Peraduan Quaker Sihat Ramadan, Sinar Ganjaran


Dengan pembelian sebarang produk Quaker bernilai minimum RM20 dalam satu resit dimana-mana kedai yang berhampiran, anda boleh menyertai peraduan ini.

Untuk hantarkan penyertaan dalam peraduan ini, peserta dikehendaki untuk hantarkan sekeping gambar flat lay photo Pelan Hidangan Ramadan anda yang memaparkan sebarang produk Quaker.

Penyertaan boleh dihantar menerusi aplikasi Wassap.

Dalam peraduan ini ada hadiah Mingguan dan hadiah Utama. Hadiah Mingguan adalah baucar Habib Gold Jewellery bernilai RM500 setiap pemenang (4 pemenang setiap minggu).

Hadiah Utama pula ialah baucar Habib Gold Jewellery bernilai RM5000. ada 4 hadiah utama ditawarkan.

Tempoh Peraduan: 15 Mei 2017 hingga 18 June 2017 jam 11.59pm.

Cara

resit
step

Mekanisme Peraduan

· Peserta mesti membeli produk Quaker bernilai minimum RM20 dalam satu resit.

· Hantarkan sekeping gambar reka letak mendatar (flat lay photo) Pelan Hidangan Ramadan anda yang memaparkan sebarang produk Quaker melalui aplikasi WhatsApp daripada sebarang nombor telefon bimbit tempatan ke +6013-480 0780, iaitu talian khas yang disediakan oleh Penganjur untuk menerima penyertaan-penyertaan yang dihantar oleh para Peserta. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang penghantaran penyertaan ke nombor yang salah.

· Penyertaan mesti disertakan satu keterangan gambar yang mengandungi nama penuh Peserta, nombor kad pengenalan, alamat e-mel, diikuti oleh jawapan yang betul untuk soalan berikut: “Pada tahun 2017, Quaker meraikan ulang tahun ke-____nya.

· Penyertaan hanya dianggap sah apabila ia diserahkan bersama bukti pembelian. Peserta mesti melampirkan gambar resit untuk setiap penghantaran melalui WhatsApp. Sebarang penghantaran yang dibuat melalui pengantara lain tidak akan dianggap sah.

· Pemenang-pemenang Hadiah Mingguan akan diumumkan pada setiap Jumaat di laman Facebook dan laman web Quaker:

  • Minggu 1: 26 Mei 2017
  • Minggu 2: 2 Jun 2017
  • Minggu 3: 9 Jun 2017
  • Minggu 4: 16 Jun 2017
  • Minggu 5: 23 Jun 2017

· Pemenang-pemenang Hadiah Utama akan diumumkan pada 25 Jun 2017 di laman Facebook dan laman web Quaker.

Hadiah

sihat

 

Terma & Syarat

1. Penganjur PepsiCo Malaysia Sdn. Bhd. (“PepsiCo”)

2. Am – Terma dan syarat berikut dikenali secara am sebagai ‘Peraturan-peraturan’.

· Nama Peraturan-peraturan ini berkuat kuasa atas Peraduan “Quaker Sihat Ramadan, Sinar Ganjaran” (“Peraduan”) yang dipromosikan di laman Facebook Quaker (https://www.facebook.com/QuakerMalaysia/) dan dengan menyertai Peraduan ini, anda bersetuju untuk terikat kepada Peraturan-peraturan ini.

· Peraduan ini dianjurkan oleh PepsiCo. PepsiCo berhak membatal atau meminda semua atau sebahagian daripada Peraduan dan/atau Peraturan-peraturan tanpa notis untuk sebarang perkara di luar kawalan munasabah PepsiCo. Sebarang perubahan dalam Peraturan-peraturan, atau pembatalan Peraduan, akan dipaparkan di laman Facebook Quaker Malaysia. Peserta-peserta bertanggungjawab memaklumkan diri mereka tentang sebarang perubahan Peraturan-peraturan.

· Sekiranya timbul sebarang pertikaian mengenai Peraturan-peraturan, pengendalian dan keputusan setiap penyertaan, atau sebarang perkara mengenai Peraduan, keputusan PepsiCo adalah muktamad dan tidak boleh dicabar dan tiada sebarang surat-menyurat atau perbincangan akan dilayan, tiada sebarang komen atau sebab akan diberi untuk sebarang keputusan yang dibuat oleh PepsiCo. Peraturan-peraturan versi Bahasa Inggeris akan dirujuk jika timbul sebarang percanggahan antara Peraturan-peraturan versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

3. Peraduan “Quaker Sihat Ramadan, Sinar Ganjaran”

4. Kriteria Kelayakan
· Peraduan ini dibuka kepada semua warga Malaysia (dan Pemastautin Tetap) yang berusia 13 tahun dan ke atas. Bukti akan dikehendaki pada masa pemberian hadiah.

