Peraduan NESCAFÉ® Dulu Baru Lah Bola Bersama Petronas


Peraduan ini hanya berlansung Eksklusif di Petronas Mesra sahaja dan sesuai disertai oleh peminat bola sepak yang gemar meminum minuman Nescafe Tin.

Dengan pembelian  2 tin minuman Nescafe (aneka perisa) dalam 1 resit di Petronas Mesra dalam tempoh peraduan, anda boleh boleh sertai peraduan ini. Kemudian isi borang peraduan dan hantarkan ke alamat yang tertera.

Dalam peraduan ini ada Hadiah Mingguan dan Hadiah Bonus.

Cara pemilihan Pemenang.

Pemenang dalam peraduan ini ditentukan secra no. berisiri yang dibahagi, kiranya macam lucky draw lah.

Hadiah Mingguan

  • Minggu 1-2 (1-14 Mei) x60
  • Minggu 3-4 (15-28 Mei)x60
  • Minggu 5-6 (29 Mei – 11 Jun)x60
  • Minggu 7-8 (12-25 Jun) x60
  • Minggu 9 (26-30 Jun) x60

[a] Jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan sepanjang Tempoh Hadiah Mingguan akan dibahagikan dengan enam puluh [60] bagi menentukan nombor bersiri yang menang. Nombor bersiri yang terpilih adalah nombor bulat terdekat yang lebih rendah yang didapati selepas pembahagian.

Contoh:
Jika jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan sepanjang Tempoh Hadiah Mingguan adalah 50,000, jumlah ini akan dibahagikan kepada enam puluh [60] bagi menentukan nombor bersiri yang menang. Pemenangpemenangnya adalah penyertaan dengan nombor bersiri ke-833 sebagai pemenang nombor bersiri pertama dan nombor bersiri ke-1666 sebagai pemenang nombor bersiri kedua dan berikutnya.

Hadiah Bonus.

Terdapat sejumlah lima [5] Hadiah Bonus untuk dimenangi setiap minggu selama sembilan [9] minggu. Hadiah Bonus berupa bola sepak berjenama Adidas.

[a] Jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan setiap minggu akan dibahagikan dengan lima [5] bagi menentukan nombor bersiri yang menang. Nombor bersiri yang terpilih adalah nombor bulat terdekat yang lebih rendah yang didapati selepas pembahagian.

Contoh:
Jika jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan setiap minggu adalah 10,000, jumlah ini akan dibahagikan kepada lima [5] bagi menentukan nombor bersiri yang menang. Pemenang-pemenangnya adalah penyertaan dengan nombor bersiri ke-2,000 sebagai pemenang nombor bersiri pertama dan nombor bersiri ke-4,000 sebagai pemenang nombor bersiri kedua.

Tempoh Peraduan: 01/05/2016 hingga 30/06/2016

Cara-Cara

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan
1. Untuk menyertai Peraduan ini, anda dikehendaki melampirkan bersama setiap penyertaan sebagai bukti pembelian [“BP”] satu [1] resit rasmi dan asli pembelian dua [2] x tin minuman Nescafé® (aneka perisa) dari mana-mana Kedai Mesra Petronas yang bertarikh di dalam Tempoh Peraduan. Hanya produk NESTLÉ edaran pihak Penganjur sahaja layak diterima.

2. Setiap borang penyertaan yang dihantar mesti diisi secara individu dan asli, lengkap dengan butir-butir yang dikehendaki, memberikan jawapan yang betul bagi dua [2] soalan yang tertera dalam borang penyertaan dan dilampirkan bersama BP yang dikehendaki. Borang penyertaan yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca, memberikan jawapan yang salah atau borang penyertaan yang tidak tepat, atau penyertaan dengan BP tidak betul dan/atau rosak akan dibatalkan.

3. Setiap peserta berhak/layak menghantar lebih daripada satu [1] penyertaan tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan satu [1] BP dalam satu [1] sampul surat. Sampul surat yang mengandungi berbilang penyertaan atau BP akan dibatalkan.

4.Setiap penyertaan mesti dikirim melalui pos biasa ke alamat peti surat yang dinyatakan. Penyertaan yang diterima menerusi penghantaran dengan tangan, khidmat kiriman cepat, POSLaju dan/atau sebarang kaedah kiriman yang lain akan dibatalkan secara automatik. Setiap sampul surat mestilah dilekatkan dengan kos setem yang mencukupi.

nescafe 1soalan 1soalan 2

Borang Peraduan Boleh didapati di kedai PETRONAS MESRA atau boleh juga Download dari SINI

Hadiah

hadiah nes

Terma & Syarat

Syarat & Peraturan Peraduan
Pihak Penganjur & Kelayakan
1 PERADUAN NESCAFÉ® DULU BARULAH BOLA BERSAMA PETRONAS [“Peraduan”] ini dianjurkan oleh NESTLÉ Products Sdn. Bhd. [45229-H] [“Pihak Penganjur”] dan dibuka kepada semua penduduk Malaysia yang berusia 18 tahunke atas pada 01/05/2016.

