Peraduan Kumpul Keratan Air Kotak Sunquick




Dengan mengumpul 10 keratan sudut Produk jenama Sunquick yang turut serta dengan gambar Sun dan Quick anda boleh hantarkan penyertaan dalam peraduan ini.

Peraduan ini sesuai disertai oleh pengemar air kotak Sunquick ini.

Produk-produk jenama Sunquick yang turut serta dalam Peraduan ini adalah Sunquick 125ml dan 200ml, sebarang varian (“Produk jenama Sunquick yang turut serta”).

gunting

Anda dikehendaki untuk kumpul keratan (di bahagian tepi sudut kotak minuman buah Sunquick di mana Sun & Quick berada). Kemudian hantar borang penyertaan berserta dengan 10 keratan yang terkumpul ke alamat yang diberikan.

Anda boleh muat turun borang penyertaan di https://goo.gl/kPNVMX

Cara pemilihan pemenang:
Peringkat A: Hadiah Utama x 10, Hadiah Pertama x 25, Hadiah Kedua x 50, Hadiah Ketiga x 100 dan Hadiah Keempat x 200:

  • i. Pemenang-pemenang Peringkat A akan ditentukan dengan cara pemilihan rawak berkomputer daripada semua penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan.

Peringkat B: Hadiah Penyertaan Awal x 1,000:

  • i. Seribu (1,000) penyertaan layak yang paling awal diterima sepanjang Tempoh Peraduan akan berpeluang memenangi Hadiah Penyertaan Awal setiap satu.

sumber

Jadi jika anda beli air kotak sunquick tu untuk anak-anak, bolehlah kumpul 10 keratan tepi tu dan boleh hantarkan penyertaan dalam peraduan ini.

Tempoh Peraduan: 13 Mac 2017 hingga 28 Mei 2017

Nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata join peraduan, sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa selain membazir duit.

Cara-Cara:

gunting

a. Beli sebarang Produk jenama Sunquick yang turut serta dari kedai-kedai yang mengambil bahagian.

b. Gunting dan kumpulkan sepuluh (10) keratan sudut Produk jenama Sunquick yang turut serta dengan gambar Sun dan Quick (“Bukti Pembelian”).

c. Isikan borang penyertaan dan lampirkan Bukti Pembelian.

d. Hantar secara pos biasa ke: Peraduan Kumpul Keratan dan Menang Sunquick 2017, Peti Surat 3186, 47507 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

e. Salinan fotostat borang penyertaan adalah dibenarkan. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap penyertaan mestilah disertakan dengan Bukti Pembelian yang ditetapkan.
f. Bukti kiriman borang penyertaan tidak akan dianggap sebagai bukti penerimaan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas penyertaan yang hilang, lewat atau tersilap alamat.

g. Penyertaan-penyertaan yang diterima melalui perkhidmatan kurier, penghantaran ekspres, penghantaran berdaftar dan/atau sebarang kaedah penghantaran yang lain selain daripada yang dinyatakan akan dibatalkan secara automatik.
h. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan peserta secara automatik bagi sebarang penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak dan lewat atau penyertaan tanpa Bukti Pembelian yang betul atau sah.

 

Hadiah

kumpul

 Hadiah-hadiah Peraduan:

  • Hadiah Utama x 10: iPad Air 2 setiap satu.
  • Hadiah Pertama x 25: Sony PlayStation 4 Slim setiap satu.
  • Hadiah Kedua x 50: Jip Kawalan Jauh Wayarles setiap satu.
  • Hadiah Ketiga x 100: Lego City setiap satu.
  • Hadiah Keempat x 200: Stik ‘Selfie’ Mikrofon setiap satu.
  • Hadiah Penyertaan Awal x 1,000:Patung Sunquick Fruit Freaks Edisi Terhad setiap satu.

Terma & Syarat

1. Peraduan Kumpul Keratan dan Menang Sunquick 2017 akan berlangsung dari 13 Mac 2017 hingga 28 Mei 2017 (“Tempoh Peraduan”). Barkath Co-Ro Manufacturing Sdn. Bhd. (251079-P) (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

2. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat dan pemastautin tetap Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada 13 Mac 2017), kecuali kakitangan Penganjur dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat gabungan dan/atau berkaitan, pengedar-pengedar, agensi-agensi pengiklanan dan promosi pihak Penganjur. Mereka yang berumur di bawah 18 tahun boleh mengambil bahagian dalam Peraduan ini hanya setelah mendapat kebenaran bertulis ibu bapa atau penjaga sah dan dengan mengambil bahagian dalam Peraduan ini menunjukkan bahawa kebenaran tersebut telah diperolehi.

