Peraduan Colgate “Kempen Tabung Bantuan Pendidikan”


Tempoh 1 Oktober 2017 hingga 16 Disember 2017

Hadiah

Pembiayaan Tabung Bantuan Pendidikan terdiri daripada berikut:

  • Pembiayaan Utama – RM10,000 pembiayaan pendidikan x 8 Peserta + produk Faber-Castell bernilai RM300 Nilai RM10,000 adalah hanya untuk kegunaan pembiayaan buku teks/rujukan, baju sekolah, pembiayaan tuisyen dan pembelian alat elektronik (seperti komputer, komputer riba) untuk anak yang dicalonkan sahaja. Pembelian alat elektronik hanya terhad kepada RM3,000 sahaja.
  • Pembiayaan Sagu Hati – RM100 wang tunai x 200 Peserta + produk Faber-Castell bernilai RM35

Terma & Syarat

1. Peraduan Colgate “Kempen Tabung Bantuan Pendidikan” [“Kempen”] ini dianjurkan oleh Colgate-Palmolive (Malaysia) Sdn Bhd [“Penganjur”] dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia. [“Peserta”] yang mempunyai anak berumur 6 ke 17 tahun pada tahun 2017 dan bersekolah (kerajaan/swasta/agama) di Malaysia sahaja.

2. Wakil, kakitangan, pekerja, ejen pembekal khidmat, pengiklanan dan/atau promosi Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan yang berkaitan dengannya], serta ahli keluarga mereka yang terdekat [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri] dan individu-individu yang mempunyai hubung kait dengan penganjur secara langsung tidak layak menyertai Kempen ini.

3. Kempen ini berlangsung mulai 01 Oktober 2017, jam 0:00:00 hingga ke 16 Disember 2017, jam 23:59:59 [“Tempoh Kempen”]. Penganjur berhak membuat sebarang pindaan ke atas Tempoh Kempen pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua penyertaan yang diterima selepas 16 Disember 2017 akan dibatalkan.

4. Pembiayaan Tabung Bantuan Pendidikan terdiri daripada berikut:

Pembiayaan Utama – RM10,000 pembiayaan pendidikan x 8 Peserta + produk Faber-Castell bernilai RM300
Nilai RM10,000 adalah hanya untuk kegunaan pembiayaan buku teks/rujukan, baju sekolah, pembiayaan tuisyen dan pembelian alat elektronik (seperti komputer, komputer riba) untuk anak yang dicalonkan sahaja. Pembelian alat elektronik hanya terhad kepada RM3,000 sahaja.

Pembiayaan Sagu Hati – RM100 wang tunai x 200 Peserta + produk Faber-Castell bernilai RM35

5. Peserta dikehendaki mendapatkan Kod Unik di bahagian dalam produk Colgate yang memaparkan imej Kempen [“Pek Peraduan Tunggal/Kembar”] seperti di bawah:

6. Peserta boleh menyertai Kempen ini melalui TIGA [3] cara:

Cara 1 – Melalui Sistem Pesanan Ringkas [“SMS”]
Hantar penyertaan dengan menaip mesej seperti di bawah ke 011 1012 2989:
COLGATE Kod Unik 8 Alpha Angka Nama Peserta Umur Anak Untuk Kempen ini

Sebagai contoh: COLGATE A1246723 Ali Bin Ahmad 10

Penghantaran SMS tertakluk kepada kadar biasa yang dikenakan oleh Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi (Telco). TIADA CAJ lain (caj Premium) yang dikenakan oleh Peserta bagi setiap SMS yang diterima.
Peserta akan menerima balasan SMS pengesahan penyertaan dalam tempoh masa 72 jam (pada hari bekerja).
Bukti SMS yang dihantar oleh para peserta tidak bermakna bukti bahawa SMS tersebut telah diterima oleh sistem SMS pihak Penganjur.

