Peraduan Paddle Pop 2017


Berpeluang memenangi hadiah menarik seperti Samsung galaxy J2 Prime dengan menyertai Peraduan Paddle Pop 2017.

Peraduan ini sesuai disertai oleh mereka yang gemar makan Ais Krim Paddle Pop.

Peraduan ini berlangsung selama 3 bulan. Setiap bulan ada hadiah bulanan yang berbeza. Boleh rujuk gambar dibawah untuk tengok hadiah yang ditawarkan.

Dalam peraduan ini ada 3 Hadiah Utama iaitu pakej Pakej perlancongan ke Taman Tema Pilihan anda bernilai RM12,000* setiap pemenang.

Pemenang akan dipilih melalui cara berikut:

a) Hanya penyertaan yang lengkap dengan jawapan yang tepat dianggap sebagai penyertaan yang sah.

b) Nombor Siri akan diberikan kepada penyertaan yang sah oleh pihak penganjur.

c) Jumlah Penyertaan yang sah bagi setiap kategori akan dibahagikan dengan jumlah hadiah yang ditetapkan pada bulan (untuk Kategori Hadiah Bulanan dan untuk Kategori Hadiah Utama sahaja) tersebut (rujuk ke borang peraduan).

i) Sebagai contoh untuk Bulan A jumlah Hadiah Bulanan ialah satu
ratus dua puluh (120); maka 120 dibahagikan dengan jumlah penyertaan yang sah pada bulan tersebut untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan.

Contoh: Pada Bulan A, jumlah penyertaan yang sah ialah 2400, jumlah ini akan dibahagikan dengan 120 dan jumlah yang diperolehi adalah bersamaan dengan 20. Maka setiap borang penyertaan dengan nombor siri bergandaan 20 akan menjadi pemenang Hadiah Bulanan tersebut, contohnya, penyertaan bernombor siri 20, 40, 60, 80 dan berikutnya.

Peserta boleh menghantar lebih dari satu borang penyertaan di sepanjang tempoh peraduan.

Untuk lebih detail boleh baca dalam borang peraduan DISINI

Tempoh Peraduan: 6 February 2017 hingga 30 April 2017

Nasihat dari eMenang: jangan beli semata-mata untuk join peraduan sebab nanti kalu tak menang hadiah mesti kecewa selain membazir duit. Beli jika anda memang nak makan atau nak beli dekat anak -anak atau sedara-mara atau nak belanja kawan-kawan

Cara

pdl3

ptw2

Untuk Isi Borang Peraduan, Boleh Download dari SINI , Kemudian Print atau boleh cari dekat kedai-kedai berhampiran anda.

MEKANISME PERADUAN

-Untuk menyertai Peraduan ini dan agar berpeluang memenanginya, semua Peserta hendaklah mengira jumlah Twister, Rainbow, Tornado dan Choco Magna di dalam gambarajah yang tertera pada borang peraduan, lampirkan keratan asal dan melengkapkan butir-butir pada borang peraduan

-Borang penyertaan perlu lengkap dan tepat berserta dengan sekurang-kurangnya 5 (lima) mata, iaitu mata dari kerataan asal seperti berikut:

  • a) 2 mata : Paddle Pop Twister
  • b) 1 mata : Paddle Pop Rainbow , Paddle Pop Tornado , Paddle Pop Choco Magma.

-Kaedah penyertaan – melalui Borang Penyertaan. Borang fotostat juga diterima. Borang Penyertaan boleh didapati di semua kedai yang mengambil bahagian dan juga boleh dimuat turun melalui pautan www.paddlepop.com.my.

-Sila hantarkan borang penyertaan yang lengkap ke: Peraduan Paddle Pop, Peti Surat 8866, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46799 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

– Terdapat 2 kategori hadiah di dalam Peraduan ini, iaitu “Kategori Hadiah Bulanan A/B/C” dan “Kategori Hadiah Utama”.

Borang Peraduan yang diterima sah untuk pengiraan satu bulan sahaja. a) Sebagai contoh: Borang Peraduan yang diterima pada Bulan A (Februari 2017) hanya layak untuk pemilihan pemenang/hadiah pada bulan Februari 2017 sahaja. Tarikh penerimaan borang peraduan

– Peserta boleh menghantar lebih dari satu borang penyertaan di sepanjang tempoh peraduan.

