Peraduan ’Ultimate Mission Camp’ Dutch Lady


20 peserta berpeluang untuk memenangi hadiah 3 Hari/2 Malam pengalaman epik di Singapura! Kumpul kod bar pek susu UHT Dutch Lady Milky 125ml baharu untuk peluang memenangi hadiah ini untuk anak anda (4-7 tahun)!

6 kod bar pek susu UHT Dutch Lady Milky 125ml layak untuk 1 penyertaan. Anda boleh kumpul dan hantar seberapa banyak penyertaan yang diingini untuk peluang memenangi hadiah kem Ultimate Mission untuk anak anda (umur 4-7 tahun).

Borang penyertaan hanya boleh dihantar melalui pos biasa sahaja.

Salinan fotostat borang penyertaan adalah dibenarkan. Peserta boleh menghantar dalam satu (1) sampul surat dengan dimasukkan dengan seberapa banyak penyertaan yang disertakan dengan bukti pembelian yang ditetapkan. (pastikan setem cukup sebelum hantar)

Pemenang dalam peraduan ini ditentukan  dengan no.bersiri yang dibahagikan. Kiranya macam lucky drawlah. (boleh baca lebih detail dalam terma & syarat).

Lagi satu hadiah untuk masuk Kem tu bukan untuk anda, tapi hanya untuk kanak-kanak yang berumur 4-7 tahun sahaja. Anda hanya boleh mengiringi.mereka sahaja. Tapi tak boleh masuk Kem tersebut.

Hadiah-hadiah Peraduan:
Terdapat dua puluh (20) Hadiah Utama untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan, iaitu Kem Misi 3H2M di Singapura setiap satu.

i. Setiap kanak-kanak mesti diiringi oleh seorang (1) ibu/bapa atau penjaga sah sepanjang tempoh perjalanan dan kem.

ii. Hadiah Utama hanya termasuk satu (1) tiket masuk ke kem untuk seorang (1) Kanak-kanak dan tiket ekonomi pergi-balik dari lapangan terbang KLIA/KLIA2 ke Singapura, cukai lapangan terbang, pengangkutan ulangalik dari lapangan terbang-hotel-kem di destinasi sahaja, penginapan hotel dan sajian terpilih untuk seorang (1) Kanak-kanak yang sama dan seorang (1) ibu/bapa atau penjaga sah Kanak-kanak tersebut.

Kos-kos dokumen perjalanan, insurans peribadi dan perbelanjaan lain akan ditanggung oleh pemenang. Sekiranya pemenang tidak dapat melancong, tidak layak untuk mendapat pasport atau visa (jika perlu) atas sebarang sebab, hadiah tersebut akan dilupuskan. Penganjur tidak akan membayar ganti rugi kepada pemenang kerana kegagalan atau ketidakupayaan untuk melancong.

Berkenaan dengan insurans peribadi tu, jika anda diwajibkan untuk membeli insuran ketika melancong keluar negara, eMenang ingin menasihatkan anda supaya jangan beli/daftar insurans konvensional sebab tak bagus kerana terlibat dengan “riba”. Jadi belilah insuran yg patuh syariah iaitu Insuran Takaful.

Tempoh peraduan : 3 Mei – 4 Julai 2016

dlsusu

Contoh Susu Dutch Lady Milky 125ml pek Marvel.. Kalau pack Frozen ada gambar kartun Frozen

Nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk join peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa dan membazir duit. Kalau anda memang ada keperluan untuk beli, baru beli.

Cara-Cara

cara kumpul

bdl

sdl

Hadiah

Hadiah-hadiah Peraduan:
Terdapat dua puluh (20) Hadiah Utama untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan, iaitu Kem Misi 3H2M di Singapura setiap satu.

  • Kem Marvel x 10 pemenang
  • Kem Frozen x 10 pemenang

*tertakluk terma & syarat

Terma & Syarat

PERADUAN ULTIMATE MISSION CAMP DUTCH LADY
Terma dan Syarat
1. Peraduan ’Ultimate Mission Camp’ Dutch Lady akan berlangsung dari 3 Mei 2016 hingga 4 Julai 2016 (“Tempoh Peraduan”). Dutch Lady Milk Industries Berhad (5063-V) (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

2. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada 3 Mei 2016), yang merupakan ibu/bapa atau penjaga sah kepada kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur dari 4 hingga 7 tahun pada tahun 2016 (mengikut tahun lahir kanak kanak) (“Kanak-kanak”), kecuali kakitangan Penganjur dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat gabungan dan/atau berkaitan, pengedar-pengedar, agensiagensi pengiklanan dan promosi pihak Penganjur.

