Peraduan Dutch Lady ‘Berkat Raya’


Dutch Lady sekarang ini sedang mengadakan Peraduan”Berkat Raya’. Peraduan ini hanya berlangsung di pasaraya Giant (Semenanjung Malaysia), Tunas Manja, Billion, TF Value atau Pantai Timor (di Sentral, Utara, Selatan & Pantai Timur).

Peraduan ini sesuai disertai oleh mereka yang gemar meminum susu Dutch Lady.

dc2

Penyertaan untuk peraduan ini ada 2 cara, boleh baca dibawah untuk lebih detail.

Hadiah/Pemilihan pemenang:

a. 15 pemenang akan dipilih. Setiap pemenang akan memenangi tajaan majlis Rumah Terbuka Raya yang bernilai sehingga RM10,000 setiap satu.

– Di penghujung tempoh peraduan, lima belas (15) peserta dengan foto & kapsyen yang paling kreatif dan memenuhi kriteria akan dipilih sebagai pemenang oleh panel juri.

b. Pemenang akan dihubungi melalui telefon dan perlu menghantar bukti pembelian asal, salinan surat beranak dan/atau Mykid bersama Kad Pengenalan ibu bapa/penjaga yang sah untuk tujuan pengesahan bahawa gambar kanak-kanak yang diambil dalam gambar adalah berumur 1 tahun dan ke atas (sekiranya berkaitan) (Kanak-kanak di bawah umur 1 tahun tidak layak untuk menyertai peraduan ini seperti yang dinyatakan dalam Kod Etika Kementerian Kesihatan Malaysia untuk Pemasaran bagi Makanan Bayi dan produk yang berkaitan).

Peraduan ini memerlukan anda bergambar dengan keluarga. Pastikan gambar kanak-kanak atau bayi yang anda hantar bersama keluarga  untuk peraduan ini lebih daripada 1 tahun. Ini kerana kanak-kanak atau bayi berumur bawah 1 tahun tidak layak untuk sertai dalam peraduan ini. (Kerana terikat dengan undang-undang)

Untuk lebih detail sila baca dibawah.

Tempoh Peraduan:  6 Jun 2016 hingga 5 Julai 2016

Cara-Cara

Cara 1: Giant (Semenanjung Malaysia Sahaja):

giant.jpg

Langkah 1: Dengan pembelian mana-mana produk Dutch Lady PureFarm berjumlah minimum RM20 (termasuk GST) dalam satu resit di pasaraya Giant Semananjung Malaysia anda layak untuk SATU (1) penyertaan peraduan.

Langkah 2: Masukkan butiran peribadi anda (Nama, No Kad Pengenalan, NomborTelefon, E-mel) serta butiran resit (nama Kedai, nombor Resit, jumlah pembelian produk Dutch Lady PureFarm)

Langkah 3: Hantarkan foto detik termanis bersama keluarga berserta kapsyen yang kreatif. Kapsyen tidak boleh melebihi 200 aksara (termasuk jarak).

Cara 2: Tunas Manja/ Billion/ TF Value/ Pantai Timor (Rantau Sentral, Utara, Selatan & Pantai Timur sahaja):

 

tmg22.jpg

Langkah 1: Dengan pembelian minimum 2 blister (200mlx6) Dutch Lady PureFarm UHT 200ml – sebarang perisa dalam satu resit  di pasaraya yang disenaraikan diatas (cara 2) anda layak untuk SATU (1) penyertaan peraduan.

Langkah 2: Masukkan butiran peribadi anda (Nama, No Kad Pengenalan, Nombor Telefon, E-mel) serta butiran resit (nama Kedai, nombor Resit, jumlah pembelian produk Dutch Lady PureFarm)

Langkah 3: Hantarkan foto detik termanis bersama keluarga berserta kapsyen yang kreatif. Kapsyen tidak boleh melebihi 200 aksara (termasuk jarak).

dc1

Contoh gambar penyertaan beserta caption. sumber FB Dutch Lady

Penyertaan boleh dihantar DISINI

p/s Nasihat eMenang: Pastikan gambar yang anda share arau gunkan untuk sertai peraduan ini tidak mendedahkan ‘aurat’. Setiap gambar yang dihantar untuk sertai peraduan ini adalah tanggungjawab masing-masing. eMenang tidak bertanggungjawab ke atasnya.

