Peraduan REXONA CLEAR “KUASAI KESEGARAN” 2016


Dengan pembelian mana-mana produk REXONA/CLEAR dengan pembelian minima RM15 di dalam satu resit, peserta boleh hantarkan penyertaan dalam peraduan ini.

Sebagai contoh: resit pembelian produk Unilever yang bernilai/berjumlah RM120 (di dalam satu resit) membolehkan peserta layak untuk lapan (8) penyertaan.

Pemenang dalam praduan ini ditentukan dengan jumlah mata terkumpul tertinggi bersama dengan jawapan yang betul.

Jadi eMenang berpendapat peraduan ini sesuai disertai oleh NGO atau rumah anak yatim atau seangkatan dengannya sebab pemenang ditentukan dengan point tertinggi (perlu  pembelian banyak).

Bagi NGO mereka bolehlah beli banyak-banyak  produk REXONA atau CLEAR tu dan boleh disumbangkan kepada pihak tertentu seperti mangsa banjir, orang gelandangan atau lain-lain lagi pihak yang memerlukan.

Resit pembelian produk REXONA/CLEAR tu bolelhlah digunakan untuk sertai peraduan ini.

Pertubuhan Rumah anak-anak yatim juga sesuai sertai peraduan ini sebab mereka bolehlah beli produk REXONA atau  shampu CLEAR ni dan bolehlah diberikan kepada anak-anak yatim tersebut untuk digunakan.

Kepada anda yang lain, eMenang menasihatkan kepada anda semua jangan beli semata-mata untuk join peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa selain membazir duit. Beli jika ada keperluan untuk guna sahaja.

Tempoh peraduan  1 Disember 2016 dan berakhir pada 31 Disember 2016

CARA

Klik pada tulisan untuk besarkan dan baca.

ch

fg2

tnf

sumber

HADIAH

sam-2

Terma & Syarat

Sila baca Terma-terma dan Syarat-syarat ini dengan teliti sebelum anda menyertai Peraduan ini. Dengan menyertai Peraduan ini, anda dianggap telah menerima Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan bahawa anda bersetuju mematuhinya. Jika anda tidak menyetujui terma-terma dan syarat-syarat ini, anda tidak harus menyertai Peraduan ini. Penganjur berhak meminda Terma-terma dan Syarat-syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu.

MAKLUMAT PERADUAN
Peraduan REXONA CLEAR “KUASAI KESEGARAN” 2016 ini dianjurkan oleh Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd (No. Syarikat 1532-V) (“Penganjur”). Peraduan bermula pada 1 Disember 2016 dan berakhir pada 31 Disember 2016 (“Tempoh Peraduan”). Peraduan ini hanya di ambilkira pada hari bekerja sahaja. Penyertaan yang diterima pada hari minggu akan di ambilkira pada hari bekerja yang seterusnya. Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan tidak layak menyertai Peraduan.

Penganjur berhak mengubah, melanjutkan, menggantung atau menamatkan Peraduan menurut budi bicara tunggalnya atau jika Penganjur tidak menerima bilangan penyertaan layak yang cukup atau jika Peraduan tidak dapat diteruskan atas apa jua sebab. Penamatan atau penggantungan tersebut tidak akan membangkitkan apa-apa tuntutan oleh Peserta. Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten atau percanggahan, Terma-terma dan Syarat-syarat Peraduan juga boleh didapati di laman sesawang

http://RexonaClearKuasaiKesegaran.ULMcontest.com

KELAYAKAN
1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas (pada tarikh penyertaan dalam peraduan ini) dengan Kad Pengenalan Malaysia yang sah. Sekiranya Peserta berumur di bawah 18 tahun pada tarikh penyertaan, Peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaganya sebelum menyertai Peraduan ini dan apabila diminta oleh Penganjur, hendaklah mengemukakan kebenaran tersebut. Pekerja, pemegang saham, pegawai, pengarah, agen, pengedar dan wakil Penganjur dan setiap daripada syarikat induk, ahli gabungan, bahagian, anak syarikat, agen, wakil dan agensi pengiklanan mereka masing-masing, bersama-sama dengan ahli keluarga terdekat (tidak kira di mana mereka tinggal) dan mereka yang tinggal di kediaman yang sama dengan orang tersebut (sama ada mempunyai kaitan persaudaraan atau tidak), tidak layak menyertai Peraduan.

