Peraduan Ceria Bersama Colgate-Palmolive


Dengan pembelian minima RM20 produk yang terlibat , anda boleh hantarkan penyertaan dalam peraduan ini. Peraduan ini tidak sah untuk pembelian dari pasaraya Giant, Tesco, Mydin, Aeon dan Aeon Big.

jenam

Dalam peraduan ini cuma ada 6 pemenang sahaja iaitu seorang pemenang hadiah Utama dan 5 pemenang hadiah saguhati.

Pemenang dalam peraduan ini akan dipilih berdasarkan budi bicara mutlak Penganjur.

Jadi jika anda ada beli produk yang terlibat bernilai RM20 dan ke atas dalam tempoh peraduan bolehlah join peraduan ini. Nasihat dari eMenang  jangan beli semata-mata untuk join peraduan, beli jika memang ada keperluan untuk beli.

Semua penyertaan mesti sampai kepada Penganjur pada atau sebelum 17 Februari 2017.

Tempoh Peraduan: 16 Disember 2016 hingga 14 Februari 2017

Cara

Dengan pembelian minima RM20 produk yang terlibat , anda boleh hantarkan penyertaan dalam peraduan ini.Peraduan ini tidak sah untuk pembelian dari pasaraya Giant, Tesco, Mydin, Aeon dan Aeon Big.

Dalam peraduan ini ada 2 cara penghantaran:

a.Melalui Borang Peraduan:

  • Lengkapkan Borang Peraduan dan jawab dua soalan.
  • Setiap borang penyertaan mesti disertakan dengan resit asal [“Bukti Pembelian”] produk jenama Colgate-Palmolive.

b.Melalui Laman Web:

  • Layari peraduanceriabersama.appfarm.asia, lengkapkan Borang Peraduan dan jawab dua soalan.
  • Setiap borang penyertaan mesti disertakan dengan resit asal [“Bukti Pembelian”] produk jenama Colgate-Palmolive.

Untuk Penyertaan Online, Anda boleh hantar DISINI

– Peserta boleh menyertai lebih daripada satu [1] kali. Satu [1] resit sah untuk satu [1] penyertaan sahaja.

– Penyertaan yang tidak lengkap, lewat, tanpa Bukti Pembelian atau mengandungi produk pembelian yang salah tidak akan diterima.

jh

Untuk Penyertaan Online, Anda boleh hantar DISINI

Hadiah

h1e

Terma & Syarat

Penganjur, Tempoh & Kelayakan
1.Peraduan Ceria Bersama Colgate-Palmolive [“Peraduan”] dianjurkan oleh Colgate-Palmolive Marketing Sdn. Bhd. (165147-W) [“Penganjur”] dan bermula pada 16 Disember 2016 dan berakhir pada 14 Februari 2017 [“Tempoh Peraduan”]. Penganjur berhak untuk meminda terma, syarat atau Tempoh Peraduan pada bila-bila masa. Semua penyertaan mesti sampai kepada Penganjur pada atau sebelum 17 Februari 2017.

2.Peraduan ini terbuka kepada semua penduduk Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas, kecuali kakitangan Penganjur dan agensi pengiklan, promosi, acara dan perhubungan awam mereka, serta anggota keluarga terdekat masing-masing [“Peserta”].

3.Peserta layak menyertai Peraduan ini dengan pembelian produk jenama Ajax, Axion, Glo dan/atau Softlan bernilai RM20 dan ke atas dalam satu resit asal sepanjang Tempoh Peraduan dari pasaraya yang mengambil bahagian dalam Peraduan ini.

4.Sertai Peraduan ini dengan langkah-langkah berikut:

a.Melalui Borang Peraduan:

  • Lengkapkan Borang Peraduan dan jawab dua soalan.
  • Setiap borang penyertaan mesti disertakan dengan resit asal [“Bukti Pembelian”] produk jenama Colgate-Palmolive.

b.Melalui Laman Web:

  • Layari peraduanceriabersama.appfarm.asia, lengkapkan Borang Peraduan dan jawab dua soalan.
  • Setiap borang penyertaan mesti disertakan dengan resit asal [“Bukti Pembelian”] produk jenama Colgate-Palmolive.

5. Peserta boleh menyertai lebih daripada satu [1] kali. Satu [1] resit sah untuk satu [1] penyertaan sahaja.

6.Penyertaan yang tidak lengkap, lewat, tanpa Bukti Pembelian atau mengandungi produk pembelian yang salah tidak akan diterima.

