Pertandingan Memasak Keluarga FATCHECK


Adakah anda pakar Airfryer? Sertailah Pertandingan Memasak Keluarga FATCHECK dan tunjukkan teknik dan kemahiran anda!

Pertandingan memasak  pakar Airfryer  ini dianjurkan oleh Institut Jantung Negara (IJN) dan Philips Malaysia.

Bagi sesiapa yang tak tahu Airfryer ni sejenis ‘periuk’ zaman moden. ini contoh Airfryer

Dalam pertandingan memasak ini hadiah keseluruhan yang ditawarkan berjumlah lebih RM35,000.

Pertandingan diadakan dari 18 Julai hingga 9 Oktober 2016  dan melibatkan 3 pusingan:

  • Pusingan 1: Penghantaran Penyertaan (18 Julai –14 Ogos 2016).
  • Pusingan 2: Masterclass dan Pertandingan Memasak Mini (24 Ogos 2016).
  • Pusingan 3: Pertandingan Memasak Keluarga di pusat beli-belah terpilih (9 Oktober 2016).

10 Penghantaran Penyertaan pada pusingan1  akan dipilih untuk menyertai Pusingan Kedua.

Cara Penyertaan

aa

Klik Pada Gambar Untuk Besarkan

asddd

Tempoh Penghantaran Pusingan 1: Penghantaran Penyertaan (18 Julai –14 Ogos 2016).

10 peserta yang terpilih dari Pusingan 1 akan menyertai Pusingan Kedua.

Untuk hantar Penyertaan, anda boleh submit pada Borang penyertaan Online Di SINI

 

Hadiah

rm10

Terma dan Syarat Peraduan

A. KETERANGAN

1. Pertandingan Memasak Keluarga FATCHECK [“Pertandingan”] dianjurkan oleh Philips Malaysia (No. Syarikat: 3690-P) dan Institut Jantung Negara (No. Syarikat: 245794-v) [“Penganjur”].
2. Pertandingan Memasak Keluarga FATCHECK dikendalikan oleh urus setia FATCHECK (Ultra Works Sdn Bhd, No Syarikat: 680447-P) [“Urusetia”].

3. Pertandingan ini dikelolakan di www.cookoff.fatcheck.my dan www.facebook.com/MyFatCheck.
4. Pertandingan diadakan dari 18 Julai hingga 9 Oktober 2016.
5. Pertandingan melibatkan 3 pusingan:
a. Pusingan 1: Penghantaran Penyertaan (18 Julai –14 Ogos 2016).
b. Pusingan 2: Masterclass dan Pertandingan Memasak Mini (24 Ogos 2016).

c. Pusingan 3: Pertandingan Memasak Keluarga di pusat beli-belah terpilih (9 Oktober 2016).

B. KELAYAKAN

1. Setiap pasukan yang bersaing mestilah terdiri daripada dua orang, yang mempunyai hubungan keluarga (suami/isteri, ibu bapa/anak, adik-beradik, datuk nenek/cucu, ibu/bapa saudara, anak saudara, sepupu, mertua atau saudara-mara lain).

2. Peserta mestilah rakyat Malaysia; orang di bawah umur yang turut serta mestilah berusia sekurang-kurangnya 12 tahun dan menerima kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga sahnya.

3. Pertandingan ini terbuka kepada tukang masak amatur, penggemar memasak, pelajar kulinari dan mereka yang tidak memperoleh pendapatan daripada penghasilan dan penjualan makanan. Orang-orang berikut tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian: chef/tukang masak profesional; pensyarah/konsultan/mentor bidang kulinari; pemilik outlet makanan.

4. Orang yang berikut tidak layak untuk menyertai Pertandingan:
a. Kakitangan Penganjur (termasuk kakitangan syarikat bersekutu dan berkaitan) dan ahli keluarga terdekat (suami isteri, anak-anak, ibu bapa, adik-beradik) mereka.

b. Wakil, kakitangan, pembantu dan/atau ejen pengiklanan dan/atau agensi pengiklanan dan/atau penyedia perkhidmatan peraduan Penganjur dan ahli keluarga terdekat mereka.

