Peraduan Sunquick Balas & Kias Pantun


Anda pandai berpantun? Sertai Peraduan Sunquick Balas & Kias Pantun untuk berpeluang memenangi hadiah baucar barangan kemas Habib bernilai RM1000.

Dalam peraduan ini ada 30 pemenang keseluruhan. 6 Pemenang akan dipilih setiap minggu.

Hadiah dan Cara Pemilihan pemenang:

a. Tiga puluh (30) Pemenang akan dipilih oleh Penganjur berdasarkan pantun yang paling kreatif dan asli.
b. Pemilihan pantun juga akan dipilih berdasarkan kriteria dari segi gaya/lenggok bahasa, irama dan detik istimewa yang dikongsi yang akan diadili oleh Penulis/Pengarang Bebas, Baharudin C.D dengan persetujuan akhir daripada Agensi dan Penganjur.
e. Enam (6) Pemenang Peraduan ini akan diumumkan di laman Facebook Penganjur pada setiap minggu selama lima (5) minggu berturut-turut. Penganjur berhak untuk menggunakan sebarang kaedah atau medium lain yang sesuai atas budi bicaranya sendiri bagi tujuan mengumumkan Pemenang Peraduan ini.
f. Setiap Peserta hanya layak memenangi satu (1) baucar iaitu satu (1) kali sahaja bagi Peraduan ini.
g. Setiap Pemenang terpilih akan menerima baucar barangan kemas Habib bernilai RM1000 setiap satu (1) iaitu sebanyak tiga puluh (30) baucar akan diberikan dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM30,000.

6 Pemenang Minggu Pertama: sumber

1pantun

2pantun

Pantun Sharifah Noridayu ada ‘Isu’ sikit berkenaan dengan detik keemasan, tapi telah dijelaskan berkenaannya dalam ruangan komen DISINI

3pantun

Jika anda minat untuk sertainya, bolehlah hantarkan pantun anda dalam peraduan ini.

Penyertaan adalah Percuma.

Tempoh peraduan: 1 Oktober 2016 hingga 6 November 2016

Cara-Cara

– Peserta perlu membalas pantun yang telah dikemukakan oleh Penganjur di ruangan komen pada kiriman spesifik pantun oleh Penganjur. Kongsian pantun berbalas pada mana-mana kiriman lain akan dianggap tidak sah dan tidak layak dikira sebagai penyertaan.

Sila kirimkan pantun anda ke sini https://goo.gl/JyEizh

– Kongsian pantun berbalas yang dikirim diruangan komen tertakluk pada tarikh spesifik hanya layak dianggap sebagai Peserta bagi minggu spesifik.

– Senarai semak yang diwajibkan dalam setiap penyertaan pantun termasuklah seperti berikut. Penyertaan pantun yang gagal meletakkan kesemua senarai ini tidak akan dipilih sebagai Pemenang kecuali atas sebab tertentu dan/atau dengan persetujuan Penganjur;

  • i. Membalas satu (1) rangkap/empat (4) baris pantun dalam Bahasa Melayu
  • ii. Tidak melebihi dua puluh (20) patah perkataan
  • iii. Menyatakan perkataan “Sunquick” sekurang-kurangnya sekali
  • iv. Menyatakan ‘detik keemasan’ bersama Sunquick yang menjadi kenangan istimewa

Untuk sertainya, Sila kirimkan pantun anda ke sini https://goo.gl/JyEizh

Hadiah

sunquick1

30x Pemenang: baucar barangan kemas Habib bernilai RM1000 setiap pemenang.

Setiap Pemenang terpilih akan menerima baucar barangan kemas Habib bernilai RM1000 setiap satu (1) iaitu sebanyak tiga puluh (30) baucar akan diberikan dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM30,000.

