Peraduan “Buruan Emas” Kapal Api




Peraduan “Buruan Emas” Kapal Api ini sesuai disertai oleh pengguna produk kopi Kapal Api.

Dengan pembelian Kapal Api KAW 70g Halus atau Kapal Api KAW 180g Halus anda boleh hantarkan penyertaan dalam peraduan ini.

kplu

Jadual Bukti Pembelian
Kapal Api KAW 70g Halus = 1 angka bersiri
Kapal Api KAW 180g Halus = 2 angka bersiri

Peraduan ini berlangsung selama 5 Bulan. Dalam peraduan ini ada 2 kategori hadiah iaitu Hadiah Bulanan  (Jongkong Emas) dan Hadiah Penyertaan Awal Bulanan (Topup)
Hadiah Bulanan (tempoh dari 01 Mei – 30 Sept 2017, Mei/Jun/Julai/Ogos/September 2017)

  • Jongkong Emas 5g x 10 pemenang setiap bulan
  • Jongkong Emas 1g x 30 pemenang setiap bulan
  • Baucar Tunai Pasaraya Terpilih RM100 x 80 pemenang setiap bulan
  • Hadiah Penyertaan Awal Bulanan (Mei/Jun/Julai/Ogos/September 2017)
  • Top up Prepaid pilihan anda bernilai RM10 x 300 Penyertaan terawal (yang sah) setiap bulan

Pemilihan pemenang dalam peraduan ini dipilih menerusi kaedah no bersiri yang dibahagi.

Untuk penentuan hadiah yang bakal dimenangi pemenang (sama ada peserta yang disenarai pendek menang hadiah jongkong emas atau baucar pasaraya).

Peserta yang disenarai pendek dari pembahagian no bersiri yang dibahagi tersebut akan ditentukan pula menerusi bilangan peyertaan yang dihantar dikalangan mereka .

Untuk penerangan boleh baca Terma & Syarat dibawah.

Sebagai contoh: Jumlah Hadiah Bulanan ialah 120, maka ianya akan dibahagikan dengan jumlah borang peraduan (yang sah) yang diperolehi pada bulan tersebut. Contoh: Pada Bulan Mei, jumlah penyertaan bersiri adalah 4800, maka ianya dibahagikan dengan angka 120, jumlah yang diperolehi ialah 40. Maka setiap penyertaan dengan nombor siri gandaan 40, 80, 120, 160, 200 (dan berikutnya) akan disenaraikan pendek sebagai pemenang kategori Hadiah Bulanan.

Peserta yang disenarai pendek sebagai pemenang akan ditentukan (kedudukan hadiah) oleh jumlah mata yang diperolehi (pada bulan tersebut) dengan jawapan yang tepat.

Sekiranya berlaku di mana jumlah mata di antara pemenang (bulanan) adalah seri, maka peserta yang menghantar mata (terkumpul bulanan) tertinggi; yang terawal (bulanan) akan diumumkan sebagai pemenang (kedudukan hadiah).

Tempoh Peraduan: 1 Mei hinga 30 September 2017

Cara

mkopi

Nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk join peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa selain membazir duit. Beli jika anda memang nak beli atau memang ada keperluan untuk beli.

Hadiah

hbulanan2

Hadiah Bulanan (tempoh dari 01 Mei – 30 Sept 2017, Mei/Jun/Julai/Ogos/September 2017)

  • Jongkong Emas 5g x 10 pemenang setiap bulan
  • Jongkong Emas 1g x 30 pemenang setiap bulan
  • Baucar Tunai Pasaraya Terpilih RM100 x 80 pemenang setiap bulan
  • Hadiah Penyertaan Awal Bulanan (Mei/Jun/Julai/Ogos/September 2017)
  • Top up Prepaid pilihan anda bernilai RM10 x 300 Penyertaan terawal (yang sah) setiap bulan

Terma & Syarat

Penganjur & Kelayakan

1. Peraduan “Buruan Emas” Kapal Api [“Peraduan”] ini dianjurkan oleh Indadi Utama (M) Sdn Bhd 202390-X [“Pihak Penganjur”] dan terbuka kepada penduduk tetap di Malaysia atau warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad sah pada 30 April 2017 [“Peserta”]

2. Borang penyertaan yang difotostat atau yang dicetak dari laman sesawang peraduan adalah dibenarkan. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap penyertaan mestilah disertakan dengan bukti penyertaan (keratan HOLOGRAM kopi Kapal Api) seperti yang tertakluk di dalam terma dan syarat peraduan.