5. Sekiranya orang yang di atas didapati menyertai Pertandingan, penyertaan mereka akan dibatalkan dengan serta-merta.

C. GARIS PANDUAN AM

1. Semua resipi mestilah asli (dicipta oleh peserta).
2. Sajian yang disediakan mestilah rendah lemak, rendah gula dan tinggi serat.
3. Semua ramuan yang digunakan mestilah halal.
4. Semua penyertaan mesti dikemukakan sama ada dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.

D. PUSINGAN 1: PENGHANTARAN PENYERTAAN

1. Pusingan 1 akan bermula pada 18 Julai 2016 dan berakhir pada 14 Ogos 2016.

2. Setiap pasukan yang turut serta perlu mengemukakan:
a. Satu resipi asli ciptaan sendiri yang menggunakan Airfryer (apa-apa jenama).
b. Gambar sajian yang siap dihidangkan berasaskan resipi yang disebutkan di atas.
c. Tulisan ringkas menarik (tidak lebih daripada 1000 aksara) atau video (tidak lebih daripada 2 minit) tentang minat mereka terhadap Airfryer.
d. Sekeping gambar ahli pasukan.

3. Penghantaran mesti dikemukakan menggunakan borang penyertaan yang boleh didapati di www.cookoff.fatcheck.my.

4. Penyertaan yang tidak lengkap atau membabitkan resipi yang tidak mematuhi Garis Panduan Am akan dibatalkan.

5. Setiap pasukan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.

6. Seramai 200 peserta pertama akan menerima buku resipi Airfryer FATCHECK, yang akan diposkan ke alamat masing-masing yang dinyatakan dalam borang penyertaan.

7. Semua penyertaan mesti diterima tidak lewat daripada 11:59:59PM (Waktu Malaysia) pada 14 Ogos 2016.

8. Penyertaan akan diadili berasaskan kriteria berikut:

  • a. Tahap kesihatan resipi: 30%
  • b. Daya tarikan penulisan atau video: 30%
  • c. Daya kreativiti penggunaan Airfryer: 20%
  • d. Persembahan sajian yang dikemukakan dalam gambar: 20%

9. Penganjur mungkin mengadakan pemeriksaan latar belakang peserta menerusi panggilan telefon, temu ramah bersemuka dan cara lain yang perlu untuk mengesahkan kelayakan dan pematuhan terhadap peraturan pertandingan. Dengan mengambil bahagian, peserta dianggap bersetuju untuk memberi kerjasama bagi pemeriksaan latar belakang tersebut. Kegagalan untuk memberi kerjasama akan menyebabkan pembatalan penyertaan peserta.

10. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kegagalan operasi atau transmisi, talian komunikasi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, akses tidak dibenarkan, atau pindaan, komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal mana-mana rangkaian atau talian telefon, sistem komputer dalam talian, pelayan atau pembekal, peralatan komputer, perisian, atau kegagalan e-mel disebabkan masalah teknikal atau masalah aliran data pada kesesakan lalu lintas Internet dan/atau laman web.

11. Penganjur tidak menanggung liabiliti dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan dan/atau kegagalan penerimaan penyertaan disebabkan kegagalan syarikat Penyedia Perkhidmatan Internet [ISP] dan/atau rangkaian telekomunikasi menyediakan kemudahan Internet dan/atau telekomunikasi yang cekap dan/atau tepat pada masanya.

12. Peserta juga bersetuju bahawa Penganjur tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung liabiliti terhadap sebarang kelewatan, kecederaan atau kerosakan kepada komputer peserta dan/atau pihak ketiga, sistem komputer atau peralatan yang berkaitan dengan atau disebabkan oleh akses kepada, penyertaan dalam Peraduan ini, termasuk memainkan, memuat turun mana-mana bahan atau maklumat daripada laman web FATCHECK dan yang berhubung dengan Peraduan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kegagalan pelayan, data yang hilang, tertangguh atau tercemar, atau kegagalan lain.

E. PUSINGAN 2: MASTERCLASS & PERTANDINGAN MEMASAK MINI

1. 10 pasukan akan dipilih daripada Pusingan 1 untuk menyertai Pusingan 2 yang akan diadakan pada 24 Ogos 2016, (atau tarikh lain yang ditentukan oleh Penganjur).

2. Pasukan yang terpilih akan dimaklumkan menerusi telefon dan e-mel yang diberikan dalam borang penyertaan.

3. Jika mana-mana pasukan tidak boleh dihubungi selepas tiga (3) percubaan, Penganjur akan terus menghubungi pasukan berikutnya dalam senarai terpilih untuk mengisi kekosongan.

