Peraduan Sunquick Abadikan Detik Perayaan


Berpeluang untuk memenangi hadiah baucar TESCO bernilai RM200 dengan menyertai Peraduan Sunquick Abadikan Detik Perayaan.

Kongsikan foto kenangan teristimewa dengan keluarga anda bersama botol Sunquick untuk berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan.

Kemudian Muat naik dan sertakan kapsyen (< 20 perkataan) mengenai kenangan anda dengan Sunquick dan hasgtag ‪#‎MYSunquickFamili‬ di ruangan komen psotingrasmi peraduan.

Dalam peraduan ini ada 50 pemenang keseluruhannya. 10 pemenang akan dipilih setiap minggu selama tempoh peraduan ini berlangsung (5 minggu)

Pemenang dalam peraduan ini dipilih berdasarkan  gambar yang paling kreatif dan bilangan “LIKE” terbanyak. 

Penyertaan untuk peraduan ini adalah percuma, tiada bukti pembelian diperlukan.

Tempoh Peraduan: 26 Jun 2016 hingga 31 Julai 2016, 11.59pm

Cara-Cara

Bagaimana untuk sertai:

a. Ambil foto detik sambutan perayaan teristimewa anda bersama mereka yang tersayang (keluarga, sanak saudara, rakan-rakan dan lain-lain) sambil menikmati Sunquick.

b. Muat naik foto penyertaan anda berserta kapsyen (tidak melebihi 20 patah perkataan) dan hashtag  #‎MYSunquickFamili‬ ke ruangan komen bagi kiriman Peraduan di laman Facebook rasmi Sunquick Malaysia

c.  Foto penyertaan yang kreatif akan dinobatkan sebagai Pemenang: 

  • 10 Pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu (selama lima (5) minggu berturut-turut) berdasarkan kreativiti. (Keseluruhan 50 Pemenang)

Anda boleh hantar Penyertaan diruangan Komen DI SINI

P/s Nasihat dari eMenang: Pastikan Gambar yang anda hantarkan untuk peraduan ini  tidak mendedahkan ‘aurat’ . Setiap gambar yang diupload untuk peraduan ini adalah tanggungjawab masing-masing.

Hadiah

tesco

Hadiah/Pilihan Pemenang: 

  • 50x Pemenang. Baucar TESCO Bernilai RM200 setiap Pemenang.

a. Pemenang akan dipilih oleh Penganjur berdasarkan gambar yang paling kreatif dan bilangan “suka” terbanyak. 

b. Semua Pemenang Peraduan ini akan diumumkan di laman Facebook Penganjur dalam tempoh 2 minggu selepas tarikh akhir Peraduan. Penganjur berhak untuk menggunakan sebarang kaedah atau medium lain yang sesuai atas budi bicaranya sendiri bagi tujuan mengumumkan Pemenang Peraduan ini. 

c. Setiap Pemenang terpilih akan menerima baucar Tesco bernilai RM200.

d. Sepuluh (10) gambar setiap minggu selama lima (5) minggu iaitu berjumlah lima puluh (50) gambar detik sambutan perayaan pada bulan Ramadan dan Syawal yang istimewa yang dilengkapi hidangan Sunquick yang memenuhi kriteria yang menggambarkan kekeluargaan dan kasih sayang dengan kreativiti akan dipilih Penganjur.

Terma & Syarat

1. Peraduan Sunquick Abadikan Detik Perayaan (“Peraduan”) akan berlangsung dari 26 Jun 2016, 12.01am hingga 31 Julai 2016, 11.59pm iaitu selama lima (5) minggu (“Tempoh Peraduan”). Barkath CO-RO Manufacturing Sdn. Bhd. dan Sunquick Malaysia (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.
2. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas (semasa 26 Jun 2016) kecuali kakitangan serta ahli keluarga terdekat Penganjur, termasuk syarikat, pengedar, agensi pengiklanan dan promosi bersekutu dan/atau berkaitan.

3. Bukti pembelian bagi tujuan penyertaan adalah tidak diperlukan.

4. Bagaimana untuk sertai:

a. Ambil foto detik sambutan perayaan teristimewa anda bersama mereka yang tersayang (keluarga, sanak saudara, rakan-rakan dan lain-lain) sambil menikmati Sunquick.

b. Muat naik foto penyertaan anda berserta kapsyen (tidak melebihi 20 patah perkataan) ke ruangan komen bagi kiriman Peraduan di laman Facebook rasmi Sunquick Malaysia.

c. Foto penyertaan yang kreatif akan dinobatkan sebagai Pemenang:

i. 10 Pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu (selama lima (5) minggu berturut-turut) berdasarkan kreativiti.

d. Apabila peserta memuat naik gambar ke peraduan, peserta telah mengakui;

  • i. Gambar adalah milik mereka
  • ii. Tiada sebarang perlanggaran hak cipta dan sepertinya
  • iii. Peserta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gambar dan kapsyen yang dimuat naik.

