Peraduan “Mewarna Persil & Comfort”


Anda pengguna produk sabun pencuci Persil atau pelembut pakaian Comfort? Kalau ya, anda memang sesuai sertai peraduan ini.

Dengan pembelian minima RM15 produk Persil  atau Comfort dalam satu resit dari mana-mana gedung / pasaraya yang mengambil bahagian , anda layak untuk sertai peraduan ini.

persil

Jadual Pembelian

  • Persil Liquid 2L
  • Persil Powder 3kg
  • Persil Powder 5kg
  • Comfort Ultra Pure (any packsizes)
  • Comfort Ultra (any packsizes)
  • Comfort Ultra Morning Fresh (any packsizes)
  • Comfort Ultra Blossom Fresh (any packsizes)
  • Comfort Ultra Aromatherapy Magical (any packsizes)
  • Comfort Ultra Aromatherapy Romantic (any packsizes)

2

Didalam borang peraduan peserta dikehendaki mewarna gambarajah yang disediakan. Warna hanya didalam petak yang disediakan sahaja.

Peserta boleh menggunakan krayon, cat air, pensil warna dan pen dakwat sahaja untuk mewarnai gambar tersebut.

Pemenang akan ditentukan berdasarkan daya creativity dalam gambar yang diwarnai di borang peraduan.

Borang peraduan mesti dihantar melalui POS BIASA SAHAJA ke alamat yang tertera pada borang peraduan Peraduan “Mewarna Persil & Comfort” 2016 Peti Surat 8866, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46799 Petaling Jaya, Selangor.

Peraduan bermula pada 1 Ogos 2016 dan berakhir pada 31 Ogos 2016 (“Tempoh Peraduan”). Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduanakan dibatalkan.

Cara-Cara

1

Jadual Pembelian

  • Persil Liquid 2L
  • Persil Powder 3kg
  • Persil Powder 5kg
  • Comfort Ultra Pure (any packsizes)
  • Comfort Ultra (any packsizes)
  • Comfort Ultra Morning Fresh (any packsizes)
  • Comfort Ultra Blossom Fresh (any packsizes)
  • Comfort Ultra Aromatherapy Magical (any packsizes)
  • Comfort Ultra Aromatherapy Romantic (any packsizes)

p/s Nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk join peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah yang ditawarkan mesti kecewa dan membazir duit. Jika anda memang ada keperluan untuk Beli seperti yang disyaratkan, baru beli.

2

Borang peraduan boleh didapati di semua kedai / gedung / pasaraya yang mengambil bahagian dan juga dari laman web https://www.ulmhomec…my/join-contest

 

Hadiah

hadiah1

Terma & Syarat

PERADUAN “MEWARNA PERSIL & COMFORT”
TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT
Sila baca Terma-terma dan Syarat-syarat ini dengan teliti sebelum anda menyertai Peraduan ini. Dengan menyertai Peraduan ini, anda dianggap telah menerima Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan bahawa anda bersetuju mematuhinya. Jika anda tidak menyetujui terma-terma dan syarat-syarat ini, anda tidak harus menyertai Peraduan ini. Penganjur berhak meminda Terma-terma dan Syarat-syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu.

MAKLUMAT PERADUAN
Peraduan “Mewarna Persil & Comfort” (“Peraduan”) ini dianjurkan oleh Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd (No. Syarikat 1532-V) (“Penganjur”). Peraduan bermula pada 1 Ogos 2016 dan berakhir pada 31 Ogos 2016 (“Tempoh Peraduan”). Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan tidak layak menyertai Peraduan.
Penganjur berhak mengubah, melanjutkan, menggantung atau menamatkan Peraduan menurut budi bicara tunggalnya atau jika Penganjur tidak menerima bilangan penyertaan layak yang cukup atau jika Peraduan tidak dapat diteruskan atas apa jua sebab. Penamatan atau penggantungan tersebut tidak akan membangkitkan apa-apa tuntutan oleh Peserta. Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten atau percanggahan, Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen dalam laman sesawang TotalLaundry.ULMcontest.com akan diutamakan.