4. Hanya peserta yang nama dan butiran peribadi mereka dikemukakan menerusi web layak untuk menyertai Pusingan 2. Peserta perlu menghadiri Pusingan 2 sendiri dan tidak boleh memberi kuasa kepada atau melantik wakil untuk hadir bagi pihaknya dalam apa jua keadaan. Sekiranya mana-mana peserta menarik diri dalam pusingan ini, penyertaan seluruh pasukan akan dibatalkan.

5. Penyertaan dalam Pusingan 2 adalah berasaskan syarat perjanjian pasukan terpilih untuk:
a. Hadir di lokasi acara pada tarikh yang dinyatakan oleh Penganjur (pasukan tidak dibenarkan menghantar wakil untuk menggantikan tempat mereka).

b. Menghadiri Masterclass dan bersaing dalam Pertandingan Memasak Mini yang diadakan pada hari tersebut.
c. Menyertai temu ramah video yang akan dipaparkan di laman web rasmi FATCHECK www.cookoff.fatcheck.my untuk mendapatkan “like” dalam tempoh sebulan akan datang.
d. Memberikan ulasan kepada wartawan media yang hadir, jika perlu.

6. Hanya ahli pasukan dibenarkan untuk hadir dalam Pusingan 2; rakan dan ahli keluarga yang tidak bertanding tidak boleh menemani mereka.

7. Masterclass ini merupakan bengkel mentor yang dikendalikan oleh chef dan pakar diet profesional yang akan memberikan tunjuk ajar kepada peserta untuk meningkatkan prestasi pada Pertandingan Memasak Mini yang akan datang.

8. Pertandingan Memasak Mini, yang akan diadakan pada hari yang sama, akan memerlukan pasukan untuk memasak dan mempersembahkan resipi yang telah mereka kemukakan dalam Pusingan 1.

9. Ramuan memasak, Philips Airfryer dan peralatan, kelengkapan dan pinggan mangkuk lain akan disediakan oleh Philips Malaysia; peserta boleh membawa sos dan perasa sendiri jika mereka ingin berbuat demikian.

10. Panel pengadil akan hadir untuk menilai masakan berasaskan kriteria yang ditetapkan (persembahan makanan, nilai pemakanan, rasa, penggunaan Philips Airfryer, kebersihan keseluruhan, dan kerjasama sepasukan) dan menemu ramah peserta, sebelum memberikan markah kepada setiap pasukan.

11. Hadiah akan diberikan kepada semua peserta yang turut serta pada akhir acara.

12. Promosi peribadi video oleh setiap pasukan kepada kumpulan media sosial masing-masing digalakkan untuk memaksimumkan bilangan “like” video mereka di laman web FATCHECK. Bilangan “like” merangkumi 40% daripada jumlah markah sebagai sebahagian daripada kriteria kelayakan bagi Pusingan 3.

F. PUSINGAN 3: PERTANDINGAN MEMASAK KELUARGA

1. Lima pasukan akan dipilih daripada Pusingan 2 untuk menyertai pusingan akhir, “Pertandingan Memasak Keluarga FATCHECK” pada 9 Oktober 2016, berasaskan kriteria pemilihan berikut:

a. Prestasi di Pertandingan Memasak Mini: 60%.
b. Bilangan ‘like’ untuk video masing-masing: 40%.
2. Pasukan yang dipilih akan dimaklumkan menerusi telefon dan e-mel yang mereka berikan dalam borang penyertaan.

3. Jika mana-mana pasukan tidak dapat dihubungi selepas tiga (3) percubaan, Penganjur akan terus menghubungi pasukan berikutnya yang dipilih untuk mengisi kekosongan.

4. Hanya peserta yang nama dan butiran peribadi mereka dikemukakan menerusi web layak untuk menyertai Pusingan 3. Peserta mesti menghadiri Pusingan 3 sendiri dan tidak boleh memberi kuasa kepada atau melantik wakil untuk hadir bagi pihak mereka dalam apa jua keadaan. Sekiranya mana-mana peserta menarik diri dalam pusingan ini, seluruh pasukan akan dibatalkan.

5. Penyertaan dalam Pusingan 3 bergantung kepada persetujuan pasukan yang terpilih untuk bersaing dalam Pertandingan Memasak Keluarga FATCHECK di lokasi dan pada tarikh yang ditetapkan oleh Penganjur.

