Peraduan “Lebih Tenaga, Lebih Kaya” Red Bull


Nama peraduan bukan main lagi tu,  “Lebih Tenaga, Lebih Kaya“. Kalau lebih bertenaga belum tentu lagi kaya ok..

Peraduan ini sesuai disertai oleh mereka yang selalu atau gemar minum minuman Red Bull ni.

Dengan setiap pembelian minima 2 tin/botol Red Bull (sebarang variasi) dalam satu resit anda layak untuk menghantar SATU (1) penyertaan.

Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, tetapi setiap penyertaan mesti dilampirkan dengan SATU (1) resit asal bertarikh semasa tempoh peraduan dan dilengkapkan dengan butiran peribadi.

Dalam peraduan ini ada 5 cara untuk hantar penyertaan. eMenang tidak mengalakkan dan melarang pembaca sekalian hantar penyertaan melalui facebook..hahaha

Sebab apa eMenang tulis macam tu? Sebabnya kalau anda nak hantar melalui Facebook, anda perlu LIKE facebook page Red Bull dahulu sebelum hantar penyertaan.

Berdasarkan kebiasaannya apabila anda LIKE sesuatu Facebook Page, anda akan menerima update dari newsfeed Facebook Page tersebut. Jadi eMenang risaulah nanti kut-kut facebook Red Bull tu ada menyiarkan gambar yang mendedahkan aurat atau  ‘awek seksi’ mandi kolam renang atau tengah senaman.

Kalau anda nak hantar anda pilih acara lain ok, jangan pilih cara hantar melalui facebook tu. Ada 4 cara lagi yang boleh dihantar dalam peraduan ini.

  • Cara : WhatsApp (boleh hantar penyertaan melalui WhatsApp)
  • Cara : WeChat (boleh hantar penyertaan melalui WeChat)
  • Cara : Laman Web (boleh hantar terus ke laman web)
  • Cara : Borang Peraduan (Boleh pos borang peraduan)

Dalam peraduan ini ada 2 kategori hadiah, iaitu hadiah mingguan dan hadiah Utama.

Pemenang akan dipilih secara Cabutan. Dalam terma & syarat tulis macam ni.

Peringkat 1 – Hadiah Mingguan: Sejumlah RM250,000 (1,000 x RM250) Hadiah Mingguan untuk dimenangi sepanjang tempoh peraduan. Tarikh cabutan dan pengumuman bagi Hadiah Mingguan (125 pemenang setiap minggu x 8 minggu) adalah seperti berikut:

1

Peringkat 2 – Hadiah Utama – Satu (1) Hadiah Utama berjumlah RM100,000, dua (2) Hadiah Kedua berjumlah RM25,000 setiap satu dan Sepuluh (10) Hadiah ketiga berjumlah RM10,000 setiap satu untuk dimenangi sepanjang tempoh peraduan. Cabutan bagi para pemenang bagi Hadiah Utama akan dipilih pada 7 September 2016 dan diumumkan pada 13 September 2016.

Wakil daripada Allexcel Trading Sdn Bhd akan membuat cabutan pemenang daripada sejumlah penyertaan yang layak melalui perisian komputer khusus, menggunakan sistem algoritma rawak.

Sekiranya peserta mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Peraduan “Red Bull Lebih Tenaga, Lebih Kaya” ini, peserta boleh menghubungi 1-700-81-5630

Tempoh peraduan: 3 Julai 2016 dan berakhir pada 28 Ogos 2016 

Nasihat dari eMenang:Jangan beli semata-mata untuk join peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa dan membazir duit. Kalau anda memang ada keperluan untuk beli , baru beli.

Cara-Cara

Cara 1 : WhatsApp

Dengan pembelian minima 2 tin/ botol Red Bull (sebarang variasi) anda layak untuk hantar 1 penyertaan dalam peraduan ini

1. Jawab satu soalan mudah:

  • Adakah Red Bull sejenis minuman tenaga. Betul atau salah?
    1. A) Betul
    2. B) Salah

2. Muatnaik gambar resit dan taip jawapan anda dalam ruang “menambah kapsyen” seperti berikut:

  • 1. Jawapan
  • 2. Nama
  • 3. No. KP / Pasport / Permit Kerja
  • 4. Emel
  • 5. Nombor Resit

3. Hantarkan ke 011 – 16260298

Cara 2 : WeChat

  1. Dengan pembelian minima 2 tin/ botol Red Bull (sebarang variasi) anda layak untuk hantar 1 penyertaan dalam peraduan ini
  2. Imbas kod QR
  3. Ikut “REDBULL-MY” dan klik “Contest”
  4. Lengkapkan butiran, muatnaik gambar resit dan jawab soalan mudah
  5. Klik “Submit”

Cara 4 : Laman Web

  1. Dengan pembelian minima 2 tin/ botol Red Bull (sebarang variasi) anda layak untuk hantar 1 penyertaan dalam peraduan ini
  2. Layari www.contest.redbull.com.my
  3. Lengkapkan butiran, muatnaik gambar resit dan jawab soalan mudah
  4. Klik “Submit”

Cara 5 : Borang Peraduan

  1. Dengan pembelian minima 2 tin/ botol Red Bull (sebarang variasi) anda layak untuk hantar 1 penyertaan dalam peraduan ini
  2. Dapatkan borang dari kedai runcit, pasaraya atau pasar hyper berhampiran
  3. Isikan borang peraduan dan jawab 1 soalan mudah
  4. Kepilkan bersama resit asal dan hantarkan kepada:

“Red Bull Lebih Tenaga, Lebih Kaya“
Allexcel Trading Sdn Bhd
P.O. Box 8094,
Kelana Jaya 46781
Selangor Darul Ehsan

Salinan fotostat resit asal tidak akan diterima. Resit bertulis tangan tanpa nombor resit, nama dan alamat penuh peruncit tidak akan diterima manakala cop peruncit berserta maklumat yang dinyatakan akan diterima. Penyertaan berganda menggunakan resit asal yang sama akan dibatalkan kelayakannya; hanya penyertaan terawal sahaja yang akan diterima pakai. Penyertaan yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca atau tidak betul atau mengandungi jawapan yang salah akan dibatalkan.

Salinan fotostat borang peraduan juga diterima. Semua penyertaan haruslah dikirimkan kepada:
“Red Bull Lebih Tenaga, Lebih Kaya“
Allexcel Trading Sdn Bhd
P.O. Box 8094,
Kelana Jaya 46781
Selangor Darul Ehsan

Setiap borang peraduan haruslah dikirimkan melalui pos biasa kepada P.O Box yang dinyatakan di atas. Penyertaan yang diterima melalui penghantaran tangan, perkhidmatan kurier, POS Laju dan / atau apa-apa cara penghantaran lain akan dibatalkan serta-merta. Bukti pos borang peraduan tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan oleh Pihak Penganjur.

Bagi penyertaan yang dihantar melalui platform digital (WeChat, Facebook atau laman Web), peserta akan menerima notifikasi bahawa penyertaan mereka telah diterima sebagai bukti penyertaan.

 

Hadiah

hadiah

Terma & Syarat

Untuk baca terma & syarat penuh boleh baca di halaman rasmi peraduan DISINI

 

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?