5. Hadiah/Pilihan Pemenang:
a. Pemenang akan dipilih oleh Penganjur berdasarkan gambar yang paling kreatif dan bilangan “suka” terbanyak.

b. Semua Pemenang Peraduan ini akan diumumkan di laman Facebook Penganjur dalam tempoh 2 minggu selepas tarikh akhir Peraduan. Penganjur berhak untuk menggunakan sebarang kaedah atau medium lain yang sesuai atas budi bicaranya sendiri bagi tujuan mengumumkan Pemenang Peraduan ini.

c. Setiap Pemenang terpilih akan menerima baucar Tesco bernilai RM200.

d. Sepuluh (10) gambar setiap minggu selama lima (5) minggu iaitu berjumlah lima puluh (50) gambar detik sambutan perayaan pada bulan Ramadan dan Syawal yang istimewa yang dilengkapi hidangan Sunquick yang memenuhi kriteria yang menggambarkan kekeluargaan dan kasih sayang dengan kreativiti akan dipilih Penganjur.

e. Gambar penyertaan mestilah dilengkapi dengan hidangan Sunquick (sebarang perisa).

f. Penuntutan hadiah:

i. Penganjur akan menghubungi Pemenang melalui akaun Facebook penyertaan bagi tujuan makluman, pengesahan dan butiran peribadi.

ii. Hadiah akan dikirim ke alamat yang diberikan oleh Pemenang.

iii. Pemenang perlu faks atau emel kad pengenalan kepada Penganjur bagi tujuan pengesahan apabila dihubungi oleh Penganjur atau;

iv. Hadiah juga boleh dituntut di ibu pejabat Penganjur atas permintaan Pemenang (Alamat Penganjur: Barkath Co-Ro Manufacturing Sdn Bhd Alamat: Mk 16, Kawasan Perusahaan Sungai Lokan, 1140, Lorong Perusahaan Sungai Lokan 5, 13800 Butterworth, Pulau Pinang, Malaysia

v. Hadiah hanya boleh ditebus dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tarikh pemberitahuan Pemenang tertakluk pada budi bicara Penganjur dan masa Pemenang. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya hadiah tidak dapat ditebus dalam tempoh yang tidak dinyatakan.

vi. Jika Pemenang tidak dapat hadir untuk menuntut, wakil penerima hendaklah membawa salinan kad pengenalan Pemenang sebagai pengesahan.

g. Sekiranya percubaan pertama untuk menghubungi Pemenang gagal, contohnya tiada maklum balas selepas tiga (3) lagi percubaan dilakukan. Sekiranya percubaan ini juga gagal, Penganjur berhak untuk memilih Peserta seterusnya yang layak sebagai Pemenang Hadiah. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya Pemenang yang layak tidak boleh dihubungi atas sebarang sebab.

h. Semua Pemenang Peraduan akan diumumkan pada laman Facebook Sunquick Malaysia. Penganjur berhak untuk menggunakan sebarang kaedah atau medium lain yang sesuai atas budi bicaranya sendiri bagi tujuan mengumumkan Pemenang Peraduan.

i. Hadiah sama ada baucar, tiket dan sebagainya tidak boleh ditebus sebagai wang tunai.

j. Setiap Peserta hanya boleh memenangi satu hadiah sahaja.

6. Penganjur dan syarikat yang terlibat dalam Peraduan tidak akan bertanggungjawab dari sebarang segi untuk kelewatan, gangguan atau ketidaksampaian penyertaan dan sebarang kesilapan, peninggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan dalam penghantaran, kegagalan rangkaian komunikasi, kelengkapan komputer, perisian, atau kegagalan disebabkan masalah teknikal atau kesesakan trafik Internet tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang penggunaan akaun pengguna/pelanggan yang tidak diizinkan bagi Peraduan ini.

7. Penganjur mempunyai hak automatik, dalam budi bicaranya sendiri untuk menghapuskan, membatalkan sebarang penyertaan yang tidak lengkap dalam budi bicara Penganjur, tidak sesuai, fitnah, melibatkan plagiarisme, melanggar (atau mungkin melanggar) sebarang hak cipta, tanda dagangan, atau apa-apa hak harta intelektual atau hak proprietari mana-mana entiti, bagi yang masih hidup atau sudah mati (termasuk hak-hak privasi atau publisiti atau gambaran yang palsu).
8. Peserta tidak boleh menggunakan sebarang bahasa yang sensitif yang boleh menyinggung atau kandungan yang berkaitan keganasan dan/atau pengambilan alkohol, elemen untuk merendahkan darjat sesiapa atau sebarang ahli mana-mana kumpulan berdasarkan bangsa, agama, latar belakang etnik, orientasi seksual atau status minoriti lain, menyatakan jenama-jenama lain, fitnah atau yang boleh memberikan gambaran buruk terhadap Penganjur dan seumpamanya.

9. Penganjur berhak membatalkan dan menyingkirkan gambar penyertaan yang dimuat naik oleh pesrta yang mengandungi sebarang bahasa yang sensitif yang boleh menyinggung atau kandungan yang berkaitan keganasan dan/atau pengambilan alkohol, elemen untuk merendahkan darjat sesiapa atau sebarang ahli mana-mana kumpulan berdasarkan bangsa, agama, latar belakang etnik, orientasi seksual atau status minoriti lain, menyatakan jenama-jenama lain, fitnah atau yang boleh memberikan gambaran buruk terhadap Penganjur dan seumpamanya.

