Peraduan ‘ Milky Toy Sweep’ Dutch Lady


eMenang agak kurang faham, bagaimana pemenang dipilih, jadi tak dapatlah menerangkan secara detail. Kalau anda beli produk yang dinyatakan join je lah.. kalau tak ada beli tak payah join..

Untuk detail boleh baca dalam terma dan syarat atau cal tanya no tel ni: talian pelanggannya di 1-800-88-1191.

Tempoh peraduan dari 1 November 2016 hingga 31 Disember 2016

Cara

dlcara

Hadiah

hhadiah

Terma & Syarat

1. Peraduan ‘Milky Toy Sweep’ Dutch Lady akan berlangsung dari 1 November 2016 hingga 31 Disember 2016 (“Tempoh Peraduan”). Dutch Lady Milk Industries Berhad (5063-V) (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.

Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

2. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada 1 November 2016), yang merupakan ibu/bapa atau penjaga sah kepada kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur dari 1 hingga 7 tahun pada tahun 2016 (mengikut tahun lahir kanak-kanak) (“Kanak-kanak”), kecuali kakitangan Penganjur dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikatsyarikat gabungan dan/atau berkaitan, pengedar-pengedar, agensi-agensi pengiklanan dan promosi pihak Penganjur.

3. Produk-produk Dutch Lady yang turut serta dalam Peraduan ini adalah pek blister Susu UHT Dutch Lady Milky 125ml, sebarang varian (“Pek blister Susu UHT Dutch Lady Milky 125ml yang turut serta”).

4. Pasar raya yang turut serta daam Peraduan ini adalah AEON, Giant dan Tesco, manakala kedai yang turut serta adalah Hamley’s Malaysia (“Kedai yang turut serta”).

5. Cara penyertaan:
a. Beli mana-mana tiga (3) Pek blister Susu UHT Dutch Lady Milky 125ml yang turut serta dalam resit tunggal dari mana-mana Kedai yang turut serta. Setiap pembelian tiga (3) Pek blister Susu UHT Dutch Lady Milky 125ml yang turut serta dalam resit tunggal melayakkan peserta kepada satu (1) penyertaan peraduan. Sebagai contoh, untuk pembelian sembilan (9) Pek blister Susu UHT Dutch Lady Milky 125ml yang turut serta dalam resit tunggal, peserta hanya perlu menghantar satu (1) borang penyertaan, dan akan diberikan tiga (3) penyertaan Peraduan secara automatik.

b. Jawab satu soalan: “Terdapat 5 Hadiah Utama untuk dimenangi dalam
Peraduan ini. Betul/Salah.”

c. Lengkapkan borang penyertaan dan lampirkan resit tunggal asal bertarikh dalam Tempoh Peraduan sebagai bukti pembelian.

d. Hantar penyertaan melalui pos biasa ke: Peraduan ‘Milky Toy Sweep’
Dutch Lady, Peti Surat 3203, 47507 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

e. Salinan fotostat borang penyertaan adalah dibenarkan. Peserta boleh menghantar dalam satu (1) sampul surat seberapa banyak penyertaan yang disertakan dengan bukti pembelian yang ditetapkan.

f. Bukti kiriman borang penyertaan tidak akan dianggap sebagai bukti
penerimaan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas penyertaan yang hilang, lewat atau tersilap alamat.

g. Penyertaan-penyertaan yang diterima melalui perkhidmatan kurier,
penghantaran ekspres, penghantaran berdaftar dan/atau sebarang kaedah
penghantaran yang lain selain daripada yang dinyatakan akan dibatalkan secara automatik.

h. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan peserta secara automatik bagi sebarang penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak dan lewat atau penyertaan tanpa kod bar yang betul atau sah.

6. Cara pemilihan pemenang (Hadiah Utama x 5, Hadiah Pertama x 20 dan Hadiah Kedua x 30):

a. Para pemenang yang layak akan ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dan dibahagikan dengan 55.5, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 11,105 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 55.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah, iaitu 200. Maka penyertaan layak ke-200, ke-400, ke-600 dan seterusnya akan disenarai pendekkan.

