Julie’s Hershey’s National Contest 2017


Peraduan ini sesuai disertai oleh penggemar biskut Julie’s Hershey’s.

Dengan pembelian mana-mana produk Julie’s Hershey’s bernilai minima RM10 di dalam satu (1) resit pembelian dari mana-mana gedung/pasaraya besar/kedai runcit yang mengambil bahagian bagi melayakkan diri untuk satu (1) penyertaan.

Anda jangan terkeliru ya, biskut Julie’s tidak termasuk dalam peraduan ini. hanya produk biskut Julie’s Hershey’s sahaja termasuk dalam peraduan ini.

Penyertaan hanya boleh dihantar menggunakan aplikasi Whatsapp sahaja.

Contoh produk Julie’s Hershey’s

Pemenang dalam peraduan ini dipilih menenrusi kaedah no. bersiri yang dibahagi. Kiranya macam lucky draw lah.

Jadi jika anda ada beli produk Biskut Julie’s Hershey’s bernilai RM10 dalam tempoh peraduan dari mana-mana kedai atau pasarya yang mengambil bahagian bolehlah hantarkan penyertaan dalam peraduan ini.

Tempoh Peraduan: 10 Ogos 2017 hingga 30 September 2017.

Nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk join peraduan sebab nanti kalau menang hadiah mesti kecewa selain membazir duit. Beli jika anda memang nak makan atau memang ada keperluan untuk beli.

Cara

Contoh produk Julie’s Hershey’s

Dengan pembelian mana-mana produk Julie’s Hershey’s bernilai minima RM10 di dalam satu (1) resit pembelian dari mana-mana gedung/pasaraya besar/kedai runcit yang mengambil bahagian bagi melayakkan diri untuk satu (1) penyertaan.

Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini dalam Tempoh Peraduan. Setiap nombor resit cukai sah hanya boleh digunakan sebagai satu [1] penyertaan sepanjang Tempoh Peraduan.

Hadiah

  • Hadiah Utama x 1: Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu [RM10,000],
  • Hadiah Pertama x 1 unit: Ringgit Malaysia Lima Ribu [RM5,000],
  • Hadiah Ke-2 x 2 unit: Ringgit Malaysia Dua Ribu [RM2,000],
    Hadiah Ke-3 x 3 unit: Ringgit Malaysia Lima Ratus [RM500] yang akan diserahkan dalam bentuk cek bank dan
  • Hadiah Sagu Hati x 50 unit: Baucar Petrol bernilai RM100 boleh dimenangi dalam Tempoh Peraduan.

Terma & Syarat

Penganjur Dan Kelayakan (Organizer & Qualification):

· Peraduan ini dianjurkan oleh Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd [“Pengajur”] dan dibuka kepada semua penduduk Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas pada 10hb Ogos 2017 [setiap orang dan secara kolektif “Peserta” ] dengan Mykad yang sah dan beralamat di Malaysia kecuali [a] Kakitangan Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan yang berkaitan] dan ahli keluarga terdekat mereka [suami/isteri, anak, ibu/bapa, adik-beradik(dan suami/isteri mereka)]. Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan peserta yang tidak layak atau melanggar Terma dan Syarat Peraduan.

Tempoh Peraduan
· Peraduan ini akan tamat pada 30hb September 2017. Penyertaan mesti diterima selewat-lewatnya pada tarikh akhir peraduan sebelum pukul 17:00. Penganjur berhak meminda tempoh Peraduan, mekanik dan hadiah-hadiah peraduan pada bila-bila masa atas budi bicara mutlak tanpa memberi sebarang notis.

Kriteria Kelayakan dan Penghantaran Penyertaan
Untuk menyertai Peraduan ini, Peserta dikehendaki membeli mana-mana produk Julie’s Hershey’s yang bernilai minima RM10 di dalam satu (1) resit pembelian dari mana-mana gedung/pasaraya besar/kedai runcit yang mengambil bahagian bagi melayakkan diri untuk satu (1) penyertaan. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini dalam Tempoh Peraduan. Setiap nombor resit cukai sah hanya boleh digunakan sebagai satu [1] penyertaan sepanjang Tempoh Peraduan.

Peserta mesti menghantar penyertaan seperti berikut:

– Ambil gambar resit dan hantar melalui Whatsapp ke 011- 2069 1264
JHNAMA PENUHNO. KPNO. INVOIS ke 011- 2069 1264

Contoh: JH ALI BIN SAAD 751001105789 070217/10015/10/57745

Tiada sebarang mesej pengesahan akan dihantar oleh pihak Penganjur berkaitan dengan semua penyertaan yang dikemukakan/dihantar oleh Peserta.

Peserta berpeluang memenangi hadiah-hadiah wang tunai atau baucar petrol.

  • Hadiah Utama x 1: Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu [RM10,000],
  • Hadiah Pertama x 1 unit: Ringgit Malaysia Lima Ribu [RM5,000],
  • Hadiah Ke-2 x 2 unit: Ringgit Malaysia Dua Ribu [RM2,000],
    Hadiah Ke-3 x 3 unit: Ringgit Malaysia Lima Ratus [RM500] yang akan diserahkan dalam bentuk cek bank dan
  • Hadiah Sagu Hati x 50 unit: Baucar Petrol bernilai RM100 boleh dimenangi dalam Tempoh Peraduan.

Pemenang mesti menuntut hadiah yang dimenangi dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh pengisytiharan pemenang dibuat. Sebarang pertanyaan atau aduan tuntutan selepas 30 hari dari tarikh pengumuman pemenang tidak akan dilayan.

Setiap individu hanya layak untuk memenangi SATU hadiah sahaja semasa tempoh peraduan.

Liabiliti Dan Tanggungjawab:
Semua pemenang akan menerima pemberitahuan melalui telefon atau SMS. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya telefon tidak dijawab atau pemberitahuan SMS tidak diterima oleh pemenang.

Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas segala kos perbelanjaan, pengiriman,kemudahan, kehilangan hadiah (cek atau baucar) yang ditawarkan bagi para peserta yang menyertai peraduan ini.

Semua pemenang diwajib membawa Mykad dan resit rasmi asal semasa menuntut hadiah peraduan. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan bagi sesiapa yang gagal mengemukakan Mykad dan resit rasmi asal.

Bagi pemenang yang tidak dapat menghadirkan diri di ibu pejabat JULIE’S MARKETING SDN. BHD., pemenang mesti menyediakan surat kuasa kepada wakil yang datang untuk menerima hadiah yang dimenangi.

Pihak Penganjur berhak menukar, mengubahsuai serta menamatkan peraduan tanpa notis.

Pihak Penganjur berhak menukar atau menggantikan hadiah dengan mana-mana hadiah lain yang sama nilai pada bila-bila masa tanpa notis. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, ditebus balik, ditukar kepada wang tunai atau hadiah lain.

Pihak Pengajur berhak untuk mencetak atau mempamerkan maklumat dan gambar pemenang untuk sebarang tujuan promosi, pengiklanan atau pengumuman para pemenang dalam media cetak atau elektronik.

Semua keputusan Penganjur adalah muktamad. Sebarang pertanyaan atau rayuan tidak akan dilayani.

Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju dan terikat dengan terma dan syarat peraduan serta keputusan pihak Penganjur.

sumber

Jika ada sebarang pertanyaan boleh tanya DISINI


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?