KELAYAKAN
1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap Malaysia dengan Kad Pengenalan Malaysia yang sah. Sekiranya Peserta berumur di bawah 18 tahun pada tarikh penyertaan, Peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaganya sebelum menyertai Peraduan ini dan apabila diminta oleh Penganjur, hendaklah mengemukakan kebenaran tersebut. Pekerja, pemegang saham, pegawai, pengarah, agen, pengedar dan wakil Penganjur dan setiap daripada syarikat induk, ahli gabungan, bahagian, anak syarikat, agen, wakil dan agensi pengiklanan mereka masing-masing, bersama-sama dengan ahli keluarga terdekat (tidak kira di mana mereka tinggal) dan mereka yang tinggal di kediaman yang sama dengan orang tersebut (sama ada mempunyai kaitan persaudaraan atau tidak), tidak layak menyertai Peraduan.

2. Peserta dikehendaki membeli sebarang produk Persil dan / atau Comfort berjumlah minima RM15 dari mana-mana gedung / pasaraya yang mengambil bahagian. Setiap penyertaan yang sah mesti mengandungi (jumlah minima) SATU (1) produk Persil dan/ atau Comfort. Rujuk “Jadual Pembelian” di bawah untuk produk-produk yang mengambil bahagian.

3. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dengan syarat setiap penyertaan mesti disertakan dengan nombor resit pembelian yang sah (bertempoh diantara tempoh peraduan).

4. Peserta mesti memastikan bahawa penyertaan peraduan adalah lengkap dan tepat. Penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan.

5. Peserta dikehendaki menyimpan kesemua resit pembelian (asal, yang dicetak dan bertarikh di dalam lingkungan tempoh peraduan ini) yang digunakan bagi tujuan pengesahan oleh pihak Penganjur.

Jadual Pembelian
 Persil Liquid 2L
 Persil Powder 3kg
 Persil Powder 5kg
 Comfort Ultra Pure (any packsizes)
 Comfort Ultra (any packsizes)
 Comfort Ultra Morning Fresh (any packsizes)
 Comfort Ultra Blossom Fresh (any packsizes)
 Comfort Ultra Aromatherapy Magical (any packsizes)
 Comfort Ultra Aromatherapy Romantic (any packsizes)

6. Penganjur berhak untuk menyingkirkan mana-mana Peserta yang tidak mematuhi apa-apa Terma dan Syarat Peraduan ini atau jika Penganjur berpendapat bahawa Peserta gagal memenuhi apa-apa kriteria penyertaan Penganjur.

MEKANISME PERADUAN
7. Untuk menyertai peraduan ini, hantar borang peraduan yang lengkap (borang fotostat juga diterima) bersertakan dengan resit pembelian asal yang dinyatakan di klausa 2 di atas.

8. Peserta perlu mewarnai gambar yang terdapat pada borang peraduan. Peserta dikehendaki hanya mewarna didalam petak yang disediakan sahaja. Pemenang akan ditentukan berdasarkan daya creativity dalam gambar yang diwarnai di borang peraduan.

9. Peserta boleh menggunakan krayon, cat air, pensil warna dan pen dakwat sahaja untuk mewarnai gambar tersebut.

10. Resit pembelian yang ditulis atau tidak mempunyai maklumat seperti tempat / gedung pembelian, senarai pembelian, amaun dan tarikh pembelian akan dibatalkan.

11. Borang peraduan boleh didapati di semua kedai / gedung / pasaraya yang mengambil bahagian dan juga dari laman web www.ulmhomecare.com.my

12. Masukkan borang peraduan yang lengkap dan telah diwarnakan ke dalam sampul surat bersetem.

13. Borang peraduan mesti dihantar melalui POS BIASA SAHAJA ke alamat yang tertera pada borang peraduan Peraduan “Mewarna Persil & Comfort” 2016 Peti Surat 8866, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46799 Petaling Jaya, Selangor.

14. Borang peraduan yang diterima melalui sebarang kaedah penghantaran yang lain akan dibatalkan.

15. Bukti pos atau penghantaraan tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan oleh pihak Penganjur. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang borang penyertaan yang hilang, rosak atau lewat diterima.

16. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu borang peraduan melalui sampul surat yang sama.

17. Peserta mesti memastikan butiran mereka adalah lengkap dan tepat. Penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan.

HADIAH & JADUAL PENEBUSAN
 HADIAH PERTAMA: Percutian sekeluarga (4-6) bernilai RM5,000 berserta RM5,000 tunai sebagai wang pembelanjaan (jumlah nilai RM10,000) x 1 pemenang
 HADIAH KEDUA: Kad Petrol bernilai RM500 x 10 pemenang
 HADIAH MINGGUAN: Baucar tunai COURTS RM250 x 10 pemenang setiap minggu
 Minggu 1: 1 Ogos 2016 – 7 Ogos 2016
 Minggu 2: 8 Ogos 2016 – 14 Ogos 2016
 Minggu 3: 15 Ogos 2016 – 21 Ogos 2016
 Minggu 4: 22 Ogos 2016 – 31 Ogos 2016

18. Semua hadiah diberikan atas dasar “seadanya” dan sama sekali tidak boleh dipindahkan, tidak boleh ditukar dan tidak boleh ditunaikan.

