Peraduan Nestlé Drumstick© Whatsapp Bersama BHP


Peraduan ini sesuai disertai oleh mereka yang makan ais krim NESTLE DRUMSTICK

Dengan pembelian mana-mana dua [2] varian NESTLÉ DRUMSTICK [salah satu mestilah varian NESTLE DRUMSTICK CAFFE DE CARAMEL] yang turut serta dari mana-mana kedai BHP (Stesyen Minyak) terpilih di dalam satu [1] resit rasmi yang bertarikh di dalam Tempoh Peraduan [“Resit Rasmi”]. Hanya varian NESTLÉ DRUMSTICK berikut sahaja yang turut serta:

  • • NESTLÉ DRUMSTICK VANILLA
  • • NESTLÉ DRUMSTICK CHOCHOLATE
  • • NESTLÉ DRUMSTICK CAFFE DE CARAMEL

Hanya produk NESTLÉ edaran pihak Penganjur sahaja layak diterima.

Penyertaan Peraduan ini adalah melalui Aplikasi WhatsApp Messaging [“WAM”] dari sebarang nombor telefon bimbit terdaftar di Malaysia. Peserta dikehendaki menulis butiran nama penuh seperti di MyKad dan nombor MyKad pada hadapan Resit Rasmi, ambil gambar Resit Rasmi dan hantar gambar tersebut berikut melalui WAM ke 012-2033711.

Peserta akan menerima balasan melalui WAM untuk menjawab satu [1] soalan benar atau salah. Peserta dikehendaki menjawab dengan menaip jawapan ‘Benar’ atau ‘Salah’ dan hantar melalui WAM ke nombor yang sama.

Setiap penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan akan diperuntukkan satu [1] nombor bersiri.

Cara Pemilihan Pemenang.

Jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan sepanjang Tempoh Hadiah Mingguan akan dibahagikan dengan dua belas [12] bagi menentukan nombor bersiri yang menang. Nombor bersiri yang terpilih adalah nombor bulat terdekat yang lebih rendah yang didapati selepas pembahagian.

Contoh:
Jika jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan sepanjang Tempoh Hadiah Mingguan adalah 10,000, jumlah ini akan dibahagikan kepada dua belas [12] bagi menentukan nombor bersiri yang menang. Pemenang-pemenangnya adalah penyertaan dengan nombor bersiri ke-833 sebagai pemenang nombor bersiri pertama dan nombor bersiri ke-1666 sebagai pemenang nombor bersiri kedua dan berikutnya.

Hadiah-Hadiah
Terdapat sejumlah empat puluh lapan [48] Hadiah Mingguan untuk dimenangi setiap tempoh Hadiah Mingguan selama empat [4] Tempoh Peraduan Mingguan. Hadiah Mingguan berupa baucer tunai AEON bernilai RM100.

Tempoh Hadiah Mingguan adalah berikut:

  • Minggu 1: 1 Okt – 8 Okt 2016
  • Minggu 2: 9 Okt – 16 Okt 2016
  • Minggu 3: 17 Okt – 24 Okt 2016
  • Minggue 4: 25 Okt – 31 Okt 2016

Jika ada sebarang pertanyaan sila call no ini. : 1-800-88-3433

Tempoh Peraduan: 1 Oktober 2016  hingga 31 Oktober 2016 pada “23:59:59

p/s nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk sertai peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa selain membazir duit. Beli kalau anda memang nak makan atau ada keperluan untuk beli (belanja kawan-kawan).

Langkah-Langkah:

langkah-drumstick

1. Dengan pembelian mana-mana 2 x produk turut serta Nestlé DRUMSTICK©* (salah satu MESTI Nestlé DRUMSTICK© Caffe De Caramel) di dalam satu resit rasmi ** dari mana-mana lokasi BHP yang turut serta sepanjang tempoh peraduan.
2. Tulis nama penuh seperti dalam MyKad dan nombor MyKad anda di depan resit rasmi.
3. Ambil gambar resit dan hantar melalui Whatsapp ke 012-2033 711.