· Subsidiari-subsidiari, para pengedar, wakil jualan, peruncit, agensi pengiklanan dan promosi, dan semua agensi dan penyedia perkhidmatan yang terlibat dalam kempen ini, dan anggota-anggota keluarga terdekat mereka (pasangan, ibu bapa, anak, adik-beradik serta pasangan mereka tanpa mengira di mana mereka bermastautin), dan isi rumah masing-masing, sama ada mempunyai tali persaudaraan atau tidak, adalah tidak layak menyertai atau memenangi Peraduan ini.

5. Tempoh Peraduan
· Penghantaran penyertaan peraduan bermula pada 15 Mei 2017 pukul 00.01am dan berakhir pada 18 Jun 2017 pukul 11.59pm (“Tempoh Peraduan”).

· Peserta boleh menghantar penyertaan mereka pada bila-bila masa sepanjang Tempoh Peraduan.

· Penyertaan yang diterima sebelum bermulanya Tempoh Peraduan dan selepas berakhirnya Tempoh Peraduan akan hilang kelayakan dan tidak layak untuk pertimbangan memenangi hadiah.

· Penyertaan dianggap telah diterima pada masa PepsiCo menerimanya dan bukan pada masa penghantaran. PepsiCo tidak bertanggungjawab atas sebarang Penyertaan yang lewat, hilang atau dihantar ke nombor yang salah.

· PepsiCo berhak mengesah kesahihan mana-mana Penyertaan dan berhak melucutkan kelayakan mana-mana peserta yang mengubah proses Penyertaan, menghantar Penyertaan yang tidak menurut terma dan syarat, Penyertaan berulang atau tidak sah, atau jika peserta terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang dan menjejaskan pengendalian Peraduan yang adil dan betul.

Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data akibat isu pelayan komputer dan masalah teknikal lain yang mungkin timbul dalam Tempoh Peraduan. Dalam senario ini, Penganjur berhak membuat keputusan mengenai pemenang untuk peringkat peraduan tertentu.

6.Penyertaan Peraduan
· Setiap Peserta layak memenangi satu (1) Hadiah Mingguan dan satu (1) Hadiah Utama sahaja. Penyertaan berganda yang mempunyai butiran peribadi yang sama tidak layak untuk memenangi hadiah-hadiah tambahan.

· Melainkan dinyatakan sebaliknya dalam Terma Peraduan, PepsiCo tidak bertanggungjawab atas sebarang Penyertaan yang dipulangkan.

7.Mekanisme Peraduan
· Peserta mesti membeli produk Quaker bernilai minimum RM20 dalam satu resit.

· Hantarkan sekeping gambar reka letak mendatar (flat lay photo) Pelan Hidangan Ramadan anda yang memaparkan sebarang produk Quaker melalui aplikasi WhatsApp daripada sebarang nombor telefon bimbit tempatan ke +6013-480 0780, iaitu talian khas yang disediakan oleh Penganjur untuk menerima penyertaan-penyertaan yang dihantar oleh para Peserta. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang penghantaran penyertaan ke nombor yang salah.

· Penyertaan mesti disertakan satu keterangan gambar yang mengandungi nama penuh Peserta, nombor kad pengenalan, alamat e-mel, diikuti oleh jawapan yang betul untuk soalan berikut: “Pada tahun 2017, Quaker meraikan ulang tahun ke-____nya.”

· Penyertaan hanya dianggap sah apabila ia diserahkan bersama bukti pembelian. Peserta mesti melampirkan gambar resit untuk setiap penghantaran melalui WhatsApp. Sebarang penghantaran yang dibuat melalui pengantara lain tidak akan dianggap sah.

· Pemenang-pemenang Hadiah Mingguan akan diumumkan pada setiap Jumaat di laman Facebook dan laman web Quaker:

  • Minggu 1: 26 Mei 2017
  • Minggu 2: 2 Jun 2017
  • Minggu 3: 9 Jun 2017
  • Minggu 4: 16 Jun 2017
  • Minggu 5: 23 Jun 2017

· Pemenang-pemenang Hadiah Utama akan diumumkan pada 25 Jun 2017 di laman Facebook dan laman web Quaker.

8. Hadiah-hadiah
· Empat (4) Pemenang Hadiah Mingguan setiap minggu (jumlah 5 minggu) akan memenangi baucar Habib Gold Jewellery bernilai RM500 setiap satu. Sejumlah baucar barang kemas emas bernilai RM10,000 untuk dimenangi.

· Empat (4) Pemenang Hadiah Utama akan memenangi baucar Habib Gold Jewellery bernilai RM5,000 setiap satu. Sejumlah baucar barang kemas emas bernilai RM20,000 untuk dimenangi.
Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang implikasi cukai yang mungkin timbul daripada kemenangan hadiah. Para pemenang akan menanggung kos sampingan, jika ada, yang mungkin timbul daripada penebusan hadiah.