19. Semua keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat, rayuan atau soalan tidak akan dilayan.

20. Peserta dikehendaki mengemukakan Bukti Identiti semasa atau sebelum penebusan hadiah bagi tujuan penentusahan. Bukti Identiti yang diterima oleh Penganjur adalah dalam bentuk berikut sahaja: Kad Pengenalan/Pasport/Lesen Memandu Malaysia yang sah. Kegagalan untuk mengemukakan apa-apa Bukti Identiti memberikan hak kepada Penganjur untuk menyingkirkan Peserta/Pemenang.

21. Penganjur akan menghubungi Pemenang melalui butir-butir hubungan atau alamat e-mel yang diberikan semasa proses penghantaran penyertaan. Peserta digalakkan supaya memastikan nombor hubungan mereka adalah aktif, dan untuk sering menyemak akaun e-mel mereka.

22. Sekiranya Peserta tidak dapat dihubungi selepas tiga (3) percubaan selama tiga (3) hari berturut-turut, atau jika berjaya dihubungi, memilih untuk tidak menerima hadiah, Penganjur berhak membatalkan kelayakan Peserta dan menarik balik hadiah, atau Peserta seterusnya yang layak boleh dipilih menurut budi bicara Penganjur.

23. Semua Pemenang hendaklah menuntut hadiah mereka dalam masa tiga puluh (30) hari selepas dimaklumkan oleh Penganjur. Sekiranya Pemenang gagal menuntut hadiah mereka atau gagal mencalonkan wakil dalam tempoh masa yang diperuntukkan, Penganjur berhak menarik balik hadiah atau memberikan hadiah kepada Peserta/Pemenang lain.

24. Pemenang yang memerlukan wakil untuk menuntut hadiah mereka bagi pihak mereka hendaklah memastikan bahawa wakil mengemukakan surat kebenaran yang ditandatangani oleh Pemenang, sesalinan Bukti Identiti Pemenang, dan Bukti Identiti wakil.

25. Penganjur tidak menjamin ketersediaan hadiah dan Penganjur mempunyai budi bicara tunggal dan mutlak untuk menggantikan sebarang hadiah dengan apa-apa hadiah lain yang serupa nilainya seperti yang ditentukan oleh Penganjur, agennya atau penajanya.

26. Semua Hadiah yang diberikan oleh Penganjur dan/atau penaja adalah atas dasar “seadanya” dan diterima oleh Peserta tanpa apa-apa jenis waranti atau jaminan, sama ada nyata atau tersirat. Jika diminta oleh Penganjur, Peserta hendaklah menyempurnakan suratikatan pelepasan dan tanggung rugi dalam bentuk yang ditetapkan oleh Penganjur.

HAK PENGANJUR
27. Peserta bersetuju bahawa semua bahan yang diserahkan oleh Peserta untuk Peraduan ini menjadi kepunyaan Penganjur. Jika berkenaan, hakcipta dan semua hak harta intelek (termasuk hak moral) yang wujud dalam semua bahan termasuk tetapi tidak terhad kepada bahan digital atau bukan digital (contohnya: video dan imej), akan menjadi kepunyaan Penganjur setelah diserahkan.

28. Penganjur berhak menerbitkan dan menggunakan nama, gambar, imej, rakaman audio dan/atau video yang diserahkan oleh Peserta/Pemenang atau terhadap Peserta/Pemenang bagi tujuan pengiklanan, pemasaran, publisiti dan/atau apa-apa tujuan lain, tanpa sebarang notis terdahulu atau pampasan kepada Peserta/Pemenang. Pemenang tidak berhak menuntut pemilikan atau bentuk pampasan lain terhadap bahan tersebut.

