Peraduan “Manja Me” Nivea Skin Delight


Peraduan ini sesuai disertai oleh pengguna produk Nivea Skin Delight. Produk-Nivea Skin Delight yang turut serta adalah Skin Delight Glowing Rose dan Relaxing Lavender sahaja.

Dengan pembelian sebotol Nivea Skin Delight Glowing Rose atau Relaxing Lavender sama ada saiz 250ml atau 400ml anda boleh hantarkan penyertaan dalam peraduan ini. Selepas beli pastikan anda minta resit pembelian.

nivia

Dalam peraduan ini ada 8 pemenang. Pemenang hadiah Utama akan memenangi hadiah Kerusi urut. Untuk hadiah kedua, 3 pemenang akan memenangi hadiah kerusi urut jua (harga murah sikit dari hadiah Utama).

Untuk pemenang hadiah ketiga, 4 pemenang akan dipilih untuk memenangi hadiah loket bernilai RM1000 (seperti yang tertera dalam terma & syarat)

Kaedah Pemilihan Pemenang.

Pemenang dalam peraduan ini dipilih melalui proses bersiri yang dibahagi. kiranya macam lucky draw lah.

Peringkat 1 – Hadiah Loket Emas x4:
Nombor bersiri yang diperuntukkan bagi Penyertaan Layak setiap hari akan disusun kira untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan empat [4] untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah. Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut.

Sebagai contoh:
Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak bagi tersebut ialah 2003, maka 2003 akan dibahagikan dengan 4, yang bersamaan dengan 500.1, dan seterusnya akan dibulatkan ke bawah kepada 500. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 500. Seramai empat [4] Peserta bagi hari tersebut yang ditetapkan nombor bersiri dengan gandaan 500 iaitu 500, 1000, 1500 and 2000 akan menjadi Pemenang Hadiah Pendant.

 Peringkat 2 – Hadiah 3D Kerusi Urut x3:
Nombor bersiri yang diperuntukkan bagi Penyertaan Layak setiap hari akan disusun kira untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan tiga [3] untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah. Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut.

Sebagai contoh:
Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak bagi tersebut ialah 2003, maka 2003 akan dibahagikan dengan 3, yang bersamaan dengan 667.6, dan seterusnya akan dibulatkan ke bawah kepada 667. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 667. Seramai tiga [3] Peserta bagi hari tersebut yang ditetapkan nombor bersiri dengan gandaan 667 iaitu 667, 1334 and 2001 akan menjadi Pemenang Hadiah 3D Massage Seat.

Peringkat 3 – Hadiah HD Kerusi Urut x1:
Nombor bersiri yang diperuntukkan bagi Penyertaan Layak setiap hari akan disusun kira untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan dua [2] untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah. Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut.

Sebagai contoh:
Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak bagi tersebut ialah 2003, maka 2003 akan dibahagikan dengan 2, yang bersamaan dengan 1001.5, dan seterusnya akan dibulatkan ke bawah kepada 1001. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 1001 akan menjadi Pemenang Hadiah HD Massage Chair.

sumber

Jadi jika anda adalah pengguna lotion produk Nivea Skin Delight Glowing Rose atau Relaxing Lavender bolehlah join peraduan ini.

p/s: eMenang baru sahaja tambah nilai keseluruhan hadiah yang ditawarkan seperti yang tertera di poster peraduan. Nilai Hadiah keseluruhan tak sampai pun RM20,000. Jadi sila abaikan poster tersebut.

Nilai kesluruhan hadiah selepas ditambah ialah RM 18,952. Mana lagi baki nilai hadiah??? Tanya je 🙂 ..hehe

8988+4000+5964 = RM 18,952

Nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk join peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti  kecewa selain membazir duit. Beli jika memang anda ada keperluan untuk guna.

Tempoh Peraduan: 26 Januari hingga 5 Mac 2017

Cara

 

langkah 1f

Hadiah

nivia2

Terma & Syarat

1. Peraduan ini bemula dari 26 Januari 2017 hingga 5 Mac 2017 (Tempoh Peraduan). Beiersdorf (Malaysia) Sdn. Bhd. (Penganjur) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan.

2. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun dan ke atas KECAULI kakitangan (dan ahli keluarga terdekat mereka) Beiersdorf (Malaysia) Sdn. Bhd. rakan kongsi rasmi dan agensi mereka yang terlibat dengan peraduan ini.

3. Produk-produk NIVEA yang turut serta untuk Skin Delight Glowing Rose & Relaxing Lavender sahaja.

4. Cara untuk menyertai peraduan melalui online penyertaan:

a) Hantarkan penyertaan yang lengkap secara online berserta resit asal ke website: www.facebook.com/mynivea

b) Penghakiman adalah berdasarkan kepada jawapan yang betul dengan bukti pembelian yang sah.

c) Peserta boleh memenangi hanya satu [1] Hadiah Utama sepanjang Tempoh Peraduan. Sekiranya terdapat Pemenang berulang, nombor bersiri selepas nombor bersiri Pemenang berulang akan diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Utama tersebut.

5. Setiap pemenang hanya berhak untuk memenangi satu hadiah sahaja. Pihak Penganjur berhak untuk mengganti sebarang hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai.

6. Pemenang akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kamalangan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan mereka dalam peraduan ini dan/atau penggunaan dan/atau penebusan hadiah.

7. Semua kos perjalaan, penginapan, kos peribadi dan/atau lain-lain kos, yuran dan/atau perbelanjaan berkaitan yang timbul untuk menebus hadiah merupakan tanggungjawab tunggal pemegang.

8. Serentak dengan penerimaan hadiah, para peserta turut memberi kebenaran kepada pihak Penganjur serta agensi-agensinya untuk menggunakan nama dan/atau gambar mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa seberang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan.