 

Terma & Syarat

Peraduan Sunquick Balas & Kias Pantun
1. Peraduan Sunquick Balas & Kias Pantun akan berlangsung dari 1 Oktober 2016 hingga 6 November 2016 iaitu selama lima (5) minggu (“Tempoh Peraduan”). Barkath CO-RO Manufacturing Sdn. Bhd. (“Penganjur”) berhak untuk mengurangkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

2. Peraduan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas (pada 1 Oktober 2016) kecuali kakitangan serta ahli keluarga terdekat Penganjur, termasuk syarikat, pengedar, agensi pengiklanan dan promosi bersekutu dan/atau berkaitan.
3. Bagaimana untuk sertai: a. Penganjur akan menyediakan satu (1) rangkap pantun yang akan dimuat naik di laman Facebook rasmi Sunquick Malaysia pada 1 Oktober 2016.
b. Peserta perlu membalas pantun yang telah dikemukakan oleh Penganjur di ruangan komen pada kiriman spesifik pantun oleh Penganjur. Kongsian pantun berbalas pada mana-mana kiriman lain akan dianggap tidak sah dan tidak layak dikira sebagai penyertaan.
c. Kongsian pantun berbalas yang dikirim diruangan komen tertakluk pada tarikh spesifik hanya layak dianggap sebagai Peserta bagi minggu spesifik.
d. Senarai semak yang diwajibkan dalam setiap penyertaan pantun termasuklah seperti berikut. Penyertaan pantun yang gagal meletakkan kesemua senarai ini tidak akan dipilih sebagai Pemenang kecuali atas sebab tertentu dan/atau dengan persetujuan Penganjur;

  • i. Membalas satu (1) rangkap/empat (4) baris pantun dalam Bahasa Melayu
  • ii. Tidak melebihi dua puluh (20) patah perkataan
  • iii. Menyatakan perkataan “Sunquick” sekurang-kurangnya sekali
  • iv. Menyatakan ‘detik keemasan’ bersama Sunquick yang menjadi kenangan istimewa

5. Hadiah/Pemilihan pemenang: a. Tiga puluh (30) Pemenang akan dipilih oleh Penganjur berdasarkan pantun yang paling kreatif dan asli.
b. Pemilihan pantun juga akan dipilih berdasarkan kriteria dari segi gaya/lenggok bahasa, irama dan detik istimewa yang dikongsi yang akan diadili oleh Penulis/Pengarang Bebas, Baharudin C.D dengan persetujuan akhir daripada Agensi dan Penganjur.
e. Enam (6) Pemenang Peraduan ini akan diumumkan di laman Facebook Penganjur pada setiap minggu selama lima (5) minggu berturut-turut. Penganjur berhak untuk menggunakan sebarang kaedah atau medium lain yang sesuai atas budi bicaranya sendiri bagi tujuan mengumumkan Pemenang Peraduan ini.
f. Setiap Peserta hanya layak memenangi satu (1) baucar iaitu satu (1) kali sahaja bagi Peraduan ini.
g. Setiap Pemenang terpilih akan menerima baucar barangan kemas Habib bernilai RM1000 setiap satu (1) iaitu sebanyak tiga puluh (30) baucar akan diberikan dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM30,000.

h. Penuntutan hadiah:

  • i. Penganjur akan menghubungi Pemenang melalui akaun Facebook penyertaan bagi tujuan makluman, pengesahan dan butiran peribadi.
  • ii. Hadiah akan dikirim ke alamat yang diberikan oleh Pemenang.
  • iii. Pemenang perlu faks atau emel kad pengenalan kepada Penganjur bagi tujuan pengesahan apabila dihubungi oleh Penganjur.
    Hadiah hanya boleh ditebus dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh pemberitahuan Pemenang tertakluk pada budi bicara Penganjur dan tarikh kemenangan. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya hadiah tidak dapat ditebus dalam tempoh yang tidak dinyatakan.
  • i. Jika Pemenang tidak dapat hadir untuk menuntut, wakil penerima hendaklah membawa salinan kad pengenalan Pemenang sebagai pengesahan.

6. Penganjur dan syarikat yang terlibat dalam Peraduan tidak akan bertanggungjawab dari sebarang segi untuk kelewatan, gangguan atau ketidaksampaian penyertaan dan sebarang kesilapan, peninggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan dalam penghantaran, kegagalan rangkaian komunikasi, kelengkapan komputer, perisian, atau kegagalan disebabkan masalah teknikal atau kesesakan trafik Internet tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang penggunaan akaun pengguna/pelanggan yang tidak diizinkan bagi Peraduan ini.

