Peraduan ‘Mak Hebat, Mak Menang’ Dutch Lady


Peraduan ‘Mak Hebat, Mak Menang’ Dutch Lady ini sesuai disertai oleh pengguna produk pek susu Dutch Lady Nutri Plan 900g.

Dalam tempoh peraduan ini, Jika pek susu Dutch Lady Nutri Plan 900g  yang anda beli tu ada  icon icm, anda boleh menebus wang RM100 serta merta. Untuk menebus wang RM100 tu, hantar SMS seperti yang tertera dan Poskan Pek yang ada icon icm bersama dengan resit pembelian ke alamat seperti yang dinyatakan.

Selain ada hadiah wang RM100, ada juga hadiah mingguan dan hadiah bulanan. Pemeilihan hadiah mingguan dan bulanan adalah seperti berikut.

Cara pemilihan pemenang:
a. Hadiah Serta-Merta x 15,000:

i. Peserta dengan penyertaan SMS yang lengkap dan sah berserta Bukti Pembelian lengkap yang diterima oleh pihak Penganjur akan memenangi Hadiah Serta-Merta setiap satu.

b. Hadiah Bulanan x 2 (1 pemenang setiap bulan x 2 Bulan Promosi):
i. Para pemenang Hadiah Bulanan yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan SMS layak yang diterima setiap Bulan Promosi dibahagikan dengan 2, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 7,501 penyertaan SMS layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 2 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 3,750. Maka penyertaan layak ke-3,750 akan berpeluang memenangi Hadiah Bulanan untuk Bulan Promosi tersebut.

Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan layak seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang gantian, sebagai contoh: pemenang gantian untuk penyertaan layak ke-3,750 adalah penyertaan layak ke-3,749.

c. Hadiah Mingguan x 8 (1 pemenang setiap minggu x 8 Minggu Promosi):
i. Para pemenang Hadiah Mingguan yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan SMS layak yang diterima setiap Minggu Promosi dibahagikan dengan 2, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 1,801 penyertaan SMS layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 2 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 900. Maka penyertaan layak ke-900 akan berpeluang memenangi Hadiah Mingguan untuk Minggu Promosi tersebut.

Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan layak seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang gantian, sebagai contoh: pemenang gantian untuk penyertaan layak ke-900 adalah penyertaan layak ke-899.

d. Para pemenang Hadiah Bulanan dan Hadiah Mingguan yang layak akan dihubungi melalui telefon dan dikehendaki menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang. Sekiranya peserta gagal menjawab soalan dengan betul, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang.

Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, tiga (3) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh 24 jam yang berikutnya selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, kelayakan peserta akan dibatalkan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.

e. Para pemenang Hadiah Bulanan dan Hadiah Mingguan yang layak dikehendaki menghantar jumlah Bukti Pembelian lengkap yang sepadan dengan jumlah penyertaan SMS layak yang diterima oleh pihak Penganjur melalui Pos Laju/kurier dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas tarikh pemberitahuan sebagai pengesahan. Sekiranya gagal, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang.

 

pdla

Produk Susu Tepung Dutch lady yang mengambil bahagian

 Tempoh Peraduan: 1 Mac hingga 30 April 2017

Nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk join peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah yang diingini mesti kecewa selain membazir duit. Beli jika anda memang ada keperluan untuk beli sahaja. Join peraduan tu kira macam sampingan sahaja.


Cara

cdl

createe

Untuk menyertai Promosi ini:
a. Beli mana-mana pek Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-kanak Dutch Lady Nutri Plan 900g (sebarang varian) yang turut serta dalam satu (1) resit dalam Tempoh Pembelian iaitu daripada 15 Februari 2017 hingga 30 April 2017.

b. Cari logo kemenangan yang dicetak di dalam pek Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-kanak Dutch Lady Nutri Plan 900g dan ikuti arahan SMS yang tertera untuk melengkapkan penyertaan dan maklumat lanjut untuk menghantar Bukti Pembelian berikut melalui Pos Laju atau kurier sahaja ke alamat yang diberikan dalam SMS: seluruh pek kosong Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-kanak Dutch Lady Nutri Plan 900g dengan logo kemenangan, resit asal yang bertarikh dalam Tempoh Pembelian, nama penuh seperti Kad Pengenalan, tarikh lahir HHBBTT, nombor telefon, alamat terkini untuk penghantaran hadiah dan jawapan betul kepada soalan.