Hadiah Mingguan x 4 Minggu:
12 x Baucer AEON bernilai RM100

  • *Hanya produk-produk Nestlé DRUMSTICK© Caffe De Caramel / Chocolate / Vanilla turut serta dalam Peraduan ini.
  • **Peserta-peserta harus menyimpan resit rasmi asli untuk diserahkan semasa menuntut Hadiah.

P/s  Before join, you must save no. +60122033 711 in you smartphone after that, whatsapp icon will appear, Then you can join this contest.

Hadiah

100

Hadiah-Hadiah
Terdapat sejumlah empat puluh lapan [48] Hadiah Mingguan untuk dimenangi setiap tempoh Hadiah Mingguan selama empat [4] Tempoh Peraduan Mingguan. Hadiah Mingguan berupa baucer tunai AEON bernilai RM100.

Tempoh Hadiah Mingguan adalah berikut:

  • Minggu 1: 1 Okt – 8 Okt 2016 (12x Pemenang)
  • Minggu 2: 9 Okt – 16 Okt 2016 (12x Pemenang)
  • Minggu 3: 17 Okt – 24 Okt 2016 (12x Pemenang)
  • Minggue 4: 25 Okt – 31 Okt 2016 (12x Pemenang)

Syarat & Peraturan Peraduan

Pihak Penganjur & Kelayakan
1. PERADUAN NESTLÉ DRUMSTICK WHATSAPP & MENANG BERSAMA BHP [“Peraduan”] ini dianjurkan oleh NESTLÉ Products Sdn. Bhd. [45229-H] [“Pihak Penganjur”] dan dibuka kepada semua penduduk Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas pada 01/10/2016.

2. Golongan individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:
[a] Kakitangan Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri]; dan /atau

[b] Wakil, kakitangan, pekerja dan / atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan / atau Peraduan Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya], dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri].

Tempoh
1. Peraduan ini akan bermula dari 01/10/2016 pada “00:00:001” hingga 31/10/2016 pada “23:59:59” [“Tempoh Peraduan”]. Pihak Penganjur berhak meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa sahaja tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan
1. Untuk menyertai Peraduan ini, beli mana-mana dua [2] varian NESTLÉ DRUMSTICK [salah satu mestilah varian NESTLE DRUMSTICK CAFFE DE CARAMEL] yang turut serta dari mana-mana kedai BHP terpilih di dalam satu [1] resit rasmi yang bertarikh di dalam Tempoh Peraduan [“Resit Rasmi”]. Hanya varian NESTLÉ DRUMSTICK berikut sahaja yang turut serta:

• NESTLÉ DRUMSTICK VANILLA
• NESTLÉ DRUMSTICK CHOCHOLATE
• NESTLÉ DRUMSTICK CAFFE DE CARAMEL

Hanya produk NESTLÉ edaran pihak Penganjur sahaja layak diterima.

2. Penyertaan Peraduan ini adalah secara digital melalui WhatsApp Messaging [“WAM”] dari sebarang nombor telefon bimbit terdaftar di Malaysia. Peserta dikehendaki menulis butiran nama penuh seperti di MyKad dan nombor MyKad pada hadapan Resit Rasmi, ambil gambar Resit Rasmi dan hantar gambar tersebut berikut melalui WAM ke 012-
2033711.

Peserta akan menerima balasan melalui WAM untuk menjawab satu [1] soalan benar atau salah. Peserta dikehendaki menjawab dengan menaip jawapan ‘Benar’ atau ‘Salah’ dan hantar melalui WAM ke nombor yang sama.

Peserta MESTI menyimpan Resit Rasmi asal yang dikemukakan dalam penyertaan untuk pengesahan Pemenang dan penebusan hadiah. Kegagalan untuk menunjukkan BP apabila diminta akan mengakibatkan pembatalan kelayakan danhadiah.