9. Keputusan para pengadil adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

10. Pemenang akan diberitahu melalui pos atau telefon. Pemenang dikehendaki mengesahkan maklumat peribadi selepas diberitahu. Semua pemenang yang gagal berbuat demikian akan dibatalkan.

11. Dengan menyertai peraduan ini, para peserta bersetuju untuk mematuhi segala syarat-syarat dan peratuan serta keputusan muktamad Beiersdorf (Malaysia) Sdn. Bhd.

12. Pihak Penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat ini tanpa memberi notis terlebih dahulu.

13. Berdasarkan kepada perlindungan data seni peribadi, dengan mengambil bahagian dalam promosi, pelanggan dengan ini memberikan penganjur dan rakan-rakan penganjur kebenaran untuk menggunakan dan memproses data peribadi mereka termasuk (tetapi tidak terhad kepada) nama dan maklumat untuk tujuan komunikasi masa hadapan tanpa pampasan tambahan, pemberitahuan atau kebenaran.

14. Peringkat 1 – Hadiah Loket Emas x4:
Nombor bersiri yang diperuntukkan bagi Penyertaan Layak setiap hari akan disusun kira untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan empat [4] untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah. Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut.

Sebagai contoh:
Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak bagi tersebut ialah 2003, maka 2003 akan dibahagikan dengan 4, yang bersamaan dengan 500.1, dan seterusnya akan dibulatkan ke bawah kepada 500. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 500. Seramai empat [4] Peserta bagi hari tersebut yang ditetapkan nombor bersiri dengan gandaan 500 iaitu 500, 1000, 1500 and 2000 akan menjadi Pemenang Hadiah Pendant.

15. Peringkat 2 – Hadiah 3D Kerusi Urut x3:
Nombor bersiri yang diperuntukkan bagi Penyertaan Layak setiap hari akan disusun kira untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan tiga [3] untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah. Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut.

Sebagai contoh:
Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak bagi tersebut ialah 2003, maka 2003 akan dibahagikan dengan 3, yang bersamaan dengan 667.6, dan seterusnya akan dibulatkan ke bawah kepada 667. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 667. Seramai tiga [3] Peserta bagi hari tersebut yang ditetapkan nombor bersiri dengan gandaan 667 iaitu 667, 1334 and 2001 akan menjadi Pemenang Hadiah 3D Massage Seat.

16. Peringkat 3 – Hadiah HD Kerusi Urut x1:
Nombor bersiri yang diperuntukkan bagi Penyertaan Layak setiap hari akan disusun kira untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan dua [2] untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah. Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut.

Sebagai contoh:
Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak bagi tersebut ialah 2003, maka 2003 akan dibahagikan dengan 2, yang bersamaan dengan 1001.5, dan seterusnya akan dibulatkan ke bawah kepada 1001. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 1001 akan menjadi Pemenang Hadiah HD Massage Chair.

Notis Privasi
1. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk mengizinkan data peribadi mereka dikumpul, diproses dan digunakan oleh pihak penganjur sejajar Notis Privasi yang dipaparkan di laman web www.facebook.com/mynivea.

2. Selain itu, tanpa menjejaskan syarat-syarat dalam Notis Privasi penganjur, peserta bersetuju dan membenarkan tarikh atau maklumat peribadi mereka dikumpul, diproses dan digunakan oleh pihak Penganjur untuk:
a) Keperluan pertandingan ini;
b) aktiviti pemasaran dan promosi yang dijalankan mengikut cara yang pihak Penganjur rasa sesuai dalam mana-mana media, tidak terhad kepada sebarang bentuk pengiklanan atau publisiti media dan bahan-bahan seperti audio dan / atau rakaman visual, disiarkan melalui surat khabar, rangkaian televisyen, stesen radio atau dalam talian dan media digital serta Internet, tanpa kebenaran lanjut dari peserta. Aktiviti pemasaran dan promosi termasuk tidak terhad kepada penggunaan dan / atau penerbitan apa-apa maklumat yang diberikan dalam dan / atau berkaitan dengan entri, termasuk respon dan juga gambar yang berkaitan.

Terma dan Syarat

1. Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat yang terkandung di sini, di mana perlu atas sebab undang-undang, teknikal atau perdagangan dan pindaan tersebut akan berkuat kuasa serta-merta bilamana ia dipaparkan di laman Facebook NIVEA Malaysia.

2. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan terhadap peraduan ini, pihak penganjur tidak melayakkan peserta untuk melakukan apa-apa tuntutan atau pampasan terhadap pihak Penganjur untuk sebarang dan semua kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh peserta secara langsung atau tidak langsung daripada tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan.

3. Keputusan penganjur dalam semua perkara yang berkaitan dengan peraduan ini, tetapi tidak terhad kepada kelayakan untuk mengambil bahagian, pemilihan peserta untuk peraduan ini, adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat, rayuan, bantahan atau percubaan untuk pertikaian tidak akan dilayan.

4. Peraduan ini tidak dianjurkan oleh atau dengan kerjasama Facebook. Semua Peserta, bagaimanapun, bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang dikenakan oleh Facebook berkenaan dengan mana-mana posting berkaitan.

5. Maklumat yang diberikan oleh peserta hanya akan digunakan bagi tujuan peraduan ini dan untuk pihak penganjur sahaja, bukan Facebook.

6. Terma dan syarat ini akan ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia. sumber terma &syarat

Jika anda ada sebarang soalan berkaitan peraduan ini atau untuk maklumat lanjut berkenaan peraduan ini anda boleh tanya di Facebook Nivea

Penyertaan boleh dihantar DISINI


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?