29. Sebagai balasan bagi Penganjur menawarkan peluang kepada Peserta untuk menyertai Peraduan, Peserta dengan ini secara tak bersyarat dan dengan tak boleh batal menyetujui dan membenarkan perkara berikut:

 Penganjur dibenarkan menggunakan nama, imej, suara dan/atau gambaran yang serupa dengan Peserta bagi tujuan penyuntingan, pengiklanan, promosi, pemasaran dan/atau tujuan lain tanpa notis lanjut atau pampasan.
V1 2016 – Legal

 Jika dikehendaki oleh Penganjur, Peserta hendaklah dengan sukarela menghadiri penerbitan, rakaman atau publisiti mengenai Peraduan bagi sebarang tempoh yang akan dimaklumkan oleh Penganjur (termasuk tetapi tidak terhad kepada wawancara yang dirakamkan atau tidak dirakamkan, pengambilan foto pegun, rakaman audio dan/atau visual bagi penggunaan promosi dan publisiti (secara kolektif “Rakaman”). Semua kos kehadiran dan penyertaan Peserta hendaklah ditanggung semata-mata oleh Peserta dan Penganjur tidak bertanggungjawab membayar balik apa-apa kos, perbelanjaan, gaji atau pampasan kepada Peserta.

 Penganjur mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk mengiklankan dan/atau menyiarkan dan/atau mencetak Rakaman dan/atau menggunakan slogan, nama atau nama panggilan di mana-mana program/salurannya atau di mana-mana perantara pun jua, secara keseluruhan atau sebahagian, menurut budi bicara Penganjur. Semua hakcipta yang wujud dalam Rakaman adalah kepunyaan mutlak Penganjur.

 Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya, untuk menggunakan dan mengeksploitasi Harta Intelek melalui mana-mana kaedah atau perantara dan dalam apa jua cara dan pada bila-bila masa yang dianggapnya wajar tanpa terlebih dahulu mendapatkan apa-apa kebenaran atau membuat apa-apa pembayaran pun jua kepada Peserta dan/atau pemenang Peraduan dan/atau wakil.

30. Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggalnya, menyingkirkan mana-mana Peserta yang mengganggu mekanisme, sistem, perisian Peraduan atau apa-apa proses lain berkaitan dengan Peraduan ini.

31. Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggalnya, menyingkirkan mana-mana Peserta dan/atau penyertaan yang didapati (menurut budi bicara Penganjur) tidak sopan atau tidak sesuai untuk tatapan umum, atau didapati atau disyaki menipu/menggodam/mengusik proses penyerahan Peraduan, pengendalian Peraduan ini atau melanggar apa-apa Terma dan Syarat Peraduan. Penganjur berhak untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayainya terlibat dalam aktiviti penipuan atau aktiviti lain yang memudaratkan Peraduan, Penganjur atau proses penyerahan Peraduan.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT TAMBAHAN
32. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dianggap telah membaca, memahami, bersetuju dan dengan tak bersyarat menerima Terma-terma dan Syarat-syarat dan Notis Privasi yang dinyatakan di bawah.

33. Peserta boleh menyerahkan lebih daripada satu penyertaan semasa Tempoh Peraduan. Walau bagaimanapun, setiap Peserta (jika dipilih sebagai pemenang) hanya berhak mendapat SATU (1) hadiah sahaja di mana nilai yang lebih tinggi.

34. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa penyertaan yang diserahkan (termasuk apa-apa foto, lukisan, gambar, slogan, apa-apa bahan atau karya kreatif lain, termasuk rakaman suara atau video) hendaklah karya aslinya dan tidak melanggar apa-apa hak mana-mana pihak ketiga dan/atau melanggar sebarang hakcipta, paten, nama dagangan, hak keempunyaan, peribadi, privasi atau moral mana-mana pihak ketiga.

35. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa dia menepikan atau telah mendapatkan penepian terhadap semua hak (termasuk hak moral) daripada semua orang yang telah menyumbang kepada penghasilan Penyertaan dan karya dasar (secara kolektif “Penyumbang”) yang berhak ditegaskan oleh Penyumbang dan/atau Peserta, kini atau di masa hadapan, di mana-mana tempat di dunia.

36. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa penyertaan yang diserahkan oleh peserta tidak boleh mengandungi unsur-unsur kebogelan, imej pornografi atau tema seksual, keganasan grafik, kenyataan atau bahan memfitnah atau melibel yang dianggap menyalahi undang-undang/ menyinggung atau mungkin melanggar undang-undang Malaysia atau bahan yang kemungkinan akan mencemarkan imej Penganjur atau menyebabkan Penganjur mendapat nama buruk. Sebarang pelanggaran klausa ini akan memberikan budi bicara mutlak kepada Penganjur untuk menyingkirkan dan menolak dan/atau mengeluarkan apa-apa penyertaan atau posting dengan serta-merta tanpa notis terdahulu.

37. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa Penganjur mempunyai hak tunggal untuk menggunakan atau mengeksploitasi Penyertaan Peserta atau mana-mana bahagian daripadanya dalam sebarang dan semua bentuk perantara melalui apa-apa dan semua kaedah atau cara di seluruh dunia untuk tempoh penuh hakcipta termasuk semua pembaharuan bersama-sama dengan hak untuk memberi kuasa orang lain untuk berbuat demikian tanpa perlu membayar apa-apa imbuhan atau royalti kepada Peserta. Untuk mengelakkan keraguan, Penganjur tidak mempunyai kewajipan untuk menggunakan atau mengeksploitasi mana-mana bahagian daripadanya.

38. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa dia tidak akan menggunakan Penyertaan atau mana-mana bahagian daripadanya bagi tujuan selain daripada tujuan yang ditetapkan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat. Sekiranya Penyertaan atau mana-mana bahagian daripadanya diterbitkan atau diedarkan atau ditangani dalam apa jua cara tanpa kebenaran terdahulu daripada Penganjur, Penganjur berhak menurut budi bicara mutlaknya menyingkirkan Peserta dan/atau membatalkan apa-apa Hadiah yang dimenangi dan tidak akan menanggung apa-apa liabiliti pun jua terhadapnya.

39. Semua hak dan keistimewaan yang diberikan di dalam ini kepada Penganjur tidak boleh dibatalkan dan tidak tertakluk kepada pembatalan, sekatan atau injunksi dalam sebarang dan semua keadaan. Peserta tidak akan dalam apa jua keadaan berhak mendapat relief injunksi atau untuk menahan atau sebaliknya mengganggu penganjuran Peraduan, penerbitan, pengedaran, pameran dan/atau eksploitasi Peraduan dan/atau Program dan/atau apa-apa produk berdasarkan dan/atau yang berpunca daripada Peraduan dan/atau Program.

40. Penganjur berhak pada bila-bila masa untuk mengubah, meminda, memotong atau menambah Terma-terma dan Syarat-syarat dan peraturan lain termasuk mekanisme Peraduan menurut budi bicara mutlaknya.

41. Jika Kaedah penyertaan adalah melalui perkhidmatan pesanan ringkas (“SMS”) atau perkhidmatan pesanan multimedia (“MMS”), setiap Penyertaan Peraduan yang dihantar oleh Peserta adalah tertakluk kepada caj premium yang ditetapkan (jika ada) yang adalah sebagai tambahan kepada fi standard yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi Peserta.

42. Penyerahan Penyertaan tidak menjamin bahawa Peserta akan memasuki Peraduan. Penganjur mempunyai budi bicara mutlak untuk menolak atau enggan menerima penyerahan Penyertaan dan kemasukan Peserta atas sebab-sebab termasuk (tanpa had) jika Penyertaan adalah tidak lengkap atau apa-apa peruntukan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat tidak dipatuhi.

43. Penganjur berhak menyingkirkan dan/atau mengecualikan Peserta dan/atau menarik balik Hadiah (pada mana-mana peringkat Peraduan) jika –
 Peserta tidak layak atau tidak memenuhi apa-apa kriteria kelayakan yang dibentangkan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat; atau
 Peserta memungkiri Terma-terma dan Syarat-syarat dan peraturan lain Peraduan atau melanggar apa-apa undang-undang atau peraturan yang berkuat kuasa; atau
 menurut penentuan tunggal Penganjur, Penganjur percaya bahawa Peserta telah cuba menjejaskan pengendalian Peraduan melalui fraud, penipuan atau perdayaan; atau

44. Jika berlaku penyingkiran selepas Hadiah diberikan, Penganjur berhak menuntut agar Hadiah dipulangkan atau pembayaran nilai yang bersamaan dengannya daripada Peserta yang disingkirkan.

45. Meskipun Penganjur akan berusaha sedaya upaya untuk melakukan penentusahan yang perlu mengenai kelayakan peserta, kegagalan untuk menyingkirkan mana-mana peserta yang tidak layak tidak akan dianggap kemungkiran oleh Penganjur.

