Perodua sekarang ini sedang mengadakan peraduan Perodua Test Drive & Win Contest.
Dengan Test Drive sebarang jenis model kereta Perodua di Showroom dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2016 anda layak untuk sertai peraduan ini.
Setiap sesi Test Drive anda layak 1 entri.
Atau jika anda daftar dan beli kereta Perodua dalam tempoh peraduan, anda juga boleh sertai peraduan ini.
Dalam peraduan ini ada hadiah Bulanan dan hadiah Utama. Hadiah bulanan ada 10 pemenang setiap bulan manakala Hadiah Utama ada 1 pemenang sahaja.
Cara pemilihan pemenang, eMenang kurang jelas bagaimana kaedahnya. eMenang rasa pemilihan pemenang dipilih secara cabutan bertuah. Tapi untuk lebih kepastian boleh telefon talian ini 1800-88-6600.