3. Individu dari golongan berikut tidak layak menyertai Peraduan ini:

Kakitangan Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] serta ahli keluarga mereka yang terdekat [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri]; dan/atau

Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya], dan ahli keluarga mereka yang terdekat [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri].

Tempoh Peraduan

4. Peraduan ini akan berlangsung mulai 01 Mei 2017 sehingga 30 September 2017 [“Tempoh Peraduan”].

5. Pihak Penganjur berhak membuat sebarang pindaan ke atas Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan.

6. Semua borang penyertaan mesti diterima oleh pihak Penganjur selewat-lewatnya 03 Oktober 2017.

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan

7. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta perlu membeli salah satu produk kopi Kapal Api (lihat “Jadual Bukti Pembelian”) sepertimana yang terkandung di dalam borang peraduan dan di laman sesawang http://www.buruanemaskapalapi.com/.

Jadual Bukti Pembelian

Kapal Api KAW 70g Halus = 1 angka bersiri
Kapal Api KAW 180g Halus = 2 angka bersiri

8. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan Peraduan dengan syarat setiap penyertaan mestilah disertakan dengan keratan hologram pek asal produk kopi Kapal Api sebagai bukti pembelian.

9. Peserta boleh menyertai Peraduan ini melalui cara yang diterangkan di bawah:

Borang Peraduan dan Maklumat Penyertaan

Untuk penyerahan penyertaan, para peserta perlu melengkapkan borang peraduan dengan tepat (bersertakan keratan hologram pek asal produk kopi Kapal Api). Penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan.

Borang Peraduan mesti dihantar melalui POS BIASA SAHAJA ke alamat seperti yang tertera di borang peraduan.

Penyertaan yang diterima melalui sebarang kaedah penghantaran yang lain akan dibatalkan.

Bukti pengiriman pos tidak menandakan bukti penerimaan oleh Pihak Penganjur.

Segala kos yang berkaitan dengan penyertaan peraduan ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.

10. Setiap penyertaan (yang sah dengan jawapan yang tepat) yang diterima di sepanjang Tempoh Peraduan akan diterima sebagai penyertaan yang layak. Nombor siri akan diberikan kepada setiap penyertaan yang sah oleh pihak Penganjur. Hadiah Peraduan akan diambil kira dan ditabulasi setiap bulan (di dalam Tempoh Peraduan).

Peraduan Hadiah Bulanan(setiap bulan Mei, Jun, Julai, Ogos dan September 2017), kesemua penyertaan yang layak, yang diterima di dalam tempoh bulanan tersebut adalah layak untuk diadili dan dipilih seperti berikut: Jumlah Penyertaan Bulanan yang sah akan dibahagikan dengan jumlah hadiah bulanan yang disediakan.

Sebagai contoh: Jumlah Hadiah Bulanan ialah 120, maka ianya akan dibahagikan dengan jumlah borang peraduan (yang sah) yang diperolehi pada bulan tersebut. Contoh: Pada Bulan Mei, jumlah penyertaan bersiri adalah 4800, maka ianya dibahagikan dengan angka 120, jumlah yang diperolehi ialah 40. Maka setiap penyertaan dengan nombor siri gandaan 40, 80, 120, 160, 200 (dan berikutnya) akan disenaraikan pendek sebagai pemenang kategori Hadiah Bulanan.

Peserta yang disenarai pendek sebagai pemenang akan ditentukan (kedudukan hadiah) oleh jumlah mata yang diperolehi (pada bulan tersebut) dengan jawapan yang tepat.

Sekiranya berlaku di mana jumlah mata di antara pemenang (bulanan) adalah seri, maka peserta yang menghantar mata (terkumpul bulanan) tertinggi; yang terawal (bulanan) akan diumumkan sebagai pemenang (kedudukan hadiah).

11. Jika terdapat nombor perpuluhan (semasa pemilihan peserta yang disenarai pendek), nombor bulat (yang lebih rendah) akan dipilih sebagai nombor siri.

12. Peraduan Hadiah Penyertaan Awal Bulanan (setiap bulan Mei, Jun, Julai, Ogos dan September 2017), kesemua penyertaan yang layak, yang diterima di dalam tempoh bulanan tersebut adalah layak untuk diadili dan dipilih seperti berikut: 300 Penyertaan terawal setiap bulan yang sah akan berpeluang mendapat prepaid “top up” bernilai RM10 setiap seorang. Sila rujuk pada borang peraduan untuk maklumat pengisian prepaid “top up” tersebut.