Jangan beli semata-mata untuk join peraduan sebab nanti  kalau tak menang hadiah kecewa pulak selain membazir duit. Beli kalau anda memang nak makan atau ada keperluan untuk beli.

 

Hadiah

15x pemenang akan dipilih. Setiap pemenang akan memenangi tajaan majlis Rumah Terbuka Raya yang bernilai sehingga RM10,000 setiap satu.

Terma dan Syarat

1. Peraduan Berkat Raya Dutch Lady berlangsung dari 6 Jun 2016 hingga 5 Julai 2016 (“Tempoh Peraduan”). Dutch Lady Milk Industries Berhad (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima selepas Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

2. Peraduan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas (pada 6 Jun 2016) kecuali kakitangan serta ahli keluarga terdekat Penganjur, termasuk syarikat, pengedar, agensi pengiklanan dan promosi bersekutu dan/atau berkaitan.

3. Bukti asal pembelian bagi produk Dutch Lady PureFarm yang mengambil bahagian dari Giant (Semenanjung Malaysia), Tunas Manja, Billion, TF Value atau Pantai Timor (di Sentral, Utara, Selatan & Pantai Timur) (“Kedai Mengambil Bahagian”) adalah diperlukan untuk peraduan ini. Peserta dikehendaki untuk memasukkan butiran pembelian semasa menyertai peraduan ini di laman peraduan Facebook Penganjur (http://
www.dutchlady.com.my/berkatsusudansahur/). Pemenang yang layak perlu
mengemukakan bukti pembelian asal sebelum diumumkan sebagai pemenang.

4. Cara Penyertaan:
a. Giant (Semenanjung Malaysia Sahaja):
Langkah 1: Beli mana-mana produk Dutch Lady PureFarm berjumlah minimum RM20 (termasuk GST) dalam satu resit untuk SATU (1) penyertaan peraduan.

Langkah 2: Masukkan butiran peribadi anda (Nama, No Kad Pengenalan, Nombor Telefon, E-mel) serta butiran resit (nama Kedai, nombor Resit, jumlah pembelian produk Dutch Lady PureFarm)

Langkah 3: Hantarkan foto detik termanis bersama keluarga berserta kapsyen yang kreatif. Kapsyen tidak boleh melebihi 200 aksara (termasuk jarak).

b. Tunas Manja/ Billion/ TF Value/ Pantai Timor (Rantau Sentral, Utara, Selatan & Pantai Timur sahaja):

Langkah 1: Beli minimum 2 blister (200mlx6) Dutch Lady PureFarm UHT 200ml – sebarang perisa dalam satu resit untuk SATU (1) penyertaan peraduan.

Langkah 2: Masukkan butiran peribadi anda (Nama, No Kad Pengenalan, Nombor Telefon, E-mel) serta butiran resit (nama Kedai, nombor Resit, jumlah pembelian produk Dutch Lady PureFarm)

Langkah 3: Hantarkan foto detik termanis bersama keluarga berserta kapsyen yang kreatif. Kapsyen tidak boleh melebihi 200 aksara (termasuk jarak).

5. Hadiah/Pemilihan pemenang:

a. 15 pemenang akan dipilih. Setiap pemenang akan memenangi tajaan majlis Rumah Terbuka Raya yang bernilai sehingga RM10,000 setiap satu.

– Di penghujung tempoh peraduan, lima belas (15) peserta dengan foto & kapsyen yang paling kreatif dan memenuhi kriteria akan dipilih sebagai pemenang oleh panel juri.

b. Pemenang akan dihubungi melalui telefon dan perlu menghantar bukti pembelian asal, salinan surat beranak dan/atau Mykid bersama Kad Pengenalan ibu bapa/penjaga yang sah untuk tujuan pengesahan bahawa gambar kanak-kanak yang diambil dalam gambar adalah berumur 1 tahun dan ke atas (sekiranya berkaitan) (Kanak-kanak di bawah umur 1 tahun tidak layak untuk menyertai peraduan ini seperti yang dinyatakan dalam Kod Etika Kementerian Kesihatan Malaysia untuk Pemasaran bagi Makanan Bayi dan produk yang berkaitan).