46. Jika Hadiah yang diberikan oleh Penganjur adalah hadiah perjalanan/percutian (“Hadiah Percutian”), Hadiah Percutian hendaklah digunakan menurut tarikh dan destinasi yang ditetapkan oleh Penganjur, agensi pelancongannya atau penajanya termasuk (tidak terhad kepada) (i) terma-terma dan syarat-syarat setiap syarikat penerbangan/syarikat pengangkutan; (ii) terma-terma dan had apa-apa polisi insurans berkaitan dengan Hadiah Percutian; (iii) terma-terma dan syarat-syarat berhubung dengan semua garis panduan dan arahan kesihatan dan keselamatan dan semua keperluan undang-undang dan pengawalseliaan yang berkuat kuasa, dan jika tidak Hadiah Percutian akan ditarik balik. Tiada pilihan lain dalam bentuk wang tunai atau destinasi lain akan ditawarkan oleh Penganjur, agennya atau penajanya.

47. Pemenang hendaklah memegang pasport Malaysia yang sah dengan tempoh kesahan sekurang-kurangnya enam (6) bulan. Pemenang bertanggungjawab mendapatkan visa dan dokumen perjalanan lain yang diperlukan dengan kos dan perbelanjaan ditanggung sendiri oleh mereka. Tiada pampasan akan diberikan sekiranya pemenang gagal mendapatkan dokumen yang diperlukan, tidak kiralah keadaannya.

48. Pemenang bertanggungjawab mendapatkan visa dan dokumen perjalanan lain yang diperlukan (jika dikehendaki) dengan kos dan perbelanjaan ditanggung semata-mata oleh mereka. Pihak berkuasa kawalan pasport dan pihak berkuasa dalaman berhak untuk tidak membenarkan pemenang masuk. Jika pemenang Hadiah Percutian tidak dibenarkan melalui, memasuki atau keluar dari negara yang dilawati, Penganjur tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara untuk memberi pampasan kepada pemenang atas keengganan untuk membenarkan pemenang melalui, memasuki atau keluar dan apa-apa kos tambahan yang ditanggung hendaklah dibayar dan ditanggung sepenuhnya oleh Pemenang.

49. Jika berlaku peristiwa yang tidak diduga atau keadaan di luar kawalan munasabah Penganjur dan/atau penaja, Penganjur dan/atau penaja berhak menawarkan destinasi alternatif dengan nilai yang kira-kira sama. Pilihan wang tunai tidak akan ditawarkan.

50. Apa-apa penerbangan, pengangkutan lain, butir-butir lapangan terbang, penginapan atau aspek lain Hadiah Percutian, tarikh dan masa yang disebut oleh Penganjur, agensi, penaja atau wakilnya hanyalah sebagai panduan sahaja dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis dan tanpa berbangkit sebarang liabiliti.

51. Kecuali dinyatakan sebaliknya, kelas perjalanan untuk apa-apa Hadiah Percutian yang termasuk pengangkutan udara adalah kelas ekonomi.

52. Pemenang Hadiah Percutian hendaklah mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk membayar apa-apa komitmen kewangan yang mungkin ditanggung berhubung dengan hadiah percutian (termasuk, tanpa had, perjalanan pergi balik dari mana-mana lapangan terbang yang dinyatakan dalam hadiah percutian, makanan dan minuman, perkhidmatan bilik, dobi, bagasi berlebihan, insurans peribadi, perubatan dan/atau bagasi, semua barangan peribadi, cukai kastam dan cukai lapangan terbang) yang melampaui apa yang dirangkum dalam hadiah percutian itu sendiri.

53. Pemenang bersetuju untuk melepaskan pihak Penganjur , sekutu dan agensinya , dan pekerja , pegawai, pengarah dan wakil-wakilnya dan Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kemalangan, kecederaan, tuntutan, kerugian atau kerosakan yang mungkin berlaku semasa perjalanan / percutian tersebut.

LIABILITI & TANGGUNGJAWAB V1 2016 – Legal
54. Kecuali dinyatakan sebaliknya, semua kos pengangkutan, caj internet, kos peribadi dan/atau sebarang kos, fi lain dan/atau apa jua jenis perbelanjaan yang ditanggung oleh Peserta berhubung dengan Peraduan ini (sama ada bagi tujuan memasuki, menyertai atau menerima apa-apa manfaat atau hadiah daripada Peraduan) atau bagi tujuan penebusan hadiah atau perjalanan yang berkaitan adalah tanggungjawab Penenang semata-mata, dan Penganjur, ahli gabungan, agen sah atau agensi sertaannya tidak akan menanggung apa-apa tanggungjawab pun jua untuk kos/caj/fi/perbelanjaan ini.