3. Setiap peserta berhak/layak menghantar lebih daripada satu [1] penyertaan tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan satu [1] Resit Rasmi unik yang lengkap dengan butiran yang dikehendaki. Penyertaan dengan butiran yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca dan/atau tidak tepat dan tidak betul, berulang dan/atau gambar Resit Rasmi tidak jelas akan dibatalkan.

4. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan,kelewatan, kegagalan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telefon, laman web, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem, peranti, perisian, kegagalan e-mel atau penerimaan penyertaan disebabkan oleh masalah teknikal atau kesesakan lalu-lintas di internet atau perkhidmatan telekomunikasi.

5. Setiap penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan akan diperuntukkan satu [1] nombor bersiri.

Hadiah-Hadiah
1. Terdapat sejumlah empat puluh lapan [48] Hadiah Mingguan untuk dimenangi setiap tempoh Hadiah Mingguan selama empat [4] Tempoh Peraduan Mingguan. Hadiah Mingguan berupa baucer tunai AEON bernilai RM100.

Tempoh Hadiah Mingguan adalah berikut:

  • Minggu 1: 1 Okt – 8 Okt 2016
  • Minggu 2: 9 Okt – 16 Okt 2016
  • Minggu 3: 17 Okt – 24 Okt 2016
  • Minggue 4: 25 Okt – 31 Okt 2016

[a] Jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan sepanjang Tempoh Hadiah Mingguan akan dibahagikan dengan dua belas [12] bagi menentukan nombor bersiri yang menang. Nombor bersiri yang terpilih adalah nombor bulat terdekat yang lebih rendah yang didapati selepas pembahagian.

Contoh:
Jika jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan sepanjang Tempoh Hadiah Mingguan adalah 10,000, jumlah ini akan dibahagikan kepada dua belas [12] bagi menentukan nombor bersiri yang menang. Pemenang-pemenangnya adalah penyertaan dengan nombor bersiri ke-833 sebagai pemenang nombor bersiri pertama dan nombor bersiri ke-1666 sebagai pemenang nombor bersiri kedua dan berikutnya.

2. Peserta-peserta layak memenangi satu [1] Hadiah Mingguan sahaja sepanjang Tempoh Peraduan.

3. Pemenang akan diberitahu melalui pos dan WAM. Senarai pemenang-pemenang juga akan diumumkan di laman web Pihak Penganjur [www.nestle.com.my]. Semua hadiah-hadiah mesti dituntut dalam tempoh tiga [3] bulan dari tarikh surat pemberitahuan. Semua hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya pemberitahuan menerusi pos kepada pemenang tidak diterima atau lewat diterima.

4. Pihak Penganjur berhak di atas budi bicara mutlaknya, menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang senilai
dengannya, pada bila-bila masanya tanpa memberi notis terlebih dahulu. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindah milik dan akan diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan kredit dan barangan lain atau baucar secara sebahagian atau sepenuhnya.

5. Semua pemenang mestilah mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur dan/atau pihak yang
menyediakan hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama hadiah berkenaan, jika ada.

6. Resit Rasmi dan/atau gambar yang palsu dan/atau tidak lengkap dan penyertaan duplikasi akan mengakibatkanpembataln kelayakan dan hadiah.

Liabiliti & Tanggungjawab
1. Pemenang dan warisnya akan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang kerugian,
kejadian tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) akibat
mengambil bahagian di dalam Peraduan ini, menuntut dan/atau menggunakan hadiah Peraduan ini dan bersetuju untuk
melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Pihak Penganjur terhadap sebarang liabiliti.

2. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang
berkaitan untuk menyertai Peraduan ini dan menuntut hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.

Hak Penganjur
1. Pihak Penganjur berhak menggunakan nama dan/atau gambar pemenang dan hadiah-hadiahnya sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan dan/atau perdagangan dan/atau publisiti dan pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.