Sekiranya percubaan pertama untuk menghubungi pemenang gagal, contohnya tidak diangkat, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan atau tiada sambungan dan sebagainya, tiga (3) lagi percubaan akan dibuat dalam masa dua puluh empat (24) jam dari panggilan pertama.

Sekiranya percubaan ini juga gagal, Penganjur berhak untuk
memilih peserta seterusnya yang layak sebagai pemenang hadiah. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang yang layak tidak boleh dihubungi atas sebarang sebab.

c. Pemenang mesti bersetuju untuk mengambil bahagian dalam sesi fotografi/ bergambar/video/pengiklanan untuk Rumah Terbuka Raya, sekiranya tidak bersetuju, Penganjur berhak untuk membatalkan pemenang.

d. Semua pemenang peraduan akan diumumkan pada laman Facebook Penganjur. Penganjur berhak untuk menggunakan sebarang kaedah atau medium lain yang sesuai atas budi bicaranya sendiri bagi tujuan mengumumkan pemenang peraduan.

e. Rumah Terbuka Raya untuk keluarga anda adalah termasuk susun atur dan pengurusan rumah terbuka, makanan, minuman, cenderahati, Dutch Lady serta penyewaan bagi kerusi dan meja. Persiapan dan hiasan Rumah Terbuka Raya ini adalah bergantung pada lokasi dan kebolehlaksanaan. Sekiranya pemenang memilih untuk tidak menggunakan sebarang item yang diberikan untuk Rumah Terbuka Raya, sebarang lebihan bagi wang hadiah akan dibatalkan dan tidak boleh ditebus sebagai wang tunai dan sebagainya.

f. Hadiah hanya boleh ditebus dalam tempoh 15 Julai hingga 28 Ogos 2016 (bergantung pada tarikh yang bersesuaian), tertakluk pada budi bicara Penganjur dan masa pemenang. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya hadiah tidak dapat ditebus dalam tempoh tersebut.

g. Pemenang dikehendaki untuk memaklumkan pada penganjur (atau agensi yang dilantik) bagi penebusan hadiah Rumah Terbuka Raya tidak kurang dari 2 minggu sebelum tarikh yang diinginkan bagi Rumah Terbuka Raya (bagi lokasi di luar Lembah Klang) dan 1 minggu sebelum tarkih yang diinginkan bagi Rumah Terbuka Raya (bagi lokasi di sekitar Lembah Klang).

6. Penganjur dan syarikat yang terlibat dalam Peraduan ini tidak akan
bertanggungjawab untuk sebarang kelewatan, gangguan atau ketidaksampaian penyertaan dan sebarang kesilapan, peninggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan dalam penghantaran, kegagalan rangkaian komunikasi, kelengkapan komputer, perisian, atau kegagalan disebabkan masalah teknikal atau kesesakan trafik Internet dan tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang penggunaan akaun pengguna/ pelanggan yang tidak dibenarkan bagi Peraduan ini.

7. Penganjur mempunyai hak secara automatik, atas budi bicaranya sendiri untuk menghapuskan, membatalkan sebarang penyertaan yang tidak lengkap atas budi bicara Penganjur, tidak sesuai, fitnah, melibatkan plagiarisme, melanggar (atau mungkin melanggar) sebarang hak cipta, tanda dagangan, atau apa-apa hak harta intelektual atau hak proprietari mana-mana entiti, bagi yang masih hidup atau meninggal dunia (termasuk hak privasi atau publisiti atau gambaran dalam cahaya yang palsu).

