Peraduan “Gather2Gether” Mi Sedaap


Sertai Peraduan “Gather2Gether” Mi Sedaap untuk berpeluang memenangi hadiah Utama bernilai RM8000 iaitu:

h

Bagi mereka yang tidak menang hadiah Utama, jangan kecewa kerana terdapat 50 hadiah Saguhati iaitu 50 Baucer KFC bernilai RM 100 + Beg Cenderahati Mi Sedaap.

Selain itu terdapat juga Hadiah Mingguan untuk 30 pemenang berupa Beg Cenderahati Mi Sedaap bernilai RM30.

Disebabkan syarat peraduan ini memerlukan peserta untuk LIKE dahulu Facebook page Mi Sedaap Malaysia,jadi peraduan ini hanya sesuai dihantar oleh  orang perempuan sahaja dan orang lelaki DILARANG submit atau join peraduan ini…hehe.

Dekat facebook  Mi Sedaap Malaysia ada gambar wanita yang mendedahkan aurat. eMenang risaulah kalau orang lelaki yang join nanti seperti seolah-olah kami suruh orang lelaki tengok ‘aurat’ orang perempuan pulak sebab kami tolong promote peraduan ini. Jadi sebolehnya orang lelaki jangan join contest ni.haha.

Selain itu peraduan ini juga memerlukan bukti pembelian iaitu gambar foto resit bagi 2 paket Mi Sedaap Goreng (pelbagai perisa) .

Tempoh Peraduan: 5 Julai 2016, 12:00pm dan berakhir pada 31 Ogos 2016, 11:59pm

Cara

sedap

P/s Nasihat dari eMenang: Pastikan Gambar yang anda upload atau share  tidak mendedahkan ‘aurat’ . Setiap gambar yang diupload untuk peraduan ini adalah tanggungjawab masing-masing.

Hadiah

hadiah1

baucar

Terma & Syarat

MAKLUMAT PERADUAN

Peraduan “Mi Sedaap Gather2Gether” dianjurkan oleh Gentle Supreme Sdn Bhd (Co. No. 497222-U) (“Penganjur”). Peraduan ini bermula pada 5 Julai 2016, 12:00pm dan berakhir pada 31 Ogos 2016, 11:59pm (“Tempoh Peraduan”). Penganjur pada bila-bila masa berhak secara mutlak untuk mengubah, menangguh, menjadualkan semula, atau melanjutkan Tempoh Peraduan atau menamatkan Peraduan atas budi bicara mutlaknya dan tanpa memberi notis terlebih dahulu.

KELAYAKAN

Peraduan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas pada tarikh penyertaan dalam peraduan ini.

Individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini: [a] Kakitangan Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik (dan suami/isteri mereka)]; dan/atau
[b] Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitan masing-masing] dan ahli keluarga terdekat mereka [suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik (dan suami/isteri mereka)].
[c] Penganjur berhak untuk mengecualikan dan/atau membatalkan kelayakan peserta yang tidak termasuk dalam kategori Peserta dan/atau yang melanggar Syarat dan Peraturan Peraduan.

Penganjur berhak untuk menyingkirkan mana-mana Peserta yang tidak mematuhi mana-mana Terma dan Syarat Peraduan ini atau sekiranya Penganjur berpendapat bahawa Peserta tersebut tidak mematuhi mana-mana kriteria penyertaan Penganjur.

Cara Penyertaan

  1. Layari laman facebook Misedaap Malaysia dan klik “like” sebagai rakan Mi Sedaap.
  2. Muat naik gamber kenangan secara berkumpulan yang sedang menjamu Mi goreng. Kongsikan cerita yang tidak melebihi 200 patah perkataan “Mengapakah gambar ini menjadi detik manis mu?” dan tag #migorengmoment
  3. Isikan butiran peribadi dan sertakan satu gambar foto resit bagi 2 paket Mi Sedaap Goreng (pelbagai) sebagai bukti pembelian.
  4. Peserta akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik.

