleh dikembalikan dan
tidak boleh ditukar untuk wang tunai.

31. Peserta dan pemenang akan menanggung sepenuhnya dan bertanggungjawab sekiranya
berlaku liabiliti, kejadian tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk
kematian) yang disebabkan penyertaan mereka di dalam peraduan ini penebusan dan/atau
penggunaan hadiah-hadiah dan bersetuju melepaskan untuk melepaskan pihak Penganjur dan
agensinya dari sebarang tuntutan samada bagi sebarang kecederaan, kemalangan, kehilangan jiwa
mahupun kehilangan ekonomi dan lain-lain.
Publisiti

32. Penerimaan hadiah menandakan keizinan diberi kepada pihak Penganjur dan agensinya untuk
menggunakan nama dan/atau foto peserta untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau pemasaran
tanpa sebarang notis dan/atau pampasan.
Pematuhan kepada Terma & Syarat Peraduan

33. Di samping Terma dan Syarat ini, segala syarat dan kaedah untuk penyertaan dalam Peraduan ini
seperti yang dinyatakan pada laman sesawang www.darlie.com.my atau sebaliknya adalah turut
terikat kepada semua Peserta dan penyertaan mereka dalam Peraduan ini

34. Sekiranya berlaku sebarang percanggahan yang melibatkan Terma dan Syarat ini dengan manamana
terma yang terkandung dalam sebarang bahan promosi Peraduan ini, terma yang terkandung
di laman sesawang www.darlie.com.my akan diguna pakai.

35. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dianggap telah membaca serta bersetuju dengan semua
terma dan syarat yang terkandung di sini dan akan mematuhi segala dan/atau sebarang keputusan
yang dibuat oleh pihak Penganjur.
Perubahan kepada Terma & Syarat

36. Pihak Penganjur berhak untuk menukar, meminda, memotong atau menambah Terma dan Syarat
Peraduan ini tanpa memberi notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan Para Peserta adalah terikat
kepada perubahan sedemikian.
Penggantungan

37. Pihak Penganjur juga berhak untuk membatal, mengubah suai, menggantung atau
menangguhkan Peraduan ini sekiranya berlaku keadaan tidak diduga yang di luar kawalan
munasabahnya.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
Notis Di Bawah Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) kepada pengguna Hawley &
Hazel Marketing (M) Sdn. Bhd.
Pengguna yang dihormati,

Di bawah PDPA, terdapat beberapa syarat yang mengawal pemprosesan data peribadi anda
sebagai individu (“Individu”). Ia memaklumkan Individu tentang hak-hak anda di bawah PDPA,
termasuk tindakan yang boleh diambil oleh Individu untuk melaksanakan hak-hak tersebut dan
akibatnya, dan secara khususnya:-

(a) Bahawa kami [“Penganjur”] mengumpul data peribadi daripada penyertaan anda

(b) Data peribadi Individu dikumpul untuk Peraduan “Berus Dan Menang” DARLIE 2017 [“Promosi”];

(c) Individu mempunyai hak untuk mengakses dan membetulkan data peribadi anda;

(d) Data peribadi Individu akan dikongsi dengan Agensi yang dilantik untuk tujuan pemprosesan;

(e) Data peribadi Individu akan diguna untuk tujuan Promosi sahaja;

(f) Data peribadi yang diminta adalah wajib, dan jika maklumat yang diberikan tidak lengkap,
penyertaan Individu tidak akan diterima;

(g) Sekiranya Individu telah disahkan sebagai Pemenang, sebarang perubahan kepada data peribadi
individu harus dimaklumkan kepada Penganjur.

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2020 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?