Hadiah

hy

HADIAH
Sejumlah dua ribu satu ratus lapan puluh tiga (2183) hadiah disediakan untuk Peraduan ini.

i) Kategori Hadiah Bulanan:

  • (a)Bulan A (06 Februari – 28 Februari 2017): Permainan Monopoly Junior Hasbro x 120 pemenang
  • (b)Bulan B (01 Mac – 31 Mac 2017): Telefon Pintar Samsung Galaxy J2 Prime x 30 pemenang
  • (c)Bulan C (01 April – 30 April 2017): Permainan Hasbro pilihan anda bernilai RM350 setiap pemenang x 30 pemenang

ii) Kategori Hadiah Utama:

  • (d)Hadiah Utama x 3 pemenang (06 Februari – 30 April 2017): Pakej pelancongan ke Taman Tema pilihan anda bernilai RM12,000 setiap pemenang.

iii) Kategori Hadiah Peserta Terawal:

  • (e)Pembaris Lenticular Paddle Pop untuk 2000 peserta (unik yang sah) terawal. Pembaris Lenticular Paddle Pop ini akan dihantar melalui pos biasa ke alamat yang tertera pada borang peraduan.

b) Setiap pemenang yang terpilih hanya boleh memenangi satu (1) hadiah dari kategori hadiah bulanan (pada bulan tersebut), satu (1) hadiah dari kategori hadiah utama dan satu (1) hadiah dari kategori penyertaan terawal, tetapi, setiap pemenang berhak memenangi lebih daripada satu (1) hadiah bulanan (untuk bulan-bulan yang seterusnya) dengan menghantar borang peraduan yang berasingan pada setiap bulan.

Semua hadiah diberikan atas dasar “seadanya” dan sama sekali tidak boleh dipindahkan, tidak boleh ditukar dan tidak boleh ditunaikan.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Sila baca Terma-terma dan Syarat-syarat ini dengan teliti sebelum anda menyertai Peraduan ini. Dengan menyertai Peraduan ini, anda dianggap telah menerima Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan bahawa anda bersetuju mematuhinya. Jika anda tidak menyetujui terma-terma dan syarat-syarat ini, anda tidak harus menyertai Peraduan ini. Penganjur berhak meminda Terma-terma dan Syarat-syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu.

MAKLUMAT PERADUAN
“PERADUAN PADDLE POP” (“Peraduan”) ini dianjurkan oleh Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd (No. Syarikat 1532-V) (“Penganjur”). Peraduan bermula pada 06 Februari 2017 dan berakhir pada 30 April 2017 (“Tempoh Peraduan”). Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan tidak layak menyertai Peraduan.

Penganjur berhak mengubah, melanjutkan, menggantung atau menamatkan Peraduan menurut budi bicara tunggalnya atau jika Penganjur tidak menerima bilangan penyertaan layak yang cukup atau jika Peraduan tidak dapat diteruskan atas apa jua sebab. Penamatan atau penggantungan tersebut tidak akan membangkitkan apa-apa tuntutan oleh Peserta.

Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten atau percanggahan, Terma-terma dan Syarat-syarat Peraduan dalam laman sesawang www.paddlepop.com.my akan diutamakan.

KELAYAKAN
1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap Malaysia dan berumur 7 tahun dan ke atas (pada tarikh penyertaan dalam peraduan ini) dengan Kad Pengenalan Malaysia yang sah (“Peserta”). Sekiranya Peserta berumur bawah 18 tahun (maknanya umur 7 hingga 17 tahun) pada tarikh penyertaan, Peserta dikehendaki
mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaganya sebelum menyertai Peraduan ini dan apabila diminta oleh Penganjur, hendaklah mengemukakan kebenaran tersebut.

Ibu Bapa juga perlu menandatangani Borang Peraduan (sila merujuk kepada NOTIS PRIVASI) untuk mengesahkan kebenaran daripada ibu bapa penyerta bawah 18 tahun untuk menyertai peraduan ini. Pekerja, pemegang saham, pegawai, pengarah, agen, pengedar dan wakil Penganjur dan setiap daripada syarikat induk, ahli gabungan, bahagian, anak syarikat, agen, wakil dan agensi pengiklanan mereka masing-masing, bersama-sama dengan ahli keluarga terdekat (tidak kira di mana mereka tinggal) dan mereka yang tinggal di kediaman yang sama dengan orang tersebut (sama ada mempunyai kaitan persaudaraan atau tidak), tidak layak menyertai Peraduan.