c. Bukti kiriman Bukti Pembelian tidak akan dianggap sebagai bukti penerimaan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas penyertaan yang hilang, lewat atau tersilap alamat.

d. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan peserta secara automatik bagi sebarang penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak dan lewat atau penyertaan tanpa Bukti Pembelian yang betul atau sah.

e. Satu (1) logo kemenangan dan satu (1) resit asal melayakkan peserta kepada satu (1) penyertaan SMS sahaja.

f. Setiap hari sepanjang Tempoh Promosi, Promosi akan bermula pada pukul 12:00 pagi dan berakhir pada pukul 11:59 malam.

g. Para peserta akan dicaj RM0.30 untuk setiap mesej SMS diterima. Caj ini adalah tambahan ke atas caj standard SMS yang dikenakan oleh operator telefon bimbit peserta. Pihak Penganjur tidak akan membayar balik kepada peserta untuk caj yang dikenakan termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), jika ada.

h. Para peserta hanya boleh menyertai Promosi ini melalui telefon bimbit sahaja.

Hadiah

hdlk

Terma & Syarat

Dutch Lady Nutri Plan™
Promosi “Mak Hebat, Mak Menang”
Terma dan Syarat

1. Promosi Mak Hebat, Mak Menang Dutch Lady akan berlangsung dari 1 Mac 2017 hingga 30 April 2017 (“Tempoh Promosi”). Dutch Lady Milk Industries Berhad (5063-V) (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Promosi tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Hari akhir untuk menghantar penyertaan SMS adalah pada 30 April 2017 pada 11.59 malam dan Tarikh Tutup penebusan adalah pada 30 Jun 2017 pada 5.00 petang. Semua penyertaan dan penebusan yang diterima selepas tarikh yang ditetapkan akan dibatalkan secara automatik. Promosi ini akan diadakan selama dua (2) Bulan Promosi atau lapan (8) Minggu Promosi seperti berikut:

a. Bulan Promosi 1: 1 Mac 2017 – 02 April 2017
i. Minggu Promosi 1: 01 Mac 2017 – 12 Mac 2017
ii. Minggu Promosi 2: 13 Mac 2017 – 19 Mac 2017
iii. Minggu Promosi 3: 20 Mac 2017 – 26 Mac 2017
iv. Minggu Promosi 4: 27 Mac 2017 – 02 April 2017

b. Bulan Promosi 2: 03 April 2017 – 30 April 2017
i. Minggu Promosi 5: 03 April 2017 – 09 April 2017
ii. Minggu Promosi 6: 10 April 2017 – 16 April 2017
iii. Minggu Promosi 7: 17 April 2017 – 23 April 2017
iv. Minggu Promosi 8: 24 April 2017 – 30 April 2017

2. Promosi ini terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada 1 Mac 2017) yang merupakan pelanggan prabayar dan/atau pasca bayar Celcom, Digi, Maxis dan/atau U-Mobile kecuali kakitangan Penganjur dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat gabungan dan/atau berkaitan, pengedar-pengedar, agensi-agensi pengiklanan dan promosi pihak Penganjur.

3. Untuk menyertai Promosi ini:
a. Beli mana-mana pek Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-kanak Dutch Lady Nutri Plan 900g (sebarang varian) yang turut serta dalam satu (1) resit dalam Tempoh Pembelian iaitu daripada 15 Februari 2017 hingga 30 April 2017.

b. Cari logo kemenangan yang dicetak di dalam pek Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-kanak Dutch Lady Nutri Plan 900g dan ikuti arahan SMS yang tertera untuk melengkapkan penyertaan dan maklumat lanjut untuk menghantar Bukti Pembelian berikut melalui Pos Laju atau kurier sahaja ke alamat yang diberikan dalam SMS: seluruh pek kosong Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-kanak Dutch Lady Nutri Plan 900g dengan logo kemenangan, resit asal yang bertarikh dalam Tempoh Pembelian, nama penuh seperti Kad Pengenalan, tarikh lahir HHBBTT, nombor telefon, alamat terkini untuk penghantaran hadiah dan jawapan betul kepada soalan.

c. Bukti kiriman Bukti Pembelian tidak akan dianggap sebagai bukti penerimaan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas penyertaan yang hilang, lewat atau tersilap alamat.

d. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan peserta secara automatik bagi sebarang penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak dan lewat atau penyertaan tanpa Bukti Pembelian yang betul atau sah.

e. Satu (1) logo kemenangan dan satu (1) resit asal melayakkan peserta kepada satu (1) penyertaan SMS sahaja.

f. Setiap hari sepanjang Tempoh Promosi, Promosi akan bermula pada pukul 12:00 pagi dan berakhir pada pukul 11:59 malam.

g. Para peserta akan dicaj RM0.30 untuk setiap mesej SMS diterima. Caj ini adalah tambahan ke atas caj standard SMS yang dikenakan oleh operator telefon bimbit peserta. Pihak Penganjur tidak akan membayar balik kepada peserta untuk caj yang dikenakan termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), jika ada.

h. Para peserta hanya boleh menyertai Promosi ini melalui telefon bimbit sahaja.

4. Cara pemilihan pemenang:
a. Hadiah Serta-Merta x 15,000:

i. Peserta dengan penyertaan SMS yang lengkap dan sah berserta Bukti Pembelian lengkap yang diterima oleh pihak Penganjur akan memenangi Hadiah Serta-Merta setiap satu.

b. Hadiah Bulanan x 2 (1 pemenang setiap bulan x 2 Bulan Promosi):
i. Para pemenang Hadiah Bulanan yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan SMS layak yang diterima setiap Bulan Promosi dibahagikan dengan 2, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 7,501 penyertaan SMS layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 2 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 3,750. Maka penyertaan layak ke-3,750 akan berpeluang memenangi Hadiah Bulanan untuk Bulan Promosi tersebut.

Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan layak seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang gantian, sebagai contoh: pemenang gantian untuk penyertaan layak ke-3,750 adalah penyertaan layak ke-3,749.

c. Hadiah Mingguan x 8 (1 pemenang setiap minggu x 8 Minggu Promosi):
i. Para pemenang Hadiah Mingguan yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan SMS layak yang diterima setiap Minggu Promosi dibahagikan dengan 2, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 1,801 penyertaan SMS layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 2 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 900. Maka penyertaan layak ke-900 akan berpeluang memenangi Hadiah Mingguan untuk Minggu Promosi tersebut.

Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan layak seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang gantian, sebagai contoh: pemenang gantian untuk penyertaan layak ke-900 adalah penyertaan layak ke-899.

d. Para pemenang Hadiah Bulanan dan Hadiah Mingguan yang layak akan dihubungi melalui telefon dan dikehendaki menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang. Sekiranya peserta gagal menjawab soalan dengan betul, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang.

Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, tiga (3) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh 24 jam yang berikutnya selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, kelayakan peserta akan dibatalkan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.

e. Para pemenang Hadiah Bulanan dan Hadiah Mingguan yang layak dikehendaki menghantar jumlah Bukti Pembelian lengkap yang sepadan dengan jumlah penyertaan SMS layak yang diterima oleh pihak Penganjur melalui Pos Laju/kurier dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas tarikh pemberitahuan sebagai pengesahan. Sekiranya gagal, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang.

5. Hadiah-hadiah Promosi:
a. Hadiah Serta-Merta x 15,000: Wang tunai RM100.00 setiap satu.

i. Penyertaan dengan Bukti Pembelian lengkap yang diterima paling awal akan diproses terdahulu.

ii. Hadiah akan diberikan dalam bentuk cek berpalang dan akan dihantar ke alamat yang diberi oleh peserta dalam masa 6-8 minggu selepas Tarikh Tutup.

iii. Kesemua cek mestilah dijelaskan dalam masa enam (6) bulan dari tarikh cek dikeluarkan. Semua cek yang tidak dijelaskan enam (6) bulan selepas tarikh cek dikeluarkan akan dilupuskan oleh pihak Penganjur.

iv. Peserta harus memastikan bahawa nama penuh seperti Kad Pengenalan diberikan kepada pihak Penganjur. Sekiranya cek tidak diterima oleh bank peserta atas sebab nama yang diberikan peserta bukan seperti Kad Pengenalan, sebarang kos untuk pelupusan cek tersebut dan pengeluaran cek gantian akan ditanggung oleh peserta.

b. Hadiah Bulanan x 2: Ubah suai rumah setiap satu.

i. Hadiah Bulanan akan diaturkan oleh pihak Penganjur dan/atau mana-mana pakar ubah suai atau pembekal yang dinamakan oleh pihak Penganjur. Hadiah Bulanan yang bernilai RM50,000.00 setiap satu termasuk kos upah pakar ubah suai dan sesi perundingan (setiap sesi tidak melebihi 3 jam) dengan pakar ubah suai atau pembekal berserta barangan dan/atau peralatan yang diperlukan untuk proses ubah suai rumah.

