Peraduan NESTLÉ Breakfast Fair Eksklusif Di TESCO


Kepada pengguna produk NESTLÉ ini ada berita baik untuk anda, dengan pembelian  mana-mana produk NESTLÉ yang turut serta bernilai sekurang-kurangnya  RM30 dalam satu resit KECUALI semua formula bayi NESTLÉ dan semua produk Dolce Gusto, di TESCO yang turut serta anda boleh hantarkan penyertaan dalam peraduan ini.

Penyertaan penghantaran hanya boleh dihantar melalui aplikasi Wassap. Dalam peraduan ini ada 35 Hadiah Utama, 50 Hadiah Pertama dan 75 Hadiah Saguhati.

Kaedah pemilihan pemenang adalah dengan cara no.bersiri yang dibahagi. Kiranya macam lucky drawlah.(untuk lebih detail sila baca dalam terma & Syarat)

Tempoh Peraduan:  24 November 2016 hingga 07 Disember 2016

Cara:

Kriteria Kelayakan dan Penghantaran Penyertaan melalui Aplikasi WhatsApp
1. Untuk menyertai Peraduan, Peserta mesti membeli mana-mana produk NESTLÉ yang turut serta bernilai sekurang-kurangnya Ringgit Malaysia Tiga Puluh [RM30] KECUALI semua formula bayi NESTLÉ dan semua
produk Dolce Gusto, dalam satu resit bercetak dari mana-mana gedung TESCO yang turut serta sepanjang Tempoh Peraduan. Satu resit bercetak TESCO yang asal mesti menunjukkan produk NESTLÉ turut serta yang dibeli, dengan jumlah pembelian, nama gedung, nombor resit dan tarikh pembelian dinyatakan dengan jelas pada resit bercetak [“BP”].

2. Semua penyertaan Peraduan mesti dikemukakan/dihantar melalui aplikasi WhatsApp dari mana-mana talian mudah alih tempatan yang berdaftar ke 014-9823695, iaitu talian telefon khas yang disediakan oleh Penganjur untuk menerima penyataan yang dihantar oleh Peserta.

3. Setiap penyertaan Peraduan mesti mengandungi kod penting – NESTLE, diikuti dengan [#], nombor resit TESCO (nombor 16 angka penuh yang ditunjukkan di bahagian bawah resit TESCO), diikuti dengan [#], nama penuh, diikuti dengan [#], nombor kad pengenalan diikuti dengan [#], jumlah pembelian produk NESTLÉ

[“Butir-Butir Dikehendaki”].
Butir-Butir Dikehendaki mesti ditaip dalam satu (1) baris dan dikemukakan/dihantar melalui WhatsApp ke 014-9823695.

Contoh WhatsApp:

NESTLE#0504601817239603#LEE AH MOY#970101015202#RM32.60

Memandangkan 014-9823695 adalah talian khas yang disediakan oleh Penganjur, TIADA perakuan penerimaan akan dihantar oleh Penganjur berkaitan semua penyertaan yang dikemukakan/dihantar oleh Peserta kepada Penganjur melalui WhatsApp.

4. Setiap BP layak untuk satu [1] penyertaan WhatsApp sahaja. Peserta tidak dibenarkan mengemukakan/menghantar lebih daripada satu [1] penyertaan WhatsApp dengan BP yang sama kepada Penganjur. Penganjur berhak untuk membatalkan dan/atau menolak penyertaan WhatsApp dengan:

  • [a] BP yang dikemukakan adalah salinan, tidak betul, tidak jelas, koyak atau rosak; dan/atau
  • [b] Butir-Butir Dikehendaki tidak diberikan, tidak lengkap, tidak boleh dibaca, tidak jelas dan/atau tidak
    tepat.

5. Setiap Peserta dikenal pasti dengan Butir-Butir Dikehendaki yang dikemukakan dalam penyertaan WhatsApp.

 

Hadiah

Hadiah UTAMA x35: Setiap Pemenang Hadiah Utama akan menerima satu set basikal untuk orang dewasa dan kanak-kanakbernilai Ringgit Malaysia Lapan Ratus [RM800].

Hadiah Pertama x50: Setiap Pemenang Hadiah Pertama akan menerima satu set skuter untuk orang dewasa dan kanak-kanak bernilai Ringgit Malaysia Empat Ratus [RM400].

Hadiah Saguhati x75:Setiap Pemenang Hadiah Sagu Hati akan menerima barangan peralatan elektrik bernilai Ringgit Malaysia Dua Ratus [RM200].