2. Peserta dikehendaki membeli ais krim Paddle Pop dan menghantar keratan bungkusan produk ais krim Paddle Pop mengandungi muka “Lion” yang asal (“keratan asal” atau “Bukti Pembelian”) agar berpeluang memenangi Peraduan. Lihat sampel keratan asal yang tertera di borang peraduan.

3. Penganjur berhak untuk menyingkirkan mana-mana Peserta yang tidak mematuhi apa-apa Terma dan Syarat Peraduan ini atau jika Penganjur berpendapat bahawa Peserta gagal memenuhi apa-apa kriteria penyertaan Penganjur.

MEKANISME PERADUAN
4. Untuk menyertai Peraduan ini dan agar berpeluang memenanginya, semua Peserta hendaklah mengira jumlah Twister, Rainbow, Tornado dan Choco Magna di dalam gambarajah yang tertera pada borang peraduan, lampirkan keratan asal dan melengkapkan butir-butir pada borang peraduan

5. Borang penyertaan perlu lengkap dan tepat berserta dengan sekurang-kurangnya 5 (lima) mata, iaitu mata dari kerataan asal seperti berikut:

a) 2 mata : Paddle Pop Twister
b) 1 mata : Paddle Pop Rainbow , Paddle Pop Tornado , Paddle Pop Choco Magma.

6. Kaedah penyertaan – melalui Borang Penyertaan. Borang fotostat juga diterima. Borang Penyertaan boleh didapati di semua kedai yang mengambil bahagian dan juga boleh dimuat turun melalui pautan www.paddlepop.com.my.

7. Sila hantarkan borang penyertaan yang lengkap ke: Peraduan Paddle Pop, Peti Surat 8866, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46799 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

8. Terdapat 2 kategori hadiah di dalam Peraduan ini, iaitu “Kategori Hadiah Bulanan A/B/C” dan “Kategori Hadiah Utama”.

9. Pemenang akan dipilih melalui cara berikut:

a) Hanya penyertaan yang lengkap dengan jawapan yang tepat dianggap sebagai penyertaan yang sah.

b) Nombor Siri akan diberikan kepada penyertaan yang sah oleh pihak penganjur.

c) Jumlah Penyertaan yang sah bagi setiap kategori akan dibahagikan dengan jumlah hadiah yang ditetapkan pada bulan (untuk Kategori Hadiah Bulanan dan untuk Kategori Hadiah Utama sahaja) tersebut (rujuk ke borang peraduan).

i) Sebagai contoh untuk Bulan A jumlah Hadiah Bulanan ialah satu ratus dua puluh (120); maka 120 dibahagikan dengan jumlah penyertaan yang sah pada bulan tersebut untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan. Contoh: Pada Bulan A, jumlah penyertaan yang sah ialah 2400, jumlah ini akan dibahagikan dengan 120 dan jumlah yang diperolehi adalah bersamaan dengan 20. Maka setiap borang penyertaan dengan nombor siri bergandaan 20 akan menjadi pemenang Hadiah Bulanan tersebut, contohnya, penyertaan bernombor siri 20, 40, 60, 80 dan berikutnya.

d) Jika terdapat nombor perpuluhan, nombor bulat (yang lebih rendah) akan dipilih sebagai pemenang Bulanan. i) Sebagai contoh: Jika jumlah penyertaan yang sah pada Bulan A ialah 2570, nombor 2570 akan dibahagikan dengan 120 dan jumlah yand diperolehi adalah bersamaan dengan 21.42, angka ini akan dibulatkan ke 21. Maka setiap gandaan 21 akan menjadi pemenang Hadiah Bulanan tersebut, contohnya, penyertaan bernombor siri 21, 42, 63, 84 dan berikutnya.

10.Borang Peraduan yang diterima sah untuk pengiraan satu bulan sahaja. a) Sebagai contoh: Borang Peraduan yang diterima pada Bulan A (Februari 2017) hanya layak untuk pemilihan pemenang/hadiah pada bulan Februari 2017 sahaja. Tarikh penerimaan borang peraduan ditentukan dengan tarikh yang dicopkan pada stem oleh pejabat pos.

11.Peserta boleh menghantar lebih dari satu borang penyertaan di sepanjang tempoh peraduan.