7.Peraduan ini tidak sah untuk pembelian dari pasaraya Giant, Tesco, Mydin, Aeon dan Aeon Big.

Pemilihan Pemenang
1.Satu [1] Peserta berpeluang untuk memenangi Hadiah Utama iaitu satu [1] kereta Perodua Bezza 1.3 Advance bernilai RM48,959.89 (tanpa Cukai Jalan dan Insuran Kereta).

2.Lima [5] Peserta berpeluang untuk memenangi Hadiah Saguhati iaitu satu [1] kad Touch & Go pramuat dengan nilai RM500.

3.Pemenang akan dipilih berdasarkan budi bicara mutlak Penganjur.

4.Setiap Peserta hanya boleh memenangi 1 [satu] hadiah sahaja sepanjang Tempoh Peraduan. Hadiah tidak boleh ditukar hak milik dan tidak boleh ditukar dengan tunai.

5.Pemenang akan dihubungi dalam tempoh 4 – 6 minggu dari tarikh tamat Tempoh Peraduan melalui telefon. Sekiranya terdapat sesiapa peserta yang tidak dapat dihubungi selepas 3 [tiga] percubaan kelayakannya akan dibatalkan.

6.Peserta akan bertanggungjawab sepenuhnya jika berlakunya sebarang kecederaan, kerosakan, atau kerugian akibat daripada mengambil bahagian dalam Peraduan ini, atau semasa menebus dan/atau mengunakan hadiah mereka.

Tanggungjawab & Hak Penganjur
1.Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta tertakluk kepada budi bicara mutlak Penganjur dan bersetuju untuk terikat dengan terma & syarat Peraduan ini. Keputusan Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat, rayuan atau bantahan tidak akan dilayan. Peserta mengaku janji tidak akan menuntut atau mengambil apa-apa tindakan terhadap Penganjur mengenai Peraduan ini.

2.Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta memberi kebenaran kepada Penganjur atau mana-mana pihak ketiga yang dilantik oleh Penganjur [“Agensi”] untuk memproses data peribadi Peserta yang diberikan dalam borang penyertaan untuk tujuan Peraduan.

3.Penganjur dan/atau Agensi akan mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk memastikan data peribadi Peserta terlindung dan menetapkan syarat kepada Agensi untuk berbuat demikian.

4.Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah yang mempunyai nilai yang sama mengikut budi bicara mutlaknya pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

5.Sebarang maklum balas atau aduan, Peserta boleh menghubungi talian +6012-5739776.
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
Notis Di Bawah Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) kepada pengguna Colgate-Palmolive (M) Sdn Bhd dan Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd.

Pengguna yang dihormati,
Di bawah PDPA, terdapat beberapa syarat yang mengawal pemprosesan data peribadi anda sebagai individu (“Individu”). Ia memaklumkan Individu tentang hak-hak anda di bawah PDPA, termasuk tindakan yang boleh diambil oleh Individu untuk melaksanakan hak-hak tersebut dan akibatnya, dan secara khususnya:-

  • a.Bahawa kami [“Penganjur”] mengumpul data peribadi daripada penyertaan anda;
  • b.Data peribadi Individu dikumpul untuk Ceria Bersama Colgate-Palmolive [“Peraduan”];
  • c.Individu mempunyai hak untuk mengakses dan membetulkan data peribadi anda;
  • d.Data peribadi Individu akan dikongsi dengan Agensi yang dilantik untuk tujuan pemprosesan;
  • e.Data peribadi Individu akan diguna untuk tujuan Peraduan sahaja;
  • f. Data peribadi yang diminta adalah wajib, dan jika maklumat yang diberikan tidak lengkap, penyertaan Individu tidak akan diterima;
  • g.Sekiranya Individu telah disahkan sebagai Pemenang, sebarang perubahan kepada data peribadi individu harus dimaklumkan kepada Penganjur; dan

Sekiranya Individu mempunyai pertanyaan atau ingin memberi maklum balas, anda boleh berhubung dengan kami melalui talian +6012-5739776 dari Isnin hingga Jumaat, dari pukul 10.00 pagi sehingga pukul 1.00 petang, dan pukul 2.00 petang sehingga pukul 5.00 petang.


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?