3. Produk-produk jenama Sunquick yang turut serta dalam Peraduan ini adalah Sunquick 125ml dan 200ml, sebarang varian (“Produk jenama Sunquick yang turut serta”).

4. Cara penyertaan:
a. Beli sebarang Produk jenama Sunquick yang turut serta dari kedai-kedai yang mengambil bahagian.

b. Gunting dan kumpulkan sepuluh (10) keratan sudut Produk jenama Sunquick yang turut serta dengan gambar Sun dan Quick (“Bukti Pembelian”).

c. Isikan borang penyertaan dan lampirkan Bukti Pembelian.

d. Hantar secara pos biasa ke: Peraduan Kumpul Keratan dan Menang Sunquick 2017, Peti Surat 3186, 47507 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

e. Salinan fotostat borang penyertaan adalah dibenarkan. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap penyertaan mestilah disertakan dengan Bukti Pembelian yang ditetapkan.
f. Bukti kiriman borang penyertaan tidak akan dianggap sebagai bukti penerimaan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas penyertaan yang hilang, lewat atau tersilap alamat.

g. Penyertaan-penyertaan yang diterima melalui perkhidmatan kurier, penghantaran ekspres, penghantaran berdaftar dan/atau sebarang kaedah penghantaran yang lain selain daripada yang dinyatakan akan dibatalkan secara automatik.
h. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan peserta secara automatik bagi sebarang penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak dan lewat atau penyertaan tanpa Bukti Pembelian yang betul atau sah.

5. Cara pemilihan pemenang:
a. Peringkat A: Hadiah Utama x 10, Hadiah Pertama x 25, Hadiah Kedua x 50, Hadiah Ketiga x 100 dan Hadiah Keempat x 200:
i. Pemenang-pemenang Peringkat A akan ditentukan dengan cara pemilihan rawak berkomputer daripada semua penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan.

b. Peringkat B: Hadiah Penyertaan Awal x 1,000:
i. Seribu (1,000) penyertaan layak yang paling awal diterima sepanjang Tempoh Peraduan akan berpeluang memenangi Hadiah Penyertaan Awal setiap satu.

c. Para pemenang yang layak akan dihubungi melalui telefon dan dikehendaki menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang. Sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, dua (2) cubaan lain akan dibuat lagi pada hari yang sama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil atau pemenang yang layak gagal menjawab soalan dengan betul, pihak Penganjur berhak memilih peserta seterusnya sebagai pemenang. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang-pemenang tidak dapat dimaklumkan atas sebarang sebab.

6. Hadiah-hadiah Peraduan:
a. Hadiah Utama x 10: iPad Air 2 setiap satu.
b. Hadiah Pertama x 25: Sony PlayStation 4 Slim setiap satu.
c. Hadiah Kedua x 50: Jip Kawalan Jauh Wayarles setiap satu.
d. Hadiah Ketiga x 100: Lego City setiap satu.
e. Hadiah Keempat x 200: Stik ‘Selfie’ Mikrofon setiap satu.
f. Hadiah Penyertaan Awal x 1,000:Patung Sunquick Fruit Freaks Edisi Terhad setiap satu.

g. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) Hadiah Peringkat A dan sehingga dua (2) Hadiah Peringkat B sepanjang Tempoh Peraduan.

h. Kesemua hadiah mestilah dituntut atas perbelanjaan sendiri dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh pemberitahuan kemenangan. Hadiah-hadiah yang gagal dituntut enam puluh (60) hari selepas tarikh pemberitahuan kemenangan akan dilupuskan oleh pihak Penganjur.

i. Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya,untuk menggantikan hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang lebih kurang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik,dikembalikan atau ditukar dalam apa jua bentuk lain atas apa jua sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan. Semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’.

7. Para peserta akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan di dalam Peraduan ini.

8. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur.

9. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan anda. Maklumat ini disimpan oleh pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan anda. Dengan mengemukakan maklumat peribadi anda, kami menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada pihak Penganjur dan/atau agen-agen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini bagi tujuan pemasaran dan promosi yang terkini dan di masa hadapan serta untuk menambahbaikan produk-produk dan perkhidmatannya. Sekiranya anda memaklumkan pihak Penganjur melalui talian pelanggannya di 1 800 88 8332 bahawa maklumat tersebut tidak patut digunakan sebagai asas untuk hubungan seterusnya, pihak Penganjur akan menghormati permintaan anda. Maklumat anda tidak akan diberi atau dikongsi dengan syarikat-syarikat/rakan-rakan lain untuk kegunaan bebas mereka.

10. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta harus bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan pihak Penganjur.

11. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai Terma dan Syarat ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu padabila-bila masadan para pesertaakan terikatdengan perubahan tersebut.

12. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh tanya di SINI



0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?