Peraduan Meriahkan Raya Dutch Lady


Dutch Lady sekarang ini sedang mengadakan Peraduan Meriahkan Raya. Peraduan ini hanya berlangsung di Kedai, Mini Market dan Pasaraya yang mengambil bahagian sahaja.

Peraduan ini sesuai disertai oleh mereka yang gemar minum susu Dutch Lady atau  yang menggunakan susu ini untuk anak mereka.

Untuk menyertai peraduan, pembelian hanya boleh dibuat di kedai atau Pasaraya yang mengambil bahagian sahaja.

eMenang dah tengok dalam senarai pasaraya atau ‘outlet’ yang yang mengambil bahagian tu. Dalam senarai tu, kedai seperti Pasaraya Giant, Tesco, Mydin, The Store, 7 Eleven tidak tersenarai.

Jadi jika anda ada beli dari kedai atau pasaraya yang tidak mengambil bahagian, penyertaan anda tidak akan diterima nanti.

Anda boleh tengok sini Senarai Kedai & pasaraya yang mengambil bahagian.

Untuk melengkapkan penyertaan anda, borang peraduan anda mestilah lengkap disertakan resit pembelian dari kedai yang turut serta dan barkod produk yang diperlukan.

Lagi satu, bukan semua produk susu kotak Dutch Lady terlibat dalam peraduan ini. Susu Kotak Dutch Lady yang 1 liter tu tak termasuk dalam peraduan. Untuk lihat senarai produk yang terlibat, boleh tengok dibawah.

gdl2

  • Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-kanak Dutch Lady (900g, 650g, 350g),
  • Susu UHT Dutch Lady Purefarm (200ml) 
  • Susu Disteril Dutch Lady Purefarm (900ml, 450ml, 225ml), sebarang varian (“Produk Dutch Lady yang turut serta”).
  • Susu UHT Dutch Lady Purefarm 1L tidak turut serta dalam Peraduan ini.

Dalam peraduan ini ada 2 kategori hadiah iaitu hadiah Mingguan dan Hadiah Utama.

kumpul

Hadiah Mingguan adalah Set Corningware bernilai RM629.00 setiap satu. Setiap minggu selama peraduan ini berlangsung, sebanyak 22  pemenang akan dipilih untuk memenangi hadiah ini.

Hadiah Utama pula ialah 3 buah kereta Perodua Axia 1.0 Standard Auto(tidak termasuk kos atas jalan).

Kaedah pemilihan pemenang

a. Hadiah Utama x 3:
i. Pemenang-pemenang Hadiah Utama yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan Hadiah Utama layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dan dibahagikan dengan 3.5, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 35,003 penyertaan Hadiah Utama layak diterima, jumlah ini akan dibahagikan dengan 3.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat yang paling dekat dan yang lebih rendah, iaitu 10,000. Maka penyertaan Hadiah Utama layak ke-10,000, ke-20,000 dan ke-30,000 akan memenangi Hadiah Utama setiap satu. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan seterusnya yang terdahulu akan layak menjadi pemenang gantian, sebagai contoh: pemenang gantian untuk penyertaan layak ke-10,000 adalah penyertaan layak ke-9,999.

b. Hadiah Mingguan x 176 (22 pemenang x 8 Minggu Peraduan):
i. Pemenang-pemenang Hadiah Mingguan yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan Hadiah Mingguan layak yang diterima sepanjang Minggu Peraduan dan dibahagikan dengan 22.5, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 11,255 penyertaan Hadiah Mingguan layak diterima, jumlah ini akan dibahagikan dengan 22.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat yang paling dekat dan yang lebih rendah, iaitu 500. Maka penyertaan Hadiah Mingguan layak ke-500, ke-1,000, ke-1,500 dan seterusnya akan memenangi Hadiah Mingguan setiap satu untuk Minggu Peraduan tersebut. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan seterusnya yang terdahulu akan layak menjadi pemenang gantian, sebagai contoh: pemenang gantian untuk penyertaan layak ke-500 adalah penyertaan layak ke-499.

Kiranya pemenang macam ditentukan secara lucky drawlah. Untuk baca lebih detauil sila baca dibawah:

Tempoh peraduan: 1 Jun 2016 hingga 31 Julai 2016

Cara-Cara

cadl

Senarai Kedai & pasaraya yang mengambil bahagian

Penerangan

a. Dengan pembelian sebarang Produk Dutch Lady yang turut serta dari mana-mana Kedai yang turut serta dalam Peraduan ini, anda layak untuk sertai peraduan. 

Sebelum hantar penyertaan, anda perlu Kumpulkan minimum sepuluh (10) mata untuk satu (1) penyertaan Peraduan.

Setiap sepuluh (10) mata melayakkan peserta kepada satu (1) penyertaan bagi Hadiah Mingguan. Setiap lima puluh (50) mata melayakkan peserta kepada satu (1) penyertaan bagi Hadiah Utama. Sila rujuk carta bukti pembelian dalam borang penyertaan untuk maklumat lanjut.

