Peraduan (Bulanan) Semarak Tulisan Jawi


Sebelum ini eMenang ada kongsikan Peraduan (Mingguan) Semarak Tulisan Jawi. Pada malam ini, eMenang nak kongsikan atau review pula berkenanan dengan Peraduan (Bulanan) Semarak Tulisan Jawi.

Untuk Peraduan Semarak Tulisan Jawi Bulanan ini, peserta dikehendaki untuk menulis sebuah artikel dalam tulisan jawi. Penulis esei juga dikehendaki menulis dengan tulisan tangan (tak boleh taip pakai komputer)

Panjang esei tidak melebihi 800 patah perkataan, berserta 1 keping gambar yang berkaitan dengan esei. Esei mestilah asli dan hasil idea sendiri.

Bulan ini sudah masuk bulan kelima Peraduan Bulanan Semarak Tulisan Jawi ini. Setiap bulan akan ada tajuk berbeza. Contohnya macam bulan ini, tajuknya ialah “Idolaku” (tarikh tutup bulan 5  5 Mac 2017).

Untuk hadiah Peraduan Bulanan Semarak Tulisan Jawi ini ialah Hadiah pertama sebuah Tablet, hadiah kedua kamera Digital , hadiah ketiga jam tangan dan hadiah saguhati baucar KFC untuk 10 pemenang.

Pemenang hadiah tempat pertama setiap bulan akan terpilih  menyertai pertandingan akhir untuk berpeluang memenangi hadiah Utama pertandingan iaitu Proton Iriz.

Untuk detail berkenaan Peraduan Semarak Tulisan Jawi ini boleh baca artikel berkenaan dengannya disini – Proton Iriz menanti Juara Semarak jawi

Jika anda berbakat menulis tulisan jawi dan pandai mengarang esei bolehlah sertai peraduan ini. Kalau ada sauadara-mara atau kawan-kawan anda yang berkebolehan menulis jawi, boleh juga beritahu mereka tentang pertandingan ini.

Cara

Karang sebuah esei mengikut tajuk yang diberikan. Esei mestilah ditulis menggunakan tulisan tangan dan jawi. Panjang esei tidak melebihi 800 patah perkataan, berserta 1 keping gambar yang berkaitan dengan esei.

Contohnya pada bulan ini (Februari), Tajukanya ialah “Idolaku”

 

peraduan esei

Borang Peraduan boleh download dari website Utusan Melayu – Peraduan Semarak Jawi (Right Klik pada borang peraduan dan Save Image)

Tarikh tutup bulan ini ialah 5 Mac 2017. Jika anda terlepas untuk bulan ini, anda boleh tulis esei tajuk lain pada bulan hadapan.

Borang Peraduan boleh download dari website Utusan Melayu – Peraduan Semarak Jawi  atau boleh juga dapatkan dari surat khabar Utusan Malaysia setiap hari Isnin (dalam sisipan Utusan melayu)

Hadiah

esei

Terma & Syarat

  1. Terbuka kepada semua pembaca Utusan Melayu.
  2. Esei mestilah asli dan hasil idea sendiri.
  3. Penulis esei menggunakan tulisan tangan dan jawi.
  4. Panjang esei tidak melebihi 800 patah perkataan, berserta 1 keping gambar yang berkaitan dengan esei.
  5. Peserta wajib mengikuti semua syarat penyertaaan yang tetah ditetapkan.
  6. Kakitangan Utusan, Johor Corporation dan __ serta ahli keluarga terdekat tidak layak menyertai peraduan ini.
  7. Pihak penganjur berhak menggunakan segala maklumat dalam borang penyertaan bagi tujuan rekod dan pemasaran.
  8. Keputusan juri adalah muktamad.

Borang Peraduan boleh download dari website Utusan Melayu – Peraduan Semarak Jawi  atau boleh juga dapatkan dari surat khabar Utusan Malaysia setiap hari Isnin (dalam sisipan Utusan melayu)

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?