Syarat & Peraturan Peraduan

Penganjur & Kelayakan
1. PERADUAN NESTLÉ BREAKFAST FAIR EKSKLUSIF DI TESCO [“Peraduan] dianjurkan oleh Nestlé Products Sdn. Bhd. [45229-H] [“Penganjur”] dan dibuka kepada semua penduduk sah Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas pada of 24/11/2016 [setiap seorang dan secara kolektif “Peserta”]. Penganjur berhak untuk meminta dokumen pengenalan sebagai bukti dan untuk tujuan mengesahkan identiti Peserta.

2 Individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:
[a] Kakitangan Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik (dan suami/isteri mereka)]; dan/atau

[b] Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitan masing-masing] dan ahli keluarga terdekat mereka
[suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik (dan suami/isteri mereka)].

3. Penganjur berhak untuk mengecualikan dan/atau membatalkan kelayakan Peserta yang tidak termasuk dalam kategori Peserta dan/atau yang melanggar Syarat dan Peraturan Peraduan.

Tempoh
1.Peraduan akan diadakan dari 24/11/2016 hingga 07/12/2016 [“Tempoh Peraduan”]. Penganjur berhak secara mutlak untuk mengubah, menangguh, menjadualkan semula dan/atau melanjutkan Tempoh Peraduan
dan/atau membatalkan/menamatkan Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu.Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan automatik.

Kriteria Kelayakan dan Penghantaran Penyertaan melalui Aplikasi WhatsApp
1. Untuk menyertai Peraduan, Peserta mesti membeli mana-mana produk NESTLÉ yang turut serta bernilai sekurang-kurangnya Ringgit Malaysia Tiga Puluh [RM30] KECUALI semua formula bayi NESTLÉ dan semua
produk Dolce Gusto, dalam satu resit bercetak dari mana-mana gedung TESCO yang turut serta sepanjang Tempoh Peraduan. Satu resit bercetak TESCO yang asal mesti menunjukkan produk NESTLÉ turut serta yang dibeli, dengan jumlah pembelian, nama gedung, nombor resit dan tarikh pembelian dinyatakan dengan jelas pada resit bercetak [“BP”].

2. Semua penyertaan Peraduan mesti dikemukakan/dihantar melalui aplikasi WhatsApp dari mana-mana talian mudah alih tempatan yang berdaftar ke 014-9823695, iaitu talian telefon khas yang disediakan oleh Penganjur untuk menerima penyataan yang dihantar oleh Peserta.

3. Setiap penyertaan Peraduan mesti mengandungi kod penting – NESTLE, diikuti dengan [#], nombor resit TESCO (nombor 16 angka penuh yang ditunjukkan di bahagian bawah resit TESCO), diikuti dengan [#], nama penuh, diikuti dengan [#], nombor kad pengenalan diikuti dengan [#], jumlah pembelian produk NESTLÉ

[“Butir-Butir Dikehendaki”].
Butir-Butir Dikehendaki mesti ditaip dalam satu (1) baris dan dikemukakan/dihantar melalui WhatsApp ke 014-9823695.

Contoh WhatsApp:

NESTLE#0504601817239603#LEE AH MOY#970101015202#RM32.60

Memandangkan 014-9823695 adalah talian khas yang disediakan oleh Penganjur, TIADA perakuan penerimaan akan dihantar oleh Penganjur berkaitan semua penyertaan yang dikemukakan/dihantar oleh Peserta kepada Penganjur melalui WhatsApp.

4. Setiap BP layak untuk satu [1] penyertaan WhatsApp sahaja. Peserta tidak dibenarkan mengemukakan/menghantar lebih daripada satu [1] penyertaan WhatsApp dengan BP yang sama kepada Penganjur. Penganjur berhak untuk membatalkan dan/atau menolak penyertaan WhatsApp dengan:

[a] BP yang dikemukakan adalah salinan, tidak betul, tidak jelas, koyak atau rosak; dan/atau
[b] Butir-Butir Dikehendaki tidak diberikan, tidak lengkap, tidak boleh dibaca, tidak jelas dan/atau tidak
tepat.

5. Setiap Peserta dikenal pasti dengan Butir-Butir Dikehendaki yang dikemukakan dalam penyertaan WhatsApp.

Hadiah & Proses Pemilihan Pemenang
1. Sepanjang Tempoh Peraduan, Penganjur akan menawarkan tiga puluh lima [35] Hadiah Utama, lima puluh [50] Hadiah Pertama dan tujuh puluh lima [75] Hadiah Sagu Hati.

