Peraduan Giant-Dutch Lady


Peraduan Giant-Dutch Lady sesuai disertai oleh mereka yang gemar minum Susu Dutch Lady.

Dengan pembelian 4 Kotak Susu UHT Dutch Lady PureFam 1 Liter (sebarang perisa) dalam satu resit di Pasaraya Giant atau di G Express anda boleh hantarkan penyertaan dalam peraduan ini.

Penyertan dalam peraduan ini boleh dihantar melalui 2 cara iaitu melalui POS biasa atau melalui SMS.

Hanya talian Celcom, Digi, Maxis dan/atau U-Mobile  yang boleh hantar SMS, kalau anda guna talian lain, tak bolehlah hantar guna SmS.

Pemenang dalam peraduan ini ditentukan dengan cara no. bersiri yang dibahagi, kiranya macam ‘Lucky Draw‘ lah.

Ada hadiah Utama dan ada hadiah Mingguan. Sila lihat poster.

 

jl

po

Tempoh Peraduan: 22 September 2016 hingga 2 November 2016

p/s nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk sertai peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa selain membazir duit. Beli kalau anda memang nak minum atau ada keperluan untuk beli (buat kuih, atau buat kek).

12dl

13dl

Hadiah

hadiah-dlg

hjh

Terma dan Syarat

1. Peraduan Bersarapan Dengan Susu No. 1 Dutch Lady akan berlangsung dari 22 September 2016 hingga 2 November 2016 (“Tempoh Peraduan”). Dutch Lady Milk Industries Berhad (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yan diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik. Peraduan ini akan diadakan selama 5 minggu dan tempohnya adalah seperti berikut

(“Minggu Peraduan”):

  • Minggu Peraduan 1: 22 September 2016 – 02 Oktober 2016
  • Minggu Peraduan 2: 03 Oktober 2016 – 09 Oktober 2016
  • Minggu Peraduan 3: 10 Oktober 2016 – 16 Oktober 2016
  • Minggu Peraduan 4: 17 Oktober 2016 – 23 Oktober 2016
  • Minggu Peraduan 5: 24 Oktober 2016 – 02 November 2016

2. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada 22 September 2016) yang merupakan pelanggan prabayar dan/atau pasca bayar Celcom, Digi, Maxis dan/atau U-Mobile kecuali kakitangan Penganjur dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat gabungan dan/atau berkaitan, pengedarpengedar, agensi-agensi pengiklanan dan promosi pihak Penganjur.

3. Produk-produk jenama Dutch Lady yang turut serta dalam Peraduan ini adalah Susu UHT Dutch Lady Purefarm UHT 1L (sebarang variasi) (“Produk jenama Dutch Lady yang turut serta”).

4. Untuk menyertai Peraduan:
a. Para peserta mesti membeli empat (4) Produk jenama Dutch Lady yang turut serta dalam resit tunggal dari mana-mana pasar raya Giant atau kedai GExpress (selepas ini dirujuk sebagai “Giant”) yang turut serta sepanjang
Tempoh Peraduan. Satu (1) resit bercetak tunggal asal tersebut melayakkan
peserta untuk menghantar satu (1) borang penyertaan ATAU satu (1)
penyertaan SMS.
b. Melalui borang penyertaan:
i. Isikan butiran peribadi dan lengkapkan borang penyertaan.
ii. Lampirkan resit tunggal asal Giant (bertarikh dalam Tempoh Peraduan)
dengan pembelian empat (4) Produk jenama Dutch Lady yang turut serta
sebagai bukti pembelian.
iii. Hantar melalui pos biasa ke: Peraduan Bersarapan Dengan Susu No. 1,
Peti Surat 3202, 47507 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
iv. Salinan fotostat borang penyertaan adalah dibenarkan. Peserta boleh
menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap penyertaan mestilah
disertakan dengan bukti pembelian yang ditetapkan.

v. Bukti kiriman borang penyertaan tidak akan dianggap sebagai bukti
penerimaan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas
penyertaan yang hilang, lewat atau tersilap alamat.

