Pertandingan Rural Business Challenge (RBC) 2016


Pertandingan Rural Business Challenge (RBC) 2016 ini dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Pertandingan ini terbuka kepada belia warganegara Malaysia (yang dah kahwin pun boleh hantar penyertaan) yang berumur 18 tahun hingga 40 tahun pada tarikh tutup pertandingan.

rural1

Dalam Pertandingan RBC (Rural Business Challenge (RBC) 2016 ini ada 2 kategori iaitu:

  1. Pengembangan Perniagaan (bagi syarikat yang telah beroperasi)
  2. Idea Perniagaan (bagi penyertaan perseorangan/lebih yang belum memulakan perniagaan).

Kepada anda yang sudah ada perniagaan, anda bolehlah daftar dalam kategori Pengembangan Perniagaan.

Bagi yang belum ada perniagaan dan ada Idea perniagaan untuk diketengahkan, anda bolehlah hantarkan penyertaan dalam kategori Idea Perniagaan.

Semua Cadangan pengembangan perniagaan atau idea perniagaan itu mestilah  di luar bandar. (Dalam bandar tak boleh, Dah nama pun anjuran dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah..hehe)

Untuk hadiah, bagi kategori Pengembangan Perniagaan, anda berpeluang untuk  dianugerahkan dengan hadiah berbetuk geran perniagan dan kemudahan pembiayaan sehingga RM1 juta.

Pemenang yang dianugerahkan hadiah geran perniagaan dan kemudahan pembiayaan akan disalurkan peruntukan projek secara berperingkat oleh KKLW.

 eMenang  ada tengok video di Youtube berkenaan Dokumentari Pertandingan RBC 2015, dan pemenang-pemenang Pertandingan RBC 2015 (tahun lepas) yang telah berjaya menerima hadiah.

Sebelum pemenang dipilih, pihak juri  akan membuat pernilaian & penelitian yang teliti seperti realistik, unik, praktikal untuk dilaksanakan, sumbangan kepada masyarakat desa tersebut dan lain-lain aspek lagi. 

Penyertaan yang berjaya melepasi 3 peringkat tapisan akan disenarai pendek untuk penilaian keempat iaitu lawatan tapak projek. Melalui tinjauan yang dijalankan disetiap premis yang terletak diserata Malaysia itu, Pengawai KKLW dapat menilai potensi dan pengembangan perniagaan yang dipertandingkan.

Yalahkan nak bagi hadiah geran perniagaan bernilai ratus ribu dan juta-juta ni kena nilai dan teliti betul-betul.

Dibawah ini adalah Pemenang-pemenang Pertandingan RBC 2015 (tahun lepas) yang telah berjaya memenangi hadiah Geran Perniagaan.

geran 300 ribu

Setiap pemenang mendapat hadiah Geran Perniagaan RM300,000 setiap seorang.

geran 750 ribu

Setiap pemenang mendapat hadiah Geran Perniagaan RM750,000 setiap seorang.

1 juta 1 juta2 1.5 juta

Menarik kan hadiah yang ditawarkan. Jadi jika anda ada perniagaan luar bandar yang hendak dikembangkan, ayuh hantarkan penyertaan anda sekarang, mana tau idea perniagaan luar bandar anda tersebut layak menerima hadiah geran Perniaagan dan kemudahan pembiayaan dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) .

Kategori Idea Perniagaan

Bagi yang belum ada perniagaan dan cuma ada Idea Perniagaan di luar bandar, anda boleh hantarkan penyertaan anda dalam kategori ini.

Senang kata, anda ada idea nak buat tapi modal tak ada atau ada modal sikit je kalau nak buat. Sebelum hantar penyertaan anda, anda juga perlu timbangkan aspek ini iaitu realistik, unik, praktikal untuk dilaksanakan, sumbangan kepada masyarakat desa.

Apa yang eMenang faham, aspek itu sedikit sebanyak diambil kira sebelum dipilih sebagai pemenang.

Bagi hadiah kategori idea perniagaan ini, idea Rancangan Perniagaan terbaik akan menerima hadiah wang tunai sehingga RM10,000 setiap pemenang.

Untuk detail cara penyertaan boleh tengok dibawah atau jika ada sebarang soalan boleh tanya di Facebook Pertandingan RBC

Tarikh Tutup Penghantarn 15 Jun 2016,  jam 11.59 malam

Cara Penyertaan

1 syarat

Laman Utama http://www.rbc.my/home.html

Hantarkan Penyertaan anda DISINI

daftar rurallink

Hadiah

hadiah khadia rbckategori 2

Terma & Syarat

rural

terma urc

Laman Utama http://www.rbc.my/home.html

Hantarkan Penyertaan anda DiSINI

Jika ada apa-apa pertanyaan boleh tanya DISINI


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?