3. Produk-produk Dutch Lady yang turut serta dalam Peraduan ini adalah pek Susu UHT Dutch Lady Milky 125ml edisi Marvel dan Frozen, sebarang variasi (“Produk Susu UHT Dutch Lady Milky 125ml yang turut serta”).

4. Cara penyertaan:
a. Beli mana-mana enam (6) Produk Susu UHT Dutch Lady Milky 125ml yang turut serta dari mana-mana pasar raya/kedai yang turut serta untuk kelayakan kepada satu (1) penyertaan peraduan.

b. Jawab satu soalan: “Produk-produk Dutch Lady yang turut serta dalam Peraduan ini adalah pek-pek Susu UHT Dutch Lady Milky 125ml edisi Marvel dan Frozen. Betul / Salah.”

c. Lengkapkan borang penyertaan, pilih kem yang digemari (Marvel atau Frozen) untuk disertai oleh Kanak-kanak anda dan lampirkan enam (6) kod bar daripada mana-mana Produk Susu UHT Dutch Lady Milky 125ml yang turut serta sebagai bukti pembelian.

d. Hantar penyertaan melalui pos biasa ke: Peraduan ‘Ultimate Mission Camp’ Dutch Lady, Peti Surat 3201, 47507 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

e. Salinan fotostat borang penyertaan adalah dibenarkan. Peserta boleh menghantar dalam satu (1) sampul surat seberapa banyak penyertaan yang disertakan dengan bukti pembelian yang ditetapkan.

f. Bukti kiriman borang penyertaan tidak akan dianggap sebagai bukti penerimaan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas penyertaan yang hilang, lewat atau tersilap alamat.

g. Penyertaan-penyertaan yang diterima melalui perkhidmatan kurier, penghantaran ekspres, penghantaran berdaftar dan/atau sebarang kaedah penghantaran yang lain selain daripada yang dinyatakan akan dibatalkan secara automatik.

h. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan peserta secara automatik bagi sebarang penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak dan lewat atau penyertaan tanpa kod bar yang betul atau sah.

5. Cara pemilihan pemenang (Hadiah Utama x 20 pemenang):
a. Kem Marvel x 10 pemenang:

i. Pemenang-pemenang yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah
penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan yang telah
memilih kem Marvel dan dibahagikan dengan 10.5, sebagai contoh: jika
terdapat sebanyak 5,255 penyertaan layak diterima, jumlah ini akan
dibahagikan dengan 10.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat yang paling dekat dan yang lebih rendah, iaitu 500. Maka penyertaan layak ke-500, ke-1,000, ke-1,500 dan seterusnya akan disenarai pendekkan. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan seterusnya yang terdahulu akan layak menjadi pemenang gantian, sebagai contoh: pemenang gantian untuk penyertaan layak ke-500 adalah penyertaan layak ke-499.

b. Kem Frozen x 10 pemenang:
i. Pemenang-pemenang yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah
penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan yang telah
memilih kem Frozen dan dibahagikan dengan 10.5, sebagai contoh: jika
terdapat sebanyak 4,205 penyertaan layak diterima, jumlah ini akan
dibahagikan dengan 10.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat yang paling dekat dan yang lebih rendah, iaitu 400. Maka penyertaan layak ke-400, ke-800, ke-1,200 dan seterusnya akan disenarai pendekkan.

Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan seterusnya yang terdahulu akan layak menjadi pemenang gantian, sebagai contoh: pemenang gantian untuk penyertaan layak ke-400 adalah penyertaan layak ke- 399.

c. Sekiranya kem yang digemari tidak dipilih atau kedua-dua kem dipilih pada borang penyertaan peserta, pihak Penganjur akan memilih kem untuk peserta tersebut berdasarkan budibicaranya.

d. Para pemenang yang layak akan dihubungi melalui telefon dan dikehendaki menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang.