Cara 2 – Melalui laman sesawang www.ColgateTabungPendidikan.com.
Layari tab “Cara Penyertaan” di laman sesawang www.ColgateTabungPendidikan.com, daftar (untuk kali pertama) dan lengkapkan semua butiran dengan tepat, termasuk kod unik.
Peserta peraduan akan mendapat balasan melalui laman sesawang peraduan selepas pengesahan butiran peserta dan kod unik.

Cara 3 – Melalui aplikasi WhatsApp
Hantar penyertaan dengan menaip mesej seperti di bawah ke 011 1012 2989:
COLGATE Kod Unik 8 Alpha Angka Nama Peserta Umur Anak Untuk Kempen ini
Sebagai contoh: COLGATE A1246723 Ali Bin Ahmad 10
Peserta akan menerima balasan pengesahan penyertaan dalam tempoh masa 72 jam (pada hari bekerja).

7. Peserta hanya perlu menunjukkan number telefon yang digunakan dalam penyertaan sebagai bukti penyertaaan semasa penebusan hadiah.

8. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dengan syarat setiap penyertaan mesti disertakan dengan Kod Unik.

9. Setiap SATU (1) kod unik dari Pek Peraduan Tunggal layak untuk SATU (1) kali penyertaan. Setiap SATU (1) kod unik dari Pek Peraduan Kembar layak untuk DUA (2) kali penyertaan.
Fasa Pemilihan

10. Proses pemilihan dibahagikan kepada tiga (3) fasa seperti yang diterangkan di bawah.

11. Peserta yang tidak layak ke Fasa 2 digalakkan menyertai sekali lagi di pusingan yang seterusnya. Peringatan: penyertaan kod unik yang tidak dipilih di Pusingan A tidak lagi layak ke Pusingan B.

12. Peserta dipilih memasuki Fasa 2 akan menerima panggilan telefon (Isnin – Jumaat, jam 12 pg – 5 ptg) ataupun SMS untuk kelayakan ke Fasa seterusnya.

Pemenangan

13. Pemenang akan dimaklumkan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan laman sesawang www.ColgateTabungPendidikan.com.

14. Jika pemenang tidak dapat dihubungi oleh Penganjur, notifikasi yang disiarkan di laman sesawang atau di mana-mana medium yang bersesuaian bagi Penganjur dianggap memadai dan mencukupi. Sebarang alasan oleh pemenang yang tidak menerima sebarang notifikasi tidak akan dilayan sama sekali oleh Penganjur.

15. Tabung Bantuan Pendidikan a) Pembiayaan Utama boleh ditebus oleh pemenang dengan resit pembelajaraan tuisyen / kelas tambahan yang sah yang bertarikh dalam lingkungan dua (2) tahun dari tarikh pengumuman pemenang dan b) Pembiayaan Kedua boleh ditebus oleh pemenang di dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh notis pemenang. Penebusan atau tuntutan selepas tempoh ini adalah tidak sah dan terbatal. Penganjur tidak akan melayani sebarang permintaan untuk melanjutkan tempoh penebusan / tuntutan.

16. Risiko penebusan Tabungan Bantuan Pendidikan adalah di bawah tanggungan pemenang. Segala kos dan perbelanjaan yang berkaitan dengan penebusan adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemenang sendiri.
17. Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan pemenang yang gagal mengikut prosedur penebusan seperti yang ditetapkan oleh Penganjur. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya notis pemberitahuan kepada pemenang tidak diterima atau atas kelewatan penghantaran notis kepada pemenang yang di luar jangkaan Penganjur.

18. Penganjur berhak untuk melantik pihak ketiga bagi tujuan mengendalikan proses pengesahan para pemenang dan penghantaran hadiah-hadiah/barangan.

19. Penganjur berhak mengenakan syarat-syarat tambahan berkenaan penebusan pembiayaan.
Hak Penganjur

20. Keputusan pengadilan / Penganjur adalah muktamad, terikat, berdasarkan budi bicara mutlak Penganjur dan tidak boleh dipertikaikan.

21. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kesilapan (termasuk kesilapan makluman pemenang), gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian, kemusnahan, pindaan, atau akses tidak sah kepada penyertaan, atau penyertaan yang hilang atau tertunda, sama ada timbul semasa operasi atau transmisi atau sebaliknya disebabkan oleh fungsi server, virus, pepijat atau sebab-sebab lain yang di luar kawalannya.

22. Kempen ini disediakan mengikut keadaan “sedia ada”. Penganjur tidak bertanggungjawab dan tidak akan dipertanggungjawabkan sekiranya terdapat mana-mana penyertaan yang hilang, lewat atau tidak dapat diserahkan atas apa jua sebab sekalipun selain daripada kecuaian tunggal Penganjur. Bukti penghantaran penyertaan tidak dianggap sebagai bukti penyertaan tersebut telah diterima.

23. Peserta dan pemenang akan menanggung sepenuhnya dan bertanggungjawab sekiranya berlaku liabiliti, kejadian tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) yang disebabkan penyertaan mereka di dalam kempen / peraduan ini dan bersetuju untuk melepaskan Penganjur dan agensinya dari sebarang tuntutan samada bagi sebarang kecederaan, kemalangan, kehilangan jiwa mahupun kehilangan ekonomi dan lain-lain.

24. Penerimaan hadiah menandakan keizinan diberi kepada Penganjur dan agensinya untuk menggunakan nama dan/atau gambar peserta untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau pemasaran tanpa sebarang notis dan/atau pampasan.

25. Penganjur berhak untuk mengubah Terma dan Syarat Kempen ini tanpa memberi notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan para Peserta terikat kepada perubahan tersebut.

26. Penganjur juga berhak untuk membatal, mengubah suai, menggantung atau menangguhkan Kempen ini sekiranya berlaku keadaan tidak diduga yang di luar kawalan munasabahnya.
Pematuhan kepada Terma & Syarat Kempen

27. Segala syarat dan kaedah penyertaan yang dinyatakan di laman sesawang www.ColgateTabungPendidikan.com juga terikat kepada semua Peserta.

28. Sekiranya terdapat percanggahan Terma dan Syarat ini dengan apa-apa yang terkandung dalam bahan promosi Kempen ini, terma dan syarat yang terkandung dalam laman sesawang www.ColgateTabungPendidikan.com akan diguna pakai.

29. Kempen ini disediakan mengikut keadaan “sedia ada”. Penganjur tidak bertanggungjawab dan tidak akan dipertanggungjawabkan sekiranya terdapat mana-mana penyertaan yang hilang, lewat atau tidak dapat diserahkan atas apa jua sebab sekalipun selain daripada kecuaian tunggal Penganjur. Bukti penghantaran penyertaan tidak dianggap sebagai bukti penyertaan tersebut telah diterima.

30. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta dianggap telah membaca serta bersetuju dengan semua terma dan syarat yang terkandung di sini dan akan mematuhi segala dan/atau sebarang keputusan yang dibuat oleh Penganjur.

Perlindungan Data
31. Dengan mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan/atau membekalkan data peribadi anda kepada Penganjur, anda menjamin dan menyatakan bahawa anda telah membaca dan memahami Polisi Privasi yang dilampirkan pada Terma dan Syarat ini dan anda telah bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda oleh Penganjur menurut Polisi Privasi tersebut. Anda bersetuju untuk mengganti rugi, membela dan mempertahankan Penganjur terhadap sebarang kerugian, ganti rugi, kos, tuntutan, tindakan, atau liabiliti yang berlaku disebabkan oleh perlanggaran jaminan yang dinyatakan di atas.

32. Penganjur mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk menyimpan data peribadi Peserta dengan selamat, dan memerlukan pemproses data pihak ketiga untuk melakukan perkara yang sama. Sila ambil perhatian, bagaimanapun, Penganjur boleh mengemukakan data peribadi Peserta jika dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang, atau dengan waran geledah, sepina atau perintah mahkamah.

sumber

© 2017 Colgate-Palmolive (Malaysia) Sdn Bhd. All rights reserved.


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2020 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?