2. Peserta dikehendaki membeli mana-mana produk REXONA/CLEAR berjumlah RM15 ke atas di dalam satu resit dan mengkepilkan resit asal (“Bukti Pembelian”) kepada borang penyertaan agar berpeluang untuk memenangi Peraduan.

3. Penganjur berhak untuk menyingkirkan mana-mana Peserta yang tidak mematuhi apa-apa Terma dan Syarat Peraduan ini atau jika Penganjur berpendapat bahawa Peserta gagal memenuhi apa-apa kriteria penyertaan Penganjur.

4. Peserta dikehendaki menyimpan resit asal (“Bukti Pembelian”) (bagi penyertaan melalui cara WhatsApp/MMS) agar berpeluang memenangi Peraduan. Penganjur boleh meminta Peserta mengemukakan Bukti Pembelian untuk penebusan hadiah sekiranya peserta dipilih sebagai pemenang.

5. Resit asal (“Bukti Pembelian”) mesti mengandungi maklumat pembelian seperti nama pasaraya, produk, tarikh dan jumlah pembelian yang tertera dengan jelas. Resit yang ditulis/pudar/atau tidak boleh dibaca akan disingkirkan dan Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan resit atau penyertaan yang tidak tulen atau disyaki tidak tulen.

MEKANISME PERADUAN
6. Untuk menyertai Peraduan ini dan agar berpeluang memenanginya, semua Peserta hendaklah membeli mana-mana jenama REXONA/CLEAR yang bernilai minima RM15 di dalam satu (1) resit pembelian dari mana-mana gedung/pasaraya besar/kedai runcit yang mengambil bahagian layak untuk satu (1) penyertaan.

Setiap pembelian minima RM15 (di dalam satu resit pembelian) layak untuk satu (1) penyertaan; manakala setiap nilai resit dalam gandaan RM15 (yang seterusnya) layak untuk satu (1) penyertaan.
Sebagai contoh: resit pembelian produk Unilever yang bernilai/berjumlah RM120 (di dalam satu resit) membolehkan peserta layak untuk lapan (8) penyertaan.

Setiap pembelian yang bernilai (dalam gandaan) RM15 pada mana-mana produk yang mengambil bahagian akan diberi satu (1) mata. Peserta hanya perlu menghantar satu (1) penyertaan (untuk setiap resit pembelian) sahaja walaupun nilainya lebih dari RM15. Pihak penganjur akan mengambil kira jumlah pembelian oleh setiap peserta.

Setiap resit pembelian untuk produk yang mengambil bahagian yang melibatkan perpuluhan sen tidak akan diambil kira.

Sebagai contoh: Resit pembelian produk Unilever yang mengambil bahagian yang berharga RM60.30 akan dikira sebagai empat (4) mata sahaja.

7. Cara 1: Penyertaan melalui Borang Peraduan
Langkah 1.
Beli mana-mana produk REXONA/CLEAR dengan pembelian minima RM15 di dalam satu resit.

Langkah 2.
Isikan jawapan yang betul di ruangan yang disediakan pada borang penyertaan.

Langkah 3.
Isikan butiran peribadi anda dengan lengkap dan hantar borang melalui pos ke alamat yang diberikan. Ambil maklum bahawa setiap borang penyertaan mesti dikepilkan bersama resit asal daripadi pasaraya di mana pembelian tersebut telah dibuat.

Salinan fotostat borang penyertaan diterima. Salinan fotostat resit tidak akan diterima.

8. Cara 2: Penyertaan melalui WhatsApp/MMS

 

  • Untuk penyerahan penyertaan melalui aplikasi WhatsApp / MMS, para Peserta mestilah menghantar penyertaan seperti berikut:Di dalam satu mesej, lampirkan A) Gambar penuh resit pembelian menunjukkan produk REXONA / CLEAR B) Jawapan kepada soalan peraduan
  • Hantar penyertaan anda melalui telefon pintar menggunakan aplikasi WhatsApp / MMS ke nombor 011 2629 2160
  • Peserta akan mendapat balasan mesej melalui aplikasi WhatsApp dalam tempoh 72 jam (hari bekerja).
  • Jawab YA/TIDAK kepada mesej Notis Privasi yang akan diberikan oleh pihak Penganjur dan sertakan butiran peribadi seperti Nama Penuh, No. Kad Pengenalan, Alamat Penuh dan E-Mel.