6. Peserta perlu memasak sajian utama dan pencuci mulut menggunakan ramuan misteri yang disediakan. Sajian dan pencuci mulut yang disediakan oleh peserta perlu mematuhi garis panduan yang akan diumumkan pada hari Pertandingan Memasak Keluarga FATCHECK.

7. Peserta perlu menyatakan sama ada mereka adalah vegetarian.

8. Ramuan memasak, Philips Airfryer dan pinggan mangkuk, peralatan dan kelengkapan lain akan disediakan oleh Philips Malaysia; peserta boleh membawa sos dan perasa sendiri jika mereka ingin berbuat demikian.

9. Pasukan dibenarkan membawa peralatan & pinggan mangkuk tambahan untuk persembahan sajian.

10. Peserta akan mempersembahkan sajian mereka kepada pengadil di atas pentas.

11. Panel pengadil terdiri daripada chef profesional, pakar diet IJN, dan wakil dari Philips Malaysia dan mereka akan mengadili berasaskan kriteria pemilihan berikut:

  • – Kreativiti & persembahan: 25%
  • – Kesihatan: 20%
  • – Cita Rasa: 15%
  • – Penggunaan Airfryer Philips: 20%
  • – Kebersihan: 10%
  • – Kerjasama Sepasukan: 10%

12. Hadiah yang akan disampaikan adalah seperti berikut:
a. Tempat pertama: Produk Philips bernilai RM10,000 dan pakej pemeriksaan jantung daripada IJN.

b. Tempat kedua: produk Philips bernilai RM7,000 dan pakej pemeriksaan jantung IJN.

c. Tempat ketiga: produk Philips bernilai RM5,000 dan pakej pemeriksaan jantung IJN.

d. Hadiah sagu hati x 2: Philips Airfryer dan pakej pemeriksaan jantung IJN.

13. Pemenang boleh memilih daripada rangkaian produk Kesihatan Peribadi Philips yang boleh didapati di Philips Malaysia (selagi stok masih ada) pada nilai sehingga jumlah maksimum kemenangan mereka.

14. Semua nilai hadiah adalah pada harga runcit disyorkan (RRP) Ringgit Malaysia pada masa percetakan terma ini dan Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang perubahan nilai.
15. Hadiah hanya boleh dituntut selepas tarikh Pusingan 3: Pertandingan Memasak. Semua hadiah mesti dituntut dalam masa dua (2) bulan selepas tarikh pemberitahuan hadiah yang dinyatakan di atas. Semua hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik.

16. Semua hadiah hendaklah dikutip di pejabat urus setia FATCHECK (Ultra Works Sdn Bhd).

17. Semua peserta mesti mengemukakan satu salinan MyKad apabila menuntut hadiah masing-masing.

18. Hadiah tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukarkan untuk tunai, kredit dan bahan lain secara sebahagian atau sepenuhnya.

19. Semua peserta mesti mematuhi terma dan syarat Philips Malaysia, iaitu semasa hadiah diatur dan/atau disediakan serta terma dan syarat yang dikaitkan dengan hadiah, jika ada.

G. PENGHANTARAN & KRITERIA KELAYAKAN

1. Penganjur berhak untuk meminda tarikh, tempat dan masa mana-mana pusingan pada bila-bila masa tanpa memberikan notis terlebih dahulu.

2. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta perlu mematuhi kriteria yang berikut:

a. Keputusan pengadil adalah muktamad dan tiada surat-menyurat akan dilayan selepas itu.

b. Pasukan yang terpilih akan mengambil bahagian dalam semua peringkat pertandingan. Bagaimanapun, rundingan boleh dibuat jika mana-mana peserta mahu menarik diri daripada pertandingan dan ini tertakluk kepada budi bicara Penganjur.

c. Dengan mengambil bahagian, semua peserta mesti bersetuju bahawa nama dan sebarang rakaman atau gambar mereka yang diambil semasa pertandingan boleh digunakan dan dihebahkan semasa dan pada sebarang acara masa depan yang dianjurkan oleh Philips Malaysia, FATCHECK, dan Institut Jantung Negara, meliputi semua saluran termasuk media tradisional, media sosial dan media digital.