*Senarai kedai yang turut serta

b. Jawab satu soalan: “Dutch Lady adalah Penganjur Peraduan Meriahkan Raya ini”. Betul/Salah.

c. Lengkapkan borang penyertaan dan lampirkan resit-resit asal berserta kodbar-kodbar asal yang sepadan sebagai bukti pembelian (“Bukti Pembelian”).

d. Hantar borang penyertaan dan Bukti Pembelian secara pos biasa ke: Peraduan Meriahkan Raya Dutch Lady, Peti Surat 3202, 47507 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

e. Salinan fotostat borang penyertaan adalah dibenarkan. Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap penyertaan mestilah disertakan dengan Bukti Pembelian asal yang ditetapkan.

f. Bukti kiriman borang penyertaan tidak akan dianggap sebagai bukti penerimaan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas penyertaan yang hilang, lewat atau tersilap alamat.

g. Penyertaan-penyertaan yang diterima melalui perkhidmatan kurier, penghantaran ekspres, penghantaran berdaftar dan/atau sebarang kaedah penghantaran yang lain selain daripada yang dinyatakan akan dibatalkan secara automatik.

h. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan peserta secara automatik bagi sebarang penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak dan lewat atau penyertaan tanpa Bukti Pembelian yang betul atau sah.

Senarai Kedai & pasaraya yang mengambil bahagian

dl

Carta Bukti Pembelian

gdl2pdl pdl2

 sumber carta bukti pembelian

Hadiah

3xhadiah dl

Terma dan Syarat

1. Peraduan Meriahkan Raya Dutch Lady akan berlangsung dari 1 Jun 2016 hingga 31 Julai 2016 (“Tempoh Peraduan”). Dutch Lady Milk Industries Berhad (5063-V) (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik. Peraduan ini akan diadakan selama 8 minggu dan tempoh minggu peraduan adalah seperti berikut (“Minggu Peraduan”):

  • – Minggu Peraduan 1: 1 Jun 2016 – 12 Jun 2016
  • – Minggu Peraduan 2: 13 Jun 2016 – 19 Jun 2016
  • – Minggu Peraduan 3: 20 Jun 2016 – 26 Jun 2016
  • – Minggu Peraduan 4: 27 Jun 2016 – 3 Julai 2016
  • – Minggu Peraduan 5: 4 Julai 2016- 10 Julai 2016
  • – Minggu Peraduan 6: 11 Julai 2016- 17 Julai 2016
  • – Minggu Peraduan 7: 18 Julai 2016 – 24 Julai 2016
  • – Minggu Peraduan 8: 25 Julai 2016 – 31 Julai 2016

2. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada 1 Jun 2016), kecuali kakitangan Penganjur dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat gabungan dan/atau berkaitan, pengedar-pengedar, agensi-agensi pengiklanan dan promosi pihak Penganjur.

3. Produk-produk jenama Dutch Lady yang turut serta dalam Peraduan ini adalah Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-kanak Dutch Lady (900g, 650g, 350g), Susu UHT Dutch Lady Purefarm (200ml) dan Susu Disteril Dutch Lady Purefarm (900ml, 450ml, 225ml), sebarang varian (“Produk Dutch Lady yang turut serta”). Susu UHT Dutch Lady Purefarm 1L tidak turut serta dalam Peraduan ini.

4. Hanya Produk Dutch Lady yang turut serta yang dibeli daripada kedai terpilih yang turut serta (“Kedai yang turut serta”) akan diterima dalam Peraduan ini. Untuk senarai penuh Kedai yang turut serta, sila rujuk www.dutchlady.com.my.

5. Cara penyertaan:
a. Beli sebarang Produk Dutch Lady yang turut serta dari mana-mana Kedai yang turut serta dalam Peraduan ini. Kumpulkan minimum sepuluh (10) mata untuk satu (1) penyertaan Peraduan. Setiap sepuluh (10) mata melayakkan peserta kepada satu (1) penyertaan bagi Hadiah Mingguan. Setiap lima puluh (50) mata melayakkan peserta kepada satu (1) penyertaan bagi Hadiah Utama. Sila rujuk carta bukti pembelian dalam borang penyertaan untuk maklumat lanjut.

b. Jawab satu soalan: “Dutch Lady adalah Penganjur Peraduan Meriahkan Raya ini”. Betul/Salah.

c. Lengkapkan borang penyertaan dan lampirkan resit-resit asal berserta kodbar-kodbar asal yang sepadan sebagai bukti pembelian (“Bukti Pembelian”).

d. Hantar borang penyertaan dan Bukti Pembelian secara pos biasa ke: Peraduan Meriahkan Raya Dutch Lady, Peti Surat 3202, 47507 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

e. Salinan fotostat borang penyertaan adalah dibenarkan. Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap penyertaan mestilah disertakan dengan Bukti Pembelian asal yang ditetapkan.

f. Bukti kiriman borang penyertaan tidak akan dianggap sebagai bukti penerimaan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas penyertaan yang hilang, lewat atau tersilap alamat.

g. Penyertaan-penyertaan yang diterima melalui perkhidmatan kurier, penghantaran ekspres, penghantaran berdaftar dan/atau sebarang kaedah penghantaran yang lain selain daripada yang dinyatakan akan dibatalkan secara automatik.

h. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan peserta secara automatik bagi sebarang penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak dan lewat atau penyertaan tanpa Bukti Pembelian yang betul atau sah.