8. Peserta tidak boleh menggunakan sebarang bahasa yang boleh menyinggung, atau kandungan yang berkaitan keganasan dan/atau pengambilan alkohol, elemen untuk merendahkan darjat sesiapa atau sebarang ahli mana-mana kumpulan berdasarkan bangsa, agama, latar belakang etnik, orientasi seksual atau status minoriti lain, menyatakan jenama-jenama lain, gambaran positif bagi pengambilan minuman berasaskan susu secara general, fitnah atau yang boleh memberikan gambaran buruk terhadap Penganjur.

9. Penganjur berhak, atas budi bicaranya sendiri, untuk menukar sebarang hadiah dengan hadiah yang sama nilainya tanpa notis pemberitahuan terlebih dahulu. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, dibayar balik atau ditukar kepada sebarang bentuk atas sebarang sebab. Nilai hadiah adalah tepat pada masa cetakan. Semua hadiah diberikan dalam keadaan sedia ada.

10. Peserta akan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti dalam sebarang kerugian, kemalangan, kecederaan, kerosakan dan tuntutan yang timbul akibat penyertaan dalam Peraduan ini.

11. Penganjur berhak, atas budi bicaranya, untuk mengubah atau membatalkan sebarang penyertaan atas sebarang sebab, termasuk dan tidak terhad kepada, apa yang dipercayai mengandungi sebarang perkara yang berkaitan bayi dan/atau produk terpilih yang melanggar Kod Etika Kementerian Kesihatan Malaysia bagi Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan.

a. Bayi merujuk kepada sesiapa yang berumur sehingga dua belas (12) bulan.
b. Produk yang terpilih di sini merujuk kepada:
i. Formula bayi (untuk bayi 0-12 bulan) termasuk formula yang sedia diminum;
ii. Formula susulan (untuk bayi 6 bulan hingga 3 tahun) termasuk formula yang sedia
diminum;
iii. Formula istimewa (formula bayi atau susulan untuk diet khas atau tujuan
perubatan) termasuk formula yang sedia diminum;
iv. Sebarang produk lain yang mewakili dan dipasarkan untuk bayi yang berumur
sehingga 6 bulan;
v. Botol susu
vi. Puting
vii. Mengandungi sebarang perkara yang mempromosikan produk terpilih secara langsung atau tidak.

12. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta dan pemenang bersetuju untuk memberikan informasi peribadi dan Penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama, foto dan/atau video pemenang serta penyertaan untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang pampasan atau notis dan setiap peserta tidak layak untuk membuat sebarang tuntutan bagi penggunaan penyertaan oleh Penganjur.

13. Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti bagi menyediakan perkhidmatan atau berkomunikasi dengan anda. Maklumat ini disimpan bersesuaian dalam data oleh pihak Penganjur dan digunakan untuk memenuhi permintaan anda. Dengan mengemukakan maklumat peribadi anda, kami menganggap kebenaran telah diberikan kepada pihak Penganjur dan / atau ejen yang diberi kuasa untuk menggunakan maklumat ini bagi tujuan promosi pemasaran untuk masa kini dan masa depan dan demi meningkatkan taraf produk dan perkhidmatannya. Jika anda memaklumkan kepada pihak Penganjur melalui Khidmat Pelanggan di talian 1-800-88-1191 atau di dutchladycareline@frieslandcampina.com bahawa maklumat di atas tidak boleh digunakan sebagai asas untuk hubungan lanjut, Penganjur akan menghormati permintaan anda. Maklumat anda tidak akan diberikan atau dikongsi dengan syarikat atau rakan kongsi untuk kegunaan mereka. Bagi Notis Patuh Akta Perlindungan Data Peribadi Penganjur, sila rujuk laman web Pihak Penganjur di www.dutchlady.com.my .

14. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat rasmi serta keputusan Penganjur.

15. Penganjur berhak untuk meminda, menghapuskan atau menambah Terma dan Syarat bagi Peraduan ini tanpa sebarang notis terlebih dulu pada bila-bila masa dan peserta akan mematuhi segala perubahan tersebut.

16. Keputusan Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

17. Terma dan Syarat Peraduan disediakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, sekiranya terdapat sebarang ketidakkonsistenan antara versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Penyertaan boleh dihantar DISINI


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?