12.HADIAH & PENEBUSAN
a) Sejumlah dua ribu satu ratus lapan puluh tiga (2183) hadiah disediakan untuk Peraduan ini.
i) Kategori Hadiah Bulanan:

(a)Bulan A (06 Februari – 28 Februari 2017): Permainan Monopoly Junior Hasbro x 120 pemenang
(b)Bulan B (01 Mac – 31 Mac 2017): Telefon Pintar Samsung Galaxy J2 Prime x 30 pemenang
(c)Bulan C (01 April – 30 April 2017): Permainan Hasbro pilihan anda bernilai RM350 setiap pemenang x 30 pemenang

ii) Kategori Hadiah Utama: (d)3 Hadiah Utama x 3 pemenang (06 Februari – 30 April 2017): Pakej pelancongan ke Taman Tema pilihan anda bernilai RM12,000 setiap pemenang

iii) Kategori Hadiah Peserta Terawal: (e)Pembaris Lenticular Paddle Pop untuk 2000 peserta (unik yang sah) terawal. Pembaris Lenticular Paddle Pop ini akan dihantar melalui pos biasa ke alamat yang tertera pada borang peraduan.

b) Setiap pemenang yang terpilih hanya boleh memenangi satu (1) hadiah dari kategori hadiah bulanan (pada bulan tersebut), satu (1) hadiah dari kategori hadiah utama dan satu (1) hadiah dari kategori penyertaan terawal, tetapi, setiap pemenang berhak memenangi lebih daripada satu (1) hadiah bulanan (untuk bulan-bulan yang seterusnya) dengan menghantar borang peraduan yang berasingan pada setiap bulan.

13.Semua hadiah diberikan atas dasar “seadanya” dan sama sekali tidak boleh dipindahkan, tidak boleh ditukar dan tidak boleh ditunaikan.

14.Semua keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat, rayuan atau soalan tidak akan dilayan.

15.Peserta dikehendaki mengemukakan Bukti Identiti semasa atau sebelum penebusan hadiah bagi tujuan penentusahan. Bukti Identiti yang diterima oleh Penganjur adalah dalam bentuk berikut sahaja: Kad Pengenalan/Pasport/Lesen Memandu Malaysia yang sah. Kegagalan untuk mengemukakan apa-apa Bukti Identiti memberikan hak kepada Penganjur
untuk menyingkirkan Peserta/Pemenang.

16.Penganjur akan menghubungi Pemenang melalui butir-butir hubungan atau alamat e-mel yang diberikan semasa proses penghantaran penyertaan dalam tempoh dua bulan daripada bulan penyertaan. Peserta digalakkan supaya memastikan nombor hubungan mereka adalah aktif, dan untuk sering menyemak akaun e-mel mereka.

17.Penganjur juga akan mengumumkan senarai pemenang di www.paddlepop.com.my setiap bulan, dalam tempoh dua bulan daripada bulan penyertaan, contohnya – Senarai pemenang untuk Februari 2017 akan diumumkan pada bulan April 2017.

18.Sekiranya Peserta tidak dapat dihubungi selepas tiga (3) percubaan selama tiga (3) hari berturut-turut, atau jika berjaya dihubungi, memilih untuk tidak menerima hadiah, Penganjur berhak membatalkan kelayakan Peserta dan menarik balik hadiah, atau Peserta seterusnya yang layak boleh dipilih menurut budi bicara Penganjur.

19.Semua Pemenang hendaklah menuntut hadiah mereka dalam masa tiga puluh (30) hari selepas dimaklumkan oleh Penganjur. Sekiranya Pemenang gagal menuntut hadiah mereka atau gagal mencalonkan wakil dalam tempoh masa yang diperuntukkan, Penganjur berhak membatalkan kelayakan Pemenang dan menarik balik hadiah atau memberikan hadiah kepada Peserta/Pemenang lain.

20.Untuk pemenang di luar kawasan Lembah Klang dan Kuala Lumpur, pihak Penganjur akan mengirimkan hadiah kepada alamat pemenang disebut dalam borang penyertaan dalam masa enam puluh (60) hari selepas dimaklumkan oleh penganjur.

21.Pemenang yang memerlukan wakil untuk menuntut hadiah mereka bagi pihak mereka hendaklah memastikan bahawa wakil mengemukakan surat kebenaran yang ditandatangani oleh Pemenang, sesalinan Bukti Identiti Pemenang, dan Bukti Identiti wakil.

22.Penganjur tidak menjamin ketersediaan hadiah dan Penganjur mempunyai budi bicara tunggal dan mutlak untuk menggantikan sebarang hadiah dengan apa-apa hadiah lain yang serupa nilainya seperti yang ditentukan oleh Penganjur, agennya atau penajanya.

