Peraduan Ulang Tahun ke 70 Kacang Cap PAGODA


Kacang Cap PAGODA sekarang ini sedang mengadakan peraduan sempena dengan Ulang Tahun ke 70 mereka.

Dengan pembelian sebarang produk kacang PAGODA anda boleh hantarkan penyertaan untuk peraduan ini.Pemenang dalam peraduan ini akan dipilih secara cabutan bertuah.

Produk Kacang Pagoda boleh tengok Di Sini http://www.pagoda.com.my/pagoda-product/

Dalam peraduan ini ada 2 kaedah penghantaran penyertaan iaitu melalui cara Pos biasa atau melalui dengan cara memasukkan borang penyertaan ke dalam kotak yang disediakan dipasaraya yang terpilih.

Tempoh Peraduan: 1 September hingga 31 Oktober 2016 (Semua penyertaan mestilah diterima sebelum  10 November 2016)

p/s nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk sertai peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa selain membazir duit. Beli kalau anda menang ada keperluan untuk beli.

Cara

pago

 

Borang Peraduan Boleh Download DISINI atau boleh dapatkan dari pasaraya berdekatan anda.

Hadiah

pperaduan

Terma & Syarat

SYARAT & PERATURAN PERADUAN
Tempoh Peraduan
1. Peraduan ini berlangsung dari 1 Sept 2016 hingga 31 Oct 2016. PAGODA berhak untuk meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

2. Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

3. Untuk menyertai Peraduan ini, beli sebarang produk PAGODA.

4. Lampirkan penyertaan bersertakan resit pembelian asal (tiada nilai minima) yang bertarikh di dalam Tempoh Peraduan.

5. Semua penyertaan hendaklah sampai kepada penganjur sebelum 10 Nov 2016.

6. Borang penyertaan juga boleh difotostat atau dimuatturunkan dari laman web PAGODA www.pagoda.com.my.

7. Pemenang dalam peraduan ini akan dipilih secara cabutan bertuah.

8. Setiap peserta hanya memenangi 1(satu) hadiah sahaja. Sekiranya, seseorang pemenang memenangi 2(dua) atau lebih hadiah dengan nilai yang berbeza, pemenang tersebut secara automatik akan menerima hadiah yang lebih tinggi nilainya. Hadiah yang lebih rendah nilainya akan dimenangi oleh pemenang seterusnya.

9. Setiap penyertaan boleh dikirim melalui pos biasa ke alamat peti surat yang dinyatakan atau dimasukkan ke dalam peti borang yang disediakan di kaunter khidmat pelanggan di pasar raya dan pasar raya besar yang terpilih.

10. Penyertaan yang diterima menerusi khidmat kiriman cepat dan/atau POSLaju akan dibatalkan secara automatik.

11. Setiap sampul surat mestilah dilekatkan dengan kos setem yang mencukupi. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penyertaan yang dikirim melalui pos yang tidak diterima kerana kekurangan bayaran pos atau alamat tidak tepat. Bukti pengiriman pos tidak menandakan bukti penerimaan oleh pihak Penganjur.

12. Pihak Penganjur berhak menggunakan nama dan/atau gambar pemenang dan hadiah-hadiahnya sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan dan/atau perdagangan dan/atau publisiti dan pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.

13. Dengan menyertai Peraduan, peserta memberi kebenaran kepada Penganjur dan syarikat berkaitannya dan pihak-pihak ketiga lantikannya (secara kolektif “Penganjur”) untuk memproses data peribadi Peserta untuk menggunakan nama, gambar dan imejnya untuk tujuan pengiklanan dan publisiti pada masa depan berhubung dengan Peraduan dalam mana-mana dan semua media tanpa sebarang pampasan, pemberitahuan atau kebenaran tambahan dan tidak terhad kepada penggunaan untuk bahan Peraduan dan pengiklanan.

14. Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Terma dan Syarat ini serta keputusan Pihak Penganjur.

sumber

Borang Peraduan Boleh Download DISINI atau boleh dapatkan dari pasaraya berdekatan anda.


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?