Peraduan Apa Dia Kata DUGRO


Ingin tonjolkan kreativiti anda? Kalau ya, jom sertai peraduan ‘Apa Dia Kata’! Teka dan reka apa yang dikatakan oleh rakan-rakan kesayangan Dugro® Fruit & Veg dalam pengembaraan mereka.

13 penyertaan paling kreatif setiap minggu akan menang produk Dugro® Fruit & Veg dan baucar membeli-belah bernilai RM50.

Satu lagi pemenang akan diumumkan bagi setiap 500 kongsian yang diperolehi. Jadi lebih banyak kongsian, lebih banyak pemenang setiap minggu!

Pemilihan Pemenang:

  • a. Pihak Penganjur akan memilih tiga-belas (13) pemenang setiap minggu berdasarkan kreativity jawapan yang dikongsikan di ruangan komen Laman Facebook Dugro® bagi Peraduan mingguan spesifik; sekiranya kiriman Peraduan telah dikongsi sebanyak lima ratus (500) kali dan ke atas pada mana-mana minggu tertentu, pihak Penganjur akan memilih satu (1) pemenang tambahan bagi setiap lima ratus (500) kali kiriman Peraduan dikongsi pada minggu tersebut (secara kolektif “Pemenang”).

Cara-Cara

Bagaimana untuk sertai:
a. Setiap peserta mesti mempunyai akaun Facebook sendiri dan diwajibkan untuk menekan butang ‘suka’ Laman Facebook Dugro® untuk menyertai Peraduan ini. Penyertaan akauAn Facebook peserta yang tidak menekan butang ‘suka’ Laman Facebook Dugro® tidak dapat menyertai Peraduan ini. Peserta tidak perlu untuk membuat apa-apa pembelian produk untuk menyertai Peraduan ini.

b. Peserta dikehendaki meneka dan reka apa yang watak-watak Dugro® Fruit & Veg kata (tidak melebihi 20 patah perkataan) dalam pengembaraan mereka setiap minggu sepanjang Tempoh Peraduan mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan oleh Penganjur. Semua penyertaan yang diterima di luar tarikh dan masa yang ditetapkan oleh Penganjur dan/atau Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

c. Jawapan para peserta hanya perlu dikongsikan di ruangan komen Laman Facebook Dugro® bagi Peraduan mingguan spesifik. Jawapan yang dikongsikan di ruangan komen rawak dianggap batal dan tidak akan dilayan.

d. Setiap peserta mestilah menggunakan akaun Facebook sendiri yang sama dan kongsi jawapan kreatif di ruangan komen Laman Facebook Dugro® pada setiap minggu. Penggunaan akaun Facebook yang berbeza untuk menjawab sebarang soalan-soalan mingguan untuk Peraduan ini akan dianggap sebagai penyertaan yang berbeza. Penggunaan akaun Facebook lain atas alasan keluarga atau rakan akan dianggap batal dan tidak akan dilayan.

Minggu 3:

Jom ramai-ramai cuba cabaran minggu ketiga peraduan ‘Apa Dia Kata’ ! Hanya perlu teka dan reka apa agaknya yang rakan kesayangan Dugro® Fruit & Veg ini kata, dan anda berpeluang menjadi seorang pemenang daripada 13 pemenang mingguan produk Dugro® Fruit & Veg dan baucar beli-belah bernilai RM50. Cepat! Cabaran minggu ketiga akan tamat pada pada 10 Sept 2016.

terung

Selepas pengembaraan ke muzium, 13 rakan-rakan kesayangan dah sesat di dalam terowong bawah tanah minggu ini. Drama Banana menjerit, “Kita terperangkap!” Nasib baiklah Curious Carrot ternampak anak tangga di hujung terowong. Rich Spinach pula berkata, “Biar saya pergi dulu. Saya kan paling bertenaga sebab kaya dengan Vitamin B!” Dia terus memanjat tangga dan ternampak sesuatu..
Oh, apa agaknya yang dikatakan oleh Rich Spinach selepas ini? Kongsikan jawapan kreatif anda (tidak melebihi 20 patah perkataan) di ruangan komen.