2. Sebagai sebahagian daripada proses pemilihan mingguan, Penganjur akan memperuntukkan satu [1] nombor bersiri untuk setiap BP yang diterima dan diluluskan oleh Penganjur sebagai penyertaan yang berjaya [setiap satu dan secara kolektif “Penyertaan Layak”]. Satu set nombor bersiri baru akan diperuntukkan untuk Penyertaan Layak mingguan bermula dari nombor bersiri “1”.

3. Nombor bersiri yang diperuntukkan kepada setiap Penyertaan Layak setiap minggu akan disusun kira untuk mendapatkan jumlah bilangan Penyertaan Layak [“Jumlah Penyertaan Layak Mingguan”].

Andainya Jumlah Penyertaan Layak Mingguan bagi satu minggu tertentu dalam Tempoh Peraduan ialah 1889, Penganjur akan mengira dan memilih peserta untuk memenangi hadiah berdasarkan cara berikut:

[a] Pemilihan senarai pendek tiga puluh lima [35] Pemenang Hadiah Utama: 1889 ÷ 35 = 53.97

Oleh sebab pembahagian 1889 dengan 35 akan menghasilkan nombor dengan nilai perpuluhan, nombor 53.97 akan dibulatkan ke bawah kepada 53. Seramai 35 Peserta dengan Penyertaan Layak yang mendapat nombor bersiri berikut akan dipilih sebagai Pemenang Hadiah Utama: 53*, 106*, 159*, 212*, 265, 318, 371, 424 dan seterusnya.

[*contoh pengiraan: 53, 53+53=106, 106+53=159, 159+53=424]

[b] Pemilihan senarai pendek lima puluh [50] Pemenang Hadiah Pertama:
1889 ÷ 50 = 37.78

Oleh sebab pembahagian 1889 dengan 50 akan menghasilkan nombor dengan nilai perpuluhan, nombor 37.78 akan dibulatkan ke bawah kepada 37. Seramai 50 Peserta dengan Penyertaan Layak yang mendapat nombor bersiri berikut akan dipilih sebagai Pemenang Hadiah Pertama: 37*, 74*, 111*, 148*, 185, 222, 259, 296 dan seterusnya.

[*contoh pengiraan: 37, 37+37=74, 74+37=111, 111+37=148].

[c] Pemilihan senarai pendek tujuh puluh lima [75] Pemenang Hadiah Sagu Hati: 1889 ÷ 75 = 25.18

Oleh sebab pembahagian 1889 dengan 75 akan menghasilkan nombor dengan nilai perpuluhan, nombor 25.18 akan dibulatkan ke bawah kepada 25. Seramai 25 Peserta dengan Penyertaan Layak yang mendapat nombor bersiri berikut akan dipilih sebagai Pemenang Hadiah Sagu Hati: 25*,50*, 75*, 100*, 125, 150, 175, 200, 225 dan seterusnya.

[*contoh pengiraan: 25, 25+25=50, 50+25=75, 75+25=100].

4.Penganjur akan menghubungi semua Peserta terpilih melalui nombor hubungan/talian mudah alih yang digunakan untuk menghantar Penyertaan Layak kepada Penganjur. Setiap Peserta terpilih akan ditanya satu [1] soalan untuk dijawab. Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya Peserta terpilih tidak dapat dihubungi atas apa sebab sekalipun.

5.Untuk memenangi hadiah, Peserta terpilih mesti menjawab soalan yang ditanyakan oleh Penganjur dengan betul. Sekiranya Peserta terpilih gagal untuk menjawab soalan dengan betul dan/atau jelas, beliau akan disingkirkan oleh Penganjur. Peserta dengan Penyertaan Layak yang diberi nombor bersiri seterusnya selepas Peserta yang disingkirkan akan menjadi Peserta terpilih berikutnya untuk memenangi hadiah.

6.Setiap Pemenang Hadiah Utama akan menerima satu set basikal untuk orang dewasa dan kanak-kanak bernilai Ringgit Malaysia Lapan Ratus [RM800].

7. Setiap Pemenang Hadiah Pertama akan menerima satu set skuter untuk orang dewasa dan kanak-kanak bernilai Ringgit Malaysia Empat Ratus [RM400].

8.Setiap Pemenang Hadiah Sagu Hati akan menerima barangan peralatan elektrik bernilai Ringgit Malaysia Dua Ratus [RM200].