7. Penganjur mempunyai hak automatik, dalam budi bicaranya sendiri untuk menghapuskan, membatalkan sebarang penyertaan yang tidak lengkap dalam budi bicara Penganjur, tidak sesuai, fitnah, melibatkan plagiarisme, melanggar (atau mungkin melanggar) sebarang hak cipta, tanda dagangan, atau apa-apa hak harta intelektual atau hak proprietari mana-mana entiti, bagi yang masih hidup atau sudah mati (termasuk hak-hak privasi atau publisiti atau gambaran yang palsu).

8. Peserta tidak boleh menggunakan sebarang bahasa yang sensitif yang boleh menyinggung atau kandungan yang berkaitan/berunsurkan hasutan, keganasan dan/atau pengambilan alkohol, elemen untuk merendahkan darjat sesiapa atau sebarang ahli mana-mana kumpulan berdasarkan bangsa, agama, latar belakang etnik, orientasi seksual atau status minoriti lain, menyatakan jenama-jenama lain, gambaran positif bagi minuman kordial pesaing secara am, fitnah atau yang boleh memberikan gambaran buruk terhadap Penganjur secara langsung atau tidak langsung.

9. Penganjur berhak, dengan budi bicaranya sendiri, untuk menukar sebarang hadiah dengan hadiah yang sama nilainya tanpa notis terlebih dahulu. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, dibayar balik atau ditukar kepada sebarang bentuk atas sebarang sebab. Nilai hadiah adalah tepat pada masa cetakan. Semua hadiah diberikan dalam keadaan sedia ada.

10. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dan pemenang bersetuju untuk memberikan informasi peribadi dan Penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama, foto dan/atau video pemenang serta penyertaan untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang pampasan atau notis dan setiap Peserta tidak layak untuk membuat sebarang tuntutan bagi penggunaan penyertaan oleh Penganjur.

11. Dengan menyertai Peraduan ini dan mengemukakan data peribadi anda yang boleh dikenalpasti, Peserta memberikan keizinan kepada pihak Penganjur dan/atau ejen yang diberi kuasa untuk menyimpan, menggunakan dan memproses data peribadi anda bagi menyediakan perkhidmatan atau berkomunikasi dengan anda dan tujuan publisiti, pengiklanan, perdagangan dan/atau promosi pemasaran masa kini dan masa depan dan demi meningkatkan taraf produk dan perkhidmatannya. Data peribadi Peserta ini disimpan dalam cara yang sesuai oleh pihak Penganjur dan digunakan untuk memenuhi permintaan anda, sila rujuk Polisi Privasi

12. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat rasmi serta keputusan Penganjur.

13. Pihak Penganjur berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan atau membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan ini dengan notis secara meletakkan di laman Facebook Sunquick Malaysia, atau dalam apa-apa cara lain yang difikirkan sesuai oleh pihak Penganjur. Para Peserta dianggap telah mengakses laman Facebook Sunquick Malaysia tersebut dan bersetuju dengan apa-apa perubahan atau permindaan kepada terma dan syarat ini. Bagi mengelakkan keraguan, sebarang perubahan Tempoh Peraduan atau pembatalan, penamatan atau penggantungan Peraduan ini oleh pihak Penganjur tidak melayakkan Peserta untuk apa-apa pampasan terhadap pihak Penganjur bagi sebarang dan semua kerugian atau kerosakan yang mungkin dialami atau ditanggung oleh mana-mana Peserta secara langsung atau tidak langsung akibat daripada tindakan perubahan Tempoh Peraduan atau pembatalan, penamatan atau penggantungan.

14. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, setiap Peserta dianggap mengenepikan apa-apa hak yang mungkin ada terhadap pihak Penganjur dan pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejen pihak Penganjur (termasuk tetapi tidak terhad kepada pembekal pihak ketiga yang pihak Penganjur mungkin melantik bagi tujuan Peraduan ini), berkenaan dengan apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya, berkaitan dengan Peraduan dan hadiah-hadiah.

15. Keputusan Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat dan rayuan tidak akan dilayan.

Sila kirimkan pantun anda ke sini https://goo.gl/JyEizh

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?