23.Semua Hadiah yang diberikan oleh Penganjur dan/atau penaja adalah atas dasar “seadanya” dan diterima oleh Peserta tanpa apa-apa jenis waranti atau jaminan, sama ada nyata atau tersirat. Jika diminta oleh Penganjur, Peserta hendaklah menyempurnakan surat ikatan pelepasan dan tanggung rugi dalam bentuk yang ditetapkan oleh Penganjur.

HAK PENGANJUR
24.Peserta bersetuju bahawa semua bahan yang diserahkan oleh Peserta untuk Peraduan ini menjadi kepunyaan Penganjur. Jika berkenaan, hakcipta dan semua hak harta intelek (termasuk hak moral) yang wujud dalam semua bahan termasuk tetapi tidak terhad kepada bahan digital atau bukan digital (contohnya: video dan imej), akan menjadi kepunyaan Penganjur setelah diserahkan.

25.Penganjur berhak menerbitkan dan menggunakan nama, gambar, imej, rakaman audio dan/atau video yang diserahkan oleh Peserta/Pemenang atau terhadap Peserta/Pemenang bagi tujuan pengiklanan, pemasaran, publisiti dan/atau apa-apa tujuan lain, tanpa sebarang notis terdahulu atau pampasan kepada Peserta/Pemenang. Pemenang tidak berhak menuntut pemilikan atau bentuk pampasan lain terhadap bahan tersebut.

26.Sebagai balasan bagi Penganjur menawarkan peluang kepada Peserta untuk menyertai Peraduan, Peserta dengan ini secara tak bersyarat dan dengan tak boleh batal menyetujui dan membenarkan perkara berikut:

a) Penganjur dibenarkan menggunakan nama, imej, suara dan/atau gambaran yang serupa dengan Peserta bagi tujuan penyuntingan, pengiklanan, promosi, pemasaran dan/atau tujuan lain tanpa notis lanjut atau pampasan.

b) Jika dikehendaki oleh Penganjur, Peserta hendaklah dengan sukarela menghadiri penerbitan, rakaman atau publisiti mengenai Peraduan bagi sebarang tempoh yang akan dimaklumkan oleh Penganjur (termasuk tetapi tidak terhad kepada wawancara yang dirakamkan atau tidak dirakamkan, pengambilan foto pegun, rakaman audio dan/atau visual bagi penggunaan promosi dan publisiti (secara kolektif “Rakaman”). Semua kos
kehadiran dan penyertaan Peserta hendaklah ditanggung semata-mata oleh Peserta dan Penganjur tidak bertanggungjawab membayar balik apa-apa kos, perbelanjaan, gaji atau
pampasan kepada Peserta.

c) Penganjur mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk mengiklankan dan/atau menyiarkan dan/atau mencetak Rakaman dan/atau menggunakan
slogan, nama atau nama panggilan di mana-mana program/salurannya atau di mana-mana perantara pun jua, secara keseluruhan atau sebahagian, menurut budi bicara Penganjur. Semua hakcipta yang wujud dalam Rakaman adalah kepunyaan mutlak Penganjur.

d) Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya, untuk
menggunakan dan mengeksploitasi Harta Intelek melalui mana-mana kaedah atau perantara dan dalam apa jua cara dan pada bila-bila masa yang dianggapnya wajar tanpa terlebih dahulu mendapatkan apa-apa kebenaran atau membuat apa-apa pembayaran pun jua kepada Peserta dan/atau pemenang Peraduan dan/atau wakil.

27.Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggalnya, menyingkirkan mana-mana Peserta yang mengganggu mekanisme, sistem, perisian Peraduan atau apa-apa proses lain berkaitan dengan Peraduan ini.

28.Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggalnya, menyingkirkan mana-mana Peserta dan/atau penyertaan yang didapati (menurut budi bicara Penganjur) tidak sopan atau tidak sesuai untuk tatapan umum, atau didapati atau disyaki menipu/menggodam/mengusik proses penyerahan Peraduan, pengendalian Peraduan ini atau melanggar apa-apa Terma dan Syarat Peraduan. Penganjur berhak untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayainya terlibat dalam aktiviti penipuan atau aktiviti lain yang memudaratkan Peraduan, Penganjur atau proses penyerahan Peraduan.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT TAMBAHAN
29.Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dianggap telah membaca, memahami, bersetuju dan dengan tak bersyarat menerima Terma-terma dan Syarat-syarat dan Notis Privasi yang dinyatakan di bawah.