Hadiah-hadiah

– Hadiah Utama : 1 x majlis jamuan peribadi*, 1 x gambar berkumpulan A4 size & 1 x Mi Sedaap Produk Hamper (jumlah nilai RM8,000*)
– Hadiah Sagu Hati : 50 x Baucer KFC bernilai RM 100 + Beg Cenderahati Mi Sedaap
– Hadiah Mingguan: 30 x Beg Cenderahati Mi Sedaap bernilai RM30

  1. Peserta dikehendaki untuk mendaftar sebagai ahli Facebook Mi Sedaap Malaysia untuk menyertai peraduan ini:
  2. Peserta adalah dibenarkan untuk meyertai peraduan ini dengan menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.
  3. Pihak penganjur berhak membatalkan kelayakan sebarang penyertaan yang tidak lengkap ataupun lewat secara automatik.
  4. *Majlis Jamuan peribadi akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur. Jamuan peribadi adalah termasuk sewa, makanan, dekorasi, juru gambar, juru video dan tax-tax yang dikenakan. Majlis jamuan adalah terhad kepada 20 orang jemputan termasuk pemenang sendiri.
  5. *Tema majlis jamuan boleh dipilih oleh pemenang. contoh, jamuan keluarga, jamuan kelahiran anak, jamuan kejuaraan atau sebagainya.
  6. *Majlis Jamuan peribadi perlu diadakan dalam tempoh 3 bulan selepas nama pemenang diumumkan. Pihak penganjur tidak akan mengantikan jamuan lain selepas 3 bulan dari tarikh pengumuman.
  7. Senarai pemenang akan diumumkan pada Facebook Mi Sedaap Malaysia
  8. Pihak Penganjur akan menghubungi pemenang secara peribadi melalui telefon dalam tempoh 7 hari bekerja
  9. Setiap orang hanya berhak untuk memenangi 1 hadiah sahaja (kecuali pemenang Utama)
  10. Hadiah tidak boleh dipindah milik, dijual atau ditukar
  11. Pihak Penganjur berhak untuk menggunakan mana-mana gambar atau video yang diambil semasa majlis jamuan untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap pememang tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur.
  12. Pihak penganjur berhak untuk menukarkan mana-mana hadiah dengan hadiah yang lain bila-bila masa sahaja tanpa memberi notis terlebih dahulu.
  13. Setelah tempoh peraduan berakhir, panel juri akan memilih pemenang untuk peraduan ini. Keputusan adalah muktamad. Sebarang pertanyaan atau rayuan tidak akan dilayan. Pihak penganjur berhak pada bila-bila masa untuk menyingkir, menggantung atau membatalkan sebarang penyertaan tanpa memberi notis terlebih dahulu.
  14. Sekiranya Peserta tidak dapat dihubungi selepas TIGA (3) cubaan dalam TIGA (3) hari berturutan, Penganjurberhak untuk menyingkirkan kelayakan Peserta tersebut dan Peserta seterusnya yang layak akan dipilih.
  15. Tarikh resit dan nama kedai adalah bukti pembelian. Pemenang perlu menunjuk resit asal seperti penyertaan untuk tuntutan hadiah. Salinan fotokopi resit atau resit berlainan daripada pengumuman, pemenang tidak dapat menembus hadiah tersebut walaupun nama pemenang diumumkan.
  16. Tiada had atas jumlah penyertaan yang boleh dihantar oleh peserta.
  17. 2 pek besar Mi Sedaap Goreng (Asli , Sambal goreng, Ayam Krispi) dalam satu resit untuk kelayakan satu penyertaan. Walau resit mengandungi 4 pek besar, hanya 1 penyertaan di ambil kira.
  18. Para peserta dikehendaki untuk mengemukakan bukti pengenalan semasa/atau menjelang penebusan hadiah untuk tujuan pengesahan. Bentuk-bentuk bukti identiti yang diterima oleh Penganjur hanya seperti berikut: Kad PengenalanMalaysia/Pasport/Lesen Memandu. Kegagalan untuk mengemukakan sebarang bukti identiti memberikan hak kepada Penganjur untuk menyingkirkan Pemenang tersebut.
  19. Sekiranya Penganjur mengirimkan hadiah kepada Pemenang, tempoh pengiriman dan penerimaan hadiah tersebut bergantung sepenuhnya kepada pihak yang melakukan pengiriman tersebut (contoh: Pos Malaysia, kurier, dan sebagainya)
  20. Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kehilangan hadiah semasa penebusan dan/atau pengiriman. Hak untuk menggantikan hadiah tersebut tertakluk sepenuhnya kepada budi bicara Penganjur.