  • Dibuka untuk rangkaian telco prabayar *Celcom (Xpax) *DiGi (Prepaid) *Maxis (Hotlink) *Tune Talk *U-Mobiile
  • Terhad untuk 300 prepaid top up (di dalam setiap bulan) sahaja.
  • Top up RM10 akan disempurnakan dalam 10 hari bekerja

Para peserta ini diklasifikasikan sebagai telah membaca dan bersetuju sepenuhnya bahawa nombor prepaid dan raigkaian telco yang diberikan adalah tepat. Peserta juga bersetuju bahawa Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kesilapan semasa top up dan juga terikat dengan terma & syarat di http://www.buruanemaskapalapi.com/.

13. Setiap peserta hanya layak memenangi SATU (1) Hadiah Bulanan dan SATU (1) Hadiah Penyertaan Awal Bulanan di keseluruhan Tempoh Peraduan.

Hadiah-Hadiah

14. Peraduan dibahagikan kepada dua kategori (Hadiah Bulanan dan Hadiah Penyertaan Awal Bulanan) yang merupakan:

Hadiah Bulanan (tempoh dari 01 Mei – 30 Sept 2017, Mei/Jun/Julai/Ogos/September 2017)

  • Jongkong Emas 5g x 10 pemenang setiap bulan
  • Jongkong Emas 1g x 30 pemenang setiap bulan
  • Baucar Tunai Pasaraya Terpilih RM100 x 80 pemenang setiap bulan
  • Hadiah Penyertaan Awal Bulanan (Mei/Jun/Julai/Ogos/September 2017)
  • Top up Prepaid pilihan anda bernilai RM10 x 300 Penyertaan terawal (yang sah) setiap bulan

15. Hadiah-hadiah ini diberikan atas dasar “seperti adanya”. Pihak Penganjur berhak menukar spesifikasi dan warna yang akan diberikan. Spesifikasi dan warna sebenar mungkin berbeza daripada visual dan imej yang terpapar pada borang peraduan dan bahan-bahan cetakan yang lain.

16. Risiko penebusan hadiah adalah di bawah tanggungan pemenang hadiah. Segala kos dan perbelanjaan yang berkaitan untuk menebus hadiah dan bagi waranti produk hadiah-hadiah daripada pengilang/pembekal adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemenang sendiri.

17. Sekiranya Pihak Penganjur mengadakan upacara penyampaian hadiah, pemenang berusia 18 tahun ke bawah perlu hadir dan ditemani oleh ibu bapa/penjaga.

Kriteria Pengadilan

18. Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad, terikat dan tidak berhak dipertikaikan. Sebarang bantahan dan/atau aduan melalui apa jua medium tidak akan dilayan.

Notis Pemenang

19. Para pemenang akan dimaklumkan melalui Sistem Pesanan Ringkas dan/atau telefon. Kesemua hadiah mestilah dituntut di dalam tempoh 2 bulan dari tempoh notis. Tuntutan hadiah tidak sah dan akan ditarik balik jika pemenang gagal menuntut hadiah di dalam tempoh yang ditetapkan. Pihak Penganjur tidak akan melayan sebarang permintaan untuk penangguhan tempoh menebus hadiah.

20. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan pemenang yang gagal menurut prosedur menuntut hadiah seperti yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya notis pemberitahuan kepada pemenang tidak diterima atau atas kelewatan penghantaran notis kepada pemenang.

21. Nama-nama pemenang akan diumumkan di laman web atau di mana-mana medium yang lain yang dianggap sesuai oleh Pihak Penganjur pada tempoh 60 hari selepas tarikh peraduan. Jika berlaku situasi di mana pemenang tidak menerima sebarang notifikasi, notifikasi yang disiarkan di laman web atau di mana-mana medium yang bersesuaian bagi Pihak Penganjur dianggap memadai dan mencukupi. Sebarang alasan oleh pemenang yang tidak menerima sebarang notifikasi tidak akan dilayan sama sekali oleh Pihak Penganjur untuk melanjutkan tempoh penebusan hadiah.

22. Pihak penganjur berhak untuk melantik pihak ketiga untuk mengendalikan proses pengesahan para pemenang Peraduan serta bagi tujuan penghantaran hadiah-hadiah/barangan.