2 Golongan individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:

[a] Kakitangan Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka
[anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri]; dan /atau

[b] Wakil, kakitangan, pekerja dan / atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan / atau Peraduan Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya], dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri].

Tempoh
1 Peraduan ini akan bermula dari 01/05/2016 hingga 30/06/2016 [“Tempoh Peraduan”]. Pihak Penganjur berhak meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa sahaja tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan
1 Untuk menyertai Peraduan ini, anda dikehendaki melampirkan bersama setiap penyertaan sebagai bukti pembelian [“BP”] satu [1] resit rasmi dan asli pembelian dua [2] x tin minuman Nescafé® (aneka perisa) dari mana-mana Kedai Mesra Petronas yang bertarikh di dalam Tempoh Peraduan. Hanya produk NESTLÉ edaran pihak Penganjur sahaja layak diterima.

2 Setiap borang penyertaan yang dihantar mesti diisi secara individu dan asli, lengkap dengan butir-butir yang dikehendaki, memberikan jawapan yang betul bagi dua [2] soalan yang tertera dalam borang penyertaan dan dilampirkan bersama BP yang dikehendaki. Borang penyertaan yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca, memberikan jawapan yang salah atau borang penyertaan yang tidak tepat, atau penyertaan dengan BP tidak betul dan/atau rosak akan dibatalkan.

3 Setiap peserta berhak/layak menghantar lebih daripada satu [1] penyertaan tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan satu [1] BP dalam satu [1] sampul surat. Sampul surat yang mengandungi berbilang penyertaan atau BP akan dibatalkan.

4 Setiap penyertaan mesti dikirim melalui pos biasa ke alamat peti surat yang dinyatakan. Penyertaan yang diterima menerusi penghantaran dengan tangan, khidmat kiriman cepat, POSLaju dan/atau sebarang kaedah kiriman yang lain akan dibatalkan secara automatik. Setiap sampul surat mestilah dilekatkan dengan kos setem yang mencukupi.

Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penyertaan yang dikirim melalui pos yang tidak diterima kerana kekurangan bayaran pos atau alamat tidak tepat. Bukti pengiriman pos tidak menandakan bukti penerimaan oleh pihak Penganjur.

5 Setiap borang penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan akan diperuntukkan satu [1] nombor bersiri.

Hadiah-Hadiah
1 Hadiah-hadiah Peraduan ini dibahagikan kepada Hadiah Mingguan dan Hadiah Bonus.

2 Terdapat sejumlah enam puluh [60] Hadiah Mingguan untuk dimenangi setiap tempoh Hadiah Mingguan selama lima [5] Tempoh Peraduan Mingguan. Hadiah Mingguan dan Tempoh Hadiah Mingguan berupa:

  • Minggu 1-2 (1-14 Mei): Jersi Adidas Sepanyol x 60
  • Minggu 3-4 (15-28 Mei): Jersi Nike Portugal x 60
  • Minggu 5-6 (29 Mei – 11 Jun): Jersi Nike Perancis x 60
  • Minggu 7-8 (12-25 Jun): Jersi Nike England x 60
  • Minggu 9 (26-30 Jun): Jersi Adidas Jerman x60

[a] Jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan sepanjang Tempoh Hadiah Mingguan akan dibahagikan dengan enam puluh [60] bagi menentukan nombor bersiri yang menang. Nombor bersiri yang terpilih adalah nombor bulat terdekat yang lebih rendah yang didapati selepas pembahagian.

Contoh:
Jika jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan sepanjang Tempoh Hadiah Mingguan adalah 50,000, jumlah ini akan dibahagikan kepada enam puluh [60] bagi menentukan nombor bersiri yang menang. Pemenangpemenangnya adalah penyertaan dengan nombor bersiri ke-833 sebagai pemenang nombor bersiri pertama dan nombor bersiri ke-1666 sebagai pemenang nombor bersiri kedua dan berikutnya.

3 Terdapat sejumlah lima [5] Hadiah Bonus untuk dimenangi setiap minggu selama sembilan [9] minggu. Hadiah Bonus berupa bola sepak berjenama Adidas.

[a] Jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan setiap minggu akan dibahagikan dengan lima [5] bagi menentukan nombor bersiri yang menang. Nombor bersiri yang terpilih adalah nombor bulat terdekat yang lebih rendah yang
didapati selepas pembahagian.

Contoh:
Jika jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan setiap minggu adalah 10,000, jumlah ini akan dibahagikan kepada lima [5] bagi menentukan nombor bersiri yang menang. Pemenang-pemenangnya adalah penyertaan dengan nombor bersiri ke-2,000 sebagai pemenang nombor bersiri pertama dan nombor bersiri ke-4,000 sebagai pemenang nombor bersiri kedua.

