Peraduan Sunquick Fruitilicious


Peraduan Sunquick Fruitilicious ini sesuai disertai oleh pengguna produk atau penggemar minuman Sunquick.

Dengan pembelian satu botol Sunquick 840ml, sebarang perisa atau Sunquick Gold 840ml, sebarang perisa anda boleh hantarkan penyertaan dalam peraduan ini.

Untuk menghantar penyertaan, anda dikehendaki untuk melampirkan resit pembelian asal bersama borang penyertaan sebagai bukti pembelian.

Penyertaan hanya boleh dihantar melalui pos biasa sahaja.Kalau hantar menggunakan pos laju atau kurier, penyertaan anda akan dibatalkan.

Dan borang peraduan juga boleh dimasukkan dalam sampul surat jika anda susah nak gamkan borang tu.

Dalam peraduan ini ada 2 kategori hadiah iaitu hadiah mingguan dan hadiah Utama.

Pemenang pula ditentukan dengan kaedah pemilihan rawak berkomputer. kiranya macam ‘lucky draw’ lah. Walaupun hantar satu penyertaan peluang nak menang hadiah tu tetap ada.

Jadi jika anda ada beli produk yang dinyatakan tu dalam tempoh peraduan bolehlah hantarkan penyertaan dalam peraduan ini.Mana tau ada rezeki termenang hadiah pulak nanti bak kata pepatah ” tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu”.

Tempoh Peraduan: 15 November 2016 hingga 31 Disember 2016

p/s Nasihat dari eMenang: jangan beli semata-mata untuk join peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa selain membazir duit. Beli jika anda memang ada keperluan untuk beli.

Cara:

a. Dengan pembelian sebarang Produk jenama Sunquick yang turut serta dari kedai-kedai yang mengambil bahagian dalam Peraduan ini anda boleh hantarkan penyertaan. Setiap botol Produk jenama Sunquick (840ml) yang turut serta melayakkan peserta kepada satu (1) penyertaan Peraduan.

Produk yang mengambil bahagaian:

  • Sunquick 840ml  sebarang perisa
  • Sunquick Gold 840ml sebarang perisa

b. Kira jumlah buah oren pada gambar yang terdapat pada borang penyertaan dan tulis jawapan yang betul.

aah

c. Lengkapkan borang penyertaan dan lampirkan resit asal bercetak sebagai bukti pembelian.

d. Hantar borang penyertaan secara pos biasa ke: Peraduan Sunquick Fruitilicious, Peti Surat 3186, 47507 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

e. Salinan fotostat borang penyertaan adalah dibenarkan. Peserta boleh menghantar dalam satu (1) sampul surat seberapa banyak penyertaan yang disertakan dengan bukti pembelian yang ditetapkan.

f. Bukti kiriman borang penyertaan tidak akan dianggap sebagai bukti penerimaan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas penyertaan yang hilang, lewat atau tersilap alamat.

g. Penyertaan-penyertaan yang diterima melalui perkhidmatan kurier, penghantaran ekspres, penghantaran berdaftar dan/atau sebarang kaedah penghantaran yang lain selain daripada yang dinyatakan akan dibatalkan secara automatik.

h. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan peserta secara automatik bagi sebarang penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak dan lewat atau penyertaan tanpa resit yang betul atau sah.

i. Hanya resit-resit bercetak asal akan diterima. Salinan resit, resit cetak semula dan resit bertulis tidak akan diterima. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan resit-resit yang sukar dibaca, rosak dan diubah.

Untuk isi borang peraduan boleh download dan print dari SINI atau dapatkan dari kedai atau pasaraya berhampiran anda.

Hadiah

hadiah-sunquick-banner

Hadiah-hadiah Peraduan:

  • Hadiah Utama x 1: Pakej percutian ke Jepun untuk 4 orang termasuk wang perbelanjaan.
  • Hadiah Pertama x 5: Wang tunai RM5,000 setiap satu.
  • Hadiah Kedua x 10: Wang tunai RM2,500 setiap satu.
  • Hadiah Ketiga x 30: Wang tunai RM1,000 setiap satu.
  • Hadiah Sagu Hati x 120: Wang tunai RM500 setiap satu.

Hadiah Mingguan x 700: Wang tunai RM100 setiap satu.

Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) Hadiah Mingguan dan satu (1) Hadiah Terutama sepanjang Tempoh Peraduan.

Terma & Syarat

1. Peraduan Sunquick Fruitilicious akan berlangsung dari 15 November 2016 hingga 31 Disember 2016 (“Tempoh Peraduan”). Barkath CO-RO Manufacturing Sdn. Bhd. (251079-P) (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik. Peraduan ini akan diadakan selama 7 minggu dan tempoh minggu peraduan adalah seperti berikut (“Minggu Peraduan”):

  • Minggu Peraduan 1: 15 November 2016 – 20 November 2016
  • Minggu Peraduan 2: 21 November 2016 – 27 November 2016
  • Minggu Peraduan 3: 28 November 2016 – 04 Disember 2016
  • Minggu Peraduan 4: 05 Disember 2016 – 11 Disember 2016
  • Minggu Peraduan 5: 12 Disember 2016 – 18 Disember 2016
  • Minggu Peraduan 6: 19 Disember 2016 – 25 Disember 2016
  • Minggu Peraduan 7: 26 Disember 2016 – 31 Disember 2016

2. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada 15 November 2016), kecuali kakitangan Penganjur dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat gabungan dan/atau berkaitan,pengedar-pengedar, agensi-agensi pengiklanan dan promosi pihak Penganjur.