10. Penganjur berhak, dengan budi bicaranya sendiri, untuk menukar sebarang hadiah dengan hadiah yang sama nilainya tanpa notis terlebih dahulu. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, dibayar balik atau ditukar kepada sebarang bentuk atas sebarang sebab. Nilai hadiah adalah tepat pada masa cetakan. Semua hadiah diberikan dalam keadaan sedia ada. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, sebarang dan semua representasi dan waranti termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan kualiti, dagangan atau kesesuaian atau kelayakan berkenaan dengan hadiah-hadiah adalah dengan ini dikecualikan.

11. Peserta akan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti dalam sebarang kerugian, kemalangan, kecederaan, kerosakan dan tuntutan yang timbul akibat penyertaan dalam Peraduan ini.

12. Penganjur tidak akan bertanggungjawab dan tidak menerima sebarang liabiliti yang timbul atau dialami oleh Pemenang, tetamunya atau pihak lain, termasuk kecuaian, berkenaan dengan apa-apa kerugian, kerosakan, kecederaan, kemalangan dan/atau kematian yang timbul daripada dan berhubung dengan Peraduan ini dan/atau penggunaan hadiah-hadiah Peraduan ini. Sebarang pertikaian berkenaan dengan apa-apa terma dan syarat berkenaan dengan penggunaan hadiah-hadiah Peraduan ini mesti diselesaikan secara langsung di antara Pemenang dan pihak masing-masing dan bukan Penganjur. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab untuk menyelesaikan sebarang pertikaian tersebut.

13. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab bagi apa-apa keingkaran atau kerugian yang disebabkan oleh bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok, tindakan industri, wabak, kebakaran, banjir, ribut, kegagalan teknikal atau sebarang kejadian di luar kawalan munasabah pihak Penganjur.

14. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dan Pemenang bersetuju untuk memberikan data peribadi dan Penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama dan/atau foto Pemenang serta penyertaan untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang pampasan atau notis dan setiap Peserta dan Pemenang tidak layak untuk membuat sebarang tuntutan bagi penggunaan penyertaan oleh Penganjur. Kegagalan oleh Peserta untuk berbuat demikian akan menyebabkan penyertaan Peserta dikecualikan.

15. Dengan menyertai Peraduan ini dan mengemukakan data peribadi anda yang boleh dikenalpasti, Peserta memberikan keizinan kepada pihak Penganjur dan/atau ejen yang diberi kuasa untuk menyimpan, menggunakan dan memproses data peribadi anda bagi menyediakan perkhidmatan atau berkomunikasi dengan anda dan tujuan publisiti, pengiklanan, perdagangan dan/atau promosi pemasaran masa kini dan masa depan dan demi meningkatkan taraf produk dan perkhidmatannya. Data peribadi Peserta ini disimpan dalam cara yang sesuai oleh pihak Penganjur dan digunakan untuk memenuhi permintaan anda

16. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk mematuhi semua Terma dan Syarat Peraduan rasmi serta keputusan Penganjur.

17. Terma dan syarat ini boleh diubah, ditambah atau diubah oleh pihak Penganjur melalui laman Facebook Sunquick Malaysia, atau apa-apa cara lain yang difikirkan sesuai oleh pihak Penganjur. Para Peserta dianggap telah mengakses laman Facebook Sunquick Malaysia dan bersetuju dengan apa-apa perubahan atau permindaan kepada terma dan syarat ini.

18. Pihak Penganjur berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan atau membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan ini dengan notis secara meletakkan di laman Facebook Sunquick Malaysia, atau dalam apa-apa cara lain yang difikirkan sesuai oleh pihak Penganjur. Para Peserta dianggap telah mengakses laman Facebook Sunquick Malaysia tersebut dan bersetuju dengan apa-apa perubahan atau permindaan kepada terma dan syarat ini. Bagi mengelakkan keraguan, sebarang perubahan Tempoh Peraduan atau pembatalan, penamatan atau penggantungan Peraduan ini oleh pihak Penganjur tidak melayakkan Peserta untuk apa-apa pampasan terhadap pihak Penganjur bagi sebarang dan semua kerugian atau kerosakan yang mungkin dialami atau ditanggung oleh mana-mana Peserta secara langsung atau tidak langsung akibat daripada tindakan perubahan Tempoh Peraduan atau pembatalan, penamatan atau penggantungan.

19. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, setiap Peserta dianggap mengenepikan apa-apa hak yang mungkin ada terhadap pihak Penganjur dan pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejen pihak Penganjur (termasuk tetapi tidak terhad kepada pembekal pihak ketiga yang pihak Penganjur mungkin melantik bagi tujuan Peraduan ini), berkenaan dengan apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya, berkaitan dengan Peraduan dan hadiah-hadiah.

20. Keputusan Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat dan rayuan tidak akan dilayan.

Sumber terma & syarat

Anda boleh hantar Penyertaan diruangan Komen DI SINI


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2020 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?