Sekiranya peserta gagal menjawab soalan dengan betul, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang.

Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, tiga (3) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh 24 jam yang berikutnya selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, kelayakan peserta akan dibatalkan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.

6. Hadiah-hadiah Peraduan:
a. Terdapat dua puluh (20) Hadiah Utama untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan, iaitu Kem Misi 3H2M di Singapura setiap satu.

i. Setiap kanak-kanak mesti diiringi oleh seorang (1) ibu/bapa atau penjaga sah sepanjang tempoh perjalanan dan kem.

ii. Hadiah Utama hanya termasuk satu (1) tiket masuk ke kem untuk seorang (1) Kanak-kanak dan tiket ekonomi pergi-balik dari lapangan terbang KLIA/KLIA2 ke Singapura, cukai lapangan terbang, pengangkutan ulangalik dari lapangan terbang-hotel-kem di destinasi sahaja, penginapan hotel dan sajian terpilih untuk seorang (1) Kanak-kanak yang sama dan seorang (1) ibu/bapa atau penjaga sah Kanak-kanak tersebut. Kos-kos dokumen perjalanan, insurans peribadi dan perbelanjaan lain akan ditanggung oleh pemenang. Sekiranya pemenang tidak dapat melancong, tidak layak untuk mendapat pasport atau visa (jika perlu) atas sebarang sebab, hadiah tersebut
akan dilupuskan. Penganjur tidak akan membayar ganti rugi kepada
pemenang kerana kegagalan atau ketidakupayaan untuk melancong.

iii. Hadiah-hadiah Utama akan diaturkan dan dianjurkan oleh pihak Penganjur, syarikat-syarikat gabungan dan/atau mana-mana pembekal yang dinamakan oleh pihak Penganjur. Tarikh, waktu dan jadual kem (dijadualkan pada bulan Ogos 2016) akan ditentukan oleh pihak Penganjur (atau syarikat-syarikat gabungan). Para pemenang mesti mematuhi tarikh, waktu dan jadual yang ditetapkan. Semua pemenang mestilah menandatangani surat pelepasan dengan pihak Penganjur dan sekiranya gagal, pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan pemenang berkenaan.

b. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah sepanjang Tempoh Peraduan.

c. Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menggantikan hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang lebih kurang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, dikembalikan atau ditukar dalam apa jua bentuk lain atas apa jua sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan. Semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’.

7. Para peserta akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan di dalam Peraduan ini dan daripada penebusan dan penggunaan hadiah-hadiah.

8. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan pihak Penganjur dan/atau syarikat-syarikat gabungan berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar peserta dan pemenang (termasuk tetapi tidak terhad kepada Hadiah Utama) serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau
perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur.

9. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan anda. Maklumat ini disimpan oleh pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan anda.

Dengan mengemukakan maklumat peribadi anda, kami menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada pihak Penganjur dan/atau agen-agen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini bagi tujuan pemasaran dan promosi yang terkini dan di masa hadapan serta untuk menambahbaikan produk-produk dan perkhidmatannya.

Sekiranya anda memaklumkan pihak Penganjur melalui talian pelanggannya di 1-800-88-1191 atau di dutchladycareline@frieslandcampina.com bahawa maklumat tersebut tidak patut digunakan sebagai asas untuk hubungan seterusnya, pihak Penganjur akan menghormati permintaan anda. Maklumat anda tidak akan diberi atau dikongsi dengan syarikat-syarikat/rakan-rakan lain untuk kegunaan bebas mereka. Untuk Notis Perlindungan Data Peribadi Pelanggan lengkap pihak Penganjur, sila rujuk laman web pihak Penganjur di www.dutchlady.com.my.

10. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta harus bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan pihak Penganjur.

11. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai Terma dan Syarat ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan para peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.

12. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

13. Syarat-Syarat dan Peraturan disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Untuk hantarkan penyertaan, borang peraduan boleh didapati di kedai-kedai atau pasraya berhampiran anda atau boleh jugak Download & print dari Website DUTCH LADY, (Borang Peraduan),  anda boleh isi borang penyertaan dan lengkapkan maklumat yg diperlukan (bukti pmebelian).

sumber BM

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?