3. Semua peserta perlu menandatangani dan mengembalikan borang pelepasan untuk menyatakan persetujuan kepada semua terma dan syarat yang ditetapkan oleh Penganjur.

H. PEMBATALAN PENYERTAAN

1. Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan peserta di mana-mana peringkat Pertandingan jika mereka:

a. Melanggar Terma dan Syarat atau syarat dan peraturan lain Pertandingan.

b. Melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan yang berkenaan dan/atau telah melakukan sesuatu yang salah di sisi undang-undang, atau

c. Cuba menjejaskan pengendalian Pertandingan dengan menipu, memperdaya, menggunakan helah atau bertindak secara tidak wajar.

2. Sekiranya penyertaan dibatalkan selepas hadiah telah diberikan, Penganjur berhak untuk meminta agar Hadiah dipulangkan atau pembayaran balik nilainya oleh Peserta yang tidak layak itu.

3. Walaupun Penganjur akan berusaha untuk melakukan pengesahan yang sewajarnya tentang kelayakan peserta, kegagalan membatalkan penyertaan mana-mana peserta yang tidak layak hendaklah tidak dianggap sebagai pelanggaran syarat oleh Penganjur.

I. LIABILITI & TANGGUNGJAWAB

1. Peserta dan waris mereka hendaklah menanggung liabiliti dan bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan [termasuk kematian] disebabkan penyertaan mereka dalam Peraduan, penebusan dan/atau penggunaan hadiah dan bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur terhadap sebarang liabiliti.

2. Semua acara dalam pertandingan ini akan diadakan di Lembah Klang.

3. Semua pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang ditanggung untuk menyertai Peraduan dan untuk menebus hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.

4. Dengan mengambil bahagian, peserta memperakui pemilikan penuh, dan bertanggungjawab terhadap keaslian resipi masing-masing dan menanggung liabiliti secara peribadi terhadap sebarang pelanggaran hak cipta, jika ia berlaku.

J. HAK PENGANJUR

1. Dengan mengambil bahagian, semua Peserta bersetuju dan memperakui bahawa semua hak cipta intelektual berkaitannya adalah dimiliki oleh Penganjur dan setiap Peserta bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, pemprosesan dan/atau pendedahan sebarang dan semua maklumat peribadi peserta oleh Penganjur, yang tidak terhad kepada nama, gambar, atau imej Peserta untuk tujuan Pertandingan, termasuk pengiklanan, publisiti, pemasaran dan aktiviti promosi yang dijalankan dengan cara yang dianggap wajar oleh Penganjur, dalam mana-mana media dan tanpa sebarang pampasan, pemberitahuan atau kebenaran tambahan, dan sebarang aktiviti lain yang berkaitan Pertandingan. Peserta tidak berhak untuk menuntut pemilikan dan/atau sebarang bentuk pampasan terhadap bahan tersebut.

2. Penganjur berhak untuk meminda, menggantung atau membatalkan Pertandingan ini sekiranya ia tidak dapat dikendalikan seperti yang dirancang, diganggu secara teknikal atau tercemar, termasuk tetapi tidak terhad kepada gangguan menerusi penggodaman, campur tangan tidak sah, penipuan, kegagalan teknikal, atau sebarang sebab lain di luar kawalan Penganjur, walaupun selepas usaha terbaik oleh Penganjur.

3. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk mengkaji semula dan mengubah proses pemilihan Pemenang Hadiah yang terkandung di dalam ini pada bila-bila masa tanpa memberikan notis terlebih dahulu. Keputusan pengadil adalah muktamad dan tiada surat-menyurat akan dilayan selepas itu.

4. Pemenang tidak berhak untuk menuntut pemilikan dan/atau sebarang bentuk pampasan lain bagi bahan tersebut.

5. Penganjur, atas budi bicara mutlaknya, berhak untuk meminda Terma dan Syarat tanpa memberikan notis terlebih dahulu, jika perlu, untuk mengendalikan Pertandingan ini dengan lancar.

6. Jika terdapat percanggahan antara mana-mana versi Terma dan Syarat Pertandingan, versi Bahasa Inggeris Terma dan Syarat yang dipaparkan di http://www.cookoff.fatcheck.my akan diguna pakai.

K. AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

1. Dengan menyertai Pertandingan ini, peserta memberikan kebenaran kepada Penganjur dan hak kepada penyedia perkhidmatan pengiklanan dan/atau Penganjur peraduan untuk menggunakan nama dan/atau gambar pemenang dan hadiah mereka untuk tujuan pengiklanan, perdagangan dan/atau publisiti tanpa sebarang notis terlebih dahulu kepada pemenang dan pemenang tidak layak berhak menuntut pemilikan dan/atau sebarang bentuk pampasan terhadap bahan tersebut.

2. Dengan menyertai Pertandingan ini, Penganjur bersetuju terhadap penggunaan data yang dikumpulkan pada laman web Penganjur dan menyediakan perlindungan data seperti yang dinyatakan di bawah. Bahagian ini juga menggariskan hak peserta berkaitan perlindungan data mereka dan memaklumkan peserta tentang kaedah untuk menghubungi Penganjur berhubung dengan data yang disediakan.

3. Penganjur berhak untuk melantik agensi/syarikat pihak ketiga untuk memproses maklumat peribadi yang diberikan oleh peserta. Semua agensi/syarikat pihak ketiga akan mematuhi kontrak untuk tidak menggunakan maklumat peribadi peserta dengan sebarang cara selain daripada yang dinyatakan dalam bahagian ini.

4. Menurut undang-undang Malaysia, hak peserta termasuk:
a. hak untuk menarik balik kebenaran anda bagi penggunaan data peribadi anda atau meminda akses dan/atau membuat pembetulan kepada mana-mana data peribadi dengan menghubungi urus setia FATCHECK di matters@fatcheck.my dan menyatakan nama dan alamat emel untuk mengeluarkan/membetulkan/mengakses data peribadi;

b. hak untuk mendapatkan salinan data peribadi anda yang dipegang oleh Penganjur, dan Penganjur juga berhak mengenakan yuran yang wajar untuk memenuhi permintaan tersebut.

c. Sekiranya peserta ingin mengutarakan apa-apa isu berkaitan perlindungan data peribadi dengan Penganjur, atau melaksanakan mana-mana hak di bawah undang-undang, sila hubungi urus setia di matters@fatcheck.my

d. Penganjur akan mengambil segala langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk memastikan perlindungan data peribadi peserta dan menetapkan garis panduan dalam pemprosesan data untuk dipatuhi oleh mana-mana pihak ketiga. Penganjur berkewajipan untuk mendedahkan data peribadi peserta sebagai sebahagian daripada kewajipan yang ditetapkan di bawah undang-undang, menerusi waran pencarian, sepina dan/atau perintah mahkamah.

L. TERMA DAN SYARAT LAIN

1. Gambar Hadiah yang ditunjukkan pada borang penyertaan Pertandingan adalah untuk tujuan keterangan sahaja dan mungkin berbeza daripada barangan sebenar.

2. Semua penyertaan yang dikemukakan mestilah asli dan tidak melanggar sebarang hak cipta intelektual yang dimiliki oleh mana-mana pihak. Peserta hendaklah tidak memaparkan, mengedarkan, menghasilkan semula atau mengemukakan dengan sebarang cara, apa jua bahan yang mengandungi hak milik intelektual pihak lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada hak cipta, atau sebarang maklumat hak milik yang dipegang oleh pihak lain tanpa mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pemegang hak milik intelektual atau maklumat hak milik tersebut. Jika anda percaya bahawa karya anda telah diciplak dan dipaparkan dengan sebarang cara yang membabitkan pelanggaran hak cipta intelektual, sila hubungi urus setia FATCHECK di matters@fatcheck.my

3. Keputusan Penganjur dan pengadil adalah muktamad dan tiada surat-menyurat atau rayuan akan dilayan selepas itu.

4. Dengan menyertai Pertandingan ini, peserta bersetuju untuk tertakluk kepada Terma & Syarat peraduan dan keputusan Penganjur dan pengadil.

5. Terma dan Syarat dan kaedah pertandingan mungkin dipinda dari masa ke masa dan akan diguna pakai untuk menggantikan sebarang peruntukan atau pernyataan yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi atau pengiklanan lain Pertandingan. Peserta amat digalakkan untuk mengunjungi laman web Penganjur dari masa ke masa untuk memastikan bahawa Peserta sedar tentang sebarang pengemaskinian dan perubahan yang dibuat.

6. Terma dan Syarat ini juga boleh didapati dalam Bahasa Malaysia.

Hantar Penyertaan DiSINI


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?