30.Peserta boleh menyerahkan lebih daripada satu penyertaan semasa Tempoh Peraduan. Walau bagaimanapun, setiap Peserta (jika dipilih sebagai pemenang) hanya berhak mendapat satu (1) hadiah di setiap Kategori Hadiah Bulanan pada setiap bulan.

31.Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa penyertaan yang diserahkan (termasuk apa-apa foto, lukisan, gambar, slogan, apa-apa bahan atau karya kreatif lain, termasuk rakaman suara atau video) hendaklah karya aslinya dan tidak melanggar apa-apa hak mana-mana pihak ketiga dan/atau melanggar sebarang hakcipta, paten, nama
dagangan, hak keempunyaan, peribadi, privasi atau moral mana-mana pihak ketiga.

32.Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa dia menepikan atau telah mendapatkan penepian terhadap semua hak (termasuk hak moral) daripada semua orang yang telah menyumbang kepada penghasilan Penyertaan dan karya dasar (secara kolektif “Penyumbang”) yang berhak ditegaskan oleh Penyumbang dan/atau Peserta, kini atau di masa hadapan, di mana-mana tempat di dunia.

33.Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa penyertaan yang diserahkan oleh peserta tidak boleh mengandungi unsur-unsur kebogelan, imej pornografi atau tema seksual, keganasan grafik, kenyataan atau bahan memfitnah atau melibel yang dianggap menyalahi undang-undang/ menyinggung atau mungkin melanggar undang-undang Malaysia atau bahan yang kemungkinan akan mencemarkan imej Penganjur atau menyebabkan Penganjur mendapat nama buruk. Sebarang pelanggaran klausa ini akan memberikan budi bicara mutlak kepada Penganjur untuk menyingkirkan dan menolak dan/atau mengeluarkan apa-apa penyertaan atau posting dengan serta-merta tanpa notis terdahulu.

34.Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa Penganjur mempunyai hak tunggal untuk menggunakan atau mengeksploitasi Penyertaan Peserta atau mana-mana bahagian daripadanya dalam sebarang dan semua bentuk perantara melalui apa-apa dan semua kaedah atau cara di seluruh dunia untuk tempoh penuh hakcipta termasuk semua pembaharuan bersama-sama dengan hak untuk memberi kuasa orang lain untuk berbuat demikian tanpa perlu membayar apa-apa imbuhan atau royalti kepada Peserta. Untuk mengelakkan keraguan, Penganjur tidak mempunyai kewajipan untuk menggunakan atau mengeksploitasi mana-mana bahagian daripadanya.

35.Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa dia tidak akan menggunakan Penyertaan atau mana-mana bahagian daripadanya bagi tujuan selain daripada tujuan yang ditetapkan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat. Sekiranya Penyertaan atau mana-mana bahagian daripadanya diterbitkan atau diedarkan atau ditangani dalam apa jua cara tanpa kebenaran terdahulu daripada Penganjur, Penganjur berhak menurut budi bicara mutlaknya menyingkirkan Peserta dan/atau membatalkan apa-apa Hadiah yang dimenangi dan tidak akan menanggung apa-apa liabiliti pun jua terhadapnya.

36.Semua hak dan keistimewaan yang diberikan di dalam ini kepada Penganjur tidak boleh dibatalkan dan tidak tertakluk kepada pembatalan, sekatan atau injunksi dalam sebarang dan semua keadaan. Peserta tidak akan dalam apa jua keadaan berhak mendapat relief injunksi atau untuk menahan atau sebaliknya mengganggu penganjuran Peraduan, penerbitan, pengedaran, pameran dan/atau eksploitasi Peraduan dan/atau Program dan/atau apa-apa produk berdasarkan dan/atau yang berpunca daripada Peraduan dan/atau Program.

37.Penganjur berhak pada bila-bila masa untuk mengubah, meminda, memotong atau menambah Terma-terma dan Syarat-syarat dan peraturan lain termasuk mekanisme Peraduan menurut budi bicara mutlaknya.

38.Penyerahan Penyertaan tidak menjamin bahawa Peserta layak memasuki Peraduan. Penganjur mempunyai budi bicara mutlak untuk menolak atau enggan menerima penyerahan Penyertaan dan kemasukan Peserta atas sebab-sebab termasuk (tanpa had) jika Penyertaan adalah tidak lengkap atau apa-apa peruntukan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat tidak dipatuhi.