Untuk Penyertaan Minggu Ketiga ini, Hantarkan Penyertaan Anda DISINI

Tarikh tutup Minggu 3: 10 September 2016

Hadiah

13 penyertaan paling kreatif setiap minggu akan menang produk Dugro® Fruit & Veg dan baucar membeli-belah bernilai RM50.

Satu lagi pemenang akan diumumkan bagi setiap 500 kongsian yang diperolehi.

Setiap Pemenang terpilih akan menerima satu (1) hadiah yang mengandungi satu (1) baucar hadiah Aeon bernilai Ringgit Malaysia lima puluh (RM50) dan satu (1) produk Dugro Fruit & Veg pek 900g ®. Setiap Pemenang hanya boleh memenangi satu (1) hadiah sahaja

Terma & Syarat

1. Peraduan Apa Dia Kata (“Peraduan”) yang dipromosikan di laman Facebook Dugro® (“Laman Facebook Dugro”) adalah dianjurkan oleh Danone Dumex (M) Sendirian Berhad (“Penganjur”).

2. Peraduan ini akan berlangsung setiap minggu dari 21 Ogos 2016, 9.00 am hingga 25 September 2016, 11.59pm (“Tempoh Peraduan”). Penganjur berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa notis terlebih dahulu.

3. Peraduan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas (pada 21 Ogos 2016) kecuali kakitangan serta ahli keluarga terdekat Penganjur, termasuk syarikat, pengedar, agensi pengiklanan dan promosi bersekutu dan/atau berkaitan.

4. Bagaimana untuk sertai:
a. Setiap peserta mesti mempunyai akaun Facebook sendiri dan diwajibkan untuk menekan butang ‘suka’ Laman Facebook Dugro® untuk menyertai Peraduan ini. Penyertaan akauAn Facebook peserta yang tidak menekan butang ‘suka’ Laman Facebook Dugro® tidak dapat menyertai Peraduan ini. Peserta tidak perlu untuk membuat apa-apa pembelian produk untuk menyertai Peraduan ini.

b. Peserta dikehendaki meneka dan reka apa yang watak-watak Dugro® Fruit & Veg kata (tidak melebihi 20 patah perkataan) dalam pengembaraan mereka setiap minggu sepanjang Tempoh Peraduan mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan oleh Penganjur. Semua penyertaan yang diterima di luar tarikh dan masa yang ditetapkan oleh Penganjur dan/atau Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

c. Jawapan para peserta hanya perlu dikongsikan di ruangan komen Laman Facebook Dugro® bagi Peraduan mingguan spesifik. Jawapan yang dikongsikan di ruangan komen rawak dianggap batal dan tidak akan dilayan.

d. Setiap peserta mestilah menggunakan akaun Facebook sendiri yang sama dan kongsi jawapan kreatif di ruangan komen Laman Facebook Dugro® pada setiap minggu. Penggunaan akaun Facebook yang berbeza untuk menjawab sebarang soalan-soalan mingguan untuk Peraduan ini akan dianggap sebagai penyertaan yang berbeza. Penggunaan akaun Facebook lain atas alasan keluarga atau rakan akan dianggap batal dan tidak akan dilayan.

e. Penyertaan akaun atau laman Facebook daripada jenis kumpulan/ tempat/ perniagaan/ komuniti/ jenama/ produk/ penghibur/ kugiran/ tokoh/ hiburan dan/atau perjuangan adalah tidak dibenarkan sama sekali. Kongsian jawapan oleh akaun/ atau laman Facebook selain jenis peribadi tidak akan diterima sebagai penyertaan.

f. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan. g.Tarikh dan masa penyertaan Peraduan:

  • Minggu 1 Tarikh & masa Peraduan bermula: 21 Ogos 2016, 9:00am Tarikh & masa Peraduan berakhir: 27 Ogos 2016, 11:59pm
  • Minggu 2 Tarikh & masa Peraduan bermula: 28 Ogos 2016, 9:00am Tarikh & masa Peraduan berakhir: 3 September 2016, 11:59pm
  • Minggu 3 Tarikh & masa Peraduan bermula: 4 September 2016, 9:00am Tarikh & masa Peraduan berakhir: 10 September 2016, 11:59pm
  • Minggu 4 Tarikh & masa Peraduan bermula: 11 September 2016, 9:00am Tarikh & masa Peraduan berakhir: 17 September 2016, 11:59pm
  • Minggu 5 Tarikh & masa Peraduan bermula: 18 September 2016, 9:00am Tarikh & masa Peraduan berakhir: 25 September 2016, 11:59pm

5. Pemilihan Pemenang:

a. Pihak Penganjur akan memilih tiga-belas (13) pemenang setiap minggu berdasarkan kreativity jawapan yang dikongsikan di ruangan komen Laman Facebook Dugro® bagi Peraduan mingguan spesifik; sekiranya kiriman Peraduan telah dikongsi sebanyak lima ratus (500) kali dan ke atas pada mana-mana minggu tertentu, pihak Penganjur akan memilih satu (1) pemenang tambahan bagi setiap lima ratus (500) kali kiriman Peraduan dikongsi pada minggu tersebut (secara kolektif “Pemenang”).

b. Semua Pemenang Peraduan ini akan diumumkan di Laman Facebook Dugro dalam tempoh dua (2) minggu selepas akhir Tempoh Peraduan. Pihak Penganjur berhak untuk menggunakan sebarang kaedah atau medium lain yang sesuai atas budi bicaranya sendiri bagi tujuan mengumumkan Pemenang Peraduan ini.

6. Hadiah
a. Setiap Pemenang terpilih akan menerima satu (1) hadiah yang mengandungi satu (1) baucar hadiah Aeon bernilai Ringgit Malaysia lima puluh (RM50) dan satu (1) produk Dugro Fruit & Veg pek 900g ®. Setiap Pemenang hanya boleh memenangi satu (1) hadiah sahaja. b. Penuntutan hadiah:

i. Pihak Penganjur akan menghubungi Pemenang melalui akaun Facebook Pemenang yang telah digunakan dalam kongsian jawapan dalam Peraduan ini bagi tujuan makluman dan pengesahan.

ii. Hadiah akan dihantar ke alamat Pemenang selepas pengesahan oleh Penganjur.

iii. Hadiah juga boleh dituntut di ibu pejabat Penganjur atas permintaan Pemenang dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tarikh pemberitahuan dan pengesahan Pemenang and pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya hadiah tidak dapat dituntut dalam tempoh yang dinyatakan. Jika Pemenang tidak dapat hadir untuk menuntut, wakil penerima hendaklah membawa salinan kad pengenalan Pemenang sebagai pengesahan. (Alamat ibu pejabat Penganjur: Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd, Suites 8.01 & 9.01, Level 8 & 9, The Gardens South Tower, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra,59200 Kuala Lumpur).

c. Sekiranya percubaan pertama untuk menghubungi dan/atau memperolehi pengesahan daripada mana-mana Pemenang gagal, contohnya tidak membalas pihak Penganjur, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan atau tiada sambungan dan sebagainya, tiga (3) lagi percubaan akan dibuat dalam masa dua puluh empat (24) jam daripada percubaan pertama. Sekiranya percubaan ini juga gagal, pihak Penganjur berhak untuk memilih peserta seterusnya yang layak sebagai Pemenang hadiah. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya Pemenang tidak membalas pihak Penganjur dan/atau tidak boleh dihubungi atas sebarang sebab.

d. Hadiah di dalam bentuk baucar hadiah yang dibekalkan oleh pihak pembekal adalah sah untuk digunakan sehingga tempoh masa yang dinyatakan dan adalah tertakluk kepada terma dan syarat hadiah tersebut dan pihak Penganjur bebas daripada sebarang liabiliti berkenaan dengan hadiah yang dibekalkan oleh pihak pembekal. Sebarang pertikaian yang timbul daripada atau berhubung dengan terma dan syarat baucer hadiah hendaklah diselesaikan secara langsung di antara Pemenang dan pihak pembekal. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kerosakan atau perbelanjaan yang dialami atau ditanggung oleh sebarang Pemenang yang timbul dari atau berhubung dengan sebarang transaksi atau pertikaian di antara Pemenang dan pihak pembekal.