55. Penganjur, ahli gabungannya, pihak ketiga yang dibenarkan dan agensi sertaan tidak menanggung apa-apa tanggungjawab atas penyertaan yang hilang, rosak, terlewat disebabkan perkhidmatan pos, atau disebabkan oleh kesilapan komputer, IT atau apa-apa kesilapan teknologi. Peserta bertanggungjawab memastikan penyertaannya mematuhi semua peraturan dan terma dan syarat Peraduan, dan bahawa penyertaannya diterima oleh Penganjur dalam bentuk yang dikehendaki oleh Penganjur.

56. Dengan menyertai Peraduan ini, semua peserta bersetuju melepaskan dan memastikan Penganjur, ahli gabungan dan agensinya, dan pekerja, pegawai, pengarah dan wakil mereka tidak dipertanggungjawabkan atas sebarang tuntutan, kerugian atau gantirugi berbangkit daripada atau berhubung dengan penyertaan mereka dalam Peraduan (termasuk tetapi tidak terhad kepada, apa-apa kesilapan dalam mengira apa-apa transaksi, sebarang kerosakan atau kepincangan mana-mana sistem komputer atau peralatan), apa-apa aktiviti berkaitan Peraduan dan penerimaan dan/atau penggunaan, penyalahgunaan, atau milikan apa-apa hadiah yang diberikan di bawah ini.

57. Semua kos yang ditanggung oleh Peserta berkaitan dan/atau berhubung dengan Peraduan dan Hadiah, termasuk tanpa had, caj pos atau caj Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) (jika berkenaan), semua kos pengangkutan, caj komunikasi, penginapan, kos makanan dan kos berkaitan lain yang ditanggung oleh Peserta disebabkan oleh dan/atau selaras dengan penyertaannya dalam Peraduan, kos pungutan dan kos tambahan berkaitan dengan hadiah iaitu kos insurans, yuran pendaftaran kenderaan, cukai jalan, dll. hendaklah ditanggung semata-mata oleh Peserta. Penganjur tidak mempunyai apa-apa kewajipan untuk membayar balik Peserta untuk sebarang kos dan perbelanjaan yang ditanggung terhadapnya.

58. Peserta mengakui bahawa penyertaannya dalam Peraduan adalah atas risikonya sendiri.

59. Penganjur, agen, penaja, wakil, ahli gabungannya dan pengarah, pegawai dan pekerja, agen dan penerima serah hak mereka masing-masing tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana Peserta berhubung dengan:

i. apa-apa kegagalan untuk memenangi Hadiah dalam Peraduan, Hadiah yang cacat disebabkan kecuaian, tindakan dan/atau ketinggalannya atau penyalahgunaan Hadiah atau sebarang kerugian, gantirugi, kos, perbelanjaan, tuntutan, liabiliti, kecederaan, kematian, kemalangan yang dialami oleh Peserta semasa Peraduan atau berbangkit daripada atau berhubung dengan Peraduan, penyertaan Peserta dalam Peraduan dan/atau Hadiah yang diberikan.

ii. apa-apa kelewatan dan/atau kegagalan untuk menerima dan menghantar Penyertaan Peraduan akibat sebarang kerosakan rangkaian, komunikasi, ISP atau sistem, gangguan dan/atau kegagalan yang dialami oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi Penganjur atau Peserta dan/atau diakibatkan oleh penyertaan atau langkah memuat turun apa-apa bahan dalam Peraduan.

iii. sebarang kesilapan (termasuk kesilapan ketika memaklumkan pemenang Peraduan), ketinggalan, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan dalam pengendalian atau penghantaran, kegagalan talian komunikasi, pencurian, kemusnahan, perubahan, atau akses tanpa kebenaran kepada penyertaan, atau penyertaan yang hilang atau terlewat sama ada berbangkit semasa pengendalian atau penghantaran akibat fungsi pelayan, virus, pepijat, atau sebab lain di luar kawalan Penganjur.

60. Penganjur, agen, penaja dan wakilnya tidak akan bertanggungjawab untuk melaksanakan apa-apa kewajipan mereka berhubung dengan Peraduan dan Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan peraturan berhubung dengan Peraduan jika mereka tidak dapat berbuat demikian disebabkan keadaan di luar kawalan mereka dan tidak bertanggungjawab untuk memberikan pampasan kepada Peserta dalam apa cara jua dalam keadaan sedemikian.

UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL DAN BIDANG KUASA
Peraduan ini dan Terma-terma dan Syarat-syarat hendaklah dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan setiap Peserta bersetuju menyerahkan apa-apa tuntutan, pertikaian atau kontroversi kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.