Tarikh dan waktu ubah suai akan ditentukan oleh pihak Penganjur. Pemenang mestilah mematuhi tarikh dan waktu yang ditetapkan. Pemenang hanya boleh memilih satu (1) rumah untuk diubah suai. Proses ubah suai akan dijalankan di rumah kediaman (tidak termasuk restoran, kedai komersial atau mana-mana properti selain daripada rumah kediaman) pemenang berdasarkan alamat terkini di Malaysia dan pemenang harus mengemukakan bukti pemilikan rumah tersebut. Tiada ubah suai utama dibenarkan, sebagai contoh, pembuangan dan/atau penempatan jubin, pemecahan dinding, dan lain-lain.

Tiada sebarang perabot atau peralatan sedia ada akan dibuang atau dibawa pergi semasa proses ubah suai. Kos membuang atau menghapuskan perabot atau peralatan yang sedia ada akan ditanggung oleh pemenang.

Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat proses ubah suai. Semua pemenang mestilah bersetuju dengan terma dan syarat ubah suai serta menandatangani surat pelepasan dengan pihak Penganjur dan sekiranya gagal, pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan pemenang Promosi berkenaan dan mencari pemenang lain sebagai gantian.

c. Hadiah Mingguan x 8: Skuter Vespa S125 setiap satu.
i. Hadiah Mingguan tidak termasuk insurans, pendaftaran dan cukai jalan, dimana kos-kos tersebut akan ditanggung oleh pemenang. Pihak Penganjur berhak menukar warna skuter ke warna yang lain.

d. Setiap peserta layak untuk memenangi sehingga maksimum lima (5) Hadiah Serta-Merta, satu (1) Hadiah Bulanan dan satu (1) Hadiah Mingguan sepanjang Tempoh Promosi.

e. Hadiah Bulanan dan Hadiah Mingguan mestilah dituntut oleh pemenang atas perbelanjaan sendiri dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh pemberitahuan. Semua hadiah yang gagal dituntut dua (2) bulan selepas tarikh pemberitahuan akan dilupuskan oleh pihak Penganjur.

f. Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menggantikan hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang lebih kurang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, dikembalikan atau ditukar dalam apa jua bentuk lain atas apa jua sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan. Semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’.

g. Hadiah yang dipaparkan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.

6. Pihak Penganjur dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam Promosi ini tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang kelewatan, kegagalan penghantaran dan/atau gangguan mesej SMS dan tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang penggunaan telefon bimbit atau akaun pelanggan yang tidak dibenarkan sepanjang Promosi ini.

7. Para peserta akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan di dalam Promosi ini.

8. Dengan menyertai Promosi ini, para peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur.

9. Dutch Lady Milk Industries Berhad (5063-V) (”Dutch Lady”) mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan anda. Maklumat ini disimpan oleh Dutch Lady dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan anda. Dengan mengemukakan maklumat peribadi anda, kami menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada Dutch Lady dan/atau agen-agen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini bagi tujuan pemasaran dan promosi yang terkini dan di masa hadapan serta untuk menambahbaikan produk-produk dan perkhidmatannya.

Sekiranya anda memaklumkan Dutch Lady melalui talian pelanggannya di 1-800-88-1191 atau di dutchladycareline@frieslandcampina.com bahawa maklumat tersebut tidak patut digunakan sebagai asas untuk hubungan seterusnya, Dutch Lady akan menghormati permintaan anda. Maklumat anda tidak akan diberi atau dikongsi dengan syarikat-syarikat/rakan-rakan lain untuk kegunaan bebas mereka. Untuk Notis Perlindungan Data Peribadi Pelanggan lengkap Dutch Lady, sila rujuk laman web Dutch Lady di www.dutchlady.com.my.

10. Dengan menyertai Promosi ini, para peserta harus bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan pihak Penganjur.

11. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai Terma dan Syarat ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan para peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.

12. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

13. Terma dan Syarat Promosi disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

sumber

Untuk Maklumat lanjut boleh baca DI SINI



0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?