7. Pihak Penganjur dan pihak yang terlibat dalam Peraduan ini tidak akan bertanggungjawab dari sebarang segi untuk kelewatan, gangguan atau ketidaksampaian penyertaan dan sebarang kesilapan, peninggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan dalam penghantaran, kegagalan rangkaian komunikasi, kelengkapan komputer, perisian, atau kegagalan disebabkan masalah teknikal Internet dan/atau Facebook, atau kesesakan trafik Internet. Penganjur tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang penggunaan akaun pengguna/pelanggan yang tidak diizinkan bagi Peraduan ini.

8. Pihak Penganjur mempunyai hak automatik, dalam budi bicaranya sendiri untuk menghapuskan, membatalkan sebarang penyertaan yang tidak lengkap dalam budi bicara pihak Penganjur, tidak sesuai, fitnah, melibatkan plagiarisme, melanggar (atau mungkin melanggar) sebarang hak cipta, tanda dagangan, atau apa-apa hak harta intelektual atau hak proprietari mana-mana entiti, bagi yang masih hidup atau sudah mati (termasuk hak-hak privasi atau publisiti atau gambaran yang palsu).

9. Peserta tidak boleh menggunakan sebarang bahasa yang sensitif yang boleh menyinggung atau kandungan yang berkaitan keganasan dan/atau pengambilan alkohol, elemen untuk merendahkan darjat sesiapa atau sebarang ahli mana-mana kumpulan berdasarkan bangsa, agama, latar belakang etnik, orientasi seksual atau status minoriti lain, menyatakan jenama-jenama lain, gambaran positif bagi pengambilan minuman berasaskan susu secara general, fitnah atau yang boleh memberikan gambaran buruk terhadap Penganjur.

10. Pihak Penganjur berhak, dengan budi bicaranya sendiri, untuk menukar sebarang hadiah dengan hadiah yang sama nilainya tanpa notis terlebih dahulu. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, dibayar balik, ditukar dan/atau ditebus kepada wang tunai atau hadiah lain, dan hanya akan dipersembahkan kepada Pemenang yang memenuhi dan bersetuju kepada semua terma dan syarat Peraduan. Semua hadiah diberikan dalam keadaan sedia ada. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, sebarang dan semua representasi dan waranti termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan kualiti, dagangan atau kesesuaian atau kelayakan berkenaan dengan hadiah adalah dengan ini dikecualikan.

11. Peserta akan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti dalam sebarang kerugian, kemalangan, kecederaan, kerosakan dan tuntutan yang timbul akibat penyertaan dalam Peraduan ini dan bersetuju bahawapihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang liabiliti yang timbul atau dialami oleh Pemenang atau pihak lain yang timbul daripada dan berhubung dengan Peraduan ini dan/atau penggunaan hadiah Peraduan ini.

12. Penganjur berhak dalam budi bicaranya, untuk mengubah atau membatalkan sebarang penyertaan atas sebarang sebab, termasuk dan tidak terhad kepada, apa yang dipercayai mengandungi sebarang perkara yang berkaitan bayi dan/atau produk terpilih yang melanggar Kod Etika Kementerian Kesihatan Malaysia bagi Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan.

13. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab bagi apa-apa keingkaran atau kerugian yang disebabkan oleh bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok, tindakan industri, wabak, kebakaran, banjir, ribut, kegagalan teknikal atau sebarang kejadian di luar kawalan munasabah pihak Penganjur.

14. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta dan Pemenang bersetuju bahawa Penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama, gambar dan/atau foto peserta dan/atau Pemenang (termasuk nama, gambar dan/atau foto pihak ketiga yang dikemukakan oleh peserta dan/atau Pemenang di dalam Peraduan ini) serta penyertaan untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang pampasan atau notis dan setiap peserta, Pemenang dan/atau pihak ketiga tidak layak untuk membuat sebarang tuntutan bagi penggunaan penyertaan oleh Penganjur. Kegagalan oleh peserta untuk berbuat demikian akan menyebabkan penyertaan peserta dikecualikan.

15. Dengan menyertai Peraduan ini dan mengemukakan data peribadi peserta, termasuk data peribadi pihak ketiga seperti ahli keluarga peserta, peserta bersetuju dan mengesahkan bahawa persetujuan pihak ketiga telah diperolehi untuk pihak Penganjur dan/atau ejen yang diberi kuasa menyimpan, menggunakan dan memproses data peribadi peserta serta data peribadi pihak ketiga bagi Peraduan ini termasuk menyediakan perkhidmatan atau berkomunikasi dengan peserta dan tujuan publisiti, pengiklanan, perdagangan dan/atau promosi pemasaran masa kini dan masa depan berhubung Peraduan ini. Kegagalan untuk memberi keizinan dan/atau memperolehi persetujuan daripada pihak ketiga akan menyebabkan kegagalan peserta menyertai Peraduan ini.

Data peribadi yang diterima oleh Penganjur disimpan dalam cara yang sesuai oleh pihak Penganjur dan digunakan untuk memenuhi permintaan peserta. Penganjur mungkin menggunakan pihak ketiga untuk memproses data peribadi. Peserta boleh memaklumkan pihak Penganjur melalui Pengurus Kanan Pemasaran – Dumex Dugro® (03-2298 1688 / dumex@dumex.com.my) jika perserta ingin menarik balik keizinan kepada penggunaan data peribadi peserta, membetulkan data peribadi peserta dan membuat sebarang pertanyaan berkenaan dengan data peribadi perserta. Untuk Notis Privasi Penganjur yang lengkap, sila rujuk Polisi Privasi Danone Dumex

16. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat Peraduan rasmi serta keputusan Penganjur.

17. Terma dan syarat ini boleh diubah, ditambah atau diubah oleh pihak Penganjur melalui laman Facebook Dugro®, atau apa-apa cara lain yang difikirkan sesuai oleh pihak Penganjur. Para peserta dianggap telah mengakses laman Facebook Dugro® dan bersetuju dengan apa-apa perubahan atau permindaan kepada terma dan syarat ini.

18. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan ini dengan notis secara meletakkan di laman Facebook Dugro®, atau dalam apa-apa cara lain yang difikirkan sesuai oleh pihak Penganjur. Bagi mengelakkan keraguan, sebarang perubahan Tempoh Peraduan atau pembatalan, penamatan atau penggantungan Peraduan ini oleh pihak Penganjur tidak melayakkan peserta untuk apa-apa pampasan terhadap pihak Penganjur bagi sebarang dan semua kerugian atau kerosakan yang mungkin dialami atau ditanggung oleh mana-mana peserta secara langsung atau tidak langsung akibat daripada tindakan perubahan Tempoh Peraduan atau pembatalan, penamatan atau penggantungan.

19. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, setiap peserta dianggap mengetepikan apa-apa hak yang mungkin ada terhadap pihak Penganjur dan pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejen pihak Penganjur (termasuk tetapi tidak terhad kepada pembekal pihak ketiga yang pihak Penganjur mungkin melantik bagi tujuan Peraduan ini), berkenaan dengan apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya, berkaitan dengan Peraduan dan hadiah Peraduan ini

20. Keputusan Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat dan rayuan tidak akan dilayan.

Untuk Penyertaan Minggu Ketiga ini, Hantarkan Penyertaan Anda DISINI


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?