9. Peserta yang mempunyai jumlah mata terkumpul tertinggi bersama dengan jawapan yang betul kepada soalan yang tertera di dalam borang penyertaan/laman sesawang, akan dipilih sebagai Pemenang Keseluruhan/Harian.

10. Peserta dibenarkan menghantar lebih daripada penyertaan dengan syarat setiap penyertaan haruslah dihantar dengan 1 (satu) resit asal sahaja.

11. Jumlah mata terkumpul hanya terhad dan terpakai ke atas pembelian yang dilakukan di dalam tempoh peraduan sahaja.

12. Sekiranya terdapat jumlah mata/nilai terkumpul yang sama, Pihak Penganjur berhak menghubungi mana-mana peserta yang berkenaan dan bertanyakan soalan-soalan pemutus seri untuk menentukan para pemenang bagi hadiah yang ditawarkan. Para pemenang akan dipilih berdasarkan kepada jawapan yang betul.

13. Penyertaan yang diterima dengan resit yang tidak boleh dibaca/telah pudar/rosak tidak akan layak untuk Peraduan ini.

14. Peserta perlu menyimpan resit asal (sebagain Bukti Pembelian) yang digunakan di dalam Peraduan ini. Peserta dikehendaki untuk menunjukkan Bukti Pembelian asal semasa penebusan hadiah jikalau terpilih sebagai pemenang peraduan.

HADIAH MINGGUAN & PENEBUSAN
Hadiah Utama Peraduan:
Samsung S7 Edge x 4 pemenang

Hadiah Utama Harian:
Casio G Shock GA110 x 2 pemenang setiap hari (44 pemenang keseluruhan)

Hadiah Kedua Harian:
Ray-Ban Wayfarer x 2 pemenang setiap hari (44 pemenang keseluruhan)

Hadiah Ketiga Harian:
Baucar tunai bernilai RM100 x 6 pemenang setiap hari (136 pemenang keseluruhan)

Hadiah Saguhati Harian:
Hamper Rexona Clear bernilai RM50 x 10 pemenang setiap hari (220 pemenang keseluruhan)

Setiap Pemenang yang terpilih hanya berhak memenangi satu (1) Hadiah peraduan sahaja (yang mana nilai yang tertinggi) dan untuk Hadiah Saguhati Harian, pemenang boleh memenangi lebih dari SATU (1) kali.

15. Semua keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat, rayuan atau soalan tidak akan dilayan.

16. Peserta dikehendaki mengemukakan Bukti Identiti semasa atau sebelum penebusan hadiah bagi tujuan penentusahan. Bukti Identiti yang diterima oleh Penganjur adalah dalam bentuk berikut sahaja: Kad Pengenalan/Pasport yang sah. Kegagalan untuk mengemukakan apa-apa Bukti Identiti memberikan hak kepada Penganjur untuk menyingkirkan Peserta/Pemenang.

17. Penganjur akan menghubungi Pemenang melalui butir-butir hubungan atau alamat e-mel yang diberikan semasa proses penghantaran penyertaan. Peserta digalakkan supaya memastikan nombor hubungan mereka adalah aktif, dan untuk sering menyemak akaun e-mel mereka.

18. Sekiranya Peserta tidak dapat dihubungi selepas tiga (3) percubaan selama tiga (3) hari berturut-turut, atau jika berjaya dihubungi, memilih untuk tidak menerima hadiah, Penganjur berhak membatalkan kelayakan Peserta dan menarik balik hadiah, atau Peserta seterusnya yang layak boleh dipilih menurut budi bicara Penganjur.

19. Semua Pemenang hendaklah menuntut hadiah mereka dalam masa tiga puluh (30) hari selepas dimaklumkan oleh Penganjur. Sekiranya Pemenang gagal menuntut hadiah mereka atau gagal mencalonkan wakil dalam tempoh masa yang diperuntukkan, Penganjur berhak menarik balik hadiah atau memberikan hadiah kepada Peserta/Pemenang lain.

20. Pemenang yang memerlukan wakil untuk menuntut hadiah mereka bagi pihak mereka hendaklah memastikan bahawa wakil mengemukakan surat kebenaran yang ditandatangani oleh Pemenang, sesalinan Bukti Identiti Pemenang, dan Bukti Identiti wakil.

21. Penganjur tidak menjamin ketersediaan hadiah dan Penganjur mempunyai budi bicara tunggal dan mutlak untuk menggantikan sebarang hadiah dengan apa-apa hadiah lain yang serupa nilainya seperti yang ditentukan oleh Penganjur, agennya atau penajanya.