9. Bahasa Peraduan
· Semua penyertaan mesti dibuat dalam Bahasa Inggeris dan/atau Bahasa Malaysia. Penyertaan dalam bahasa lain akan hilang kelayakan secara automatik.

10. Pengendalian Peraduan
· Sekiranya Peraduan ini tidak dapat dikendalikan seperti yang telah dirancang atas sebarang sebab, termasuk tetapi tidak terhad kepada, kerosakan komputer akibat jangkitan virus atau diganggu, PepsiCo berhak membatal, menamat, mengubah suai atau menangguhkan promosi ini, atau jika perlu, menggantikan hadiah asal dengan hadiah lain.

11.Pemberitahuan Pemenang
· Para Pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel dan diumumkan di laman Facebook dan laman web Quaker. Selepas itu, para pemenang akan dikehendaki membalas dalam tempoh satu (1) hari. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan seseorang pemenang hilang kelayakan dan seorang pemenang baru akan dipilih dan dimaklumkan.

· PepsiCo berhak menggunakan gambar, suara dan/atau wayang gambar pemenang untuk liputan media, iklan atau publisiti, dalam sebarang bentuk yang wujud hari ini atau masa akan datang tanpa mempertimbangkan pemenang.

12.Tempoh Mengambil Hadiah
· Untuk pemenang-pemenang Hadiah Mingguan, Penganjur akan menghantar hadiah melalui pos/kiriman cepat kepada para pemenang dalam masa tiga puluh (30) hari (untuk pemenang-pemenang di Lembah Klang) dan empat puluh lima (45) hari (untuk pemenang-pemenang di luar Lembah Klang) selepas pengumuman.

· Untuk pemenang-pemenang Hadiah Utama, Penganjur akan menghubungi dan memaklumkan para pemenang mengenai tarikh pengambilan hadiah. Pemenang-pemenang Hadiah Utama yang menetap di Lembah Klang perlu mengunjungi pejabat Penganjur untuk mengambil hadiah masing-masing. Pemenang-pemenang Hadiah Utama yang menetap di luar Lembah Klang boleh mengambil hadiah mereka di cawangan HABIB Jewels pilihan masing-masing.

13. Pendedahan Maklumat Kepada Pihak Luar
· PepsiCo tidak menjual, mendagang atau memindah maklumat peribadi anda kepada pihak luar. Ini tidak termasuk pihak ketiga yang dipercayai dan membantu kami mengendalikan laman web dan laman Facebook serta aplikasi, menjalankan perniagaan kami, atau menyediakan perkhidmatan kepada anda, selagi pihak-pihak tersebut bersetuju untuk memastikan maklumat anda kekal sulit. PepsiCo mungkin juga akan mendedahkan maklumat anda apabila PepsiCo percaya bahawa pendedahan ini adalah wajar untuk mematuhi undang-undang, menguatkuasakan polisi-polisi laman kami, atau melindungi hak, harta atau keselamatan kami dan pihak lain.

14. Lain-lain
· Sekiranya seseorang pemenang maut, tiada tuntutan daripada wakil yang dinamakan atau waris sah pemenang hadiah akan dilayan.

· PepsiCo berhak meminta peserta yang berjaya untuk mengemukakan bukti identiti dan alamat Malaysia pada waktu penghantaran resit. Bukti identiti yang dianggap sesuai untuk pengesahan adalah tertakluk kepada budi bicara PepsiCo.

· Hadiah tidak boleh dipindah milik.

· PepsiCo tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kecederaan atau liabiliti lain yang timbul daripada Peraduan ini.

· PepsiCo tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang kerugian atau kerosakan yang berpunca daripada bencana alam, tindakan kerajaan, atau keadaan force majeure,

· dan tidak bertanggungjawab membayar sebarang amaun sebagai pampasan atau seumpamanya untuk sebarang kerugian.

· PepsiCo tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang kehilangan hadiah akibat alamat atau sebarang maklumat yang tidak betul yang diberikan oleh pemenang.

· Penyertaan yang tidak lengkap (nama/alamat/telefon) tidak akan dipertimbangkan untuk memenangi hadiah.

15. Undang-undang dan Bidang Kuasa Yang Berkuat Kuasa

· Peraturan-peraturan dan sebarang pertikaian atau tuntutan yang timbul daripada atau berkaitan dengannya atau isinya, kewujudan, perundingan, kesahihan, penamatan atau penguatkuasaannya (termasuk pertikaian atau tuntutan bukan kontrak) adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Mahkamah Malaysia mempunyai bidang kuasa eksklusif terhadap sebarang pertikaian atau tuntutan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Peraturan-peraturan atau isinya, kewujudan, perundingan, kesahihan, penamatan atau penguatkuasaannya (termasuk pertikaian atau tuntutan bukan kontrak).

sumber

Halaman Peraduan


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?