Hak Pihak Penganjur

23. Bukti kiriman tidak akan dianggap sebagai bukti penerimaan. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang borang penyertaan yang hilang, lewat atau tersilap alamat.

24. Pihak penganjur berhak membatalkan kelayakan para peserta secara automatik bagi sebarang penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak, lewat atau tidak mempunyai bukti pembelian yang sah.

25. Pihak penganjur berhak untuk menggantikan hadiah peraduan dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai.

26. Peserta dan pemenang akan menanggung sepenuhnya dan bertanngungjawab sekiranya berlaku liabiliti, kejadian tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) yang disebabkan penyertaan mereka di dalam peraduan ini penebusan dan/atau penggunaan hadiah/hadiah dan bersetuju melepaskan untuk melepaskan Pihak Penganjur dan agensinya dari sebarang tuntutan samada bagi sebarang kecederaan, kemalangan, kehilangan jiwa mahupun kehilangan ekonomi dan lain-lain.

Publisiti

27. Penerimaan hadiah menandakan keizinan diberi kepada pihak penganjur dan agensinya untuk menggunakan nama dan/atau foto peserta untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau pemasaran tanpa sebarang notis dan/atau pampasan.

Pematuhan kepada Terma & Syarat Peraduan

28. Di samping Terma dan Syarat ini, segala syarat dan kaedah untuk penyertaan dalam Peraduan ini seperti yang dinyatakan pada http://www.buruanemaskapalapi.com/atau sebaliknya adalah turut terikat kepada semua Peserta dan penyertaan mereka dalam Peraduan ini

29. Sekiranya berlaku sebarang percanggahan yang melibatkan Terma dan Syarat ini dengan mana-mana terma yang terkandung dalam sebarang bahan promosi Peraduan ini, terma yang terkandung di http://www.buruanemaskapalapi.com/ akan diguna pakai.

30. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi keputusan yang dibuat oleh pengadil dan bersetuju dengan terma-terma & syarat-syarat rasmi dan semua keputusan Indadi Utama (M) Sdn Bhd.

Perubahan kepada Terma & Syarat

31. Pihak Penganjur berhak untuk menukar, meminda, memotong atau menambah Terma dan Syarat Peraduan ini tanpa memberi notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan Para Peserta adalah terikat kepada perubahan sedemikian.

Penggantungan

32. Pihak Penganjur juga berhak untuk membatal, mengubah suai, menggantung atau menangguhkan Peraduan ini sekiranya berlaku keadaan tidak diduga yang di luar kawalan munasabahnya.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

33. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang dikenal pasti untuk pemeprosesan Peraduan ini, penyemakan untuk tujuan audit, memberi perkhidmatan atau tujuan surat-menyurat dengan anda. Maklumat ini disimpan dalam cara yang sesuai dengan sifat data oleh pihak Penganjur dan digunakan untuk memenuhi permintaan anda berhubung dengan Peraduan ini.Sila pastikan bahawa maklumat peribadi yang telah anda berikan adalah tepat dan lengkap. Anda boleh akses, mengemaskini serta megubah maklumat anda pada bila-bila masa selepas ini dengan menghubungi kami melalui email atau menulis kepada kami di alamat yang dinyatakan. Anda juga boleh memohon untuk menarikbalik segala maklumat peribadi anda yang telah disimpan di dalam pangkalan data kami (namun demikian, ia adalah tertakluk kepada PDPA 2010 yang membenarkan maklumat peribadi tersebut disimpan oleh kami).

34. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan perkhidmatan atau untuk berhubung dengan anda. Maklumat ini disimpan oleh pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan anda.

Dengan mengemukakan maklumat peribadi anda, kami menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada pihak Pengajur dan/atau agen-agen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini bagi tujuan pemasaran dan promosi yang terkini dan di masa hadapan serta untuk menambah baikan produk-produk dan perkhidmatannya. Sekiranya anda memaklumkan pihak Penganjur melalui talian pelanggannya di +603 7804 4555 bahawa maklumat tersebut tidak patut digunakan sebagai asas untuk hubungan seterusnya, pihak Penganjur akan menghormati permintaan anda. Maklumat anda tidak akan diberi atau dikongsi dengan syarikat-syarikat/rakan-rakan laun untuk kegunaan bebas mereka.

sumber

Borang Peraduan Boleh Download & Print dari SINI



0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?