Notis Privasi
Dengan menyertai Peraduan ini, anda telah bersetuju untuk Nestlé Products Sdn. Bhd. dan mana-mana syarikat pegangan, subsidiari atau berkaitannya sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965 (“Kumpulan Nestlé Malaysia”) dan pembekal-pembekal perkhidmatan, ejen-ejen dan kontraktor-kontraktor yang memberikan sokongan pentadbiran dan perniagaan kepada kami dan bertindak bagi pihak kami (“Pihak-Pihak Ketiga Lantikan”) (secara kolektif “Penganjur” atau “kami”) memproses maklumat peribadi anda yang dikemukakan dalam borang penyertaan atas talian bagi tujuan Peraduan ini. Ini termasuk mendedahkan nama anda kepada masyarakat umum apabila anda menjadi pemenang dalam sesuatu pertandingan atau menyertai acara kami dengan menerbitkan nama, gambar-gambar dan lain-lain maklumat peribadi anda tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.

Penganjur juga boleh menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan menghubungi dan menghantar maklumat atau bahan-bahan pemasaran dan promosi mengenai produk kami, perkhidmatan, apa-apa promosi, acara atau pertandingan yang dianjurkan oleh Penganjur. Sila nyatakan pilihan anda pada borang sekiranya anda bersetuju kepada penggunaan
maklumat peribadi anda bagi tujuan ini.

Berkenaan dengan golongan bawah umur atau individu-individu yang tidak layak di bawah undang-undang untuk memberi kebenaran, anda mengesahkan bahawa mereka telah melantik anda untuk bertindak bagi pihak mereka dan untuk bersetuju bagi pihak mereka kepada pemprosesan maklumat peribadi mereka selaras dengan Notis Privasi ini.

Pada masa tertentu Penganjur mungkin melantik Pihak-Pihak Ketiga Lantikan untuk memproses maklumat peribadi anda. Semua Pihak-Pihak Ketiga Lantikan adalah terikat secara kontrak untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menyimpan maklumat dengan selamat dan tidak menggunakan maklumat peribadi anda dalam apa
jua cara selain daripada yang dinyatakan di sini dan dalam Polisi Privasi kami di http://www.nestle.com.my/info/privacy_policy.

Pihak Penganjur adalah sebuah syarikat global dan maklumat peribadi anda mungkin akan dipindahkan merentasi sempadan. Penganjur akan memastikan bahawa data anda hanya akan dipindahkan ke negara yang mempunyai tahap undang-undang perlindungan data yang sama atau setara, seperti yang dinyatakan dalam Polisi Privasi kami di http://www.nestle.com.my/info/privacy_policy.

Setakat mana undang-undang terpakai membenarkan, anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada, meminta salinan, meminta untuk mengemaskini atau membetulkan, data peribadi anda yang disimpan oleh kami.

Semua permintaan atau pertanyaan bertulis anda hendaklah dialamatkan kepada:

• Alamat: Nestlé Products Sdn. Bhd., 22-1, Tingkat 22, Menara Surian, No. 1, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810
Petaling Jaya, Selangor.

Atau
• Borang Web : https://www.nestle.com.my/contactus
Atau

• Hubungi kami : 1-800-88-3433

Sila ambil perhatian bahawa Penganjur memerlukan maklumat peribadi anda untuk memproses penyertaan anda dalam Peraduan ini dan tanpa maklumat yang diperlukan, kami tidak akan dapat memproses permohonan anda.

1. Untuk penerangan terperinci mengenai amalan privasi kami, sila rujuk kepada Polisi Privasi kami di http://www.nestle.com.my/info/privacy_policy. Kami berhak untuk mengemaskini dan meminda Notis Privasi ini atau
Polisi Privasi kami dari semasa ke semasa.

Terma & Syarat
1. Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

2. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Terma dan Syarat ini serta
keputusan Pihak Penganjur.

sumber terma & syarat


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?