3. Produk jenama Sunquick yang turut serta dalam Peraduan ini adalah Sunquick 840ml, sebarang perisa dan Sunquick Gold 840ml, sebarang perisa (“Produk jenama Sunquick yang turut serta”).

4. Cara penyertaan:
a. Beli sebarang Produk jenama Sunquick yang turut serta dari kedai-kedai yang mengambil bahagian dalam Peraduan ini. Setiap botol Produk jenama Sunquick (840ml) yang turut serta melayakkan peserta kepada satu (1) penyertaan Peraduan.

b. Kira jumlah buah oren pada gambar yang terdapat pada borang penyertaan dan tulis jawapan yang betul.

c. Lengkapkan borang penyertaan dan lampirkan resit asal bercetak sebagai bukti pembelian.

d. Hantar borang penyertaan secara pos biasa ke: Peraduan Sunquick Fruitilicious, Peti Surat 3186, 47507 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

e. Salinan fotostat borang penyertaan adalah dibenarkan. Peserta boleh menghantar dalam satu (1) sampul surat seberapa banyak penyertaan yang disertakan dengan bukti pembelian yang ditetapkan.

f. Bukti kiriman borang penyertaan tidak akan dianggap sebagai bukti penerimaan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas penyertaan yang hilang, lewat atau tersilap alamat.

g. Penyertaan-penyertaan yang diterima melalui perkhidmatan kurier, penghantaran ekspres, penghantaran berdaftar dan/atau sebarang kaedah penghantaran yang lain selain daripada yang dinyatakan akan dibatalkan secara automatik.

h. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan peserta secara automatik bagi sebarang penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak dan lewat atau penyertaan tanpa resit yang betul atau sah.

i. Hanya resit-resit bercetak asal akan diterima. Salinan resit, resit cetak semula dan resit bertulis tidak akan diterima. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan resit-resit yang sukar dibaca, rosak dan diubah.

5. Cara pemilihan pemenang:
a. Hadiah Mingguan x 100 pemenang x 7 minggu:

i. Pemenang-pemenang Hadiah Mingguan akan ditentukan dengan cara pemilihan rawak berkomputer daripada semua penyertaan layak yang diterima sepanjang setiap Minggu Peraduan.

b.Hadiah Terutama:

  • Hadiah Utama x 1,
  • Hadiah Pertama x 5,
  • Hadiah Kedua x 10,
  • Hadiah Ketiga x 30 dan
  • Hadiah Sagu Hati x 120:

i. Pemenang-pemenang Hadiah Terutama akan ditentukan dengan cara pemilihan rawak berkomputer daripada semua penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan.

c. Para pemenang yang layak akan dihubungi melalui telefon dan dikehendaki menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang. Sekiranya peserta gagal menjawab soalan dengan betul, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang. Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, tiga (3) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh 24 jam yang berikutnya selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, kelayakan peserta akan dibatalkan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.

6. Hadiah-hadiah Peraduan:
a. Hadiah Utama x 1: Pakej percutian ke Jepun untuk 4 orang termasuk wang perbelanjaan.

b. Hadiah Pertama x 5: Wang tunai RM5,000 setiap satu.

c. Hadiah Kedua x 10: Wang tunai RM2,500 setiap satu.

d. Hadiah Ketiga x 30: Wang tunai RM1,000 setiap satu.

e. Hadiah Sagu Hati x 120: Wang tunai RM500 setiap satu.

f. Hadiah Mingguan x 700: Wang tunai RM100 setiap satu.

g. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) Hadiah Mingguan dan satu (1) Hadiah Terutama sepanjang Tempoh Peraduan.

h. Kesemua hadiah mestilah dituntut oleh pemenang atas perbelanjaan sendiri dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh pemberitahuan. Semua hadiah yang gagal dituntut dua (2) bulan selepas tarikh pemberitahuan akan dilupuskan oleh pihak Penganjur.

i. Peserta dikehendaki untuk mengemukakan bukti pengenalan diri dalam bentuk Kad Pengenalan Malaysia sebelum penuntutan hadiah sebagai pengesahan. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan peserta/pemenang atas kegagalan dalam mengemukakan bukti pengenalan diri. j. Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menggantikan hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang lebih kurang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, dikembalikan atau ditukar dalam apa jua bentuk lain atas apa jua sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan. Semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’.

7. Para peserta akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan di dalam Peraduan ini.

8. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur.

9. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan anda. Maklumat ini disimpan oleh pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan anda. Dengan mengemukakan maklumat peribadi anda, kami menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada pihak Penganjur dan/atau agen-agen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini bagi tujuan pemasaran dan promosi yang terkini dan di masa hadapan serta untuk menambahbaikan produk-produk dan perkhidmatannya. Sekiranya anda memaklumkan pihak Penganjur melalui talian pelanggannya di 1 800 88 8332 bahawa maklumat tersebut tidak patut digunakan sebagai asas untuk hubungan seterusnya, pihak Penganjur akan menghormati permintaan anda. Maklumat anda tidak akan diberi atau dikongsi dengan syarikat-syarikat/rakan-rakan lain untuk kegunaan bebas mereka.

10. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta harus bersetuju untuk mematuhi Syarat dan Peraturan rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan pihak Penganjur.

11. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai Syarat dan Peraturan ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan para peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.

12. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

Untuk isi borang peraduan boleh download dan print dari SINI atau dapatkan dari kedai atau pasaraya berhampiran anda.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh tanya DISINI

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?