NOTIS PRIVASI
Maklumat peribadi anda, termasuk tanpa had kepada data peribadi yang diperolehi daripada anda secara langsung apabila anda memberikan kami maklumat peribadi, contohnya apabila anda mendaftar untuk pertandingan/peraduan dan/atau pameran bergerak kami, membeli produk atau perkhidmatan dari kami, mendaftar untuk menerima maklumat, menggunakan aplikasi kami, mengisi kaji selidik, atau memberi komen atau membuat siasatan, dan / atau sebarang kemas kini selanjutnya yang diberikan kepada kami oleh anda berhubung dengan maklumat peribadi anda (“Data peribadi”), akan diproses untuk tujuan penyertaan anda dalam pertandingan/peraduan dan/atau pameran bergerak kami, untuk menyediakan anda dengan produk-produk atau perkhidmatan yang anda meminta daripada kami, untuk menyediakan anda dengan terlebih dahulu notis peristiwa masa depan, untuk bertindak balas kepada pertanyaan, untuk memberikan anda maklumat mengenai produk, perkhidmatan dan/atau siaran baru yang mungkin menarik minat anda , menjemput anda dan langganan anda untuk surat berita kami, dan/atau untuk tujuan pengauditan dalam kes-kes di mana terdapat pertikaian, tujuan analisis data dan pemasaran pengguna (secara kolektif, “Tujuan”).

Kami juga ingin memaklumkan kepada anda bahawa Data Peribadi anda mungkin didedahkan kepada pihak ketiga, seperti kepada ibu pejabat kami, pejabat serantau, anak-anak syarikat, sekutu dan/atau ahli dalam kumpulan Unilever syarikat-syarikat, dan/atau pembekal perkhidmatan kami, yang mungkin yang terletak di luar Malaysia, atas sebab-sebab yang berkaitan dengan Tujuan .

Jika anda ingin mengakses, membetul, menghad atau mengemas kini Data Peribadi anda, atau membuat sebarang pertanyaan atau aduan mengenai pemprosesan maklumat, sila hubungi kami melalui: Pegawai Data Peribadi, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Aras 33-35, Menara TM, Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur. Tel: 03-2246 2188; Faks: 03-2282 1048; E-mel: Pdpa.Malaysia@Unilever.com
. Sila ambil perhatian bahawa ia akan menjadi perlu bagi kita untuk memproses Data Peribadi anda, tanpa mereka kami tidak akan dapat menjalankan Tujuan . Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana kami memproses Maklumat Peribadi anda, sila layari Polisi Privasi kami di: http://www.unileverprivacypolicy.com/en_gb/policy.aspx dan
http://www.unileverprivacypolicy.com/BahasaMalaysia/policy.aspx

PRIVACY NOTICE
Your personal data, including without limitation the personal data obtained from you directly when you provide us with personal information, e.g. when you register for our contests and/or roadshows, buy a product or service from us, sign up to receive information, use our applications, fill out a survey, or make a comment or enquiry, and/or any further updates provided to us by you in relation to your personal information (“Personal Data”), will be processed for the purpose of your participation in our contest and/or roadshow and/or events, to provide you with products or services that you request from us, to provide you with advance notice of our future events, to respond to your inquiries, to provide you information about our products, services and/or new releases which may be of interest to you, to invite you and your subscription to our newsletters, and/or for auditing purposes in cases where there has been a dispute, for data analytics purposes and consumer marketing (collectively, “Purpose”).

We also wish to inform you that your Personal Data may be disclosed to third parties, such as to our headquarters, regional offices, subsidiaries, affiliates and/or members within the Unilever group of companies, and/or our service providers, which may be located outside Malaysia, for reasons relating to the Purpose.
If you wish to access, correct, limit or update your Personal Data, or to make any inquiries or complaints about the processing of such information, please contact us via : Data Privacy Officer, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Level 33-35, Menara TM, Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur. Tel: 03-2246 2188; Fax: 03-2282 1048; E-mail: Pdpa.Malaysia@Unilever.com

Kindly note that it will be necessary for us to process your Personal Data, without which we will not be able to carry out the Purpose. For more details on how we process your Personal Data, do visit our Privacy Policy at: http://www.unileverprivacypolicy.com/en_gb/policy.aspx and
http://www.unileverprivacypolicy.com/BahasaMalaysia/policy.aspx

Borang peraduan boleh didapati di semua kedai / gedung / pasaraya yang mengambil bahagian dan juga dari laman web https://www.ulmhomec…my/join-contest

 

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?