22. Semua Hadiah yang diberikan oleh Penganjur dan/atau penaja adalah atas dasar “seadanya” dan diterima oleh Peserta tanpa apa-apa jenis waranti atau jaminan, sama ada nyata atau tersirat. Jika diminta oleh Penganjur, Peserta hendaklah menyempurnakan suratikatan pelepasan dan tanggung rugi dalam bentuk yang ditetapkan oleh Penganjur.

HAK PENGANJUR
23. Peserta bersetuju bahawa semua bahan yang diserahkan oleh Peserta untuk Peraduan ini menjadi kepunyaan Penganjur. Jika berkenaan, hakcipta dan semua hak harta intelek (termasuk hak moral) yang wujud dalam semua bahan termasuk tetapi tidak terhad kepada bahan digital atau bukan digital (contohnya: video dan imej), akan menjadi kepunyaan Penganjur setelah diserahkan.

24. Penganjur berhak menerbitkan dan menggunakan nama, gambar, imej, rakaman audio dan/atau video yang diserahkan oleh Peserta/Pemenang atau terhadap Peserta/Pemenang bagi tujuan pengiklanan, pemasaran, publisiti dan/atau apa-apa tujuan lain, tanpa sebarang notis terdahulu atau pampasan kepada Peserta/Pemenang. Pemenang tidak berhak menuntut pemilikan atau bentuk pampasan lain terhadap bahan tersebut.

25. Sebagai balasan bagi Penganjur menawarkan peluang kepada Peserta untuk menyertai Peraduan, Peserta dengan ini secara tak bersyarat dan dengan tak boleh batal menyetujui dan membenarkan perkara berikut:

Penganjur dibenarkan menggunakan nama, imej, suara dan/atau gambaran yang serupa dengan Peserta bagi tujuan penyuntingan, pengiklanan, promosi, pemasaran dan/atau tujuan lain tanpa notis lanjut atau pampasan.

Jika dikehendaki oleh Penganjur, Peserta hendaklah dengan sukarela menghadiri penerbitan, rakaman atau publisiti mengenai Peraduan bagi sebarang tempoh yang akan dimaklumkan oleh Penganjur (termasuk tetapi tidak terhad kepada wawancara yang dirakamkan atau tidak dirakamkan, pengambilan foto pegun, rakaman audio dan/atau visual bagi penggunaan promosi dan publisiti (secara kolektif “Rakaman”). Semua kos kehadiran dan penyertaan Peserta hendaklah ditanggung semata-mata oleh Peserta dan Penganjur tidak bertanggungjawab membayar balik apa-apa kos, perbelanjaan, gaji atau pampasan kepada Peserta.

Penganjur mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk mengiklankan dan/atau menyiarkan dan/atau mencetak Rakaman dan/atau menggunakan slogan, nama atau nama panggilan di mana-mana program/salurannya atau di mana-mana perantara pun jua, secara keseluruhan atau sebahagian, menurut budi bicara Penganjur. Semua hakcipta yang wujud dalam Rakaman adalah kepunyaan mutlak Penganjur.

Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya, untuk menggunakan dan mengeksploitasi Harta Intelek melalui mana-mana kaedah atau perantara dan dalam apa jua cara dan pada bila-bila masa yang dianggapnya wajar tanpa terlebih dahulu mendapatkan apa-apa kebenaran atau membuat apa-apa pembayaran pun jua kepada Peserta dan/atau pemenang Peraduan dan/atau wakil.
26. Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggalnya, menyingkirkan mana-mana Peserta yang mengganggu mekanisme, sistem, perisian Peraduan atau apa-apa proses lain berkaitan dengan Peraduan ini.

27. Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggalnya, menyingkirkan mana-mana Peserta dan/atau penyertaan yang didapati (menurut budi bicara Penganjur) tidak sopan atau tidak sesuai untuk tatapan umum, atau didapati atau disyaki menipu/menggodam/mengusik proses penyerahan Peraduan, pengendalian Peraduan ini atau melanggar apa-apa Terma dan Syarat Peraduan. Penganjur berhak untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayainya terlibat dalam aktiviti penipuan atau aktiviti lain yang memudaratkan Peraduan, Penganjur atau proses penyerahan Peraduan.

Untuk barca Terma & Syarat Penuh boleh baca DISINI

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?