vi. Penyertaan-penyertaan yang diterima melalui perkhidmatan kurier,
penghantaran ekspres, penghantaran berdaftar dan/atau sebarang kaedah
penghantaran yang lain selain daripada yang dinyatakan akan dibatalkan
secara automatik.
vii. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan peserta secara automatik
bagi sebarang penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak dan
lewat atau penyertaan tanpa resit yang betul atau sah.
ATAU
c. Melalui SMS:
i. Jawab satu soalan: “Hadiah Utama Peraduan ini adalah dua Ubah Suai
Dapur bernilai RM20,000 setiap satu. Betul/Salah”.

ii. Taip (DLGIANT)(nombor stor Giant 4 digit)(nombor
resit Giant 5 digit)(tarikh resit HHBBTT)(nombor KP 12
digit)(jawapan)(nama) dan SMS ke 36266.
Contoh: DLGIANT 1010 98765 300916 860606145566 Betul Aini
Ahmad
iii. Simpan resit bercetak tunggal asal Giant dengan butiran resit yang
sepadan dengan penyertaan SMS sebagai bukti pembelian.

iv. Setiap hari sepanjang Tempoh Peraduan, Peraduan akan bermula pada
pukul 12:00 pagi dan berakhir pada pukul 11:59 malam.

v. Para peserta akan dicaj RM0.30 untuk setiap mesej SMS diterima. Caj ini
adalah tambahan ke atas caj standard SMS yang dikenakan oleh operator
telefon bimbit peserta. Pihak Penganjur tidak akan membayar balik kepada
peserta untuk caj yang dikenakan termasuk Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST), jika ada.
vi. Bagi kaedah penyertaan SMS, para peserta hanya boleh menyertai
peraduan ini melalui SMS telefon bimbit sahaja.

vii. Pihak Penganjur dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam Peraduan ini
tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang kelewatan, kegagalan
penghantaran dan/atau gangguan mesej SMS dan tidak akan
dipertanggungjawabkan untuk sebarang penggunaan telefon bimbit atau
akaun pelanggan yang tidak dibenarkan sepanjang Peraduan ini.

d. Hanya resit-resit bercetak asal Giant dengan butiran Produk jenama Dutch
Lady yang turut serta yang jelas akan diterima. Salinan resit dan resit cetak
semula tidak akan diterima. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan resitresit yang sukar dibaca, rosak dan diubah.

5. Cara pemilihan pemenang:
a. Hadiah Utama x 2
i. Pemenang Hadiah Utama yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah
penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dibahagikan
dengan 2.5, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 10,001 penyertaan
layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 2.5 dan dibundarkan
kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 4,000. Maka
penyertaan layak ke-4,000 dan ke-8,000 akan berpeluang memenangi
Hadiah Utama setiap satu. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan
dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan layak seterusnya yang terdahulu
akan menjadi pemenang gantian, sebagai contoh: pemenang gantian untuk
penyertaan layak ke-4,000 adalah penyertaan layak ke-3,999.
b. Hadiah Mingguan x 25 (5 pemenang setiap minggu x 5 minggu)

i. Para pemenang Hadiah Mingguan yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan layak yang diterima setiap Minggu Peraduan
dibahagikan dengan 5.5, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 1,655
penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 5.5 dan
dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu
300. Maka penyertaan layak ke-300, ke-600, ke-900 dan seterusnya akan
berpeluang memenangi Hadiah Mingguan setiap satu. Jika penyertaan
yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan layak
seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang gantian, sebagai
contoh: pemenang gantian untuk penyertaan layak ke-300 adalah
penyertaan layak ke-299.

c. Para pemenang yang layak akan dihubungi melalui telefon dan dikehendaki
menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai
pemenang. Sekiranya peserta gagal menjawab soalan dengan betul, pihak
Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta
seterusnya sebagai pemenang. Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada
cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada
dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, tiga (3) cubaan lain akan
dibuat lagi dalam tempoh 24 jam yang berikutnya selepas cubaan pertama.
Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, kelayakan peserta akan
dibatalkan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya pesertapeserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.

d. Para pemenang yang layak daripada penyertaan SMS dikehendaki menghantar semua resit bercetak asal Giant dengan butiran resit yang sepadan dengan semua penyertaan SMS dan salinan kad pengenalan melalui Pos Laju/kurier dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas tarikh pemberitahuan sebagai pengesahan bukti pembelian. Sekiranya gagal, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang.