Lima puluh lima (55) penyertaan yang disenarai pendekkan akan
dibahagikan kepada lima (5) set yang mengandungi sebelas (11)
penyertaan dalam setiap set yang disenarai pendekkan mengikut turutan.

Untuk setiap set, penyertaan pertama yang disenarai pendekkan akan berpeluang memenangi Hadiah Utama, empat (4) penyertaaan seterusnya yang disenarai pendekkan akan berpeluang memenangi Hadiah Pertama setiap satu, manakala enam (6) penyertaaan berikut yang disenarai pendekkan akan berpeluang memenangi Hadiah Kedua setiap satu. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan layak seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang gantian, sebagai contoh, pemenang gantian untuk penyertaan layak ke-200 adalah penyertaan layak ke-199.

b. Para pemenang yang layak akan dihubungi melalui telefon dan
dikehendaki menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan
sebagai pemenang. Sekiranya peserta gagal menjawab soalan dengan
betul, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan
memilih peserta seterusnya sebagai pemenang. Sekiranya peserta tidak
dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab
telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, tiga (3) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh 24 jam yang berikutnya selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, kelayakan peserta akan dibatalkan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.

7. Hadiah-hadiah Peraduan:
a. Hadiah Utama x 5: Dutch Lady ‘Milky Toy Sweep’ setiap satu.

i. Semua pemenang dikehendaki untuk menghadiri acara ‘Toy
Sweep’ di Lembah Klang pada tarikh, masa dan lokasi yang ditetapkan oleh pihak Penganjur.

Setiap Kanak-kanak mesti diiringi oleh seorang (1) ibu/bapa atau penjaga sah sepanjang tempoh acara ‘Toy Sweep’ tersebut. Syarat dan peraturan acara ‘Toy Sweep’ hanya akan dimaklumkan kepada para pemenang pada hari acara.

Semua pemenang mesti mematuhi syarat dan peraturan acara ‘Toy Sweep’ dan menandatangani surat pelepasan dengan pihak Penganjur, dan sekiranya gagal, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan pemenang tersebut.

b. Hadiah Pertama x 20: Mainan Marvel/Frozen bernilai RM450.00 setiap
satu.

c. Hadiah Kedua x 30: Mainan Marvel/Frozen bernilai RM250.00 setiap
satu.

d. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah sepanjang

Tempoh Peraduan.
e. Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk
menggantikan hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang lebih kurang sama
nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, dikembalikan atau ditukar dalam apa jua bentuk lain atas apa jua sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan. Semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’.

8. Para peserta akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan di dalam Peraduan ini dan daripada penebusan dan penggunaan hadiah-hadiah.

9. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan pihak Penganjur dan/atau syarikat-syarikat gabungan berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar peserta dan pemenang (termasuk tetapi tidak terhad kepada Hadiah Utama) serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur.

10. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan peserta. Maklumat ini disimpan oleh pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan peserta.
Dengan mengemukakan maklumat peribadi peserta, pihak Penganjur menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada pihak Penganjur dan/atau agen-agen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini bagi tujuan pemasaran dan promosi yang terkini dan di masa hadapan serta untuk menambahbaikan produk-produk dan perkhidmatannya. Sekiranya peserta memaklumkan pihak Penganjur melalui talian pelanggannya di 1-800-88-1191 atau di dutchladycareline@frieslandcampina.com bahawa maklumat tersebut tidak patut digunakan sebagai asas untuk hubungan seterusnya, pihak Penganjur akan menghormati permintaan peserta. Maklumat peserta tidak akan diberi atau dikongsi dengan syarikat-syarikat/rakan-rakan lain untuk kegunaan bebas mereka.

Untuk Notis Perlindungan Data Peribadi Pelanggan lengkap pihak Penganjur, sila rujuk laman web pihak Penganjur di www.dutchlady.com.my.

11. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta harus bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan pihak Penganjur.

12. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai Terma dan Syarat ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan para peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.

13. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

14. Terma dan Syarat Peraduan disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris (internet) akan diguna pakai.

15. Peraduan ini tidak diendors atau dikendalikan oleh syarikat The Walt Disney Company atau syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya.

sumber

Borang Peraduan


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?