39.Penganjur berhak menyingkirkan dan/atau mengecualikan Peserta dan/atau menarik balik Hadiah (pada mana-mana peringkat Peraduan) jika – a) Peserta tidak layak atau tidak memenuhi apa-apa kriteria kelayakan yang dibentangkan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat; atau

b) Peserta memungkiri Terma-terma dan Syarat-syarat dan peraturan lain Peraduan atau melanggar apa-apa undang-undang atau peraturan yang berkuat kuasa; atau c) menurut penentuan tunggal Penganjur, Penganjur percaya bahawa Peserta telah cuba menjejaskan pengendalian Peraduan melalui fraud, penipuan atau perdayaan; atau

40.Jika berlaku penyingkiran menurut klausa 40 selepas Hadiah diberikan, Penganjur berhak menuntut agar Hadiah dipulangkan atau pembayaran nilai yang bersamaan dengannya daripada Peserta yang disingkirkan.

41.Meskipun Penganjur akan berusaha sedaya upaya untuk melakukan penentusahan yang perlu mengenai kelayakan peserta, kegagalan untuk menyingkirkan mana-mana peserta yang tidak layak tidak akan dianggap kemungkiran oleh Penganjur.

42.Jika Hadiah yang diberikan oleh Penganjur adalah hadiah perjalanan/percutian (“Hadiah Percutian”), Hadiah Percutian hendaklah digunakan menurut tarikh dan destinasi yang ditetapkan oleh Penganjur, agensi pelancongannya atau penajanya termasuk (tidak terhad kepada)

(i) terma-terma dan syarat-syarat setiap syarikat penerbangan/syarikat pengangkutan;
(ii) terma-terma dan had apa-apa polisi insurans berkaitan dengan Hadiah Percutian;
(iii) terma-terma dan syarat-syarat berhubung dengan semua garis panduan dan arahan kesihatan dan keselamatan dan semua keperluan undang-undang dan pengawalseliaan yang berkuat kuasa, dan jika tidak Hadiah Percutian akan ditarik balik. Tiada pilihan lain dalam bentuk wang tunai atau destinasi lain akan ditawarkan oleh Penganjur, agennya atau penajanya.

43.Jika berlaku peristiwa yang tidak diduga atau keadaan di luar kawalan munasabah Penganjur dan/atau penaja, Penganjur dan/atau penaja berhak menawarkan destinasi alternatif dengan nilai yang kira-kira sama. Pilihan wang tunai tidak akan ditawarkan.

44.Apa-apa penerbangan, pengangkutan lain, butir-butir lapangan terbang, penginapan atau aspek lain Hadiah Percutian, tarikh dan masa yang disebut oleh Penganjur, agensi, penaja atau wakilnya hanyalah sebagai panduan sahaja dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis dan tanpa berbangkit sebarang liabiliti.

45.Pemenang Hadiah Percutian hendaklah mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk membayar apa-apa komitmen kewangan yang mungkin ditanggung berhubung dengan hadiah percutian (termasuk, tanpa had, perjalanan pergi balik dari mana-mana lapangan terbang yang dinyatakan dalam hadiah percutian, makanan dan minuman, perkhidmatan
bilik, dobi, bagasi berlebihan, insurans peribadi, perubatan dan/atau bagasi, semua barangan peribadi, cukai kastam dan cukai lapangan terbang) yang melampaui apa yang dirangkum dalam hadiah percutian itu sendiri.

46.Pemenang bersetuju untuk melepaskan pihak Penganjur, sekutu dan agensinya, dan pekerja, pegawai, pengarah dan wakil-wakilnya dan Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kemalangan, kecederaan, tuntutan, kerugian atau kerosakan yang mungkin berlaku semasa perjalanan / percutian tersebut.

LIABILITI & TANGGUNGJAWAB
47.Kecuali dinyatakan sebaliknya, semua kos pengangkutan, caj internet, kos peribadi dan/atau sebarang kos, fi lain dan/atau apa jua jenis perbelanjaan yang ditanggung oleh Peserta berhubung dengan Peraduan ini (sama ada bagi tujuan memasuki, menyertai atau menerima apa-apa manfaat atau hadiah daripada Peraduan) atau bagi tujuan penebusan hadiah atau perjalanan yang berkaitan adalah tanggungjawab Penenang semata-mata, dan Penganjur, ahli gabungan, agen sah atau agensi sertaannya tidak akan
menanggung apa-apa tanggungjawab pun jua untuk kos/caj/fi/perbelanjaan ini.