6. Hadiah-hadiah Peraduan:
a. Hadiah Utama x 2: Ubah Suai Dapur bernilai RM20,000.00 setiap satu.
b. Hadiah Mingguan x 5 pemenang setiap minggu x 5 minggu:

  • • Minggu Peraduan 1: Tefal Express Toaster bernilai RM169 setiap
    satu
  • • Minggu Peraduan 2: Tefal Quartech bernilai RM239 setiap satu
  • • Minggu Peraduan 3: Tefal Toast ’N Egg bernilai RM249 setiap
    satu
  • • Minggu Peraduan 4: Tefal Breaktime bernilai RM249 setiap satu
  • • Minggu Peraduan 5: Tefal Snack Collection RM359 setiap satu

c. Hadiah Utama akan diaturkan oleh pihak Penganjur dan/atau mana-mana
pakar ubah suai atau pembekal yang dinamakan oleh pihak Penganjur. Hadiah
Utama yang bernilai RM20,000.00 setiap satu termasuk 2 sesi perundingan
(setiap sesi tidak melebihi 3 jam) dengan pakar ubah suai atau pembekal
berserta barangan dan/atau peralatan yang diperlukan untuk proses ubah suai
dapur. Tarikh dan waktu ubah suai dapur akan ditentukan oleh pihak
Penganjur. Pemenang Peraduan mestilah mematuhi tarikh dan waktu yang
ditetapkan. Pemenang hanya boleh memilih satu (1) dapur untuk diubah suai.
Proses ubah suai dapur akan dijalankan di rumah kediaman (tidak termasuk
restoran, kedai komersial atau mana-mana properti selain daripada rumah
kediaman) pemenang berdasarkan alamat terkini di Malaysia dan pemenang
harus mengemukakan bukti pemilikan rumah tersebut. Tiada sebarang
perabot atau peralatan sedia ada akan dibuang atau dibawa pergi semasa
proses ubah suai. Kos membuang atau menghapuskan perabot atau peralatan
yang sedia ada akan ditanggung oleh pemenang. Pihak Penganjur tidak akan
bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemalangan, kecederaan,
kerosakan atau tuntutan akibat proses ubah suai dapur. Semua pemenang
Peraduan mestilah bersetuju dengan terma dan syarat ubah suai dapur serta
menandatangani surat pelepasan dengan pihak Penganjur dan sekiranya gagal,
pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan pemenang Peraduan
berkenaan dan mencari pemenang lain sebagai gantian.

d. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) Hadiah Utama dan satu
(1) Hadiah Mingguan sepanjang Tempoh Peraduan.
e. Kesemua hadiah mestilah dituntut oleh pemenang atas perbelanjaan sendiri
dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh pemberitahuan. Semua hadiah yang
gagal dituntut dua (2) bulan selepas tarikh pemberitahuan akan dilupuskan
oleh pihak Penganjur.
f. Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk
menggantikan hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang lebih kurang sama
nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, tidak
boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai atau apa-apa
format atas sebarang sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan.
Semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’.

7. Para peserta akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan di dalam Peraduan ini dan daripada penebusan dan penggunaan hadiah-hadiah.

8. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur.

9. Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan peserta. Maklumat ini disimpan oleh Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan peserta. Dengan mengemukakan maklumat peribadi anda, Penganjur menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada Penganjur dan/atau agenagen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini bagi tujuan pemasaran dan promosi yang terkini dan di masa hadapan serta untuk menambahbaikan produk-produk dan perkhidmatannya. Sekiranya peserta memaklumkan Penganjur melalui talian pelanggannya di 1-800-88-1191 atau di dutchladycareline@frieslandcampina.com bahawa maklumat tersebut tidak patut digunakan sebagai asas untuk hubungan seterusnya, Penganjur akan menghormati permintaan peserta. Maklumat peserta tidak akan diberi atau dikongsi dengan syarikat-syarikat/rakan-rakan lain untuk kegunaan bebas mereka.

Untuk Notis Perlindungan Data Peribadi Pelanggan lengkap Penganjur, sila rujuk laman web Penganjur di www.dutchlady.com.my.

10. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta harus bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan pihak Penganjur.

11. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai Terma dan Syarat ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan para peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.

12. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

 

Borang Peraduan boleh didapati di Pasaraya berdekatan anda.

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?