9.Setiap Peserta hanya layak untuk memenangi satu [1] hadiah sahaja sepanjang Tempoh Peraduan.Jika peserta memenangi dua [2] atau lebih hadiah dengan nilai yang berlainan, maka Peserta hanya layak untuk
memenangi hadiah dengan nilai lebih tinggi.Peserta dengan Penyertaan Layak yang diberi nombor bersiri seterusnya selepas Peserta dengan kemenangan berulang akan menjadi Peserta terpilih berikutnya untuk
memenangi hadiah dengan nilai lebih rendah.

10.Penganjur berhak untuk meminta bukti BP untuk pengesahan. Peserta MESTI menyimpan BP asal yang dikemukakan dalam Penyertaan Layak untuk tujuan pengesahan dan penebusan hadiah. Kegagalan untuk
menunjukkan BP apabila diminta oleh Penganjur akan mengakibatkan pembatalan kelayakan dan hadiah.

Liabiliti dan Tanggungjawab
1.Pemenang mesti mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak yang mengatur dan/atau menyediakan semua Hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama semua Hadiah berkenaan,
jika ada. Hadiah yang hilang dan/atau rosak semasa proses penghantaran tidak akan diganti dan Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang dan semua liabiliti yang timbul dan tidak bertanggungjawab untuk menggantikan hadiah yang hilang dan/atau rosak.

2.Senarai pemenang akan diumumkan di laman web Penganjur [www.nestle.com.my].

3.Pemenang dan/atau waris mereka hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan [termasuk kehilangan nyawa] akibat mengambil bahagian dalam Acara Peraduan, menuntut dan/atau menggunakan Hadiah dan bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur
daripada sebarang liabiliti.

4.Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk menyertai Peraduan dan menuntut Hadiah adalah tanggungjawab Pemenang
sepenuhnya.

5.Penganjur juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan, kegagalan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau
kemusnahan, capaian tanpa izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telefon, laman web, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem, peranti, perisian, kegagalan e-mel atau penerimaan penyertaan disebabkan oleh masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di internet atau perkhidmatan telekomunikasi.

Hak Penganjur
1.Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menyemak dan mengubah proses pemilihan Pemenang Hadiah yang terkandung di dalam ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Keputusan pengadil adalah muktamad dan tiada surat-menyurat akan dilayan selepas itu.

2.Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya, menggantikan mana-mana Hadiah dengan hadiah lain yang senilai dengannya, pada bila-bila masa, tanpa memberi notis terlebih dahulu. Hadiah tidak boleh dipindah milik dan semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, kredit, barangan lain atau baucar, sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya.

3.Dengan menyertai Peraduan ini, semua Peserta bersetuju dan memperakui bahawa semua hak milik intelektual padanya menjadi milik Penganjur dan setiap Peserta membenarkan Penganjur mengumpul, menggunakan, memproses dan/atau mendedahkan mana-mana dan semua maklumat peribadi Peserta termasuk tanpa terhad kepada nama, gambar atau imej Peserta untuk tujuan Peraduan, termasuk aktiviti
pengiklanan, publisiti, pemasaran dan promosi yang dijalankan dengan cara yang dianggap sesuai oleh Penganjur, dalam mana-mana media dan tanpa pampasan, pemberitahuan atau kebenaran tambahan, dan
sebarang aktiviti sampingan lain yang berkaitan dengan Peraduan. Pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.

4.Penganjur berhak menggunakan budi bicara mutlaknya untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peserta yang didapati atau disyaki membega proses penghantaran penyertaan Peraduan atau pengendalian Peraduan dan Penganjur berhak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana individu yang dipercayai melakukan aktiviti penipuan atau aktiviti lain yang menjejaskan Penebusan.

5.Penganjur berhak untuk meminda, menggantung atau membatalkan Peraduan sekiranya Penganjur tidak dapat mengendalikan Peraduan seperti yang dirancang termasuk tetapi tidak terhad kepada campur tangan tidak sah, penipuan, kegagalan teknikal atau sebarang sebab lain di luar kawalan Penganjur, walaupun dengan usaha terbaik Penganjur.

Notis Privasi

1. Dengan menyertai Peraduan, anda telah bersetuju Nestlé Products Sdn. Bhd. dan mana-mana syarikat pegangan, subsidiari atau berkaitannya sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965 (“Kumpulan Nestlé Malaysia”) dan pembekal-pembekal perkhidmatan, ejen-ejen dan kontraktor-kontraktor yang memberikan sokongan pentadbiran dan perniagaan kepada kami dan bertindak bagi pihak kami (“Pihak-Pihak Ketiga Lantikan”) (secara kolektif “Penganjur” atau “kami”) untuk memproses maklumat peribadi anda yang dikemukakan dalam borang penyertaan bagi tujuan Peraduan. Ini termasuk mendedahkan nama anda kepada masyarakat umum apabila anda menjadi pemenang dalam sesuatu pertandingan atau menyertai acara kami dengan menerbitkan nama, gambar-gambar dan lain-lain maklumat peribadi anda tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.