48.Penganjur, ahli gabungannya, pihak ketiga yang dibenarkan dan agensi sertaan tidak menanggung apa-apa tanggungjawab atas penyertaan yang hilang, rosak, terlewat disebabkan perkhidmatan pos, atau disebabkan oleh kesilapan komputer, IT atau apa-apa kesilapan teknologi. Peserta bertanggungjawab memastikan penyertaannya mematuhi semua peraturan dan terma dan syarat Peraduan, dan bahawa penyertaannya diterima oleh Penganjur dalam bentuk yang dikehendaki oleh Penganjur.
49.Dengan menyertai Peraduan ini, semua peserta bersetuju melepaskan dan memastikan Penganjur, ahli gabungan dan agensinya, dan pekerja, pegawai, pengarah dan wakil mereka tidak dipertanggungjawabkan atas sebarang tuntutan, kerugian atau gantirugi berbangkit daripada atau berhubung dengan penyertaan mereka dalam Peraduan (termasuk tetapi tidak terhad kepada, apa-apa kesilapan dalam mengira apa-apa transaksi, sebarang kerosakan atau kepincangan mana-mana sistem komputer atau peralatan),
apa-apa aktiviti berkaitan Peraduan dan penerimaan dan/atau penggunaan, penyalahgunaan, atau milikan apa-apa hadiah yang diberikan di bawah ini.

50.Semua kos yang ditanggung oleh Peserta berkaitan dan/atau berhubung dengan Peraduan dan Hadiah, termasuk tanpa had, caj pos atau caj Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) (jika berkenaan), semua kos pengangkutan, caj komunikasi, penginapan, kos makanan dan kos berkaitan lain yang ditanggung oleh Peserta disebabkan oleh dan/atau selaras dengan penyertaannya dalam Peraduan, kos pungutan dan kos tambahan berkaitan dengan hadiah iaitu kos insurans, yuran pendaftaran kenderaan, cukai jalan, dll. hendaklah ditanggung semata-mata oleh Peserta. Penganjur tidak mempunyai apa-apa kewajipan untuk membayar balik Peserta untuk sebarang kos dan perbelanjaan yang ditanggung terhadapnya.

51.Peserta mengakui bahawa penyertaannya dalam Peraduan adalah atas risikonya sendiri.

52.Penganjur, agen, penaja, wakil, ahli gabungannya dan pengarah, pegawai dan pekerja, agen dan penerima serah hak mereka masing-masing tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana Peserta berhubung dengan:

a) apa-apa kegagalan untuk memenangi Hadiah dalam Peraduan, Hadiah yang cacat disebabkan kecuaian, tindakan dan/atau ketinggalannya atau penyalahgunaan Hadiah atau sebarang kerugian, gantirugi, kos, perbelanjaan, tuntutan, liabiliti, kecederaan, kematian, kemalangan yang dialami oleh Peserta semasa Peraduan atau berbangkit daripada atau berhubung dengan Peraduan, penyertaan Peserta dalam Peraduan dan/atau Hadiah yang diberikan.

b) apa-apa kelewatan dan/atau kegagalan untuk menerima dan menghantar Penyertaan Peraduan akibat sebarang kerosakan rangkaian, komunikasi, ISP atau sistem, gangguan dan/atau kegagalan yang dialami oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi Penganjur atau Peserta dan/atau diakibatkan oleh penyertaan atau langkah memuat turun apa-apa bahan dalam Peraduan.

c) sebarang kesilapan (termasuk kesilapan ketika memaklumkan pemenang Peraduan), ketinggalan, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan dalam pengendalian atau penghantaran, kegagalan talian komunikasi, pencurian, kemusnahan, perubahan, atau akses tanpa kebenaran kepada penyertaan, atau penyertaan yang hilang atau terlewat sama ada berbangkit semasa pengendalian atau penghantaran akibat fungsi pelayan, virus, pepijat, atau sebab lain di luar kawalan Penganjur.

53.Penganjur, agen, penaja dan wakilnya tidak akan bertanggungjawab untuk melaksanakan apa-apa kewajipan mereka berhubung dengan Peraduan dan Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan peraturan berhubung dengan Peraduan jika mereka tidak dapat berbuat demikian disebabkan keadaan di luar kawalan mereka dan tidak bertanggungjawab untuk memberikan pampasan kepada Peserta dalam apa cara jua dalam keadaan sedemikian.

UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL DAN BIDANG KUASA
Peraduan ini dan Terma-terma dan Syarat-syarat hendaklah dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan setiap Peserta bersetuju menyerahkan apa-apa tuntutan, pertikaian atau kontroversi kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.

sumber

Untuk Isi Borang Peraduan, Boleh Download dari SINI , Kemudian Print


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?