HAK PENGANJUR

  1. Dengan menyertai peraduan ini, semua peserta bersetuju dan mengakui bahawa pihak penganjur mempunyai hak eksklusif untuk menggunakan, menyunting , mengubah dan menerbitkan mana-mana media daripada peserta Facebook yang berkaitan atau berkaitan dengan peraduan ini, dalam apa-apa cara yang difikirkannya patut untuk tujuan pengiklanan, perniagaan , promosi dan untuk apa-apa sebab jua, tanpa sebarang notis kepada peserta dan peserta tidak boleh menuntut hak milik atau apa-apa bayaran atau pampasan untuk bahan tersebut.
  2. Pihak penganjur mempunyai hak untuk mengubah suai, menggantung atau membatalkan Peraduan ini sekiranya berlaku keadaan yang tidak diduga di luar kawalan penganjur, walaupun selepas usaha terbaik pihak penganjur.
  3. Pihak penganjur mempunyai hak , mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan penyertaan mana-mana peserta yang didapati atau disyaki menyalahgunakan permohonan peraduan ini, operasi Peraduan atau melanggar syarat-syarat akses laman web ini.

LIABILITI & TANGGUNGJAWAB

  1. Sebarang kos peribadi dan / atau sebarang kos, yuran dan / atau perbelanjaan lain yang berkaitan dalam penyertaan Peraduan ini, terutamanya dalam kegunaan hadiah adalah tanggungjawab peserta dan pemenang sendiri.
  2. Peraduan ini tidak ditaja , disahkan atau ditadbir oleh, atau berkaitan dengan Facebook. Anda memahami bahawa anda memberikan maklumat anda kepada pihak penganjur dan tidak ke Facebook. Sila rujuk kepada dasar privasi Facebook dan terma dan syarat-syarat , yang dikemukakan untuk ahli-ahli dan pengguna Facebook.
  3. Pihak penganjur dan syarikat, syarikat gabungan , anak syarikat, pemegang lesen, pengarah, pegawai , ejen, kontraktor bebas, pengiklanan, promosi, dan agensi-agensi pelaksanaan dan penasihat undang-undang tidak akan bertanggungjawab dan tidak juga bertanggungjawab ke atas :
    • Sebarang liabiliti , kejadian yang tidak diingini , kerugian, kerosakan, tuntutan atau kemalangan [termasuk kehilangan nyawa ] dalam apa cara sekalipun.
    • Sebarang kesilapan teknikal, gangguan rangkaian, kesesakan rangkaian, serangan virus, hacking data yang tidak dibenarkan, kerosakan data dan kegagalan electronic atau sebaliknya.
    • Sebarang kerosakan, gangguan electronic atau program perisian, rangkaian , internet, server atau komputer atau kesukaran dalam apa jua bentuk , sama ada manusia, mekanikal atau elektrik, termasuk , tanpa had, kesalahan mengimbas maklumat secara tidak tepat ke online.
    • Sebarang kelewatan, kehilangan , tidak lengkap , tidak boleh dibaca atau e-mel yang tidak tersampai.
    • Sebarang keadaan yang disebabkan oleh peristiwa di luar kawalan penganjur yang boleh menyebabkan Peraduan akan terganggu atau rosak.
    • Sebarang kecederaan , kehilangan, atau sebarang kerosakan yang timbul berhubung dengan atau akibat daripada Hadiah , atau penerimaan, pemilikan, atau penggunaan hadiah, atau daripada penyertaan dalam peraduan ini.
    • Sebarang percetakan atau tipografi kesilapan dalam mana-mana bahan-bahan yang berkaitan dengan peraduan ini

Penyertaan boleh dihantar di SINI

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?