[b] Tempoh mingguan adalah 1-7 Mei, 8-14 Mei, 15-21 Mei, 22-28 Mei, 29 Mei-4 Jun, 5–11 Jun, 12-18 Jun, 19-25 Jun dan 26-30 Jun 2016.
4 Peserta-peserta layak memenangi satu [1] Hadiah Mingguan dan satu [1] Hadiah Bonus sahaja sepanjang Tempoh Peraduan.

5 Pemenang akan diberitahu melalui pos. Semua hadiah-hadiah mesti dituntut dalam tempoh tiga [3] bulan dari tarikh surat pemberitahuan. Semua hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya pemberitahuan menerusi pos kepada pemenang tidak diterima atau lewat diterima.

Senarai pemenangpemenang juga akan diumumkan di laman web Pihak Penganjur [www.nestle.com.my].

6 Pihak Penganjur berhak di atas budi bicara mutlaknya, menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang senilai dengannya, pada bila-bila masanya tanpa memberi notis terlebih dahulu. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindah milik dan akan diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan kredit dan barangan lain atau baucar secara sebahagian atau sepenuhnya.

7 Semua pemenang mestilah mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur dan/atau pihak yang menyediakan hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama hadiah berkenaan, jika ada.

Liabiliti & Tanggungjawab
1 Pemenang dan warisnya akan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang kerugian, kejadian tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) akibat mengambil bahagian di dalam Peraduan ini, menuntut dan/atau menggunakan hadiah Peraduan ini dan bersetuju untuk
melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Pihak Penganjur terhadap sebarang liabiliti.

2 Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk menyertai Peraduan ini dan menuntut hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.

Hak Penganjur
1 Pihak Penganjur berhak menggunakan nama dan/atau gambar pemenang dan hadiah-hadiahnya sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan dan/atau perdagangan dan/atau publisiti dan pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.

Perlindungan Data
1 Dengan menyertai Peraduan, Peserta memberi kebenaran kepada Penganjur dan syarikat berkaitannya dan pihak-pihak ketiga lantikannya (secara kolektif “Penganjur”) untuk memproses data peribadi Peserta untuk menggunakan nama, gambar dan imejnya untuk tujuan pengiklanan dan publisiti pada masa depan berhubung dengan Peraduan dalam mana-mana dan semua media tanpa sebarang pampasan, pemberitahuan atau kebenaran tambahan dan tidak terhad
kepada penggunaan untuk bahan Peraduan dan pengiklanan.

2 Dengan menyertai Peraduan ini, Penganjur bersetuju hanya untuk mengumpulkan dan menggunakan data pada Laman Peminat dan Laman Web dan melindunginya seperti yang ditetapkan di bawah. Bahagian ini juga menggariskan hak Peserta berkaitan dengan perlindungan data, dan memberitahu peserta cara untuk menghubungi Penganjur.

3 Pada masa tertentu, Penganjur boleh melantik pihak ketiga untuk memproses butiran peribadi Peserta. Semua pihak ketiga tersebut mempunyai kewajipan di bawah kontrak untuk tidak menggunakan data peribadi Peserta dengan sebarang cara lain kecuali yang ditetapkan di dalam ini.

4 Di bawah undang-undang Malaysia, hak Peserta termasuk:

[a] hak untuk menarik balik persetujuan anda terhadap penggunaan butiran peribadi anda dengan menghubungi kami di https://www.nestle.com.my/contactus dan memberi kami nama dan alamat e-mel Peserta supaya kami boleh mengeluarkan butiran berkenaan

[b] hak untuk mendapatkan salinan data peribadi mengenai anda yang dipegang oleh pihak kami [kami berhak untuk
mengenakan sedikit yuran untuk menunaikan hak ini].

[c] hak untuk membetulkan data peribadi tidak tepat mengenai anda yang dipegang oleh pihak kami.

[d] Jika Peserta mahu membangkitkan sebarang isu perlindungan data dengan Penganjur, atau melaksanakan sebarang hak di bawah undang-undang, sila hubungi Penganjur di https://www.nestle.com.my/contactus.

[e] Penganjur mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk memastikan data peribadi Peserta terlindung, dan menetapkan syarat kepada pemproses data pihak ketiga untuk berbuat demikian. Perhatian bahawa Penganjur boleh memberikan data peribadi Peserta jika perlu berbuat demikian di bawah undang-undang, menerusi waran
geledah, subpoena atau arahan mahkamah.

5 Untuk Peserta di bawah umur atau individu yang tidak layak di bawah undang-undang untuk memberi kebenaran, anda
mengesahkan bahawa mereka telah melantik anda untuk bertindak bagi pihak mereka, untuk memberi kebenaran bagi pihak mereka untuk memproses data peribadi dalam notis ini.

6. Untuk membaca Dasar Privasi yang lengkap, anda boleh melayari http://nestle.com.my/info/privacy_policy/privacy_bm
(untuk versi Bahasa Malaysia) dan http://nestle.com.my/info/privacy_policy (untuk versi Bahasa Inggeris).

Terma & Syarat
1 Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

2 Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Terma dan Syarat ini serta
keputusan Pihak Penganjur.

Borang Peraduan


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?