2. Penganjur juga boleh menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan menghubungi dan menghantar maklumat atau bahan-bahan pemasaran dan promosi mengenai produk kami, perkhidmatan, apa-apa promosi, acara atau pertandingan yang dianjurkan oleh Penganjur. Sila nyatakan pilihan anda pada borang sekiranya anda bersetuju kepada penggunaan maklumat peribadi anda bagi tujuan ini.

3. Sekiranya anda bersetuju untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadi seseorang yang anda berhasrat untuk merujuk kepada Penganjur, anda mengakui bahawa anda telah mendapatkan persetujuan daripada individu tersebut untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadinya kepada kami dan untuk
dihubungi oleh kami.

4. Berkenaan dengan golongan bawah umur atau individu-individu yang tidak layak di bawah undang-undang untuk memberi kebenaran, anda mengesahkan bahawa mereka telah melantik anda untuk bertindak bagi
pihak mereka dan untuk bersetuju bagi pihak mereka kepada pemprosesan maklumat peribadi mereka selaras dengan Notis Privasi ini.

5. Pada masa tertentu Penganjur mungkin melantik Pihak-Pihak Ketiga Lantikan untuk memproses maklumat peribadi anda. Semua Pihak-Pihak Ketiga Lantikan adalah terikat secara kontrak untuk mengambil langkahlangkah
yang sewajarnya untuk menyimpan maklumat dengan selamat dan tidak menggunakan maklumat peribadi anda dalam apa jua cara selain daripada yang dinyatakan di sini dan dalam Dasar Privasi kami di http://www.nestle.com.my/info/privacy_policy.

6. Pihak Penganjur adalah sebuah syarikat global dan maklumat peribadi anda mungkin akan dipindahkan merentasi sempadan. Penganjur akan memastikan bahawa data anda hanya akan dipindahkan ke negara yang mempunyai tahap undang-undang perlindungan data yang sama atau setara, seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi kami di http://www.nestle.com.my/info/privacy_policy.

7. Setakat mana undang-undang terpakai membenarkan, anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada, meminta salinan, meminta untuk mengemaskini atau membetulkan, data peribadi anda yang disimpan oleh kami. Semua permintaan atau pertanyaan bertulis anda hendaklah dialamatkan kepada: Nestlé Products Sdn. Bhd., 22-1, Tingkat 22, Menara Surian, No. 1, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor. Atau Borang Web : https://www.nestle.com.my/contactus. Atau Hubungi kami : 1-800-88-3433.

8. Sila ambil perhatian bahawa Penganjur memerlukan maklumat peribadi anda untuk memproses penyertaan
anda dalam Peraduan, dan tanpa maklumat yang diperlukan, kami tidak akan dapat memproses permohonan
anda.

9. Untuk penerangan terperinci mengenai amalan privasi kami, sila rujuk kepada Dasar Privasi kami di http://www.nestle.com.my/info/privacy_policy. Kami berhak untuk mengemaskini dan meminda Notis Privasi ini atau Dasar Privasi kami dari semasa ke semasa.

Terma dan Syarat
1.Gambar Hadiah yang ditunjukkan pada borang Penyertaan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza daripada barangan sebenar. Harga yang ditunjukkan adalah betul pada tarikh percetakan.

2.Syarat dan Peraturan Peraduan disediakan dalam beberapa bahasa. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara mana-mana versi Syarat dan Peraturan Peraduan, versi Bahasa Inggeris yang dipaparkan di laman web Penganjur hendaklah diguna pakai.

3.Syarat dan Peraturan Peraduan dan kaedah penyertaan Peraduan boleh dipinda dari masa ke masa dan akan diguna pakai berbanding sebarang peruntukan atau pernyataan yang terkandung dalam mana-mana bahan
promosi atau pengiklanan lain bagi Peraduan. Peserta amat dinasihatkan supaya melayari laman web Penganjur dari masa ke masa untuk memastikan mereka menyedari sebarang perkembangan dan perubahan
yang dibuat.

4.Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Syarat dan Peraturan, serta keputusan Penganjur.

 

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?