6. Cara pemilihan pemenang:
a. Hadiah Utama x 3:
i. Pemenang-pemenang Hadiah Utama yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan Hadiah Utama layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dan dibahagikan dengan 3.5, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 35,003 penyertaan Hadiah Utama layak diterima, jumlah ini akan dibahagikan dengan 3.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat yang paling dekat dan yang lebih rendah, iaitu 10,000. Maka penyertaan Hadiah Utama layak ke-10,000, ke-20,000 dan ke-30,000 akan memenangi Hadiah Utama setiap satu. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan seterusnya yang terdahulu akan layak menjadi pemenang gantian, sebagai contoh: pemenang gantian untuk penyertaan layak ke-10,000 adalah penyertaan layak ke-9,999.

b. Hadiah Mingguan x 176 (22 pemenang x 8 Minggu Peraduan):
i. Pemenang-pemenang Hadiah Mingguan yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan Hadiah Mingguan layak yang diterima sepanjang Minggu Peraduan dan dibahagikan dengan 22.5, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 11,255 penyertaan Hadiah Mingguan layak diterima, jumlah ini akan dibahagikan dengan 22.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat yang paling dekat dan yang lebih rendah, iaitu 500. Maka penyertaan Hadiah Mingguan layak ke-500, ke-1,000, ke-1,500 dan seterusnya akan memenangi Hadiah Mingguan setiap satu untuk Minggu Peraduan tersebut. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan seterusnya yang terdahulu akan layak menjadi pemenang gantian, sebagai contoh: pemenang gantian untuk penyertaan layak ke-500 adalah penyertaan layak ke-499.

c. Para pemenang yang layak akan dihubungi melalui telefon dan dikehendaki menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang.

Sekiranya peserta gagal menjawab soalan dengan betul, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang. Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, tiga (3) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh 24 jam yang berikutnya selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, kelayakan peserta akan dibatalkan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.

7. Hadiah-hadiah Peraduan:
a. Hadiah Utama x 3: Perodua Axia 1.0 Standard Auto setiap satu. Hadiah Utama tidak termasuk insurans, pendaftaran dan cukai jalan, dimana kos-kos tersebut akan ditanggung oleh pemenang. Pihak Penganjur berhak menentukan apa-apa warna kereta.

b. Hadiah Mingguan x 176: Set Corningware bernilai RM629.00 setiap satu.

c. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) Hadiah Utama dan satu (1) Hadiah Mingguan sepanjang Tempoh Peraduan.

d. Kesemua hadiah mestilah dituntut oleh pemenang atas perbelanjaan sendiri dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh pemberitahuan. Semua hadiah yang gagal dituntut dua (2) bulan selepas tarikh pemberitahuan akan dilupuskan oleh pihak Penganjur.

e. Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menggantikan hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang lebih kurang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, dikembalikan atau ditukar dalam apa jua bentuk lain atas apa jua sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan. Semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’.

8. Para peserta akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan di dalam Peraduan ini dan daripada penebusan dan penggunaan hadiah-hadiah.

9. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan pihak Penganjur dan/atau syarikat-syarikat gabungan berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar peserta dan pemenang (termasuk tetapi tidak terhad kepada Hadiah Utama) serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur.

10. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan anda. Maklumat ini disimpan oleh pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan anda. Dengan mengemukakan maklumat peribadi anda, kami menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada pihak Penganjur dan/atau agen-agen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini bagi tujuan pemasaran dan promosi yang terkini dan di masa hadapan serta untuk menambahbaikan produk-produk dan perkhidmatannya.

Sekiranya anda memaklumkan pihak Penganjur melalui talian pelanggannya di 1-800-88-1191 atau di dutchladycareline@frieslandcampina.com bahawa maklumat tersebut tidak patut digunakan sebagai asas untuk hubungan seterusnya, pihak Penganjur akan menghormati permintaan anda. Maklumat anda tidak akan diberi atau dikongsi dengan syarikat-syarikat/rakan-rakan lain untuk kegunaan bebas mereka. Untuk Notis Perlindungan Data Peribadi Pelanggan lengkap pihak Penganjur, sila rujuk laman web pihak Penganjur di www.dutchlady.com.my.

11. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta harus bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan pihak Penganjur.

12. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai Terma dan Syarat ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan para peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.

13. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

Untuk maklumat lanjut boleh baca DiSINI


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?